13 April, 2013

AKAN WUJUDKAH MASYARAKAT IDEAL DAN PARTI POLITIK IDEAL DI MALAYSIA?


Dari pandangan masyarakat marhaen
 
Malaysia terdiri daripada masyrakat yang berbilang kaum. Kaum yang terbesar adalah kaum melayu. Semenanjung Malaysia adalah berasal dari tanah melayu yang telah wujud sejak dahulu lagi, malah sebelum kewujudan Melaka. Sebagai contoh kewujudan gangga Negara, kerajaan melayu sebelum Melaka. Bagaimanapun tanah melayu telah diduduki oleh kaum cina dan india yang telah dibawa masuk oleh inggeris. Kemerdekaan Malaysia mempunyai syarat, iaitu pemerintah Malaysia mesti menerima kaum lain sebagai warganegaranya. Pemerintah Malaysia telah menerima syarat itu dan akhirnya wujudlah Malaysia negara yang merdeka. 

Setelah lebih setengah abad merdeka, kaum cina dan india seolah-olah memberontak kerana mereka terasa tidak setara dengan kaum bumiputera yang lain. Kaum bumiputera diberi pelbagai kemudahan dan kuota, tetapi mereka tidak dapat. Sebagai warganegara Malaysia, mereka terasa di anak tirikan. Mereka mahu sebuah kerajaan yang tidak berpaksikan perkauman. Seorang rakan penulis dari kaum india, berkata tidak bolehkah semua kaum di Malaysia diperintah oleh parti yang tidak berteraskan kaum. Dia sudah bosan dengan parti politik yang berkata kita buat ini untuk kaum ini dan itu. Tidak bolehkah sesuatu itu dibuat untuk rakyat Malaysia. Akan wujudkah masyarakat dan parti politik seperti ini?

Dalam proses demokrasi yang menjadi keutamaan adalah penyokong. Proses demokrasi akan menjadikan yang ramai penyokong adalah pemenang (ia sama seperti yang kuat memerintah). Ia tidak berteraskan kebenaran, apa akan jadi jika rakyat memilih mengikut emosi. Kerana marah pihak yang salah akan menang. Sejak dahulu lagi, manusia ini sudah dikelompok mengikut kaum masing-masing. Kelompok itu sudah wujud dan cara paling mudah mencari penyokong adalah dengan menjadi juara kelompok atau kaum ini. Ini lah yang terjadi di Malaysia.

UMNO itu wujud setelah kaum melayu diasak oleh Malayan union yang bakal menghakis kuasa melayu ditanah airnya sendiri. Kebangkitan kaum melayu dibawah UMNO telah menggugat pihak inggeris. Tetapi untuk mendapatkan kemerdekaan, maka wujudlah MCA dan MIC sebagai suara kaum cina dan india. Parti-parti ini adalah juara kaum masing-masing. Setelah itu wujudlah DAP, Gerakan dan yang terbaru adalah PKR yang tidak berpaksikan kaum. Bagaimanapun demi mencari penyokong, parti-parti ini juga memperjuangkan nasib kaum-kaum tertentu untuk berkuasa. Sebagai contoh DAP dan Gerakan memperjuangkan masyarakat cina. PKR pada asalnya memperjuangkan DSAI sahaja, sekarang lebih memperjuangkan masyrakat cina demi mendapatkan pengaruh.

Pada pendapat penulis, selagi ada kaum di Malaysia ini, setiap parti politik pasti akan memperjuangkan nasib kaum tertentu sahaja. Tiada siapa dapat menghapuskan kaum didunia ini kecuali Allah. Allah juga telah berfirman, Allah mencipta manusia di bumi mengikut kaum supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain. 

Setakat ini penulis tidak dapat lihat kesediaan semua kaum untuk melepaskan hak mereka. Kaum melayu tidak akan melepaskan hak mereka sebagai penduduk asal tanah melayu. Bersediakah kaum lain melepaskan hak mereka untuk rakyat Malaysia secara total. Sebagai contoh, lihat sajalah sekolah wawasan. Sekolah wawasan dibuat untuk merapatkan hubungan antara kaum, tetapi ia ditentang kerana bahasa pengantarnya dan pelbagai alasan yang bersifat perkauman. Ini menunjukkan kaum lain juga tidak bersedia untuk membuka pintu perkaumannya untuk dan bergabung menjadi rakyat Malaysia. 

Setakat ini apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia ialah perkongsian kuasa. Untuk itu Barisan Nasional adalah pilihan yang terbaik. Perkongsian kuasa telah lama diamalkan oleh BN, dan ia kelihatan adil berdasarkan komposisi kaum di Malaysia. Walaupun BN banyak memihak kepada kaum melayu, ia adalah adil kerana melayu adalah kaum terbesar. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, mereka mempunyai perkongsian kuasa yang lemah antara kaum. PR juga kelihatan lebih memihak kepada kaum cina yang bukan kaum terbesar dan ini juga seolah-olah menafikan hak kaum terbesar dan ia kelihatan seperti kaum cina ini gila kuasa. Adil itu bukanlah kesamarataan, tetapi meletakkan hak keatas haknya.

Pilihlah BN untuk keadilan dan kestabilan Malaysia. Ia tidak akan mengwujudkan masyarakat yang ideal, dan parti politik yang ideal. Tetapi ia dapat menjamin kestabilan dalam perkongsian kuasa. Itu adalah kunci keamanan Malaysia. Janganlah dibuang kunci ini, rakyat Malaysia belum bersedia. Terimalah hakikatnya.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.