19 April, 2013

PENGUNDI MUDA TIDAK DAPAT BEZAKAN ISU REALITI DAN PROPAGANDA



Dari pandangan masyarakat marhaen
 
Propaganda merupakan salah satu cara untuk mendapat sokongan pengundi. Pengundi muda dan pengundi pertama kali adalah golongan yang baru menjengah kealam politik, walaupun sekadar pengundi. Alam politik yang penuh dengan isu-isu panas dan memanaskan. Dengan jiwa muda, jiwa yang cepat membara dan juga jiwa memberontak, golongan muda sebenarnya golongan yang mudah terganggu emosinya. Mereka adalah golongan yang paling ‘fragile’ dan akan memberi undi secara membuta tuli.

Pakatan Rakyat adalah pakar dalam propaganda dan meruntun semangat orang muda untuk memberontak. Lihat sajalah isu yang dipermainkan oleh PR, sebagai contoh isu rakyat tertindas, Kerajaan zalim, rakyat miskin dan banyak lagi. Bagi yang berfikiran rasional isu ini adalah tidak benar sama sekali. Tidak perlu kita mengkaji dengan angka-angka atau membuat kaji selidik untuk mengetahui perkara sebenar. Kita hanya perlu melihat apa yang berlaku di sekeliling kita, berjalanlah di kota kuala lumpur, lihat lah dan dengarlah. Bagaimana boleh dikatakan rakyat tertindas sekiranya kita boleh membuat pilihan, mana mungkin kerajaan itu zalim sekiranya rakyatnya bebas memaki hamun kerajaan (mereka tidak ditangkap), masakan rakyat miskin sedangkan jumlah kenderaan semakin bertambah.

Tetapi berfikir dengan rasional ini tidak ada dalam ramai golongan muda di Negara ini. Mereka mengatakan rakyat tertindas hanya dengan membaca blog (tidak ada kesahihan fakta), mereka kata kerajaan zalim hanya dengan satu dua perkara yang salah dilakukan oleh kerajaan (isu yang diperbesarkan oleh pembangkang), mereka kata majority rakyat miskin hanya dengan kisah yang digembar-gemburkan oleh blog pembangkang. Dengan slogan dari PR yang mengatakan berita TV dan akhbar arus perdana tidak betul, golongan mudah mentah-mentah percaya segalanya yang ditulis dalam blog. Memang ada perkara yang betul ditulis didalam blog, tetapi perkara yang bersifat umum seperti penindasan, zalim, majority miskin itu sebenarnya boleh dinilai sendiri dengan perkara yang berlaku didepan mata.

Mungkin kerana darah muda yang penuh semangat melawan dan ingin memperjuangkan sesuatu, akhirnya menjadikan golongan muda ini dijadikan alat permainan oleh PR. Mereka dipergunakan untuk merealisasikan kehendak politik rakus. Lihatlah kesilapan golongan muda, menyertai perhimpunan bersih yang berakhir dengan rusuhan terhadap polis. Mereka secara melulu menuduh polis kejam walaupun mereka tidak pernah merasai kekejaman itu (hanya baca blog sahaja). Lainlah cerita askar jepun dahulu, ramai yang kena penampar jepun dan ramai yang diseksa, itu barulah boleh dibuktikan dan tentang.

Kepada golongan muda, bukalah pintu hati, bukalah mata. Pisahkan cengkaman amarah dan emosi dari hati supaya akan dapat fikiran rasional. Lihatlah reality yang berlaku disekitar kamu. Memang benar kamu akan Nampak perkara-perkara yang salah dilakukan oleh semua pihak, tidak kira PR atau BN. Tetapi kamu juga akan dapat membezakan antara reality dan propaganda. BN biasanya akan memainkan isu reality, kerana banyak perkara reality yang baik telah dilakukan oleh BN. Manakala PR akan banyak menggunakan propaganda, kerana terlalu sedikit reality yang baik mereka lakukan.

Untuk apa memilih Pakatan Rakyat sekiranya segala yang diberitahu hanya propaganda. Pilihlah Barisan Nasional kerana memang telah banyak perubahan dan kebaikan yang dinyatakan telah menjadi reality.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

1 ulasan:

  1. setuju dengan tuan. memang PR banyak guna propaganda dan persepsi tapi isi tiada.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.