21 Jun, 2013

ADAKAH PENYOKONG PR DI TARBIAH MENJADI SAMSENG..



Dari pandangan masyrakat marhaen
 
Alhamdulillah, dalam PRU13, BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Sekiranya BN tewas, sekarang Malaysia sudah ditadbir orang yang gila kuasa, orang yang mahu menggadaikan islam, orang yang mahu menambah penindasan terhadap melayu (selepas melayu ditindas dalam sector perniagaan dan penindasan pekerja melayu disyarikat cina). Selepas tewas dalam PRU13, masyarakat Malaysia dapat melihat bagaimana reaksi DS Anwar Ibrahim yang terserlah seperti gila kuasanya. Membuat perhimpunan haram dan membuat cerita tentang konspirasi semasa PRU13 (akhirnya buat laporan hanya berkenaan dakwat kekal). 

Terdapat juga penyokong-penyokong PR yang telah mencapai tahap taksub. Baru-baru ini, rakan penulis telah menerima ugutan kerana lantang mempertahankan UMNO dan BN. Menurut cerita rakan penulis ini, ada juga rakan-rakan yang lain menerima ugutan bunuh kerana mempertahankan UMNO dan BN. Mereka telah membuat laporan polis, dan alhamdulillah sekarang pihak polis memantau keselamatan mereka. Nampaknya penyokong PR sudah menunjukkan belang, mahu rakyat Malaysia yang menyokong BN tunduk kepada mereka dengan cara kekerasan. 

Kejadian ini, pada pendapat penulis adalah disebabkan tarbiah daripada pemimpin-pemimpin PR sendiri. Lihatlah bagaimana mereka memberi galakan kepada anak muda untuk menentang kerajaan dengan demontrasi jalanan. Ada juga yang menyatakan, kalau mati semasa demontrasi jalanan itu adalah mati syahid. Dan banyak lagi kata-kata yang membakar semangat. Kata-kata pembakar semangat ini, jika di campur dengan emosi anak muda yang tidak menggunakan akal akan terjadilah pengikut yang taksub, bertindak membuta tuli. Mereka ini akan melihat sesiapa sahaja yang menyokong kerajaan sebagai musuh. Ini semua dilakukan hanya bertujuan untuk menjadikan PR berkuasa di Malaysia. Sekiranya ada Negara lain yang serang Malaysia sekarang, sudah pasti mereka akan menyokong Negara luar itu. Lihatlah betapa bahayanya tindakan pemimpin yang gila kuasa sehingga membahayakan Malaysia secara keseluruhan.

Kepada bloggers dan penyokong UMNO dan BN. Jangan sesekali kita tunduk atau mengalah dengan tekanan-tekanan daripada penyokong PR. Sesungguhnya kita dipihak yang benar. Jika bukan kita sebagai penyokong UMNO dan BN, siapa lagi yang akan mempertahankan Negara Malaysia ini. Kita harus menjawab segala tuduhan PR, tunjukkan bukti bahawasanya mereka salah, sebarkan melalui penulisan. Dunia cyber sekarang ini telah menjadi medium penyebaran fitnah yang terbesar. Perlu ada orang yang melawan fitnah ini sebelum ia menjadi tidak terkawal. Bersuaralah… Jangan biarkan fitnah terus berleluasa, tentanglah fitnah-fitnah ini sehingga kita Berjaya.

"saya berdoa malaysia ini terpelihara dari kacau bilau dan fitnah"

04 Jun, 2013

TELADAN TUN RAZAK YANG WAJIB DIIKUTI DATO' SRI NAJIB

Pertamanya, penulis tidak pernah mempunyai niat untuk menjatuhkan Dato' Sri Mohd Najib dengan penulisan yang dibuat. Ada kalanya teguran dibuat secara berkias (SINI) dan ada kalanya secara berterus terang sahaja (SINI). Ianya adalah teguran ikhlas dari seorang blogger pro-UMNO yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Penulis hanya menulis secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun.

Begitu juga dengan barisan sahabat penulis di blog Kembara Politik ini iaitu blogger Anak Panji Semerang, blogger Anak Melayu dan blogger Nota Pendek. Kesemua sahabat penulis itu dipelawa menulis jika ada ruang masa dan secara ikhlas hati. Kesemua kami di blog Kembara Politik bukanlah blogger sepenuh masa. Masing-masing ada kerja masing-masing yang perlu diutamakan.

