14 Ogos, 2009

Siasat dan dakwa segera dalang di sebalik blog biadap The Might of the Pen

-
Penulis menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog biadap The Might of the Pen berdasarkan penulisan yang tidak bertanggung jawab menghina Islam dan raja Melayu. Pemilik blog mesti dipertanggung jawabkan dengan segala yang mereka tulis dan segera dihadapkan ke muka pengadilan.

Pada masa yang sama, kita dapat melihat bagaimana orang Melayu lebih gemar berdemonstrasi anti ISA dan anti PPSMI berbanding berdemonstrasi membantah penghinaan terhadap agama dan raja Melayu. Mereka amat prihatin apabila seorang yang berkait dengan politik mati dengan sanggup berjuang bermatian mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian individu terbabit.

Tahniah penulis ucapkan walau pun penulis tidak bersetuju dengan tindakan berdemonstrasi! Lebih-lebih lagi demonstrasi jalanan. Mungkin disebabkan desakan mereka kerajaan menubuhkan inkues dan ambil cakna dengan kes tersebut.

Tetapi lain pula jadinya apabila agama dan raja Melayu dihina oleh laman blog tersebut. Rakyat memilih berdiam diri dan membisu. Orang Melayu membisu dan orang bukan Melayu buat tidak kisah. Tiada suara meminta pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa pemilik blog berserta pemberi komen yang tidak bertanggung jawab tersebut.

Jika ada sekali pun, hanya segelintir, tidak sehebat isu anti PPSMI, anti ISA & kematian orang politik. Tidak ada pun suara-suara yang lantang mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja. Tidak ada desakan agar kerajaan ambil cakna!

Sudah hilangkah dalam diri rakyat semua semangat kesetiaan kepada raja dan negara? Dimanakah letaknya kedaulatan undang-undang sekiranya rakyat yang tidak bertanggung jawab dipandang enteng tanpa sebarang tindakan? Apabila Rukunegara tidak dihayati, akan rukunkah negara? Akan aman makmurkah Tanah Air Tercinta? Akan bersatukah seluruh rakyat dalam memacu pembangunan negara demi anak cucu cicit kita di masa hadapan?

Jadi, ke mana perginya rakyat dalam memperjuangkan keadilan terhadap agama dan raja-raja Melayu? Apakah perjuangan menuntut keadilan hanya dikhaskan kepada anti ISA, anti PPSMI dan kematian orang politik sahaja?
+

3 ulasan:

  1. Pelik juga sdr Kembara Politik ni, kalau dah tahu ada blog biadap yg menghina Islam dan raja-raja Melayu, nak buat apa tunggu PR yg buat demontrasi, Umno buat apa?

    Dimana yg dikatakan kononnya Umno pembela negara.

    sdr kata " Tetapi lain pula jadinya apabila agama dan raja Melayu dihina oleh laman blog tersebut. Rakyat memilih berdiam diri dan membisu. Orang Melayu membisu dan orang bukan Melayu buat tidak kisah. Tiada suara meminta pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa pemilik blog berserta pemberi komen yang tidak bertanggung jawab tersebut.

    Sdr ini tiada perjuangan langsung, malulah wujud org seperti ini.

    Sdr mengharapkan org Melayu mana untuk membela dan membantah penghinaan kepada raja dan sebagainya ?

    Apa peranan sdr sendiri ? tukang pandang dan mengharapkan org lain yg buat ?

    Umno buat apa ?

    Kan Umno berkuasa sekarang ini ? Umnolah yg buat tindakkan, atau takut ?
    kalau takut usah bising2, diam je...lah penakut.....

    BalasPadam
  2. Salam Sdr Tanpa Nama,

    Pertamanya, mengapa tidak menggunakan nic yang Sdr guna semasa memberi komen di artikel saya yang dahulu? Tak apa lah.

    Keduanya, Sdr kata: "Pelik juga sdr Kembara Politik ni, kalau dah tahu ada blog biadap yg menghina Islam dan raja-raja Melayu, nak buat apa tunggu PR yg buat demontrasi, Umno buat apa?"

    Budaya berdemonstrasi bukanlah budaya UMNO dan secara peribadi saya telah menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak menyukai rakyat berdemonstrasi. Budaya berdemonstrasi ini ialah budaya samseng Pakatan Rakyat. Saya menyatakannya supaya rakyat dengan jelas dapat melihat bagaimana pemimpin PR hanya berdemo atas kepentingan survival politik mereka walhal isu-isu seperti ini langsung tidak mendapat tempat dalam perjuangan mereka.

    Dan di pihak saya, memang saya tidak akan berdemo, tetapi saya telah melunaskan tanggung jawab saya dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa agar tindakan diambil.

    Apa pula peranan Sdr? Dibisu dan dikakukan oleh blog tersebut atas alasan blog tersebut mendokong kuat perjuangan Pakatan Rakyat? Nampak gayanya Sdrlah yang dibutakan hati tidak bertindak apa pun disebabkan sayangkan 'perpaduan' dalam Pakatan Rakyat.

    P.S: lain kali, jangan malu menggunakan nic anda ye. Apa pun Assalamualaikum.

    BalasPadam
  3. Tak lakulah acuman mu itu sdr Tanpa Nama 5:53 PM.

    Kita tahu kamu yang bertanggung jawab maka berani segala cina-anti-Melayu-anti-Islam dan kling paria dalam DAP & PKR itu demikian lancang celupar.

    Kalau kita ambil tindakan pun, takkan kita canangkan di sini. Kamu kamu Melayu pengkhianat dan durhaka akan mengetahui mengenainya apabila terlewat nanti sehingga hendak mengucap pun kamu tidak sempat.

    Sebenarnya segala pengkhiata ni tidak layak pun kita layan tetapi sekedar supaya mereka rasa dimuliakan sebagaimana anjing kurap dimuliakan.

    Hey Melayu pengkhianat dayus PAS dan PKR. Kalau kamu benci Melayu dan Raja-rajanya begitu hangat mengapa kamu menggunakan lidah cina dan keling untuk mengutuk kami dan raja kami? Sila gunakan lidah Islam Melayu kamu agar ada catitan dalam buku-buku kamu sebagai saksi.

    Maaf, kami fikir kamu tidak akan faham bahasa kami, apa itu catatan, saksi dan sebagainya. Dari awal laki kamu dah katakan kamu tidak faham kami. Mana ada si bodoh mengetahui yang dia itu bodoh bahkan sebaliknya?

    Biarkan si Melayu PAS PKR terjun dengan labu-labunya.

    Biarkan. Biarkan.

    BalasPadam

Pemilik blog tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda berikan. Adalah dinasihatkan setiap komen dibuat mengikut lunas undang-undang. Terima kasih.