06 September, 2014

Ganti Najib sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuh

Kali ini penulis tidak mahu menulis panjang lebar.

Cukuplah jika penulis katakan bahawa jika sekiranya Akta Hasutan 1948 itu dimansuh maka sokongan orang Melayu yang sekian kalinya menyelamatkan UMNO dalam setiap PRU akan beralih arah.

Senang cakap, UMNO tidak lagi akan mendapat sokongan orang Melayu. Kerana dengan ihsan undi Melayulah UMNO masih berkuasa memegang tampok negara.

Dato' Najib perlu ingat bahawasanya beliau berkuasa bukan hasil dari undi orang Cina yang ternyata menyokong Pakatan Rakyat dengan peratusan undi setinggi 95%.

Tidak ada sebab untuk Dato' Najib reward kaum Cina dengan pemansuhan Akta Hasutan ini. Akta Hasutan adalah benteng terakhir mengekalkan ketenteraman rakyat yang berbilang agama dan bangsa.

Jika Dato' Najib masih lagi berkeras mahukan pemansuhan dilaksanakan, wajarlah Presiden UMNO itu digantikan.

Itu adalah untuk mengelak bencana yang lebih besar terhadap agama, bangsa dan tanahair.

7 ulasan:

  1. Betul. Saya Melayu atas pagar. Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Perkasa baru-baru ini.

    Kalau Najib hapuskan Akta Hasutan, saya tidak akan keluar mengundi lagi untuk PRU14.

    Dan saya akan kempen supaya orang Melayu lain yang saya kenal juga tidak keluar mengundi. Sekian, terimakasih.

    BalasPadam
  2. Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!

    Tak perlu berdolak-dalik...

    Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???

    Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???




    Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!



    Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...


    Sumber berita

    >>>> Klik Di Sini

    BalasPadam
  3. Kalau sampai akta hasutan dikuburkan apa lagi yg tinggal. Tak munasabah lansung. Melayu tinggal nama je lagi. Biar apa org nak kata aku tetap berpendirian yg akta tu wajib dipertahankan.

    BalasPadam
  4. CEO cyber.. Adam Adli kena penjara sebab dia hasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan dengan cara rampasan kuasa.. bukan sebab UMNO benci anak muda... fakta biar betul skit... buka skit pintu hati tu.. jgn tutup pintu hati kerana kebencian yang terlampau kepada UMNO..

    BalasPadam
  5. Kalau tak ada Akta Hasutan pembanngkang rasa mereka untung. Boleh cakap macam-macam. Tapi mereka lupa UMNO dan Melayu juga akan gunakan kesempatan ini. Masa tu ceramah UMNO akan penuh dengan seruan 'mari kita halau keluar pendatang'.

    Agak-agak Cina India nak buat apa masa tu. Nak report pun tak guna sebab akta dah dimansuhkan.

    BalasPadam
  6. Dalam Malaysia penuh dengan perkara pelik dan anih. Macam mana orang bodoh boleh jadi CEO Siber??? Setuju dengan anak Panji Semerang.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.