01 Mei, 2013

ANALISA PRU13: PUTRAJAYA.. CONDONG KEARAH BN



dari pandangan masyarakat marhaen

Putrajaya adalah antara kawasan Parlimen yang paling mendapat perhatian. Putrajaya akan ditandingi oleh Tengku Adnan (BN-penyandang) dan Husam Musa (PAS). Jumlah pengundi di sini ialah sebanyak 15,308 pada 2013, peningkatan yang ketara berbanding  6,387 pada 2008. Peningkatan melebihi 9000 pengundi ini menyebabkan Parlimen Putrajaya semakin menarik untuk diteliti.

Husam dan Tengku Adnan
Pada 2008, BN telah menang dengan majority 2000 ++. Agak mengejutkan pada ketika itu sokongan terhadap BN itu adalah kecil. Tidak sepatutnya perkara seperti ini terjadi kerana Putrajaya adalah kawasan kakitangan kerajaan. Dengar ceritanya, ramai kakitangan kerajaan tidak memberi undi kepada BN kerana tidak berpuas hati dengan bonus. PRU13 ini, sentiment ini sudah tiada dan ini memberi kelebihan kepada BN.

Setakat hari ini, anggaran sokongan kepada BN diPutrajaya hanyalah sekitar 30%, sokongan kepada PAS tidak diketahui, sokongan dari pengundi luar putrajaya 10%, dan selebihnya silent majority. Kebanyakan pegawai kerajaan masih takut untuk menyatakan sokongan mereka. Bagaimanapun sepanjang tempoh 4 tahun Tengku Adnan berkhidmat di Putrajaya, beliau telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Pernah penulis membuat tinjauan disekitar Putrajaya, mereka berpuas hati dengan khidmat Tengku Adnan. Walaupun penulis bertanya kepada penyokong pembangkang, mereka tetap suka kepada Tengku Adnan.

Sokongan PAS datangnya dari pegawai kerajaan yang berasal dari pantai timur. Jumlah mereka ini tidak mencapai majority, terutama selepas peningkatan jumlah pengundi disini. Mereka ini mungkin akan mengundi PAS kerana emosi atau ujikaji nak tukar kerajaan. Penulis berkata demikian kerana diPutrajaya tidak banyak isu-isu yang boleh di ketengahkan sehingga boleh menukar kepimpinan. Sebab itulah Husam Musa di Putrajaya terpaksa membuat isu, seperti isu surau tidak ada azan, AJK surau kena pecat oleh JAWI, membina keretapi laju dari Putrajaya – Kota Baharu (walaupun nak bina lebuhraya pun tidak berjaya ada hati nak buat keretapi laju) dan sebagainya.

Terdapat dua peristiwa diputrajaya yang di war-warkan didalam media. Di Pihak PAS, mereka memperlihatkan kedatangan ramai pengikutnya ketika kedatangan Nik Aziz di Masjid besi (dengarnya hampir 10k). Di pihak BN pula, ketika ceramah Dr Mahathir jumlah kehadiran juga hampir 10k, walaupun pada ketika itu PAS dilihat cuba mensabotaj ceramah itu dengan membuat ceramah ustaz Azhar Idrus (kedatangan dengarnya lebih hampir 5k). sekiranya diteliti, kedatangan penyokong PAS di Masjid besi itu bukan keseluruhanya penyokong PAS, kerana ia dibuat selepas solat jumaat (kemungkinan ada Jemaah yang datang hanya untuk solat jumaat), menurut orang putrajaya kebanyakan yang datang adalah bukan pengundi dari Putrajaya. Kehadiran penyokong BN pada ceramah Dr Mahathir pula adalah tulen penyokong BN, kerana ceramah yang dibuat adalah ceramah politik (yang majoritinya dihadiri oleh penyokong parti), ceramah ini juga diberi tentangan dengan sabotaj dari PAS (buat ceramah Ustaz Azhar Idrus) tetapi BN Berjaya juga menarik kedatangan hampir 10k. Menurut orang Putrajaya, yang datang ceramah Dr Mahathir ini, ramai dari penduduk Putrajaya.

Jentera Parti BN di Putrajaya juga tidak mempunyai masalah seperti tempat lain (ada calon merajuk dan sebaginya). Ini juga memberi kelebihan kepada BN untuk terus merapati pengundi. Suasana di Putrajaya sekarang condong ke arah BN, kerana tidak banyak isu yang boleh dimainkan oleh PAS, PAS masih lagi mahu melelong Putrajaya. Husam pula menabur janji yang tidak realistic (seperti keretapi laju, kuaters kerajaan akan dijual kepada penjawat awam). Penduduk Putrajaya bijak-bijak orangnya, bukan senang untuk digula-gulakan dengan janji yang tidak realistic itu. InsyaAllah Putrajaya akan kekal di bawah BN.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.