31 Mac, 2013

KEMPEN PILIHANRAYA DI FACEBOOK



Pada pandanganku

Pada PRU 12, antara taktik PR yang berjaya adalah dengan menggunakan media baru seperti blog dalam mensensasikan isu. Walaupun isu itu tidak mempunyai fakta yang sahih, tetapi pembaca mempercayai fakta itu dan menganggap perkara ianya sebagi satu kebenaran. Dengan itu kita dapat melihat peningkatan sokongan golongan muda terhadap PR. Golongan muda adalah khalayak yang terbesar membaca blog.

Bagaimanapun pasca PRU 12, BN telah meningkat usahanya dalam mengimbangi penguasaan ruang cyber. Dengan cyber troopers yang bagus di kedua-dua belah pihak, pada pengamatan penulis (di beberapa forum didalam talian) penguasaan dalam dunia blog adalah seimbang. Setiap blog pembangkang akan diserang/komen oleh cyber troopers BN, begitu juga sebaliknya. Para pemimpin juga aktif dalam dunia blog.

Setelah sekian lama usaha BN menerangkan kepada rakyat, bahawa berita daripada blog kebanyakan tidak mempunyai asas. Nampaknya usaha ini telah membuahkan hasil.
Disebalik blog, PR sekarang kelihatan mendahului dalam kempen pilihanraya didalam FB. Dari pengamatan penulis kebanyakan penyokong PR telah membuat perkongsian (Share) sesuatu berita atau isu dari blog pro-PR. Ini adalah umpama berkempen pilihanraya dengan berjumpa secara bersemuka dengan pengundi.

Jumlah pengguna Facebook di Malaysia ialah 13 juta orang, dengan jumlah pengguna yang begitu ramai kempen didalam Facebook bakal memberikan kesan yang signifikan dalam PRU 13. Kebanyakan pengguna Facebook yang pro-BN agak kurang berkempen dalam Facebook kerana menganggap undi adalah rahsia dan ia adalah hak individu. Mereka menganggap FB adalah ruang membicarakan tentang kehidupan masing-masing selain politik. Politik dianggap akan menjauhkan kawan-kawan yang sedia ada sekiranya mereka berlainan ideologi politik.

Penyokong BN harus sedar, kempen bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran. Walaupun isu yang diwar- warkan itu tiada asas fakta, namun manusia akan terpengaruh sekiranya isu itu berulang setiap hari. Inilah yang terjadi sekarang, terdapat segolongan rakyat Malaysia yang percaya dengan isu-isu yang dicanang didalam FB. 

Penyokong BN juga harus berkempen didalam FB, untuk menyatakan pendapat secara terang. Sekali sekala kongsikan (share) isu-isu dari blog pro-BN. Tidak salah menyatakan pendapat dan parti yang kita sokong. Cuma jangan menghamburkan kata-kata keji terhadap parti lawan sudahlah, ini adalah untuk mengelakkan kawan yang mempunyai ideology politik yang berlainan terasa hati. Penyokong BN harus menunjukkan sokongan mereka dalam FB, dan tidak membiarkan penyokong PR terus-menerus berkempen kepada kawan-kawan kita. Walupun kita tahu isu yang di paparkan itu tidak betul. Kerana kempen yang berterusan boleh mempengaruhi pemikiran manusia.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)

30 Mac, 2013

SOKONG DS NAJIB BUBAR PARLIMEN LEWAT




Tarikh tamat tempoh bagi DUN dibawah PR: Selangor (22 Apri), Kelantan (28 April), P. Pinang (2 Mei) dan Kedah (5 Mei).

PR telah menyatakan mereka tidak akan membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.

Pakatan Rakyat telah memberi tekanan kepada DS Najib untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin. Mereka telah menyatakan DS Najib takut bubarkan parlimen sebab takut  kalah dan bermacam-macam lagi ucapan yang sinis kepada DS Najib dan BN.

Ramai juga penyokong-penyokong BN yang termakan hasutan pembangkang dan mengeluh mengapa DS najib masih tidak membubarkan Parlimen. Walaupun senario politik semasa memihak kepada BN terutama selepas pencerobohan Lahad Datu bagai ada satu semangat patriotisma rakyat yang kuat menolak PR yang tidak patriotisma itu. Tetapi DS Najib masih tidak membubarkan Parlimen. Ini memberikan gambaran bahawa tohmahan PR itu benar.

