09 April, 2013

KEMENANGAN BARISAN NASIONAL BERGANTUNG PADA CALON BOLEH MENANG



Dari pandangan masyarakat marhaen

Suasana menjelang PRU 13 agak dingin tidak seperti yang penulis jangkakan. Mungkin kerana rakyat Malaysia sudah dijamu dengan pelbagai isu-isu politik sepanjang 4 tahun sebelum ini dan mereka sudah menetapkan parti pilihan mereka, atau rakyat Malaysia sudah jemu dengan politik Malaysia. Apa pun SPR belum menetapkan tarikh undi dan waktu berkempen, mungkin setiap parti belum menunjukkan kekuatan kempen yang sebenarnya.  Penulis ada membuat tinjauan di sekitar lembah klang dan kawasan kampong penulis dan bertanya secara rambang tentang calon pilihan pengundi.


Kawasan tinjauan penulis adalah dikawasan yang sekarang ini dibawah penguasaan Pakatan Rakyat dilembah Klang. Kebanyakan pengundi yang dulu mengundi PR sudah mempunyai nada yang berbeza, nada mereka lebih lunak kepada Barisan Nasional. Tetapi undi mereka adalah bergantung kepada calon yang diletakkan. Terdapat pengundi di kawasan Petaling jaya yang mengatakan pada PRU12, bilik gerakan BN sentiasa meriah berbanding bilik gerakan PKR. Tetapi pada PRU12 itu BN kalah dikawasan tersebut gara-gara calon yang berlagak ketika berjumpa pengundi. Calon kawasan tersebut datang ke kawasan pengundi dengan mengharap dia dilayan dan disanjung seperti raja. Ini menyebabkan BN disitu kalah. Pada PRU13 ini pengundi dikawasan itu berkata mereka bersedia memberi undi kepada BN dengan syarat meletakkan calon yang mesra pengundi.


Di kawasan Lembah pantai pula penyokong atas pagar sudah muak dengan MP mereka (Nurul izzah). Pengundi agak kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang tidak pernah turun ke kawasannya sehinggalah dalam bulan februari 2013 ini. Itu pun sebab PRU13 sudah dekat. Kedatangannya pula kali ini dipandang sinis oleh penduduk setempat kerana datang untuk meraih undi tapi tidak menjalankan tanggungjawabnya. Mereka Nampak seperti mahu memberi pengajaran kepada Nurul Izzah kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya.


Di kawasan kampong penulis, keadaannya agak berbeza. Pada PRU12 kawasan Parlimen telah dimenangi DAP dan kawasan DUN telah dimenangi oleh PAS. Kemenangan DAP dikawasan parlimen adalah disebabkan pengundi india telah memberi undi kepada DAP. Bagaimanapun MP dari DAP ini terlalu jarang turun ke kawasannya. Sehinggakan ketika kawasan itu di landa malapetaka pun MP itu tidak turun membantu. Rakyat dikawasan itu lebih banyak meminta bantuan daripada BN. Pengundi india dikawasan itu akan mengundi BN, dan pengundi cina juga akan mengundi BN tetapi dengan syarat mereka mahukan muka baru dari BN di kawasan itu. 


Bagi kawasan DUN pula, ADUN dari PAS ini adalah mesra rakyat. Beliau pandai mengambil hati rakyat dalam masa 4 tahun ini. Bagaimanpun kemenangan beliau pada PRU12 adalah disebabkan orang UMNO yang memberi undi kepada PAS kerana calon UMNO yang diletakkan dikawasan itu merupakan seorang yang berlagak dan bermusuh dengan 70% ketua kampong dikawasan itu. Ini adalah undi sabotaj kerana kesilapan BN meletakkan calon. Pada PRU13 ini pengundi disini bersedia memberi undi kepada BN dengan syarat muka baru yang diletakkan sebagai calon. Bagaimanapun terdapat pertambahan pengundi PAS yang banyak dikawasan DUN ini. Pengundi PAS ini di tukar dari kawasan yang PAS pasti kalah dan diletakkan dikawasan 50-50 untuk menjamin kemenangan PR. Ini sebenarnya konsep undi hantu, ia tidak salah dari perundangan tetapi tidak adil dari padangan penduduk setempat. Kepada PAS penulis ingin ucapkan “paku dulang, paku serpih, kata orang, dia yang lebih”. Bagaimanapun secara totalnya BN mungkin akan menang dikawasan ini kerana undi kaum india sudah berbalik kepada BN.


Secara umumnya saya simpulkan, pengundi sebenarnya masih mempercayai BN. Tetapi calon yang diberikan juga mestilah yang dipercayai oleh masyarakat setempat, mesra rakyat, dan kelihatan bersih. Dengan masyarakat setempat sudah tidak percaya dan bosan dengan MP/ADUN pakatan rakyat yang tidak bertanggungjawab. Undi orang muda juga BN sudah berjaya mendapatkan mungkin 40% kepercayaan mereka. InsyaAllah BN akan menang dalam PRU ini. Doakan kemenangan BN untuk syiar islam, keharmonian dan kemakmuran Malaysia.


(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.