30 April, 2013

ANALISA PRU13: LEMBAH PANTAI.. NURUL IZZAH (PR) BAKAL DIHUKUM..

dari pandangan masyarakat marhaen


Malam ini penulis telah membuat tinjauan di kawasan parlimen lembah pantai, kawasan ini akan ditandingi oleh Nurul Izzah (PR- penyandang),Raja Nong Chik (BN) dan Rusli Baba (Bebas). Pertembungan yang paling menarik sudah tentulah diantara Nurul Izzah dan Raja Nong Chik. Penulis telah pergi di ceramah Pakatan Rakyat yang diberikan oleh Nurul Izzah. Tujuan penulis kesini adalah untuk melihat sendiri sambutan ceramah ini dari orang ramai. Ceramah ini telah diadakan dikawasan vista angkasa. 

Dari segi sokongan memang jelas kelihatan ceramah ini tidak dapat sokongan dari penduduk setempat. Jika dikira penduduk dikawasan pangsapuri ini, rasanya ada lebih dari 2000 orang, tetapi yang datang ceramah PR ini tidak sampai 200 orang. Nampaknya penduduk lembah pantai sudah bosan dengan Nurul izzah ini, mungkin kerana beliau telah diberi peluang selama 4 tahun sebagai wakil parlimen lembah pantai, tetapi Nurul Izzah tidak memikul amanah itu. Mungkin Nurul Izzah akan tewas ditangan Raja Nong Chik dalam PRU13 ini.

Dari segi kawasan ceramah pula, penulis lihat mereka membuat ceramah ini diatas koridor ditepi jalan. Diatas koridor itu pula diletaknya kerusi sehingga penuh (sekali pandang jumlah kerusi itu x sampai 50 kerusi). Jumlah kehadiran yang melebihi jumlah kerusi memaksa orang berdiri ditepi koridor jalan sehingga masuk kejalan utama. Maka dengan itu terjadilah kesesakan lalulintas. Dengan perancangan ini dari Jalan raya kelihatan jumlah kedatangan yang ramai, tetapi setelah penulis masuk ke dalam ceramah itu, ternyata kelihatan terlalu kurangnya sambutannya jika dibandingkan dengan jumlah isi rumah disekeliling ceramah itu diadakan.  Pakatan menggunakan kawasan tepi jalan yg kecil itu, hanyalah untuk membuat persepsi bahawa ceramah mereka kelihatan ramai yang datang, tetapi sebenarnya hanya illusi.

Dalam ceramah itu, penulis dapat dengar Nurul Izzah menyatakan bahawa Lim Kit Siang bukan penyebab tragedy 13 mei (sesuatu yang tidak masuk akal), menghentam Syed Mokhtar Albukhari (orang melayu terkaya, diperlekehkan usaha beliau tetapi tidak cerita pula tentang orang bukan melayu yang terkaya-kenapa harus melayu itu diperlekehkan? tidak layakkah melayu menjadi kaya?), menghentam Zulkifli Nordin (mengapa perlu hentam Zul Nordin? Beliau tidak bertanding di Lembah Pantai, PR seolah-olah takut Zul Nordin akan menang), menghentam kerajaan dalam usahanya menolong melayu.

Kesimpulan yang penulis dapat buat Nurul Izzah seperti benci sangat dengan melayu, seolah-olah melayu tidak layak untuk kaya dan tidak layak untuk dibantu. Mengapa begitu wahai Nurul Izzah? Kamu bukan melayukah?. Tidak malukah kamu menghentam Syed Mokhtar itu (dia bukan ahli politik pun), orang yang banyak menolong melayu. Nurul Izzah sendiri gagal menolong masyarakat melayu di Lembah pantai, ada hati nak menghentam orang yang banyak berjasa kepada melayu seluruh Malaysia? sedarlah.

Sudah jelas dari tinjauan penulis malam ini, sokongan masyarakat lembah pantai sudah beralih arah. Nurul Izzah (PR) bakal dihukum. InsyaAllah BN akan menang.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

2 ulasan:

  1. Nurul Izzah sedang menanti hari untuk di kuburkan harapannya. Pakatan Hampakan Rakyat.Alangkah busuknya hati beliau menghina bangsa sendiri yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu. Tunggulah hari pembalasan yang akan menimpa.

    BalasPadam
  2. betul... Nurul izzah akan kalah kerana kesilapannya sendiri.. tidak menjalankan tanggungjawab.. adakah nurul izzah malu menjadi melayu??.. jenis orang yang lupa daratan...

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.