Sebenarnya kita lupa untuk melihat gambaran yang lebih besar dalam strategi politik. keputusan DS Najib membubarkan Parlimen lewat ini adalah tepat. PR membuat tohmahan dan menekan DS Najib untuk membubarkan parlimen adalah untuk mendapatkan kelebihan didalam gelangang PRU. Harus di ingat sepanjang sejarah PRU di Malaysia, biasanya isu setempat menjadi faktor penentu paling signifikan kepada pengundi.  Sekiranya PRU 13 tidak dijalankan serentak dgn DUN dibawah PR, PR akan menggunakan  jentera pilihanraya mereka untuk meningkatkan kekuatan kempen mereka dan mengucar-kacirkan kempen di DUN dibawah BN. Suara yang memainkan isu setempat sudah tentu kuat dipihak PR. Ini sudah tentu merugikan dan juga tidak adil pada BN. Sebenarnya PR mahukan PRU13 dibuat “diatas lantai yang tidak rata” dan memihak kepada mereka. mungkin itu sebabnya mereka menekan DS Najib bubarkan Parlimen tapi dalam masa yang sama mereka tidak mahu membubarkan DUN.

Pembubaran Parlimen lewat (walaupun sehingga tarikh akhir 30 april) adalah yang terbaik dan adil untuk semua parti. Tidak kira BN ataupun PR, mereka akan bertanding diatas lantai yang sama. Masing-masing terpaksa menggunakan kekuatan jentera pilihanraya negeri untuk negeri masing-masing. Sekiranya ini berlaku, PR sudah pasti banyak kalah kerana dari pengamatan penulis kebanyakan ADUN dan MP dari PR tidak menunjukkan prestasi yang baik kepada penduduk setempat. PR hanya bergantung kepada sentimen isu yang ditiupkan untuk memainkan emosi pengundi, bukan kerana track record mereka.

Rakyat Malaysia harus menyokong DS Najib dalam membubarkan Parlimen lewat untuk menjadikan PRU 13 ini serentak dengan semua DUN. Ini adalah untuk kebaikan dan pertandingan yang adil untuk semua.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)

29 Mac, 2013

Dr Sidek Baba tinggalkan Anwar setelah siasat, temubual dan istikharah

Penulis cukup teruja apabila Prof Datuk Dr Sidek Baba membuka mulut memberikan sebab mengapa beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah sekian lama bersahabat baik. Bukan sekejap Dr Sidek mengenali Anwar. 30 tahun adalah satu jangka masa yang sangat lama. Tambahan pula beliau adalah antara cerdik pandai yang mempertahankan Anwar suatu ketika dulu.

Sebab apa penulis teruja apabila Dr Sidek membuka mulut?

Sebab, jarang kita semua dengar dari mulut bekas rakan karib Anwar itu perihal Anwar ataupun perihal sesiapa sekalipun. Orang yang mengenali Dr Sidek sudah pasti faham benar dengan sikapnya yang hanya bersuara apabila perlu sahaja. Beliau bukan jenis yang banyak cakap. Kalau bercakap pun penuh dengan ketelitian. Tidak gopoh-gapah.Yang kita tahu, tidak pernah kita dengar beliau bercakap buruk tentang seseorang. Jadi, apabila Dr Sidek bersuara semua orang hendak dengar dan tahu apa kisah di sebaliknya.

Penulis perturunkan di bawah ini artikel akhbar Utusan Malaysia, 28 Mac 2013 bertajuk "Sidek Baba dedah sebab tinggalkan Anwar" untuk kita sama-sama baca dan berfikir secara waras.

Sidek Baba dedah sebab tinggalkan Anwar

KUALA LUMPUR 27 Mac - Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

28 Mac, 2013

Kisah Pak Kadok & Sesal Dulu Pendapatan...


Kisah Pak Kadok
(Seperti mana dicoret suatu ketika dahulu oleh sahabat lama penulis, Tuan Tam Dalyell)

Kisah Pak Kadok berulang dan berulang dan berulang dan ...

Menang sorak
Kampong tergadai

Melayu dahulukala sangatlah cerdiknya:-
Mencipta perumpamaan ayam berkokok
Melambangkan minda Melayu Pak Kadok
Berulangkali terkena tak terduduk
Dijulap DAP PAS jadi mabok
Dicucuk hidung terus ka lubok
Tak sedar imamnya tak cebok
PAS oh PAS Pak Kadok

(Tam Dalyell, 9 April 2009)
 
 
 
Sesal Dulu Pendapatan...
 
