21 November, 2009

UMNO Seremban WAJIB bela nasib Adik Siti Amynur Ain Putri Rosdy

-
UMNO Seremban, buatlah apa yang sewajarnya untuk membela nasib pelajar cemerlang ini. Kita mahu mendengar ada tindakan yang sewajarnya diambil. Kita semua tidak mahu mendengar dan mendapat tahu bahawa anak yatim piatu yang sangat cemerlang ini terkandas dalam pendidikan disebabkan masalah kewangan dan sebagainya. UMNO Seremban wajib bantu Adik Siti Amynur Ain Putri sehingga berjaya. Dengan keputusan UPSRnya yang cemerlang (5A), rasanya tidak ada masalah untuk mendapat tempat di sekolah asrama penuh dengan kemudahan biasiswa. UMNO Seremban jangan pula terlepas pandang. Lekeh benarlah UMNO Seremban jika terlepas pandang!

Baca di SINI.
+

5 ulasan:

  1. Bela tu tetap kena bela lah. Cuma hamba teringat kepada anak cemerlang yang membaca akhbar pada usia 4 tahun yang pertama dari Kedah kira2 30 tahun lalu. Dia diberi perhatian sehingga diambil menjadi anak angkat oleh seorang tokoh pendidikan tersohor dalam negara. Apa jadi padanya dan dimana dia sekarang.

    Tak berapa lama dahulu kita juga mendengar seorang anak pintar kalau tak silap namanya ialah Adi Putera yang seterusnya berhadapan berlapis isu yang payah kita nak faham. Berjayakah kita meneruskembangkan kelebihannya.

    Ini pada hamba kerana kita tidak fokus kepada membina program sesuai dengan sasaran sasaran unik dan tersendiri begitu.

    Adik Siti Amynur ini juga mempunyai sejarah dan latar belakang yang berbeza. Tekanan yatim dan piatunya dihadapi dengan tabah dan tidak mengganggu keupayaannya mencapai kecemerlangan. Barangkali cabaran ditanggungnya semenjak kecil ini adalah ujian dalam proses pembinaan seorang pejuang yang dahagi. Semua kemungkinan dan potensi kena dikaji.

    Bena dan lengkapkanlah program khusus untuk anak anak demikian. Secara spontan barangkali terkapai teraba raba. Namun kalau kita memahami masaalah dan keperluan dengan baik tentulah kita lebih mudah mencari lengkapan untuk mempastikan sokongan dan bantuan terhulur lebih hampir kepada ketepatan. Inshaallah.

    Hamba cuma mencuba untuk menjadi pencetus kepada kelahiran cara berfikir lebih menyeluruh dan cermat dalam membina arah menuju matlamat yang lebih jelas.

    Maaf. Bila menulis serius ayat hamba selalu panjang panjang. Cerita didalam terlalu panjang berakar rangkai. Cuma kini berumah dipinggir hutan terbuang.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Che Leh Jangok,

    Adalah sesuatu yang sangat dihargai oleh saya, apabila Tuan sentiasa memberikan pandangan Tuan dalam blog saya ini.

    Memang ada benarnya apa yang Tuan hujahkan. Cuma di pihak saya, mengharapkan UMNO Seremban menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat. Jangan terlepas pandang. Jangan pula nanti dibenci pengundi. Bila pilihanraya banyak bantuan tiba. Tapi apabila sudah menang batang hidung pun susah nak nampak. Harap tidak sampai sebegitu. Kita mahu apabila bercakap soal prihatin, rakyat akan sentiasa tergambar UMNO BN.

    UMNO Seremban perlu membantu agar Adik Siti Amynur tidak berasa ada kekurangan. Tapi tidak perlulah sehingga Adik Siti rasa terlebih bantuan pula. Yang tak cukup, dihulur, dibantu agar cukup.

    Latarbelakangnya pula berbeza. Datangnya dari keluarga yang susah. Secara jujur saya tersentuh hati, sebak bila membaca kisah hidupnya. Golongan yang benar-benar memerlukan bantuan inilah yang perlu diberikan perhatian oleh pihak YB yang dipilih 5 tahun sekali itu.

    Saya rasa hanya melalui pendidikan sahaja boleh membawa orang Melayu keluar dari belenggu kemiskinan.

    BalasPadam
  3. Saya rasa masalah pelajar ini telah diambil perhatian oleh ketua umno cawangan tmn dusun nyior (salah satu cawangan dibawah bhg seremban) disebab beliau merupakan pengerusi PIBG Sek Keb Dusun Nyior dan beliau juga tinggal diTaman yang sama dengan pelajar malang ini.

    BalasPadam
  4. Salam Anak Lenggong,

    Terima kasih atas maklumat tersebut. Lega rasa hati. Alhamdulillah ada pembelaan. Syabas kepada UMNO Cawangan Tmn Dusun Nyior kerana sentiasa peka dengan nasib anak bangsa.

    BalasPadam
  5. Salam KP, walau pun kawan jauh, hati kawan yakin kepimpinan UMNO setempat tidak akan mengabaikannya.... InsyaAllah nasib Siti Amynur Ain Putri akan terbela......

    lihat blog yanggambi.blogspot.com....

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.