04 Jun, 2014

CERITA SELEPAS PRK TELUK INTAN - BN MENANG



PRK Teluk Intan sudah selesai, Tahniah penulis ucapkan kepada Dato Mah siew Keong (calon BN). Beliau juga merupakan presiden parti gerakan, sudah pastinya kemenangan ini amat manis kerana parti gerakan kalah teruk pada PRU13 yang lepas. Kemenangan ini menjadi suntikan semangat kepada Gerakan untuk berjuang menentang DAP. Penulis ingin berkongsi cerita-cerita yang menjadi buah mulut orang teluk intan selepas PRK.




ADUN CHANGKAT JONG TIDAK MEMBERI KERJASAMA DALAM BERKEMPEN

Kemenangan BN dalam PRK ini tidaklah merupakan hasil kerjasama secara total dalam parti BN. Sudah tentunya ada duri dalam daging ketika kempen berjalan. ADUN changkat Jong yang merupakan ketua bahagian Teluk Intan tidak bersungguh-sungguh menjalankan kempen. Ada yang bercerita, Menteri turun padang pun beliau tidak turut serta. MB Perak juga mencari dimana kelibat ADUN Changkat Jong ini, yang begitu jarang turun padang. Ada juga beliau turun padang tetapi sekadar melepaskan patok ditangga. Ketika hari pengundian, DUN changkat Jong menunjukkan peratus keluar undi teramat rendah (dengarnya berbelas peratus sahaja) dan ADUN changkat Jong ini hanya membiarkan sahaja perkara itu tanpa ada tindakan susulan. Bagaimanapun Perkara itu diketahui oleh Dato Mah, beliau telah mengambil tindakan drastik dengan menggantikan pengerusi bilik gerakan serta merta. Selepas itu barulah jentera BN bergerak untuk menjemput orang ramai pergi mengundi. 

UNDI GOLONGAN MUDA

Secara umumnya undi golongan muda memihak kepada BN. Pada peringkat awal ramai mengatakan undi golongan muda akan memihak kepada DAP. Tetapi jangkaan itu meleset sekali, undi golongan muda di kampong CIna, Melayu dan India memihak kepada BN. 

PENGUNDI LUAR DAN PENYOKONG BOIKOT

Hakikatnya memang pengundi luar ramai yang tidak balik mengundi. Dan ramai yang mengatakan semua yang tidak balik mengundi itu adalah penyokong DAP. Bagaimanapun kita harus melihat perkara ini secara terperinci. Di teluk intan terdapat dua golongan pembangkang yang tidak keluar mengundi atau mengundi BN, satu penyokong DAP yang tidak berpuas hati dengan calon DAP; kedua penyokong PAS yang tidak berpuas hati kerana DAP tolak hudud. Kedua-dua golongan itu adalah penduduk tempatan yang menetap di Teluk Intan, dan mereka tidak keluar mengundi dan ada yang menyokong BN. Pada pendapat penulis, tidak semua pengundi luar itu menyokong DAP. 

MCA DAN GERAKAN

Memang tidak dinafikan kerja kempen PRK ini menyaksikan kerjasama yang agak baik antara MCA dan Gerakan. Peningkatan sokongan kepada kepimpinan baru kedua-dua parti juga dapat dilihat dalam PRK ini. Kaum cina terkesan dan menyokong dengan kesungguhan kepimpinan baru ini. Sebelum ini jentera MCA seolah-olah memboikot Gerakan dalam Pilihanraya. Tetapi sekarang mereka bersatu untuk menetang DAP. Penulis harap ini dapat berterusan dan meningkat sokongan orang cina kepada BN.

KEANGKUHAN DAP

DAP pusat dengan angkuhnya telah membelakangkan permintaan penyokong DAP Teluk Intan dengan meletakkan calon paying terjun yang berbangsa melayu. Akibatnya mereka telah diboikot oleh DAP Teluk Intan. Selepas PRK DAP pusat masih lagi angkuh, menyalahkan semua pihak kecuali DAP pusat. Mereka menyalahkan bangsa melayu, hudud, pengundi luar malahan hari mengundi pun mereka salahkan (kononnya jika mengundi hari ahad DAP akan menang). Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Apapun cerita selepas PRK ini… TAHNIAH kepada BN.. teruskan usaha untuk memenangi hati rakyat Malaysia. Alangkah bagusnya jika apa yang BN lakukan ketika PRK ini, dilakukan setiap masa iaitu memenangi hati rakyat.. mendengar keluhan rakyat… menyelesaikan masalah rakyat… Rakyat akan menyayangi BN walaupun beribu fitnah yang melanda… 

(artikel ini adalah menurut pandangan peribadi penulis)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.