-
Assalamualaikum warahmatullah.
Kehadapan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dengan selamatnya.
Dato' Sri,
UMNO dilihat berjaya menarik kembali sedikit demi sedikit undi kaum Melayu jika dilihat dari prestasinya di seluruh pilihanraya kecil (PRK) pasca Pilihanraya Umum 12 (PRU12). Undi kaum Melayu terhadap UMNO boleh dikatakan agak kuat jika dianalisa dari semua peti-peti undi di beberapa pilihanraya kecil. Begitu juga dengan undi kaum India yang semakin meningkat dari satu piliharaya kecil ke satu pilihanraya kecil. Kaum India boleh dikatakan sudah kembali ke pangkuan BN.
Dato' Sri,
Berdasarkan trend pengundi kaum Melayu dan India yang sudah kembali kepada BN, penulis begitu yakin bahawa BN berupaya menang dengan agak selesa sekiranya PRU13 diadakan sekitar 2012 sekiranya tidak ada sebarang isu besar. Walau bagaimanapun, penulis sangat yakin sekiranya PRU13 diadakan sekarang (malahan jika tahun 2012 pun), peluang BN kembali sukar diramal. Pengundi Melayu atas pagar secara terus terangnya meluat dengan tindakan Dato' Sri mengangkat seorang yang mempunyai rekod bersikap biadap terhadap orang Melayu, Islam dan seluruh rakyat Malaysia sebagai ikon 1Malaysia. Manusia biadap itu tidak lain tidak bukan ialah Namewee!
Bukan itu sahaja Dato' Sri, melalui pengamatan penulis berdasarkan reaksi akar umbi UMNO, mereka sangat tidak senang dengan tindak tanduk Dato' Sri berhubung isu Namewee ini. Rata-rata mereka kecewa dan marah. Malahan sudah ada bayang-bayang bahawa mereka ini tidak akan memberikan sokongan kepada BN pada PRU13 kelak. Dato' Sri rasanya sudah sedia maklum bahawa setiap kemenangan BN di dalam PRK yang diharungi pasca PRU12 adalah datangnya dari undi kaum Melayu dan India yang dahulunya mengundi PR tetapi telah kembali menyokong BN.
Adalah sangat tidak kena tindakan Dato' Sri memberi komen yang positif ke atas seorang biadap seperti Namewee ini. Tidak salah sekiranya Dato' Sri sekadar memberi komen bahawa Dato' Sri memberi sokongan ke atas sebarang individu yang menyokong Gagasan 1Malaysia, tetapi Dato' Sri sama sekali menolak individu yang bersikap biadap seperti mencarut, menghina Lagu Kebangsaan, dan lebih-lebih lagi menghina azan dan bersikap perkauman yang tentunya berlawanan benar dengan hasrat Gagasan 1Malaysia itu sendiri.
Dato' Sri,
Secara jujurnya, penulis berpendapat bahawa tindak tanduk Dato' Sri berhubung isu Namewee ini hanya akan menyebabkan seperti pepatah Melayu iaitu "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". Percayalah, sekiranya Dato' Sri membiarkan isu ini berpanjangan tanpa mahu meredakan kemarahan ramai pihak, maka ianya akan memberikan kesan yang tidak elok untuk PRU13 kelak.
Apa pun penulis tetap memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Dato' Sri. Penulis masih lagi berkeyakinan penuh bahawa Dato' Sri adalah individu terbaik untuk memimpin negara. Apalah yang boleh diharap sangat dengan puak di sebelah sana yang terdiri dari peliwat, penzina, komunis, ultra kiasu, penjual kalimah Allah, yang langsung tidak sehaluan dalam semua hal. Hanya satu sahaja yang mereka sehaluan - jatuhkan BN, kemudian tidak tahu hendak buat apa! Punah negara kalau jatuh ke tangan mereka ini.
Dato' Sri,
Warkah yang ditulis ini bertujuan semata-mata untuk menyampaikan apa yang akar umbi dan rakyat suarakan. Penulis memohon ampun maaf sekiranya warkah ini tidak menyenangkan Dato' Sri. Apa yang disampaikan adalah kerana penulis mahu melihat BN disenangi di mulut dan di hati rakyat. Apa yang ditulis juga adalah kerana penulis sayangkan agama, bangsa dan negara.
Dato Sri, bertindaklah sewajarnya!
+
Ini cara lama... Najib tak respek. Sama macam melayu yang menagih harapan pada kerajaan. Najib geli dengan cara melayu macam ini.Bagi Najib, melayu terbahagi 2. 1, ada di Felda, yang perlu dijaga, pasal penting untuk survival politik dia. yang ke2 ialah melayu yang hari-hari mintak makan dengan kerajaan. Dia bosan dengan melayu macam ini. Dia malas nak layan. Dia rasa melayu macam ini memang tak kemana. Bising macam mana pun akan undi BN jugak nanti. So tak payah layan.
BalasPadamCara yang paling baik unutk hantar warkah pada najib ialah dengan memaki hamun sahaja. Tak mungkin dia marah, pasal namawee buat benda yang sama dan dia kata itu suatu kelainan... dan dia suka. so lebih baik kita maki hamun aje najib ni. Maki hamun sampai ke bini dan mak bapak dia. Biar dia rasa macammana orang melayu lain kena maki dengan namawee. Biar dia sedar dan buka mata. Apa pun dia buat sekarang, tetap cina tak akan undi BN. Dia tak ikut cara Tun Mahathir buat. Dia ingat nak bawak anak masuk gelanggang dengan belajar cakap cina, supaya cina suka... poooorahhh... bodoh punya najib. Tak tahu permainan cina...
Kita orang melayu dari dulu lagi telah memberi sokongan padu pada BN dan UMNO khususnya. Hatta PRU12 kalau tak sokongan padu orang-orang melayu yang setia, tak mungkin BN akan terus memerintah. Tapi najib sekarang tak pandang kita lagi. Maka kenapa perlu kita pandang dia dan sokong dia lagi. selagi dia tak sedar atau tak turun dari jawatan. selagi itu melayu akan sentiasa dihina dan menjadi kelas bawahan.
Kita harus lancarkan seruan bantahan besar-besaran supaya najib berundur. kasi dia sedar, bahawa UMNO bukan milik dia, tapi milik orang melayu. Kalau jadi Presiden UMNO tapi tak mahu jaga melayu dan agama islam, lebih baik berundur. Kasi dia sedar selama dia bertahta, apakah sumbangan dia kepada melayu dan Islam? yang sememangnya tiada...
Yang kecewa
malang sekali kalau DS Najib tak dengar luahan hati tuan penulis..lebih malang kalau DS Najib sememangnya tak mampu nak dengar dek terlalu sebuk mengejar undi Cina dan akhirnya undi cina tak dapat undi melayu lari entah kemana..sekarang pun ramai yang terfikir kalaulah Tan Sri TPM adalah PM ini semua pasti tidak berlaku..TS TPM jelas lebih kuat semangat UMNO dan Melayunya..entahlah...
BalasPadamTANPA NAMA 1:09am Yang Kecewa
BalasPadamAku telah lakukan perkara yang sama tapi nampaknya tak kesampaian
apakah perlu prote besar besaran supaya najib mohon maaf atau najib berundur
Aku lebih suka kalau najib berundur, kerana masalah najib bukan sahaja pada dirinyanya, malah disekelilingnya juga banyak masaslah ....
singkirkan najib bukan BN