13 April, 2009

UMNO perlu jadi jaguh Melayu & Bumiputra

-
Apa yang dilihat sejak kebelakangan ini terlalu banyak ugutan yang dilakukan oleh musuh serta rakan UMNO dalam BN. Lagak sesetengah rakan dalam BN pula seolah-olah lebih DAP dari DAP itu sendiri. Inilah padahnya bila BN tidak lagi berupaya menang dengan 2/3. Dan hanya UMNO sahaja yang agak bertahan semasa PRU12 yang lalu. Komponen yang lainnya dilanda badai tsunami. Hampir ranap.

Di kala keperitan inilah banyak benar cabaran yang menguji sejauh mana kemampuan UMNO. UMNO diasak dari pihak lawan dan juga kawan. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tuntutan demi tuntutan ditagih daripada MCA dan juga MIC. Walau pun prestasi mereka tidak membanggakan, mereka tanpa segan silu meminta itu dan ini.

Permintaan jawatan TPM oleh MCA di saat genting ini tidak sepatutnya keluar dari mulut ahli komponen yang setia. Suara MCA dah menjadi saling tidak tumpah seperti suara DAP. Keterbukaan Anwar yang bersedia menawarkan jawatan TPM kepada kaum Cina menyebabkan MCA terikut-ikut rentak pihak lawan. Tidak boleh disalahkan sepenuhnya kepada MCA. Kotak Pandora sudah dibuka oleh Anwar.

Kesediaan di pihak Melayu pembangkang yang menawarkan jawatan TPM membuatkan kaum bukan Melayu melihat Pakatan Rakyat sebagai objektif baru perjuangan politik mereka. Mungkin sudah bulat tekad mereka untuk menyokong penuh PR. Tawar-menawar di dalam BN sudah tidak boleh diperbaharui. Sudah tepu bak kata orang. Kaum Cina mungkin sudah dapat mengagak bahawa UMNO agak keberatan untuk memberikan jawatan tersebut kepada bukan Melayu.

Di pihak MIC pula karenah Samy membuat semacam ugutan tidak langsung membantu pemulihan BN. Mungkin sudah tiba masanya PM Dato' Sri Najib mengambil langkah drastik menasihati Samy untuk berehat. Tambahan pula beliau ditolak oleh ahli partinya sendiri. Kemenangan Samy sebagai presiden yang menidakkan hak pencabarnya bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan MIC. Malahan perlu dilihat sebagai satu liabiliti kepada MIC dan juga BN.

Signal sokongan bukan Melayu jelas boleh dibaca di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April yang lepas. Mesejnya jelas. 85% bukan Melayu menolak BN. Sudah tidak ada daya penarik dalam BN lagi barangkali. Nak minta pun dah tepu. Kalau kad kredit, dah cecah credit limit. Dan tak boleh buat pengeluaran lagi. Dah tak boleh nak gores lagi.

Di pihak PR yang masih tiada pengalaman pula menjanjikan sesuatu yang amat menarik. Sesuatu tawaran yang tidak dijanjikan di pihak BN. Keadaan para pemimpin PR yang tidak punya pengalaman menyebabkan kaum Cina melihat bahawa bargain power mereka boleh digunakan di sana. Kaum Cina melihat Melayu PR tidaklah sekeras kepala macam Melayu UMNO. Melayu UMNO kena ugut MCA untuk minta jawatan TPM pun masih berdegil. Sedangkan Anwar tak perlu diugut, malah ditawarnya dengan rela hati tanpa paksa pun (sangap nak jadi PM!).

Dasar-dasar PR pun mungkin menjadi daya penarik kaum Cina untuk tidak akan kembali lagi ke pangkuan BN dalam satu tempoh yang lama. Isu tanah contohnya. Melayu PAS & PKR tak kisah walau pun melanggar dan bertentangan dasar tanah kerajaan Persekutuan. Penulis secara peribadi tidak suka tanah dijadikan komoditi politik untuk raih undi, namun dengan ‘keterbukaan’ Melayu PR akan hal ini nampak gayanya UMNO perlu turut mengorbankan dasar kerajaan Pusat berhubung hal tanah ini.

Mungkin kaum Cina merasakan dengan berkuasanya PR maka akan banyaklah tanah-tanah yang bakal diagihkan kepada mereka. Mungkin sudah tiba masanya UMNO berbuat perkara yang sama. Strategi dan langkah drastik yang semacam DAP Perak perlu diguna pakai. Mungkin UMNO perlu bermurah hati menabur tanah sebanyak-banyaknya kepada Melayu dan Bumiputra untuk mendapatkan sokongan padu kaum Melayu/Bumiputra.

