-
Penulis tertarik dengan cache artikel yang ditulis oleh blog yang penulis sifatkan sangat biadap. Blog tersebut ialah blog The Might of the Pen. Blog tersebut dahulunya boleh diakses di URL berikut:
Penulis tertarik dengan cache artikel yang ditulis oleh blog yang penulis sifatkan sangat biadap. Blog tersebut ialah blog The Might of the Pen. Blog tersebut dahulunya boleh diakses di URL berikut:
http://sjsandteam.wordpress.com/.
Namun, pemilik blog sudah pun memadamkan segala isi kandungan blog tersebut.
Namun, pemilik blog sudah pun memadamkan segala isi kandungan blog tersebut.
Blog Jebat Must Die melalui artikel beliau yang terbaru telah memberikan link cache artikel tersebut sebagai bukti kebiadapan pemilik blog dan pemberi komen. Secara jelasnya, kita dapat membaca segala kelancangan mulut para pendokong Ketuanan DAP ini setelah mendapat sedikit kuasa.
Kuasa yang mereka perolehi ini turut disumbang oleh majoriti Bumiputra di bumi Malaysia melalui undi dalam pilihan raya. Undi yang diperolehi oleh mereka turut sama disumbang oleh pengundi beragama Islam dari Pas dan PKR. Tetapi mereka ini lupa. Mereka khianati undi rakyat!
Undi rakyat dijadikan tiket bagi mereka bebas bersuara tanpa ada rasa sekelumit rasa bersalah. Mereka dilihat terlalu obses untuk berkuasa lebih lagi. Inilah sikap para pendokong Ketuanan DAP yang diberi betis tamakkan peha!
Berikut penulis perturunkan cache link artikel biadap seperti mana yang dipaparkan oleh blog Jebat Must Die (terima kasih).
Jika tidak kerana cache artikel ini, rasanya penulis masih tercari-cari apakah sebenarnya yang ditulis oleh blog biadap (The Might of the Pen) ini. Dan seperti biasa, pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang telah mempertahankan para pendokong Ketuanan DAP ini. Sila rujuk artikel Jebat Must Die.
Lim Kit Siang seolah-olah tidak lansung rasa bersalah dengan keceluparan cybertroopers DAP tersebut. Inilah dia cara permainan politik DAP. Masih lagi cuba menyalahkan orang lain walau pun sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ini sudah berbuat salah.
Penulis berharap pihak berkuasa dapat membawa pemilik blog dan pemberi komen yang tidak bertanggung jawab tersebut ke muka pengadilan. Rakyat ingin tahu siapa di sebalik blog biadap ini.
P.S: Seluruh rakyat Malaysia teringin benar untuk berkenalan dengan pemilik blog dan pemberi komen biadap tersebut!
+
4 ulasan:
Sdr KP,
Bukan sahaja kepada pemilik blog, tetapi juga mereka-mereka yang memberi komen-komen biadap. Sampai masa untuk pihak yang berwajib melaksanakan ketegasan.
Benar kata Sdr. Saya juga ingin berkenalan dengan mereka-mereka ini, sekurang-kurangnya dapat melihat muka-muka sibiadap ini.
"Negara ini ada Tuannya"
Semerah Padi
Saya berbeza sedikit Tuan Panglima Semerah Padi.
Apa nak kenal-kenak lagi muka mereka. Dengar suara sumbang, biadab, celupar, dan serakah sahaja ... bantai sampai lumat.
Nak jengok-jengok muka mereka takut-takut terjengok muka Eli Wong ... berahi pulak nanti ...
Heh heh
Salam Tuan Kembara Politik;
Maaf tuan, tak menyempat nak minta izin dari tuan rumah dah gurau dengan Tuan Panglima pulak.
Heh lega sikit dapat gurau tawa dengan kekawan selepas sebak baca kerenah si celaka pengkhianat itu.
ha!..ha!..ha!... Tuan Dal,
Eli Wong? berahi? issshhhh!!!!!
Biar saya berkelana dalam gua pun tak apa! Lagi berahi rasanya!!!
ha! ha! ha! Amat kelakar Tuan Dal ni!
"Malaysia Yang Gemilang"
Semerah Padi
Tuan Semerah Padi,
Kita mahu melihat siapa dalang di sebalim blog tidak bertanggung jawab tersebut (dan juga pemberi komen yang begitu biadap). Pihak berkuasa wajib membawa pihak ini ke muka pengadilan. Sinisnya, apakah rakyat hanya pandai berdemo apabila melibatkan isu seperti mansuh PPSMI dan mansuh ISA sahaja? Apakah gesaan mewujudkan suruhanjaya diraja hanya terhad untuk seorang ahli politik Cina bernama Teoh Beng Hock sahaja? Tiadakah suara pejuang keadilan mahu melihat suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala mak nenek cauvinis bukit yang menghina Islam & Raja Melayu?
Tuan Dal,
Rakyat macam saya ini jenis silent majority yang tak mahu sangat ambil pusing tentang kebiadapan puak cauvinis dan rasis ini dengan harapan mereka-mereka ini akan insaf apabila sedar kesilapan mereka. Tetapi nampaknya golongan jenis manusia cauvinis dan rasis ini memang perlu diambil tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada kerana mereka ingat golongan majority senyap ini diam tanda setuju dengan tindak tanduk mereka. Padahal menyampah dan meluat dengan melihat perangai busuk mereka ini.
Catat Ulasan