21 April, 2013

PAKATAN RAKYAT AKAN MEMINGGIRKAN ISLAM



Proses demokrasi adalah proses memilih pemimpin atau pemerintah. Cara demokrasi berfungsi adalah dengan mengambil kira jumlah penyokong atau undi terhadap parti atau pemimpin. Mereka yang mempunyai paling ramai penyokong akan diisytihar pemenang. Untuk memenangi pertandingan dalam demokrasi, apa yang perlu dibuat oleh setiap pemimpin dan parti adalah mencari penyokong dan undi majority. Antara cara untuk mendapatkan sokongan adalah dengan menjanjikan habuan kepada kelompok yang akan menyokong mereka. Sekiranya pemimpin atau parti ini menang, mereka akan menunaikan janji-janjinya atau terimalah akibatnya (tidak akan sokong) pada kemudian hari.

Dalam persekitaran politik Malaysia, Agama juga memainkan peranan yang signifikan dalam menarik penyokong. Seperti yang diketahui pada PRU, pengundi BN yang paling ramai adalah dari penganut agama islam (yang majoritinya melayu). Ini adalah kerana sejak merdeka penganut agama islam yang menjadi majority di Malaysia. Sebab itulah BN banyak memberi kelebihan dalam polisinya kepada orang islam contohnya islam agama persekutuan. Walaupun PAS cuba menjadi juara dalam kelompok islam, tetapi UMNO telahpun diyakini oleh orang islam dalam mempertahankannya. Demi menjaga pengundi paling ramai, mahu tidak mahu BN terpaksa menjaga kepentingan islam ini. Kalau tidak BN akan kalah, dan BN akan terus menjaga kepentingan islam ini selagi mereka mahu berkuasa. Begitulah kuatnya pengaruh majority.

Berbeza pula dengan PR, kekuatan mereka adalah dari penganut agama lain. PAS walaupun kononnya memperjuangkan islam, tetapi penyokong mereka tidak sampai 30% di seluruh Negara. Sebab itulah PAS mengugurkan perjuangan Negara islam dan hukum hududnya. PR terpaksa menjaga kepentingan agama lain, kerana itu adalah penyokong teramai mereka. Sekiranya mereka tidak menjaga kepentingan agama lain sokongan kepada mereka akan hilang. Mahu tidak mahu, PR terpaksa meminggirkan agama islam. Itulah sebabnya PR mahu menghapuskan kepentingan islam di Malaysia ini, contoh kepentingan islam ialah islam agama persekutuan, institusi diraja yang menjaga islam, kepentingan melayu, kalimah Allah dan banyak lagi. PAS pula terpaksa menurutinya, kerana PAS tahu ini adalah untuk kelangsungan kekuasaan mereka. Kekuatan mereka didukung oleh penganut agama islam. 

Kekuatan setiap parti terikat dengan golongan penyokong mereka. BN terikat dengan penyokong dari umat islam, PR terikat dengan penyokong dari penganut agama selain islam. Jelas disini PR akan meminggirkan islam sekiranya berkuasa. Mereka sudah pasti mahu terus berkuasa, untuk itu mereka perlu menjaga pengundi mereka. Dimanakah akan letaknya islam sekiranya PR memerintah. Dari satu kedudukan yang tinggi dalam perlembagaan, ia akan terpinggir. 

Apa akan jadi dengan umat islam sekiranya ini berlaku? Segala dakwah kepada umat islam akan dibenarkan. Berapa ramai antara kita yang kuat imannya?

Ada yang berkata, jika islam dipinggirkan semasa pemerintahan PR, PRU14 mereka tidak akan mengundi untuk PR. Politik bukan semudah itu. Sebagai contoh, sekiranya PR membuang islam agama persekutuan dari perlembagaan. PRU berikutnya dimenangi semula oleh BN, untuk BN memasukkan semula islam itu kedalam perlembagaan sudah pasti mendapat tentangan dari semua penganut bukan islam (tidak kira mereka penyokong BN atau PR). Andainya pada ketika itu BN mendapat sokongan umat islam secara total pun, BN masih sukar memasukkan kembali islam kedalam perlembagaan. Silap haribulan, perang antara agama akan meletus di Malaysia. Sebab itulah Indonesia, sampai sekarang masih tidak dapat meletak kembali agama islam kedalam perlembagaan mereka (walaupun Indonesia mempunyai penganut islam paling ramai didunia). Pada saat ini, PR memang merancang mahu menggugurkan islam agama rasmi ini daripada perlembagaan.

Penulis berpendapat, umat islam di Malaysia janganlah mahu membuat ujikaji dalam PRU13 ini. Pertaruhan dalam PRU13 ini bukannya kecil. Agama yang menjadi pertaruhan. Sanggupkah umat islam menjadi pengkhianat kepada agama sendiri?. BN bukanlah parti yang sempurna, tetapi ia terbaik untuk Malaysia. Undi BN, insyaAllah islam akan terjaga. 

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.