11 April, 2011

Tanya Sama Hati...

-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terdahulu pada 8 April 2011 penulis telah menulis sebuah artikel bertajuk Siapa Rakam Video Klip?. Penulis menitipkan 7 persoalan yang perlu difikirkan dan dibuat penilaian segenap rakyat dengan hati yang terbuka dan penuh rasional seperti berikut:

1. Mengapa individu dari barisan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Zainur Zakaria dan Zulkifli Nordin sendiri menjauhkan diri dan tidak lagi mahu membela Anwar?



2. Mengapa Zulkifli yang suatu masa dahulu menjadi peguambela kini akhirnya menyonsang arus berjuang menentang Anwar Ibrahim bermati-matian?

3. Mengapa Karpal Singh beriya-iya menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Anwar dalam aktiviti tidak bermoral pada 1997 (sila rujuk Hansard Parlimen pada 22 Oktober 1997)?

4. Mengapa pula kini dengan 'hati terbuka' Karpal Singh menawarkan diri menjadi peguambela Anwar walau pun sebelum ini beliau mendakwa mempunyai 'bukti kukuh' penglibatan Anwar dalam aktiviti tidak bermoral?

5. Mengapa DAP masih 'setia' mendokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan 'sedia' menjulang Anwar sebagai PM setelah tahu kebenarannya?

6. Adakah DAP akan mendapat 'laba' yang besar dengan 'bermodalkan' seorang Ketua Pembangkang (bakal PM) bernama Anwar?

7. Mengapa kuasa luar seperti Amerika Syarikat, Australia, dan Singapura sentiasa 'mahu' membela dan menjulang Anwar menjadi PM?


Alhamdulillah, pada hari ini (11 April 2011), YB Zulkifli Noordin menitipkan 7 persoalan pula dalam artikel HAQ DAN KEBENARAN dan pada hemat penulis, beliau secara tidak langsung turut sama menjawab persoalan yang diajukan oleh penulis.

Titipan 7 persoalan ikhlas YB Zulkifli untuk dijawab bisikan hati kecil kita semua:

1. Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 Sept, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta ma'af, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal-hal lain!! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

2. Tidakkah pernah mike nak bertanya dalam hati kecil mike yop, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah la'nat. Mengapa yang kelihatan semakin "dila'nat" bukannya Saiful tapi dia? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

3. Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu yop, kenapa Anwar liat sangat nak bagi sampel DNA tu yop; sedangkan dia tidak rugi satu habuk pun jika menyerahkan sampel DNA tu kepada Mahkamah jika dia yakin benar! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

4. Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa twitter Anwar kosong daripada jam 09.30mlm-11.30mlm? Kenapa Anwar & Azizah liat sangat nak tunjukkan jam Omega spesial edition tu kalau betul ada dengan mereka? Kenapa Datuk Eskay rakan baik Anwar sendiri dedahkan videoklip ini? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

5. Tidak pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa Karpal penentang negara Islam ni beriya-iya nak jadi loyer Anwar? Adakah dia & sekutu DAPnya ada agenda tersendiri? Adakah Anwar sudah berada dibawah cengkaman mereka? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

6. Tidakkah pernah mike semua nak bertanya didalam hati kecil mike tu, kenapa ramai rakan baik dan kepercayaan Anwar lari dan kini menentang dia secara terbuka? Mengapa para gay, pejuang homoseks & lesbian, para Yahudi & kafirun harbi kekal menyokong manusia anugerah tuhan ni yop? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu ALLAH hantar yop?

7. Jadi persoalan besar yang teman nak tanya diri teman dan mike semua yop, tidakkah terpikior yang ALLAH mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk dan kebenaran tu yop! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!


Harapan penulis cuma satu. Biar hati kecil menjawab segala persoalan. Semoga mereka-mereka yang masih lagi leka dan terpedaya dengan helah lakonan insan bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim segera sedar apabila hati kecil menjawab dengan ikhlas dan rasional.
+

08 April, 2011

Siapa Rakam Video Klip?

-
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat.

Pertamanya, penulis memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberikan ruang dan peluang untuk menulis serba ringkas.

Keduanya, penulis mengucapkan Syabas buat YB Zulkifli Noordin kerana tidak lagi "menunggang motorsikal Kawasaki yang salah". Sepatutnya dari awal lagi penulis mengucapkan Syabas! - sejak Zulkifli menentang firaun kecil dalam PKR yang dibonekakan oleh DAP lagi.

Zulkifli Noordin pada 8 April 2011 telah menulis sesuatu yang amat penting dalam blognya. Penulis amat yakin bahawa 'firasat' yang disuarakan oleh Zulkifli sememangnya dikongsi oleh ramai lagi rakyat Malaysia.

'Firasat' yang dikongsi oleh Zukifli ini sebenarnya pernah dilontarkan oleh beberapa orang sahabat penulis melalui borak-borak kosong tidak berapa lama dahulu. Apa yang dikhuatiri oleh sahabat penulis itu sama seperti apa yang dikhuatiri oleh Zulkifli.

Kerisauan kita semua lebih fokus kepada soal keselamatan negara sekiranya benar terdapatnya pihak perisikan luar mempunyai bukti penglibatan Anwar dalam aktiviti tidak bermoral seperti mana penghantaran kabel risikan oleh pihak risikan Australia dan Singapura (laporan dipintas dan didedah oleh WikiLeaks).

Banyak rentetan peristiwa dan persoalan yang berlaku yang perlu difikir dan dibuat penilaian secara rasional oleh segenap rakyat. Penulis yakin rakyat boleh menilai dengan baik. Berikut beberapa persoalan yang boleh difikir dan dibuat penilaian oleh segenap rakyat:

1. Mengapa individu dari barisan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Zainur Zakaria dan Zulkifli Nordin sendiri menjauhkan diri dan tidak lagi mahu membela Anwar?

2. Mengapa Zulkifli yang suatu masa dahulu menjadi peguambela kini akhirnya menyonsang arus berjuang menentang Anwar Ibrahim bermati-matian?

3. Mengapa Karpal Singh beriya-iya menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Anwar dalam aktiviti tidak bermoral pada 1997 (sila rujuk Hansard Parlimen pada 22 Oktober 1997)?

4. Mengapa pula kini dengan 'hati terbuka' Karpal Singh menawarkan diri menjadi peguambela Anwar walau pun sebelum ini beliau mendakwa mempunyai 'bukti kukuh' penglibatan Anwar dalam aktiviti tidak bermoral?

5. Mengapa DAP masih 'setia' mendokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan 'sedia' menjulang Anwar sebagai PM setelah tahu kebenarannya?

6. Adakah DAP akan mendapat 'laba' yang besar dengan 'bermodalkan' seorang Ketua Pembangkang (bakal PM) bernama Anwar?

7. Mengapa kuasa luar seperti Amerika Syarikat, Australia, dan Singapura sentiasa 'mahu' membela dan menjulang Anwar menjadi PM?

Sama-sama kita fikir!
+