13 April, 2013

RUMAHKU DAIF, SIAPA YANG AKAN MENOLONG.. BN ATAU PR



Pandangan dari masyarakat marhaen
 
Kisah ini berlaku di sebuah kampong di Perak, disebuah rumah melayu dan di perkampungan melayu. Pada PRU12 yang lepas kawasan Parlimen dikuasai DAP, manakala DUN pula dikuasai PAS. Keadaan rumahnya begitu daif mengundang rasa simpati sesiapa yang melihatnya. Terdapat dua parti politik yang mendominasi suasana politik kampong tersebut, iaitu UMNO dan PAS. Tetapi UMNO lebih mempunyai ramai penyokongnya.

Selepas PRU12, PR telah berjaya menguasai Perak dengan majority mudah. PAS yang menjadi ADUN kawasannya pun tidak memberi apa-apa bantuan kepada keluarga ini. MP DAP lagilah, jejak kampong ini pun tidak pernah apa lagi mahu membantu orang yang susah. Pada ketika itu, terdapat perkhabaran yang bertiup kencang di Perak yang menyatakan bantuan banyak diberikan kepada masyarakat cina. Sehinggakan masyarakat cina beranggapan kerajaan Perak ketika itu adalah kerajaan cina. Apabila ada pilihanraya kecil berlaku di Perak, masyrakat cina akan beranggapan pilihanraya itu adalah perlawanan kerajaan cina menentang kerajaan melayu.

Setelah BN merampas kembali Perak disebabkan beberapa ADUN PR keluar pakatan dan mengistiharkan ADUN bebas mesra BN. Keluarga ini masih lagi tidak mendapat bantuan, walaupun kerajaan BN telah memperuntukkan belanjawan untuk rumah mesra rakyat. Perkara ini belaku adalah disebabkan dua perkara, satu BN bahagian dan UMNO bahagian tidak serius menolong orang kampong yang susah. UMNO cawangan kampong dan ketua kampungnya juga begitu, tidak prihatin kepada masalah orang kampong membiarkan kesusahan keluarga ini berterusan tanpa bantuan.

Pada PRU13 ini, keluarga ini tidak akan menyokong BN kerana kecewa dengan perkara yang menimpa mereka. Mereka juga percaya dengan memberi undi kepada PAS, mereka tidak akan dibantu. Tetapi mereka mahu memberi undi kepada PAS kerana mahu mengajar orang UMNO/BN supaya lebih menjaga kebajikan rakyatnya.

Begitulah antara cerita kekecewaan yang berlaku kepada penyokong BN yang setia. Pada mereka ahli politik ini adalah untuk mengejar kuasa. Tetapi keluarga ini mungkin terlupa pengalaman 10 bulan Perak dibawah Pakatan Rakyat, orang melayu tidak dibantu pun sedangkan masyarakat cina dibantu dengan sebanyak yang mungkin. Mungkin dari cerita diatas kita nampak kedua-dua parti ini (BN dan PR) sama sahaja buruknya. Jika diteliti dengan lebih mendalam lagi dapat kita lihat bahawa kerajaan BN lebih baik lagi, kerana kerajaan BN telah membuat peruntukan rumah mesra rakyat. Yang tidak bertanggungjawab adalah UMNO bahagian, UMNO cawangan dan ketua kampungnya kerana tidak prihatin dengan masalah orang kampong. Merekalah orang yang perlu diajar, bukan BN secara total.

BN sebenarnya masih mempunyai kelemahan, tetapi PR mempunyai kelemahan yang lebih buruk daripada BN. Masakan kita mahu menukar kerajaan yang baik kepada kerajaan yang lebih buruk. Sekiranya kita memilih untuk mengajar orang UMNO diatas kesilapannya, janganlah disebabkan tindakan kita itu akan menyebabkan lebih ramai yang tersiksa, agama tergadai dan melayu terpinggir. Biarlah tindakan kita itu memberi kesan yang positif kepada orang lain. PRU13 bukan pentas untuk mengajar BN. PRU 13 adalah pentas untuk survival agama dan bangsa melayu. Fikirkanlah..

Sekiranya kita terpaksa memilih diantara dua benda yang buruk, pilihlah yang paling tidak memudaratkan.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.