Mungkin boleh difikirkan beberapa program ala Felda yang memberikan peluang kepada golongan miskin tegar Melayu/Bumiputra memiliki tanah dan secara tidak langsung melonjak taraf sosio ekonominya. Apa salahnya jika UMNO berbuat sedemikian di kala PR menabur tanah di Perak untuk mendapatkan sokongan padu bukan Melayu. Dan hasilnya semua orang tahu. 85% undi bukan Melayu di Bukit Gantang pergi kepada PR walaupun 63% undi Melayu memihak kepada BN. Undi bukan Melayu sudah jadi undi penentu.

Tak guna tabur berlebihan kepada bukan Melayu kerana mustahil mereka kembali semula ke pangkuan BN. Cuma kalau ada yang miskin dari kaum bukan Melayu wajiblah UMNO tolong. Kalau ada anak India yang cerdik tapi miskin perlulah diberikan biasiswa. Kalau anak Cina yang miskin dan cerdik pun perlu dibantu. Yang ini tak bolehlah diabaikan. Cuma bantuan yang pelbagai untuk raih undi tak perlulah diteruskan. Sampai RM1 juta kepada sekolah jenis Cina buat apa? Duit mereka ambil, pangkah tetap PR. Kan elok diberi pada PIBG sekolah kebangsaan di Felda atau kampung-kampung Melayu yang ada kalanya sesak nafas bila nak buat pelbagai aktiviti.

Keadaan sekarang sangat jauh berbeza. Bukan Melayu semacam sudah bulat tekad mengatakan rumput di PR lebih hijau. UMNO juga perlu memikirkan kaedah yang mungkin tidak disukai oleh komponennya tetapi bakal disukai oleh majoriti Melayu/Bumiputra. Mungkin sudah tiba masanya biasiswa diberikan kepada Melayu/Bumiputra. Anak Melayu/Bumiputra yang miskin/sederhana dan menepati syarat bolehlah dianugerahkan biasiswa dan bukannya pinjaman seperti sekarang ini.

Mungkin banyak lagi perkara yang boleh difikirkan untuk mengembalikan sokongan padu orang Melayu terhadap UMNO. Yang pastinya, UMNO perlu menjadi jaguh orang Melayu/Bumiputra semula untuk mendapatkan sokongan padu supaya penentu bagi politik Malaysia terus berada di tangan Melayu. Tidak boleh tidak!
+

17 ulasan:

ababina328 berkata...

Sdr Kembara Politik,
Setelah membaca posting sdr kali ini, saya merasakan ada diantara pendapat sdr kali ini yg serasi dng saya.

Memang diakui, bukan bumi semakin tertarik dng PR diantaranya diatas faktor kesaksamaan yg dijanjikan oleh Anwar.

Akan tetapi itu bukanlah faktor tunggal yg diinginkan oleh mereka, Kaum bukan bumi,mahukan juga kebebasan Kehakiman,Polis, SPRM, Media, dan lain2 yg dinikmati oleh penduduk negara maju.

Berkaitan pemberian tanah,sejak akhir2 ini BN sebenarnya banyak memberikan tanah kepada rakyat, cumanya rakyat yg memperolehinya ialah syarikat2 besar, individu2 yg berkepentingan dng pemerintah,manakala bagi rakyat biasa agak sukar memperolehinya.

Pemimpin BN hanya berminat meluluskan tanah yg mereka ada sama kepentingan didalamnya, kalau meluluskan tanah kpd rakyat bawahan ini bagi mereka merugikan sahaja.

Di sinilah kelebihannya PR.

Di Perak contohnya, YB Nizar memberikan tanah disana kepada pemohon2 yg telah mengusahakan dan memohon tanah tersebut sejak puluhan tahun yg lampau, tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan BN.

Pemohon2 tersebut adalah terdiri dari kalangan org miskin yg mengusahakan tanah yg bukannya luas, cuma cukup sekadar utk menyara hidup, mereka terdiri dari petani miskin dari bangsa Melayu dan selebihnya Cina.

Akan tetapi BN, semasa kempen di Bkt Gtg menjadikan isu tanah ini sebagai isu besar, kononnya YB Nizar memberikan tanah hanya kepada org Cina, ini fitnah besar,
sebenarnya Org Melayu disana terutama yg miskin, tetapi telah mengusahakan tanah tersebut sejak lama dahulu, YB Nizar luluskan lebih banyak dari yg diluluskan kpd org Cina.

Begitu juga kelulusan tanah yg di berikan kpd Sek. Ugama Rakyat lebih luas dari yg di berikan kpd Sek Jen.Keb Cina.

