09 Jun, 2014

SERANGAN MEMBURUKKAN NAMA JAKIM DAN LOGO HALAL

Isu halal untuk Cadbury telah di sensasikan oleh pihak-pihak tertentu. Banyak blog-blog (terutama blog pro-pembangkang) yang memainkan isu ini dan menyalahkan JAKIM. Pada pandangan penulis isu ini salahnya terletak pada KKM. Walaupun KKM telah mengaku kesilapannya dan meminta maaf nampaknya blogers masih lagi menyalahkan JAKIM. Seolah-olah mahu menjatuhkan tahap keyakinan umat islam kepada JAKIM.






Sebelum ini ada gambar yang menunjukkan gambar minuman keras Carlberg yang mempunyai logo halal JAKIM yang tersebar di laman social seluruh Negara. Isu ini telah dimuat naik oleh Harakah Daily pada January 2014. Bagaimanapun Pihak JAKIM menafikan perkara ini dan membuat laporan Polis berkenaan perkara ini.






Logo Halal JAKIM sebenarnya memberi impak negatif kepada industry makanan yang gharar (kabur). Ada restoran di Kuala Lumpur yang menyatakan menyajikan makanan halal walaupun terdapat kaunter arak didalam kedai itu. Tuan punya kedai biasa menyatakan arak tidak diletakkan didalam makanan. Kedai sebegini sudah pastinya tidak dapat sijil halal. Bagi umat islam pula mereka sudah tidak yakin untuk makan didalam kedai yang tidak ada logo halal dan ini akan menjatuhkan jualan kedai tersebut. Kebanyakan kedai sebegini dimiliki oleh bukan islam.

Selain itu ada juga berita yang menyatakan terdapat agensi swasta yang mengeluarkan sijil halal, yang mana sijil halalnya boleh diragui. Ini menjadikan sijil Halal JAKIM menjadi rujukan utama untuk umat islam di Malaysia. Walaupun kedai itu mempunyai sijil halal, tetapi ia bukan dari JAKIM ada umat islam yang tidak yakin.

Penulis khuatir terdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan JAKIM supaya industry halal Negara jatuh dan diragui. Kesannya adalah kepada umat islam secara keseluruhan. Kita akan terdedah dengan produk-produk yang gharar tanpa ada pemantauan.

Oleh itu penulis ingin menyeru umat islam di Malaysia supaya jangan meragui JAKIM dan terlampau menghukum JAKIM kerana emosi yang disensasikan oleh media social. Seperkara lagi umat islam di Malaysia seharusnya terus memulaukan barangan atau restoran yang tiada logo halal JAKIM, supaya dapat memberi tekanan kepada pengusaha industry makanan supaya menyediakan produk makanan mengikut piawaian islam. Kuasa umat islam dalam hal ini adalah kuasa membeli, peniaga/pengusaha harus mengikut kehendak umat islam.

Rujukan-
http://ping.busuk.org/v/812229/isu-cadbury-kkm-akui-kesilapan.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/24832-carlsberg-halal-respons-jakim
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peniagateruspamerlogohalalswasta//Article/article_print

(Artikel diatas adalah pendapat peribadi penulis)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.