Pengkhianat DAP sudah sepakat
Merendah Sultan disanjung Melayu
Apa sebenarnya yang PAS dapat
Bila Melayu semakin diseteru?

Melayu lama Melayu cerdik
Melayu baru otaknya singkat
Sesama Islam diherdik-herdik
Teman DAP dijulang diangkat!

Melayu hidup di Tanah Melayu
Cina asalnya di Tanah China
Mengapa diikut sikap si kiasu?
Kelak menyesal tidak berguna!
 
(Kembara Politik, 9 April 2009)

27 Mac, 2013

Prinsip perjuangan Pakatan Rakyat merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja

"Apapun yang penting bagi saya bukan Negeri atau Parlimen atau samada bertanding ataupun tidak.
 
Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja.
 
Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang."
 
-- Bekas PESURUHJAYA PAS SELANGOR, Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali; 27 Mac 2013 [SUMBER]

Manifesto Bukan Janji! - Buku Jingga


 
TABUR JANJI DAH JADI DARAH DAGING PAKATAN RAKYAT
SAMA ADA NAK TUNAI JANJI ATAU TIDAK
 ITU BELAKANG CERITA
 
SEBAB... 
 
PAKATAN RAKYAT SENDIRI AKUI
MANIFESTO BUKAN JANJI!
 
USAH DIBOHONGI PAKATAN RAKYAT LAGI!
 
MARI UNDI BN
JANJI DITEPATI!


Kalu pk logik la ek...

Kalu pk logik la ek:

1) Dlm group sendiri pon xbrape nk berpakat sape jd ketua, camne nk tadbir negara?

2) Ketua sendiri jalannye sumbang, camne nk tgkkan Islam yg mmg sah2 jalannya lurus?

3)  Ketua sendiri asyik U-turn je bile wat statement, camne ank buah nk teguh pendirian?

Kesimpulannya : Malaysia kita ini seumpama istana pasir, keamanan & kesejahteraan yg kita kecapi skrg ni leh hilang hanya dengan beberapa makhluk yang xtau menghargainya. Kekalkan nikmat yang Allah kurniakan kpd kita ini.

26 Mac, 2013

Bukti PR Akan Bankrapkan Negara

(Sumber Artikel: MyKMU.net)

Sorakan puak-puak Pakatan Rakyat terhadap kata-kata Tun Musa Hitam bahawa PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja, masih lagi kedengaran. Bagi PR, kata-kata tersebut merupakan perangsang semangat setelah tidak mampu menepis fakta dan angka yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang menunjukkan Buku Jingga mereka akan membangkrapkan negara ini.

Manakala Manifesto baru PR pula dijangka akan menyebabkan defisit meningkat kepada 11.5% KDNK berbanding BN 4.0% dan hutang pula meningkat sehingga 62.1% KDNK berbanding BN 54.6%. Kenyataan ini dibuat setelah mengambilkira semua janji-janji manis yang ditabur PR dan digabungkan dengan angka-angka pendapatan serta perbelanjaan, termasuk anggaran potensi dan risiko keadaan semasa di dalam negeri dan juga global.

Dengan itu, kita menyimpulkan bahawa satu-satunya cara bagi PR untuk tidak membankrapkan negara ialah dengan merombak semula Buku Jingga serta mengtongsampahkan terus manifesto mereka sekiranya mereka menang pilihanraya. Dalam ertikata lain, mengambil sikap “cakap tidak serupa bikin” atau “tidak menepati janji” atau lebih tepat “berbohong”.
 
Ini tentunya bermakna mereka perlu merangka bajet yang baru tanpa berdasarkan apa yang diperkatakan atau dijanjikan mereka dahulu.
 
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang bajet baru mereka ini akan menjamin pentadbiran ekonomi yang baik, apatah lagi dengan rekod ‘Perdana Menteri PR’ yang begitu corot dalam soal ekonomi.
 
Bagi melihatnya dengan lebih jelas, kita perlu merujuk kepada kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan BN iaitu 2003 – 2007: Pada tahun 2003 kedudukan wang tunai Selangor berada pada RM325.38 juta, 2004 – RM427.64 juta, lalu meningkat lagi pada tahun 2006 kepada RM565.47 juta dan sehingga tahun 2007 wang tunai Selangor berjumlah RM738.05 juta.
 
Tetapi, pada tahun 2008, apabila PKR mengambil alih dan Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, kedudukan kewangan negeri mencatatkan trend yang menurun seperti berikut: 2007 – RM776.44 juta, 2008 – RM733.64 juta, 2009 – RM617.20, lalu menjunam terus pada 2011 kepada RM390.89 juta.
 