Fakta ini di sembunyikan oleh BN,

Oleh itu ramai org melayu yg terpedaya dng media yg di kuasai oleh BN, itulah sebabnya undi Melayu meningkat sedikit di Bkt Gtg, selain issue perkauman yg di tiup oleh jentera BN.

Generasi baru telah tidak berminat lagi dng issue perkauman yg di goreng oleh Umno dan kerabat2nya didlm BN.

Oleh itu Umno tidak lagi releven untuk alaf akan dtg....sekian.

Tam Dalyell berkata...

Tiada pilihan. UMNO mesti jadi pembela peribumi.

Melayu, dari asal kejadiannya, bersifat pemurah, tangan terbuka dan tidak pendendam. Melayu yang terbela melahirkan rakyat bersifat cintakan keamanan, bertoleransi, berismi ringan sama dijinjing berat sama dipikul, bergotong royong bekerjasama demi kebaikan umum.

Dari semenjak belum merdeka itulah sifat Melayu .. samada yang jadi rakyat mahu pun yang jadi pemimpin. Tanpa sifat-sifat sebegini kaum pendatang tak usah nak cium bau nikmat kewarga negaraan dan kekayaan seperti sekarang.

Mereka lupa (sebenarnya sengaja melupakan) segala ini lalu pada waktu kita sangat memerlukan persefahaman mereka, waktu itulah mereka berpaling tadah ... dan tikam Melayu dari belakang. Tidak semua seperti ini sebenarnya .. namun bilangan mereka yang berpaling tadah adalah cukup banyak sehingga menyebabkan bahtera yang sedang belayar di laut tenang ini menjadi senget sebelah lalu terjerumus ka laut bergelora.

Ini kali ketiga kita ditikam dari belakang oleh kaum anjing tersepit yang lupakan kulit ini. Pertama kali dizaman lepas Jepun .. Melayu ditikam belakang oleh Cina Bintang tiga. Kedua .. peristiwa 13Mei dan ketiga PRU12 2008.

Walaupun Melayu diperlaku demikian jijik sedemikian rupa beberapa kali, Melayu tetap tidak mahu berubah.

Walaupun beberapa PM berusaha hendak merubah paradigma Melayu .. Melayu tetap mudah lupa .. tetap mudah kena.

Kita tengok .. PRU13 akan datang ini .. Melayu kena lagi tak.

Kemunkinan tu ada kot .. kalau dua Bukit tu jadi pengukur.

Tapi Melayu sekarang mahu terimakah dua Bukit tu dipaksakan jadi pengukur?

Wahh ... marah bunyinya pakcik ni.

Kembara Politik berkata...

Salam Sdr Ababina 328,

Mungkin Tuan tidak mendapat perincian yang sebenar berhubung isu tanah di Perak.

Mungkin beberapa artikel di bawah dapat merungkai persoalan yang sebenar dalam kotak fikiran Saudara:

http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/09/pemberian-tanah-sekolah-persendirian-di.html

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/01/mengimbau-penulisan-blog-kembara_10.html

Terpulang kepada Saudara untuk membuat tafsiran. Kita boleh bersetuju dan tidak bersetuju.

Jika Saudara tak bersetuju sekali pun tak apa. Saya tidak sampai mahu mengherdik saudara seagama saya. Jauh sekali berperangai buruk seperti pemimpin DAP (sahabat rapat Pas) YB Jeff Ooi yang kurang ajar:

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/04/bkt-gantang-kisah-kemenangan-kekalahan.html

Dan saya percaya hala tuju kita sama, mungkin kaedah saja berbeza.

Kembara Politik berkata...

Salam Pakcik Dal,

Sabar, sabar..kita istiqomah sahaja dengan memberikan peringatan dan pesanan kepada orang Melayu.

Terpulang kepada mereka untuk terima. Kita berjuang pun tak mengharapkan apa-apa balasan.

Ikhlas untuk melihat jatuh bangun Melayu di tanah air sendiri. InsyaAllah, akan ada juga sinar untuk mereka menerima kebenaran.

Tam Dalyell berkata...

Sdr Ababina 328,

Saya minta penjelasan sedikitlah. Pengundi Keling dan Cina Bkt Gantang --- kenapa hanya + - 10% mengundi BN? Dengar cerita mereka minta tanah hukum kekal (1000 tahun) dan Keling sebagai speaker dari MB tapi tak dapat.

Munkinkah kerana Nizar dah bagi si Keling Cina kacang lupakan kulit ni kan?

Sdr kata Nizar dah bagi Melayu juga .. tapi kenapa semakin ramai Melayu mengundi BN?

