26 Mac, 2010

Dasar Dwi Standard DAP Pulau Pinang: Peniaga Cina Diutamakan, Peniaga Melayu Dirobohkan

-
Sumber: Citrawaras, MyKMU, 23 Mac 2010.

Inilah kisah nasib Melayu di sebuah negeri yang sudah mula ditadbir mengikut nasihat kerajaan Singapura.

Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah memasang papan tanda yang melarang kenderaan melalui lorong baru atau digelar sebagai New Lane dari arah Jalan McCalister ke Jalan Datok Keramat. Masa larangan ini ditetapkan untuk waktu 2 tengahhari hingga ke 1 malam setiap hari.

New Lane merupakan tempat popular bagi peniaga makanan Cina yang berniaga di tepi jalan. Tempat ini begitu popular hingga sering mengganggu lalulintas dua hala sejak lama dahulu.

Oleh kerana peniaga ini Cina, maka kerajaan tidak ambil tindakan ke atas mereka tetapi diletakkan papantanda sedemikian untuk mengelakkan kesesakkan pada waktu tersebut supaya lebih selesa peniaga dan pengunjung ke situ.

Begitu sekali kesediaan kerajaan negeri membantu peniaga-peniaga tepi jalan tersebut.

Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga Melayu jika berlaku keadaan yang sama?

Bukan niat kami untuk mengungkit isu dari kacamata perkauman tetapi kalau tiada apa-apa berlaku pada peniaga Melayu pun sudah dianggap syukur.

Atas sebab ini difahamkan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu sedang merancang akan mengadakan suatu sidang akhbar untuk mengecam sikap double standard pihak kerajaan negeri.

Jelas sekali kerajaan negeri telah membeza-bezakan layanan antara peniaga Melayu dan peniaga Cina. Peniaga Cina yang tidak memohon bantuan sedemikian tetapi dimudahkan lalulintas untuk mereka.

Gerai Melayu dirobohkan walaupun tidak langsung menghalang lalu lintas. Selalunya pihak kerajaan negeri akan melakukan sesuatu yang tegas dengan mengenakan denda atau menggantung lesen perniagaan.

Diharap sidang akhbar dan tuntutan yang dibuat oleh Pertubuhan Melayu itu didengar dan diambilkira

Namun tidak boleh diharapkan dari kerajaan negeri. Pasti mereka akan memberi pelbagai alasan dan menjustifikasi tindakan mereka dengan pelbagai angka dan statistik yang tidak ditolak kemungkinan ianya alasan atau angka yang palsu.

Ini pernah dilakukan mereka dalam pengakuan peruntukan kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat.

Walau macam mana tekanan pun akan diusahakan oleh Pertubuhan Melayu ini, selagi DAP yakin keseluruhan kaum Cina akan menyokong kerajaan DAP di pilihanraya akan datang, mereka tidak akan peduli.

Biarlah macam mana rintihan, kesusuahan atau kesengsaraan hasil tindakan mereka terhadap peniaga Melayu.

Begitulah sikap mereka, selagi mereka merasakan undi Melayu tidak akan mengggugatkan mereka di Pulau Pinang, selagi itu, polisi CAT atau Cina Amat Diutamakan akan terus dikekalkan.

Harap peniaga-penigaa Melayu belajar menyesal mengundi DAP dan Pakatan Rakyat. UMNO dan BN dekatilah mereka dan usah katakan padan saja.
+

2 ulasan:

  1. haa...PRU13 nanti ..undi lah DAP lagi....takpe..biarkan diorang rasa...mmg tak kenang budi apa yg kerajaan dah bagi sebelum ni...

    BalasPadam
  2. Gerai2 Cina terletak di tengah pekan. Gerai2 Melayu berada di luar kawasan pekan. Sebab Kerajaan Negeri nak bangunkan kawasan di mana terletaknya gerai2 Melayu maka dirobohkanlah gerai2 Melayu ini. Gerai2 Cina ditengah2 pekan kawasannya tak boleh dibangunkan lagi jadi tak perlu dirobohkan. Ini semua adalah muslihat Kerajaan DAP utk menhgusir orang Melayu dari Penang. PAS bodoh memang sokong punya!

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.