24 Ogos, 2012

Kembara Politik Berhenti Menulis...

UPDATE: Sahabat penulis itu menggunakan nama pena "Anak Panji Semerang".

*********
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Penulis mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua pembaca blog Kembara Politik. Ucapan yang agak terlewat barangkali.

Penulis akan berhenti menulis bersendirian sebenarnya. Sudah ada sahabat yang ingin sama-sama berjuang menulis dalam blog Kembara Politik. Hendak harapkan penulis jarang-jarang kemaskini blog dengan artikel baharu. Jadi penulis pelawa sahabat penulis ini menulis di blog ini.

Sahabat penulis ini bukanlah orang lain. Sahabat lama semasa kami sama-sama belajar dahulu. Cuma bidang berbeza. Mungkin pembaca blog Kembara Politik dapat mencerna pandangan berbeza pula dari sahabat penulis ini.

Mungkin selepas ini akan ada lagi beberapa penulis yang akan sama-sama  menulis untuk blog Kembara Politik ini. Penulis sudah ada dua tiga nama sahabat untuk dijemput menulis. Semuanya mungkin dari bidang yang berbeza-beza tetapi bercerita dan memberi pendapat berkenaan politik tanahair kita. InsyaAllah akan menyusul juga nanti.

Apa pun, terima kasih buat semua pembaca blog Kembara Politik yang budiman kerana terus sudi membaca blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.