Nawaitu penulis menulis di blog adalah kerana semata-mata ingin menyatakan kebenaran. Dan bagi penulis itulah yang sepatutnya ditulis oleh blogger-blogger yang sayangkan UMNO. Pendapat peribadi penulis, Dato' Sri Mohd Najib yang penulis kenali adalah seorang yang sangat berkebolehan. Seorang pemimpin yang tidak sombong. Penulis secara peribadi menyokong penuh kepimpinan Dato' Sri Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Tapi ada kalanya Dato' Sri Najib perlu mendengar secara terus suara akar umbi UMNO (SINI). Suara-suara inilah yang mendokong Dato' Sri sebenarnya. Yang menulis dan berjuang tanpa minta sesen pun dari UMNO. Ramai yang menulis ini tidak bertuan. Mereka penulis bebas. Malahan tidak punya jawatan pun dalam UMNO. Tulis kerana semata-mata tidak mahu UMNO terus ditanam persepsi yang negatif oleh pembangkang.

Antara jentera pilihanraya pun ramai yang berkempen bukan sebab ada imbuhan. Tidak seperti sesetengah pemimpun yang tidak dicalon terus ditutup bilik gerakan. Jentera pun turut sama boikot. Yang ada jawatan dalam UMNO pula terus dengan sikap bodoh sombong tidak mahu salur maklumat apabila diminta secara peribadi bagi membalas serangan pembangkang. Padahal niat blogger yang minta maklumat tepat adalah untuk patahkan pembohongan yang dibuat pembangkang.

Cuma pada hemat suara akar umbi (termasuklah penulis), Dato' Sri terlalu melebihkan pada asas sokongan yang sia-sia yang mana sudah diketahui kesudahannya dari awal lagi. Atau secara terus terangnya, strategi cuba memancing undi kaum Cina secara berlebihan agar BN beroleh 25% hingga 30% sokongan kaum ini sebenarnya hanya menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera memendam rasa dan rasa semacam dianaktiri.

PRU13 jelas menunjukkan sikap sebenar pengundi kaum Cina terhadap Barisan Nasional. Penolakan kaum Cina secara hampir total sebegini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah PRU. Dengan sokongan 90% kaum Cina terarah kepada pembangkang (seperti mana dikata Tun Daim), setinggi 96% (seperti didakwa Dato' Ali Rustam), atau 95% (oleh penulis), ianya jelas menunjukkan niat sebenar kaum Cina. Apa yang kaum Cina mahu telah dirumus dalam artikel penulis pada 6 Mei 2013 (SINI).

Jadi tidak perlulah Dato' Sri masih lagi menggunakan strategi yang sia-sia itu. Usah pula Dato' Sri jadi pemudah cara dengan menunaikan tawaran yang merugikan Melayu dan Bumiputera yang dibuat Anwar Ibrahim itu pula. Usah ditabur lagi segala bentuk bantuan yang pelik-pelik seperti bantuan jutaan ringgit untuk sekolah Cina. Bantulah orang Cina yang miskin yang benar-benar perlukan bantuan. Bantulah pelajar kaum Cina yang pandai tapi miskin. Bantulah seperti mana yang diboleh dalam Perlembagaan sahaja.

Apa yang perlu dibuat ialah tumpuan yang lebih pada asas sokongan BN. Gesaan penulis agar Dato' Sri Najib menumpukan kepada asas sokongan BN sebenarnya sudah lama dibuat sejak tahun 2009 lagi (SINI). Siapakah asas sokongan BN? Orang Melayu, Orang Asli, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Malahan jangkaan bahawa kaum Cina tidak akan menyokong BN pun sudah dijangka kerana parti DAP Berjaya menyemai perasaan benci terhadap UMNO yang didakwa mengamalkan dasar-dasar afirmatif yang meminggirkan kaum Cina sehingga mendakwa sistem negara dikuasai Melayu (SINI). Hakikatnya tidak begitu. DAP juga berjaya menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat (SINI).

Untuk 5 tahun mendatang sebelum PRU14 ini, akar umbi mahukan Dato' Sri Najib mengambil contoh teladan Allahyarham Negarawan Tun Abdul Razak. Apa yang Tun Razak lakukan selepas Pilihanraya 1969? Apakah ketika itu kaum Cina menyokong Perikatan? Tidak. Tun Razak tidak pula melaksanakan dasar-dasar yang merugikan peribumi dan tidak pula terkejar-kejar undi kaum Cina.
 