Munkin mereka dah sedar yang Nizar dah jual Perak kat Cina Keling, kemudian mohon durhaka kat Sultan Melayu kerana dah dapat Sing Is King kot?

Saya tahu apa saya kata pun tak akan merubah hati Sdr. Tapi saya dan anak cucu tak akan lupa perangai sesetengah Melayu Islam menggadai negeri kerana pangkat, manakala setengah Melayu Islam yang lain menggadai akhirat untuk bersekongkol dengan si kulop anti-Melayu anti-Islam.

Terima kasih PAS PKR.

Tanpa Nama berkata...

Salam Ababina 328,

Aku adalah anak Singapura jati, pergilah ka deminegara.blogspot.com untuk baca kisah ku. Sedih hatiku melihat pulau Temasik ku dinodai setiap hari ......dari kecil hingga dewasa, hatiku bertanya 'kenapalah sampai hatimu kaum China pendatang, menodai kesucian pulauku ....'..kalau dilihat sekarang dengan mata kasar, pulau Temasik ku saperti salah satu pulau gagasan Repablik Rakyat China .....

Tidak ada ciri ciri keMelayuanya yang asal......Kaum pendatang ini bertambah sombong .....Dan kau juga harus tahu bahawasanya di pulau Temasik ku, tiada tanah 999 tahun ...semuanya 99 yrs ....dan pemerintahnya adalah 'big brother' DAP......kenapa Singapura tidak dan Perak ya ....?

Fikirlah dengan akal fikiran yang diberi oleh Allah SWT ..Nizar PAS hanyalah barua (maaf terpaksa menggunakan perkataan yang tak elok ini) DAP ...tu saja tak lebih ...Aku rasa ada muslihat yang tertentu ....Apakah DAP ingin mencantumkan Perak dan P Pinang untuk menjadikan negri DAP, lantas keluar dari Malaysia macam Singapura? konon konon sudah banyak orang orang Cina dan India menyokong mereka?

Wahai orang orang Melayu Malaysia, ingatlah siapa musuh kamu yang sebenar....janganlah terpedaya dengan kata kata manis pihak sana....tanyalah diriku ini apa akan jadi sekiranya negeri Melayu di'kolonisasi' dan diterajui oleh golongan ini....Sekian Wassalam.

ababina328 berkata...

Terima kasih banyak kepada sdr2 yg memberikan komen balas terhadap komen saya diatas.

Sebenarnya demi masa depan anak cucu, cicit, ciat kita nanti, adalah sangat bahaya bagi negara Malaysia untuk terus di takbir secara perkauman.

Sebenarnya masaalah kita tidak perlu diselesaikan secara kaum, contohnya jika kita mahu membantu org miskin, kita bantulah sesiapa sahaja yg miskin.

Oleh kerana secara kebetulan org Melayu ramai yg miskin maka org Melayulah yg perlu dibantu, tetapi perlu dijelaskan kepada semua kaum bahawa bantuan yg diberikan kepada org Melayu bukan kerana org itu Melayu, tetapi kerana dia memang berhak, begitulah seterusnya didalam bidang2 yg lain.

Masaalahnya sekarang kita terperangkap dng jerat yg dipasang oleh penjajah, UMNO, MCA,MIC adalah product penjajah .

Tengok negara yg maju mcm Amerika, kenapa mereka maju, sebab mereka telah berjaya membuang semangat perkauman didalam sistem pemerintahan mereka.

Oleh itu kerajaan perlu mengubah pendekatan utk menyelesaikan masaalah didalam negara, beritahu kepada semua kaum bahawa kita membantu org melayu kerana mereka masih lemah didlm semua bidang, Melayu masih memerlukan tongkat.

Masaalahnya ada dikalangan pemimpin UMNO yg merebut tongkat dikalangan org Melayu, sedangkan Mereka sudah tidak lagi memerlukan tongkat, malah mereka memberikan tongkat tersebut kepada saudara mara mereka, sedangkan saudara mereka juga sudah tidak memerlukan tongkat lagi.

Kita tidak membantah jika kroni mereka terdiri dari orang yg layak menerimanya, tetapi dengan merampas tongkat yg sepatutnya diberikan kepada orang Melayu lain yg layak, telah menyebabkan masaalah orang Melayu masih tidak selesai walaupun kita sudah merdeka 50 tahun.

Kembara Politik berkata...

Salam Sdr Ababina 328,

Adakah selama ini kerajaan bersikap perkauman? Jika Saudara memberikan jawapan YA, saya beranggapan Saudara mempunyai persepsi yang negatif terhadap kerajaan. Yang mana Saudara tak ada bukti pun yang menunjukkan Kerajaan bersikap perkauman dalam melaksanakan dasarnya.