Angka di atas adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor pada tahun yang berkenaan.
 
Jika ini belum cukup untuk membuktikan ketidak-cekapan Anwar Ibrahim dalam mentadbir ekonomi, maka kita wajar melihat prestasinya dalam menangani krisis kewangan ketika menjadi Menteri Kewangan iaitu pada tahun 1997:
 
Di tangan Anwar, pasaran bursa Malaysia dari Februari 1997 yang berada pada mata 1300 terus menjunam tanpa kawalan sehingga Julai 1998 bursa Malaysia berada di paras terendah pernah direkodkan iaitu 261.33.
 
Apabila Anwar dipecat pada 2 September 1998, dan Tun Mahathir mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, beliau telah bertindak merombak semula perancangan Anwar yang menggunapakai strategi IMF serta memperkenalkan strategi baru.
 
Hasilnya, pasaran bursa Malaysia pantas mengalami pemulihan di mana pada penghujung September 1998 sejurus Anwar dipecat, pasaran mencatatkan mata peningkatan segera iaitu kepada 400 dan terus meningkat serta pulih perlahan-lahan di mana pada awal tahun 2000, pasaran bursa berada di paras 980.
 
Sebagai perbandingan lagi, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada ketika krisis ekonomi berlaku iaitu pada tahun 17 September 2008. Beliau pada mulanya terpaksa bergelut dengan pasaran bursa menjunam sehingga pada penghujung tahun tersebut, mencatat paras serendah 801.27. Awal tahun 2009, beliau yang mungkin telah mendapatkan ‘momentum’, bertindak membentangkan bajet mini RM60billion.
 
Keadaan tampak memberangsangkan sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009. Seterusnya, bursa Malaysia mencatatkan peningkatan yang agak konsisten sehinggalah di penghujung 2012, di mana ia berada di paras tertinggi ialah 1699.68.
 
Jelas, kepimpinan yang bijak mampu memulihkan keadaan walaupun ketika krisis dan ketika orang lain melihatnya sebagai mustahil. Tetapi kepimpinan yang tidak cekap seperti Anwar Ibrahim, hanya akan menambahkan krisis dan membawa negara ke arah kehancuran, iaitu miskin lalu bangkrap terus.
 
Bayangkan, jika Anwar Ibrahim yang mengambil-alih negara pada 2008, iaitu ketika krisis kewangan global, tidakkah beliau hanya akan membawa kita melalui jalan yang sama yang dibawanya ketika krisis 1997? Dan bayangkan jika beliau menang dalam pilihanraya kali ini dan menjadi Perdana Menteri, apakah jaminan yang beliau tidak akan membawa kita ke arah jalan yang sama yang dilalui oleh Selangor hari ini?
 
Bayangkan jika krisis ekonomi melanda lagi, apa akan jadi kepada Malaysia, kepada kita, jika negara berada di dalam tangan pemimpin yang tidak cekap dan buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim?
 
Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah graduan Pengajian Melayu, pendokong sastera yang mana cakap-cakapnya berbunga-bunga, penuh retorik dan mainan bahasa. Ini ertinya, Anwar bukan manusia yang dilahirkan dengan penguasaan otak kiri iaitu kecekapan menganalisa atau melihat logik matematik yang diperlukan untuk memahami ekonomi. Anwar adalah manusia yang dikuasai oleh bahagian otak sebelah kanan, iaitu seni, abstrak yang bebas mengenterpretasi sendiri dan lebih banyak dikuasai emosi.
 
Negara tentunya dalam bahaya jika seorang Perdana Menteri melihat angka seperti perkataan atau syair yang boleh disusun dan diubah-ubah sesuka hati. Dan itu belum lagi diambil kira risiko Anwar menyusun dan mengubah angka itu agar masuk ke akaunnya sendiri, dan akaun keluarganya, atau akaun Tuan-tuannya, anak-anak ikannya, gundik-gundiknya, rakan-rakannya dan mereka-mereka yang menyimpan semua bukti rahsia gelapnya.
 
Justeru, kata Tun Musa bahawa PR tidak akan membangkrapkan negara adalah kurang tepat. Yang tepatnya ialah, pemimpin PR tidak akan bangkrap, tetapi kemungkinan untuk mereka membankrapkan negara amatlah besar dan tidak boleh dipandang ringan.
 
Ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh diperjudikan dan diletakkan di atas bahu sesiapa sahaja. Ia memerlukan kebijaksanaan yang khusus yang manusia seperti Anwar tidak mungkin mampu memahaminya.