Dasar-dasar afirmatif yang dilaksana oleh Tun Razak berjaya menguatkan asas sokongan BN iaitu kaum Melayu dan Bumiputera. Dan tempias kemakmuran hasil dari dasar yang baik turut dikongsi bersama semua kaum. Kekuatan asas sokongan kaum Melayu dan Bumiputera kepada BN akan dengan sendirinya mengendurkan hasrat politik kaum Cina. Seterusnya mengembalikan sokongan semua kaum terhadap amalan perkongsian kuasa yang telah lama diamal dengan jayanya dari semua sudut  tanpa sebarang masalah besar.
 
Wallahualam.

03 Jun, 2013

Najib akan kalah PRU14 jika terus kejar undi Cina dan abai kepentingan Melayu Bumiputra

Apa yang perlu Najib Razak buat?

Bubar UMNO tubuhkan hanya parti tunggal BN? TIDAK! Kalau buat juga Najib bakal dikuburkan. Tabur pada 90% pengundi kaum Cina yang undi PR? TIDAK! Kalau buat juga PRU14 UMNO/BN bakal dikuburkan.

Jadi, apa yang perlu Najib buat? Sangat banyak yang perlu dilakukan. Tapi kita beri satu dahulu.

Pertama: Reward pengundi yang mengundi BN. Tidak perlu nak tunggu sebarang rintihan, rayuan dan tuntutan dibuat baru nak laksana.

Siapa yang undi BN? Kaum Cina yang 90% mengundi PR? TIDAK! Siapa yang undi BN? Kaum Melayu, Orang Asli, Bumiputra Sabah & Sarawak, dan kaum India!

Bagaimana hendak reward? Kebanyakan asas sokongan ini dari kawasan pedalaman, estet, luar bandar, kampong, dan Felda. Dan kawasan ini banyak yang terkebelakang dari banyak sudut. Jadi memang sangat perlu segala keperluan asas, pembangunan dipertingkat, dan segala tuntutan kaum Melayu/Bumiputra perlu didengar dan diikut sepenuhnya.

Kita ambil contoh mudah yang boleh dilihat secara jelas. Jalanraya kawasan kampong seatutnya mestilah setaraf jalan di Bandar. Ini tidak, jurang Nampak sangat jelas. Jalan di kampong itulah yang berlopak sana-sini yang lambat dibaiki sedangkan kalau ianya berlaku di kawasan Bandar yang DUN dimenangi pembangkang (90% yang menolak BN) cepat sahaja kerajaan BN baiki.

Begitu juga dengan bekalan air bersih. Di kawasan yang BN menang itulah yang tidak selesai-selesai masalah air sering terganggu. Jika berlaku gangguan air di DUN yang dikuasai pembangkang cepat pula kerajaan selesaikan. Dan jarang-jarang pula berlaku.

Begitu juga dengan segala lampu-lampu jalan yang banyak dipacak di kawasan DUN yang dimenangi pembangkang (terutamanya di kawasan Bandar). Di DUN yang dimenangi BN pula suram di waktu malamnya. Asyik bergelap saja. Nak jumpa satu tiang lampu jalan (di kawasan pedalaman) yang menghubungkan kampong A dengan kampung B pun susah.

Pelik benar keutamaan kerajaan! Takkanlah masih nak kejar undi kaum 90% yang tidak pun undi kerajaan. Sedangkan keutamaan amat sepatutnya diberikan kepada pribumi yang jauh ketinggalan dalam banyak sudut.

Jangan sampai yang sokong pada PRU13 bertukar jadi tak sokong pada PRU14 sudahlah!

02 Jun, 2013

PASCA PRU13: PERINGATAN PENTING BUAT DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Suatu hikayat buat renungan bersama

BACALAH dengan minda yang terbuka pepatah lama karangan orang dulu kala. Tentu banyak yang tersirat di dalamnya meskipun tidak ramai yang memahaminya kerana sudah terlalu moden adanya sehingga kehilangan jati diri dan rupa bangsa. Maka tentulah sukar untuk memahami duduk perkara dan buah bicara Melayu yang begitu hebat susun aturnya.

Arakian maka berlarilah semua para pembesar ke seluruh negara apabila melihat huru hara bakal menjelma. Sudah gemuruh bunyi garuda, sudah gegak gempita seantero benua bahawa malapetaka sudah menunggu hanya bala belum tentu bila ketikanya.

