22 April, 2013

TUNTUTAN ‘BERSIH 3.0’: MENARIK DIRI DARI BERTANDING.... IBARAT SENJATA MAKAN TUAN…



pandangan masyarakat marhaen
Setelah beberapa hari proses penamaan calon, isu Pakatan Rakyat bertanding sesama sendiri menjadi bualan. Bagi penyokong BN, mereka melemparkan kata-kata sinis kepada penyokong PR. Pelbagai alas an yang diberikan oleh PAS, PKR dan DAP berhubung perkara ini. Ini menampakkan mereka tidak sepakat dalam PRU13 ini. Walaupun ‘sudah terang lagi bersuluh’, PR tetap mahu menyatakan mereka masih bersatu dan sepakat. 

Mungkin setelah ada perbincangan pihak tertinggi didalam PR, akhirnya mereka mahu membetulkan keadaan dengan ada parti yang beralah. Parti yang beralah mahu menarik diri dari bertanding dikerusi ini. 

SPR telah membuat siding akhbar yang menyatakan, calon yang telah disahkan tidak boleh menarik diri. PR lupa bahawa mereka tidak boleh menarik diri setelah pengesahan percalonan mereka dibuat. PR juga lupa sebenarnya peraturan ini adalah antara tuntutan daripada ‘Bersih’ tahun lepas. Akhirnya kerana tamakkan kuasa semasa hari pencalonan, mereka terpaksa bertanding sesame sendiri.

PR mungkin akan mengatakan ini cubaan dari SPR untuk menolong BN menewaskan PR dalam PRU13 ini, dan akan kedengaranlah suara yang mengatakan SPR tidak bersih. Itu adalah alasan biasa yang mereka berikan. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik, mereka tahu ini sebenarnya senjata makan tuan. PR sudah tersilap langkah pada masa pencalonan kerana ketamakan kuasa. Akhirnya mereka yang menanggung kerugian. 

Janganlah kita memberi undi kepada PR, kejadian ini sahaja telah menunjukkan PR hanya mahukan kuasa bukan untuk berbakti kepada rakyat. Undilah BN.

(gambar: http://peneranganumnoselangor.com/v1/berita/126-8-tuntutan-bersih-yang-perlu-anda-tahu)


(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.