05 Jun, 2014

ISU CADBURY - KEBENARAN ATAU KHIANAT?



Isu Cadbury yang mengandungi  DNA babi telah menyebabkan jualan produk itu jatuh. Setiap orang tidak mahu membeli kerana bimbang tentang isu ini. Pada awalnya JAKIM mengesahkan bahawasanya coklat Cadbury ini haram dan sijil halal Cadbury di gantung. Bagaimanapun selepas ujian kali kedua dijalankan, JAKIM mengesahkan tiada DNA babi dan menyatakan Cadbury halal di makan. KKM telah mengakui mereka telah menguji sample yang telah tercemar, bukan yang diambil dari kilang. Ibarat pepeatah melayu “nasi telah jadi bubur” orang ramai sudah tidak yakin dengan tahap kehalalan Cadbury, dan sesuatu yang tidak pasti itu eloklah di jauhi. Itu yang dilakukan oleh umat islam Malaysia sekarang.


Bagaimana KKM boleh menguji sample yang tercemar?? Adakah ia disengajakan untuk tujuan yang tertentu. Untuk menjatuhkan Cadbury. Penulis pun tidak pasti dengan perkara itu. Ada yang menceritakan kepada penulis, ia dilakukan untuk menjatuhkan ekonomi melayu. Majoriti saham Cadbury dipegang oleh syarikat melayu (Boustead Holding Bhd – 2,020,000 dan  Felda – 808,000). Dengan membuat kegemparan isu sebegini boleh menjatuhkan jualan syarikat berkenaan. Sesunggunya dalam orang melayu mahu mempromosikan “beli produk melayu first, produk cina terakhir” ini yang berlaku. Membantutkan usaha meningkatkan keyakinan pembeli kepada produk melayu. Dalam isu cabury ini, Dikhabarkan ujikaji yang dijalankan adalah pada bulan februari 2014, tetapi berita ini hangat diperkatakan bulan may 2014. Seharusnya isu ini dimainkan oleh pro-pembangkang pada bulan February lagi. tetapi tidak. Sesuatu yang agak musykil berlaku dalam isu ini. Apapun ini hanyalah pandang peribadi.



Walaubagaimanapun, biarlah isu ini menjadi pengajaran kepada KKM dan JAKIM supaya menjalankan kerja dengan mengikut SOP. Buat ujikaji menggunakan sample yang telah tercemar memang tidak mengikut SOP. Bagi Cadbury pula, mereka harus meningkatkan tahap kebersihan dalam menjalankan perniagaan supaya produk yang dikeluarkan mengikut spesifikasi HALAL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.