Ditanya oleh memanda menteri kepada sekelian pembesar negara bagaimana keadaan cuaca dan duduk bangun rakyat jelata semua?

Tanpa ragu, melompat-lompat seperti kera kena belacan para pembesar memberi laporan bahawa semuanya dalam sejahtera wahai mamanda. Janganlah bimbang, rakyat sangat gembira, hidup bagaikan dalam syurga loka. Makanan melimpah ruah, ayam itik penuh di kandang, padi beras penuh di gudang. Rakyat jelata semua jelas kekenyangan hingga mata puteh bundar dan buntang.

Mafhum aula sungguh gembira menteri memanda apabila mendengar perkhabaran itu. Lantas apakah yang riuh rendah dan gegak gempita di hujung sana soal memanda lagi. Oh, itu sebenarnya kumpulan pedagang yang datang menumpang kasih dan melulur sayang dari kita. Ada si Kitul dan juga ada Sang Li Po juga turut serta.

Lantas kerana rakyat jelata sudah cukup semua, moleklah juga kita tumpukan perhatian kepada mereka yang ke mari menumpang kasih. Berikanlah segala bantuan selagi terdaya walaupun tidak diminta oleh mereka kerana kita ini memang terkenal sebagai pemurah yang melimpah ruah sehingga tidak luak susu sebelanga, tidak surut air di sumur jika sekadar dikongsi dengan mereka. Berikanlah selagi mereka mahu.

Gagasan satu negara kita kongsikan juga, tidak mengapa kerana mereka itu tamu kita. Kena muliakan dan berikan perhatian. Bangsa kita sudah senang lenang, campaklah sebiji benih di belakang kandang nescaya esoknya tumbuh subur hingga menjadi ladang. Tentulah ayam di kepuk tidak mati kelaparan dan itik di air tidak akan mati kehausan.

Melopong dan terngangalah sekelian rakyat jelata, bila mana memanda menteri terus-terusan memberi tanpa henti kepada para tamu itu adanya. Malah tanpa diminta, diberi juga. Lalu fikir mereka barangkali hanya untuk sementara sahaja. Mungkin ada nazarnya sebab beroleh kebajikan atau mimpi terpijak batu permata berjuta-juta. Lantas ditanya rakyat jelata kepada pembesar daerah, pembesar negeri dan juga pembesar negara apa makna ini semua.

Lantas kata para pembesar itulah perkongsian pintar namanya. Hak kita biar diberi sama rata, hak mereka tentulah mereka akan jaga sebab sudah jauh mereka berkelana dari benua nun jauh di sana ke negara kita. Berikanlah kesenangan kepada mereka sebab nanti mereka lebih gembira untuk tinggal bersama kita. Makan bersama malah disuapkan pula adanya.

Makin melopong lagilah rakyat marhaen yang sudah sekian lama tidak disapa. Malah jalan ke desa juga sudah terlupa agaknya.

Sahibul hikayat mengirim pesan dan menitip khabar pada memanda menteri katanya sudah terlupakah kami di sini sana hingga atap tiris sini sana, anak perut kembung angin sahaja, nak santap untuk hari ini pun susah sungguh rasanya entah esok lupa bagaimana pula. Kenapa gah benar memberi, tidak kasihankah kepada kami, segala bakti telah kami beri tapi kami dipandang sepi. Perkiriman dikhabarkan pada pembesar, tidak disampai kepada memanda sebab bunyinya berbeza sudah tentu nanti dimurka.

Purnama berlalu pergi, sudah sekian lama dinanti umpama elegi dalam sepi. Harapan hanya tinggal harapan, yang ada di hadapan cuma kegelapan. Tidak dilihat lagi semarak kasih kepada pertiwi, malah segala harapan luntur di bawa angin sepi.

Memanda menteri amatlah gembira, sebab rakyat makin makmur adanya. Dikhabarkan lagi bahawa rakyat tersangatlah menyayangi memanda menteri yang sentiasa dipandang tinggi kerana seluruh negara diberikan perhatian yang berlebihan sehingga tidak ada lagi ruang untuk berbakti dan memberi sumbangan. Sudah lebih dari kecukupan, sehingga ramai pula yang ditimpa musibah akibat terlalu senang hidup mereka.