13 Mac, 2013

PRU13: Ayuh beri mandat besar untuk Barisan Nasional!

1. Sudah lama penulis tidak menulis dalam blog Kembara Politik ini. Kali terakhir entri blog ini adalah bertarikh 16 September 2012.

2. Sepanjang penulis tidak menulis itulah penulis berpeluang untuk bertanya secara bersemuka dengan pelbagai lapisan masyarakat. Berborak santai di warong kopi sambil bertanyakan isu-isu semasa dan juga mencungkil sentimen dari penyokong BN mahupun mereka yang menyokong DAP-PKR-Pas.

3. Penulis cuba mendapatkan maklum balas tentang segala program dan inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan. Rata-rata yang ditemui memberikan maklum balas yang sangat positif. Mereka dengan penuh yakin memberikan pujian dan rasa penghargaan terhadap Kerajaan.

4. Penulis berkeyakinan bahawa segala usaha Kerajaan melalui pelbagai bentuk program ini telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Imej Kerajaan BN adalah sangat baik di mata rakyat berbanding imej pakatan DAP-PKR-Pas di negeri yang diterajui mereka.

5. Persoalannya, apakah kejayaan pelbagai program yang dilaksanakan Kerajaan BN boleh menarik rakyat mengundi Barisan Nasional pada PRU13?

6. Rata-rata yang ditemui bersikap lebih cenderung menyokong Barisan Nasional atau cara mereka mengulas isu lebih mirip kepada pro-Kerajaan BN berbanding pakatan DAP-PKR-Pas.

7. Mereka berpendapat bahawa Kerajaan BN lebih bertanggungjawab dalam menunaikan janji-janji dan tidak beretorik. Janji-janji dari pihak pembangkang pula tidak diyakini kerana rakyat melihat bagaimana janji-janji yang mereka tabur masih lagi tidak ditunaikan sehingga kini. Kerajaan BN juga dilihat rakyat sebagai sebuah Kerajaan yang track record yang baik, konsisten dan mempunyai hala tuju yang realistik. Ini adalah kekuatan Kerajaan BN yang dirasai oleh rakyat berbanding pakatan DAP-PKR-Pas.

8. Ramai pengundi atas pagar pula lebih cenderung mengambil pendirian pro-BN kerana tidak bersetuju dengan parti Pas bergabung dengan DAP dan PKR selepas PRU12 kerana mereka beranggapan bahawa mereka mengundi Pas pada PRU12 dahulu bukan kerana Pas berada dalam sebuah pakatan bersama DAP. Sebelum PRU12 gabungan DAP-PKR-Pas yang diwar-warkan sebagai Pakatan Rakyat tidak pernah wujud.

9. Walau bagaimanapun dari maklum balas yang penulis terima, sokongan terhadap Kerajaaan ini tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi. Dalam erti kata lain, rakyat yang menyokong Kerajaan ini memang pro-Kerajaan BN tetapi mengambil sikap tidak apa jika tidak keluar mengundi. Rakyat yang pro-BN ini sebenarnya masih lagi berada dalam zon selesa dan beranggapan jika mereka tidak keluar mengundi pun, Kerajaan BN masih boleh menang di peringkat Pusat mahupun Negeri.

10. Anggapan seperti ini sebenarnya tidak boleh digunakan lagi pada PRU13 yang akan diadakan sedikit masa lagi. Situasi politik kini sudah sangat berbeza.

11. Rakyat yang menyokong segala program yang dilaksanakan Kerajaan BN perlu keluar mengundi. Anggapan bahawa BN masih lagi berada dalam zon selesa perlu dibuang kerana BN memerlukan setiap undi rakyat yang menyokongnya untuk meneruskan segala program dan kesinambungan yang ada. Setiap undi rakyat terhadap BN dalam PRU13 adalah sangat berharga.

12.  Dan apa yang paling penting, seluruh pendokong Barisan Nasional perlu memastikan pada Piliharaya Umum Ke-13 kali ini akan memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada semua calon-calon yang mewakili Barisan Nasional. Seluruh pendokong BN perlu keluar mengundi demi memastikan Kerajaan BN pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mendapat mandat dua pertiga pada PRU13 nanti.

13. InsyaALLAH, Barisan Nasional akan memperoleh mandat dua pertiga jika semua menunaikan tanggungjawab masing-masing. Ayuh beri mandat besar untuk Barisan Nasional pada PRU13 kali ini!