20 April, 2013

CALON “WINABLE” BN – MEMBERSIHKAN BN DARIPADA PARASIT..



dari pandangan masyarakat marhaen
 
DS Najib bersama pesaingnya
Selesai sudah penamaan calon bagi Pilihanraya yang ke-13. Kita dapat lihat pelbagai reaksi pada hari ini. Yang menariknya terdapat gambar-gambar para pemimpin yang bertanding bermesra sesama sendiri. Ini boleh dijadikan tauladan untuk setiap orang di Malaysia, walaupun berbeza ideology kita masih boleh bersama. Ada juga yang marah sebab penyokongnya tidak bersorak untuknya ketika namanya disebut (Khalid samad di Shah Alam). Berbagai ragam yang ada hari penamaan.

Fathul Bari (BN) dan Harun Din (PAS)
 Sebenarnya penulis mahu menulis tentang calon-calon bebas dari pihak BN, antaranya Dato kamilia (Naib ketua Wanita UMNO), Suhaimi Ghazali (ketua Pemuda UMNO sepang), Datuk Sharif Omar, dan Allen Tan yew (ahli MCA). Pada mulanya ia kelihatan agak canggung kerana sebelum ini belum pernah ada ahli BN yang kecewa tidak menjadi calon akan bertanding atas tiket bebas. 

Bagaimanapun sekiranya diteliti, perkara ini adalah hikmah kepada BN. Pada ketika BN memerlukan sokongan yang jitu kepada parti, mereka keluar dan bertanding atas tiket bebas. Mereka ini adalah golongan yang mementingkan diri sendiri. Mereka ini adalah pemimpin yang bakal melupakan rakyat kerana kuasa dan harta. 

Jadi kepada penyokong BN, janganlah memberi sokongan kepada mereka yang keluar pada saat genting seperti PRU13 ini. Sesungguhnya itu adalah sifat-sifat orang yang pentingkan diri sendiri. Mereka ini lah yang akan mencacatkan imej BN di masa hadapan.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.