Kerana itu perlu berhati-hati untuk memberi lagi sebab dikhuatiri mendatangkan musibah kepada rakyat sendiri. Yang buncit perutnya ditakuti busung, yang besar kenderaannya khuatir tidak muat di aspal sana. Malah sudah ramai yang mata, hidung dan telinga mereka juga tersumbat akibat terlalu senang dan mewah adanya sampai terpaksa menyumbat segala macam lebihan ke segenap ruang yang berlubang.

Memanda menteri bertanya lagi, di mana pula perlu dilawati, siapa pula patut diberi bantuan duniawi.
Dicarilah orang bijak pandai, maka dipalu genderang riuh rendah merata-rata sehingga ke tepi belantara. Akhirnya datanglah sekumpulan kera mengadap memanda menteri dan terus menangis dan merayu katanya mereka kekurangan susu.

Kasihan sungguh memanda menteri yang tulus orangnya sangat hebat kasihnya pada rakyat jelata. Lantas dititahkan kepada pembesar yang turut serta, segeralah kalian berkejar mencari susu untuk si kera ini kerana terlalu sedihnya wajah dan kurusnya tubuh, dan kuningnya kulit dan sebahagian mereka pula sudah hitam seperti terbakar matahari kerana terlalu kuat berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Lalu dicarilah segera si ibu dan bapa penyusuan, kerbau lembu rakyat juga diambil bagi memenuhi keperluan kera di hutan. Melompatlah rakyat marhaen anak yang di pangkuan juga sudah kering susuan, hanya mengharap ternakan bagi mengganti susuan.

Hijau kuning mata, berdesing juga telinga, rambut lebat juga gugur semua. Apakah ini maknanya, berikan betis mahukan paha. Ini sudah terlebih agaknya siapalah punya angkara.

Di kalangan rakyat jelata, ada Luncai namanya. Amat santai orangnya, bila ditanya apa cara mahu dipinta hak kita apa guna bernegara bila mana terlepas semuanya. Lantas dijawab oleh si Luncai 'biarkan biarkan, biar terjun dengan labu-labunya'.

Memanda menteri semakin leka, hingga seluruh negara dilawatinya kerana kebajikan ingin diberi. Katanya biarlah kita korbankan jiwa raga asalkan rakyat gembira umpama hidup dalam syurga meriah sungguh siang malamnya sentiasa umpama sedang berpesta. Berarak dan berusunglah ke sini sana.

Sudah kering air mata, sudah kurus anak di pangkuannya tapi terpinggir tidak dipeduli. Para kera semua hebat sungguh mutakhir ini adanya. Besar tubuh menjangkau enau, habis dilanggar kalau tidak ketepi, pengsan atau boleh mati jika tidak dituruti.

Beginilah onarnya mereka, berdusta setiap masa, mengadu domba tanpa sebarang rasa, malah terasa hebat sungguh adanya kera memanda menteri percaya umpama dipusing seperti roda dan terkesimalah dulu kini dan selamanya.

Bukalah mata segera, bukalah minda sentiasa, jauhkan sengketa kerana sangat merbahaya. Jurang dalam menunggu kita, rakyat marhaen tidak lupa akan segala auta umpama kancil dan pelanduk nampak serupa tapi ia tetap berbeza. Hanya jauhari mengenal manikam mereka meskipun jenisnya berbeza.

l PENULIS ialah Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130602/re_03/Suatu-hikayat-buat-renungan-bersama#ixzz2V2l5AELC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Intipati Pasca PRU13: Sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional hanya sekitar 5% - 10% (Tsunami Cina). Kaum Melayu dan Bumiputra setia menyokong Barisan Nasional. Apakah Dato' Sri Najib masih lagi mahu abai kaum Melayu dan Bumiputra semata-mata terkejar undi kaum Cina yang terbukti bersikap bermuka-muka? Sekaranglah masanya untuk balas budi kaum Melayu dan Bumiputra yang telah memberikan Dato' Sri mandat menerajui Malaysia. Taburlah seluasnya pada kaum Melayu dan Bumiputra kerana di situlah asas sokongan padu yang Dato' Sri terima! Ingat, kaum Melayu dan Bumiputra bukan sokong Barisan Nasional sebab pemimpin UMNO dan Barisan Nasional bagus menjaga segala kebajikan dan kepentingan mereka, tetapi sebab mereka tiada pilihan. Mengundi Pakatan Rakyat yang jelas menggadai segalanya bukan pilihan yang lebih baik bagi kaum Melayu dan Bumiputra.