12 April, 2013

PRU13: MASYARAKAT CINA VS 1MALAYSIA



(dari pandangan masyrakat marhaen)



Berdasarkan maklumat diatas, dapat digambarkan bahawa sokongan masyarakat cina kepada BN semakin menurun. Terdapat khabar angin yang mengatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat mencecah kepada 90%. Apa yang menarik untuk diperhalusi dengan scenario sokongan masyarakat cina adalah apa yang mereka kehendaki sebenarnya.

Apa yang mereka mahukan. Dahulu mereka pernah meminta sebuah university utk org cina, sekarang telah wujud Universiti yang mejoriti masyarakat cina (cth: UTAR, Lim Kok Wing). Sudah banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan BN kepada sekolah persendirian cina. Pelbagai kemudahan dan kebaikan yang diberikan oleh BN seperti BRIM, kedai 1Malaysia, KR1M dan sebagainya. Dulu pernah dikatakan masyarakat cina melihat ekonomi sebagai asas undian, sekarang ekonomi dalam keadaan yang baik. Perubahan telah banyak dilakukan sehinggakan masyarakat india telah kembali menyokong BN, Namun masyarakat cina masih tidak menyokong BN. Hanya satu perkara yang ditawarkan oleh PR kepada masyarakat cina, yang tidak dapat ditandingi oleh BN. Iaitu kerajaan yang didominasi oleh kaum cina.

Dengan hanya majority 30% pengundi, masyarakat cina merasakan mereka berhak mendominasi kerajaan Malaysia. Terlihat seperti sifat tamak yang telah menguasai mereka. Mereka mahu menafikan hak kaum majoriti di Malaysia ini, iaitu melayu. Dari situasi ini boleh dilihat adakah masyarakat cina ini ikhlas mahu menjadi rakyat Malaysia, atau sebagai “Opportunist” untuk menjadi tuan di Malaysia ini?

Sebenarnya dasar perkongsian yang di lakukan oleh BN sudah cukup adil sekiranya mengikut komposisi kaum di Malaysia ini. Semua masyarakat mempunyai wakilnya didalam kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, sekiranya dilihat situasi sekarang dengan kembalinya sokongan masyrakat india, rakyat Sabah & Sarawak semakin menyokong BN berikutan isu Lahad Datu dan majority masyarakat melayu semakin berdiri teguh dibelakang BN. Peluang untuk BN menang adalah besar. Demi mempunyai sebuah kerajaan yang mempunyai wakil dari setiap kaum, masyarakat cina perlu menilai kembali pegangan mereka. Sekiranya tidak, mungkin kali ini akan tercipta sejarah di parlimen semua wakil kaum cina akan berada di pembangkang. 

Penulis bukan mahu bersifat rasis, tetapi agak pelik kebanyakan orang cina selalu bercakap tentang kesamarataan setiap kaum di Malaysia. Tetapi apa yang tergambar dari perlakuan mereka sekarang adalah untuk mengaut segala-galanya tanpa mahu berkongsi dengan kaum lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.