Dan ingin saya bertanya pada Saudara apakah dasar-dasar kerajaan yang menunjukkan ianya bersikap perkauman. Dasar yang mana yang perkauman? Saya sedia menjawab kerana saya merupakan pegawai kerajaan. Saya tahu setiap dasar yang dilaksanakan dengan baik dan apa tujuannya kepada keseimbangan dan keharmonian kaum secara keseluruhannya (dan negara dalam konteks keseluruhan).

Dipersilakan Saudara memberikan apa dasar yang Saudara tidak puas hati sehingga menimbulkan persepsi yang negatif. Saya bimbang, persepsi yang negatif ini tercetus hasil sifat benci, bukannya berdasarkan fakta.

Utarakan dan kita bincang-bincangkan di sini.

InsyaAllah saya akan menjawab apa dalam pengetahuan saya.

Kembara Politik berkata...

Salam Erniceda,

Terima kasih kerana sudi singgah. Dan pengalaman/kisah Saudari sangat berharga buat pengajaran & sempadan kita semua.

Kembara Politik berkata...

Pakcik Dal,

Entah bila mereka mahu sedar. Apa pun kita sama-sama berdoa semoga dibukakan hati oleh Allah agar mereka sedar juga nanti.

Kembara Politik berkata...

Salam semua,
Tidak pernah tergerak di hati saya untuk berblogging, sehinggalah ada puak2 chauvinists sudah berani mempertikai itu dan ini, menolak segala dasar kerajaan yang sangat baik semata-mata mereka mahu memuaskan sikap kiasu mereka.

Tanpa Nama berkata...

Sdra Ababina berkata,

"Kita tidak membantah jika kroni mereka terdiri dari orang yg layak menerimanya, tetapi dengan merampas tongkat yg sepatutnya diberikan kepada orang Melayu lain yg layak, telah menyebabkan masaalah orang Melayu masih tidak selesai walaupun kita sudah merdeka 50 tahun."

- kalau begitu jadinya, mengapa kah harus di "hukum" semua orang Melayu? Apakah itu alasannya yang membuatkan orang orang saperti sdra "berbaik baik" bersama DAP? kalaupun sdra tidak berpuashati kerana tidak mendapat apa yang sdra mahu, haruslah diambil tindakan yang sewajarnya terhadap orang yang melakukan perkara tidak baik ini tapi tak kan sampai mahu merosakkan masa hadapan bangsa sendiri dibumi sendiri ...janganlah marahkan semut kelambu dibakar...nanti satu rumah akan dimakan api ....kalau itu terjadi janganlah menyesal ...

salam sdra Kembara Politik.

Kembara Politik berkata...

Salam Sdri Erniceda,

Saya mohon kebenaran untuk publish komen Saudari di Demi Negara di blog saya.

Mungkin 1st hand experience Saudari dapat dijadikan iktibar semua rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Sdra Kembara,

Silakan, asal jangan lupa nama saya sudah lah ....

Tanpa Nama berkata...

Maafkan saya semua orang ya.

Sebenarnya saya harus tulis, 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' ...bukan "marahkan semut" ...., tadi saya ternampak semut, jadi saya pun tertulis "semut".....

Tanpa Nama berkata...

Salam all,

There seems to be anti-government feelings among some commentators. Be that as it may, I find it odd that these pro-Pakatan people refer to the US as a model.

The US itself is a society that has high expectations with regards to assimilation. Obama would not have won if spoke American English with an Indonesian or Kenyan accent. In that respect, if the non-Malays were to expect politics beyond racial boundaries thenthay should be the first to embrace the Malay-ness of this land.

There is no point in asking for this and that and yet show no respect towards the host of this land: the Malays.

If they want equal treatment, they can start by showing their sincerity by closing down venecular schools.

On the view of wanting a more just Judiciary, Police, blah, blah, blah, blah.... Why are they selective in their attacks. Somehow a court judgement is unfair when it doesn't favour them. Similarly in elections. They seem to shout 'phantom voters' the minute they lose. Are there no phantom voters when they win?

It is for their 'selected' thrashing of the BN that I find hypocrytical at best and in no way reflects on the so-called struggle for justice. Nothing more than political tools and propaganda. Much like how Islam itself is brought into politics to be tarnished and to confuse people.

Enough of that.

Kembara Politik berkata...

Dear Erniceda,

I will!

Oh...haha...semut and nyamuk...no big deal dear.

Tuan Melayu Lama,

Your always impress me with your good comments. As always Bro!

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin