-
[Sebelum itu, Part 1 baca di SINI.]
Pelbagai Fitnah Dilempar Terhadap IPO FGV
Kita sudah dengar pelbagai fitnah buruk dilemparkan oleh pembangkang bagi menghalang penyenaraian FGV ini. Semuanya adalah tuduhan yang tidak ada asas langsung. Tuduhan yang sengaja direka-reka demi menakutkan peneroka dan memberikan gambaran buruk secara keseluruhannya pada kaca mata orang Melayu.
Pembangkang mahu seluruh orang Melayu melihat usaha YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai sesuatu yang amat buruk. Ketakutan pembangkang semakin jelas dari hari ke hari dengan pelbagai fitnah jahat menggagalkan penyenaraian FGV.
Fitnah Peneroka Tidak Diberikan Pilihan Menerima atau Menolak Saham FGV
Dato' Najib telah melihat sumbangan yang telah diberikan oleh para peneroka Felda dalam industri minyak sawit negara. Oleh yang demikian, penyenaraian FGV juga tidak mengenepikan titik peluh para peneroka. Malahan, seluruh peneroka diberikan agihan khas (special allocation) bagi memiliki saham FGV tanpa perlu melalui tawaran awam.
Walau bagaimanapun, idea peruntukan khas saham FGV ini diserang dengan begitu hebat dengan pelbagai fitnah buruk. Pembangkang dengan niat jahat memfitnah kononnya seluruh peneroka diugut dan dipaksa menerima agihan khas ini. Seluruh peneroka kononnya tidak diberikan pilihan. Semua itu hanya fitnah jahat. Peneroka sebenarnya diberikan pilihan sama ada mahu membeli saham melalui agihan khas untuk peneroka atau sebaliknya menolak. Kalau mahu, boleh ambil. Jika tidak mahu pun tidak mengapa. Tiada paksaan pun seperti mana difitnah pembangkang haramjadah.
Cuma bagi penulis ianya adalah sesuatu yang merugikan jika menolak agihan khas yang memang hanya diberikan kepada peneroka melalui Borang Biru (Blue Form). Bukan senang untuk mendapatkan agihan khas sebegini. Malahan orang awam yang ingin memiliki saham FGV perlu melalui tawaran awam yang ditentukan melalui cabutan. Belum tentu lagi dapat jumlah yang dimahukan. Jadi amat rugi jika menolak. Mujurlah tidak ramai yang menolak. Hanya segelintir yang betul-betul totok pembangkang yang diberikan maklumat yang salah oleh pemimpin mereka.
Fitnah Mengatakan Sign Borang Biru Kemudian Tanah Kebun Tergadai
Pembangkang haramjadah tidak puas-puas menakut-nakutkan para peneroka. Pembangkang sengaja memberikan gambaran buruk dan mahu memastikan kerosakan yang teruk terhadap imej Felda yang berkait rapat dengan kerajaan BN menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).
Fitnah terus ditabur dengan mengatakan jika peneroka sign Borang Biru maka besar kemungkinan tanah kebun 10 ekar mereka akan lesap. Fitnah yang cukup melucukan. Mana mungkin dengan pembelian saham FGV bernilai RM4.55 sesaham itu berupaya menyebabkan tanah kebun seluas 10 ekar peneroka bernilai jutaan ringgit itu lesap?
Fakta, kerajaan sudah menerangkan bahawa penyenaraian FGV bukan melibatkan tanah kebun 10 ekar dan tapak rumah seluas suku ekar milik kekal dan tetap peneroka. Jadi bagaimana pembangkang haramjadah boleh tipu peneroka bakal hilang tanah kebun? Bodoh betul pembangkang haramjadah!
Pembangkang terus membelit. Memang tanah kebun tidak masuk dalam penyenaraian. Tapi pinjaman yang dibuat oleh peneroka untuk membeli saham FGV sejumlah 800 saham itu akan menyebabkan peneroka jatuh muflis dan akhirnya tanah kebun tergadai. Lagi lah menampakkan kebodohan puak-puak pembangkang haramjadah!
800 saham didarab dengan RM4.55 tidak sampai pun RM4,000. Mana mungkin jatuh muflis dan tanah kebun seluas 10 ekar bernilai jutaan ringgit tergadai!
Pembangkang Pun Terliur Dengan Agihan Khas FGV Terhadap Peneroka
Malahan, pernah suatu hari penulis berborak dengan seorang sahabat yang pro pembangkang menyatakan keinginan memiliki saham agihan khas ini sekiranya ada peneroka yang menolak. Malah sahabat ini berkeinginan berjumpa dengan para peneroka yang menolak dan mahu mereka menjadi proksi dan mereka akan diberikan sedikit imbuhan. Tidak tahulah sama ada sahabat penulis itu berjaya berjumpa dengan para peneroka yang menolak agihan khas saham FGV dan menjadikan mereka sebagai proksi.
Perangai Haramjadah Pembangkang - Sign Borang Biru FGV Tapi Saman FELDA
Pun begitu, ada juga segelintir peneroka yang menerima tawaran agihan khas melalui Borang Biru ini yang bertindak menyaman pihak pengurusan Felda. Bagi penulis, ini satu lagi usaha yang dilakukan secara berterusan dan sangat terancang bagi menggagalkan usaha penyenaraian FGV. Mereka yang ini terdiri dari pembangkang yang dikategorikan sebagai haramjadah!
Mereka ini sengaja menerima tawaran saham FGV. Sengaja menandatangi Borang Biru FGV. Kemudian sengaja bertindak menyaman Felda dengan alasan bahawa kononnya mereka diperdaya menurunkan tandatangan. Para peneroka yang menyaman ini terdiri daripada totok-totok pembangkang haramjadah yang sengaja mengikut arahan dari pemimpin mereka.
Mereka ini senagaja berniat jahat sedangkan mereka sudah pun diberikan pilihan sama ada menerima atau pun menolak sekiranya tidak mahu memiliki agihan khas saham FGV kepada peneroka. Bagi penulis, tidak perlulah bertindak sedemikian sehinggakan pihak pengurusan Felda yang selama ini menjaga segala kebajikan para peneroka diheret ke mahkamah.
Jika ikhlas tidak mahukan agihan khas saham FGV maka tolaklah. Jangan tandatangan dengan niat menganiaya pihak pengurusan Felda demi memberikan gambaran buruk kepada kerajaan BN.
Penulis teringat dengan kata-kata seorang Pengurus Felda dalam majlis penyampaian cek durian runtuh seberapa ketika dahulu.
Katanya (seingat penulis):
"Tuan-tuan dan Puan-puan semuanya sudah seperti ibu bapa saya. Tidak mungkin saya mahu menganiaya Tuan-tuan dan Puan-puan. Jika ada yang tidak faham, mari datang berbincang. Saya berkerja untuk Felda. Tempat saya cari rezeki untuk menyara anak-anak. Jadi tolonglah. Jangan saman. Jika tidak mahu, tolaklah. Felda tidak paksa. Cuma, pendapat saya, rugi kalau tolak. Tapi kalau dah memang tak mahu, tolaklah cara baik. Jangan saman."
Pun begitu, totok pembangkang berstatus haramjadah memilih untuk menerima tetapi kemudiannya bertindak menyaman Felda! Memang sah haramjadah!
Ada Peneroka Yang Saman Felda Dakwa Ditipu Pemimpin Pembangkang
Cakap-cakap dari kalangan peneroka Felda itu sendiri menyatakan bahawa ada di kalangan mereka yang bertindak menyaman pihak pengurusan Felda berhubung agihan khas saham FGV ini tidak pun berniat mahu menyaman Felda.
Malahan, mereka ini mengatakan bahawa nama mereka digunakan. Tidak tahu pun nama mereka digunakan walau pun memang mereka penyokong pembangkang. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan menyaman Felda.
Ada juga di kalangan mereka mahu menarik kembali saman mereka. Atau paling tidak, mereka tidak mahu nama dimasukkan dalam saman. Mereka tidak mahu masuk campur. Ada yang menyatakan kekesalan dengan tindakan pemimpin pembangkang setempat dengan bantuan pemimpin pembangkang atasan menyaman Felda ini.
Amaran Buat Pembangkang
Kepada pembangkang, sudah-sudahlah menabur fitnah mengelirukan peneroka, generasi kedua dan seluruh rakyat. Segala putar belit pembangkang untuk memberikan gambaran yang buruk terhadap kerajaan BN akan dipatahkan satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan bakal menunjukkan betapa terdesaknya pembangkang menjelang PRU13 sedikit masa lagi. Usaha memburukkan FGV adalah usaha terakhir pembangkang di Felda. Menentukan sama ada berjaya atau pembangkang terus bungkus tanpa sebarang sokongan langsung oleh peneroka Felda untuk pilihanraya akan datang dan seterusnya...
BERSAMBUNG AKAN DATANG....
[Fitnah saham FGV akan jatuh seperti IPO Facebook]
[Sebab sebenar kenapa Pembangkang Haramjadah takut dengan penyenaraian FGV]
+

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.