-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Penulis menunggu apakah nasib ahli DAP yang bernama Mohamed Razali? Beliau telah membuat laporan polis berhubung isu DAP perguna paderi untuk semai benih politik kebencian ke dalam masyarakat dan nasibnya kini bergantung kepada kandungan laporan polis yang dibuatnya. Apakah nasibnya akan menjadi HERO atau ZERO di mata DAP?
Sebelum ini dalam artikel bertajuk "KJ Serang Bigdog, DAP Cuci Tangan..." penulis ada meninggalkan satu persoalan kepada para pembaca di akhir artikel tersebut. Persoalannya berbunyi seperti berikut:
Mengapa kini Khairy baru berani mendesak?
Serangan Khairy Jamaluddin (KJ) terhadap blogger Bigdog tidak susah untuk difahami sebenarnya. KJ merupakan seorang yang opurtunis. Mengambil peluang yang ada demi mencapai cita-citanya. Dalam konteks ini, KJ mempergunakan keadaan yang tidak tenteram dalam isu DAP perguna paderi untuk semai politik kebencian dan memusingkannya menjadi isu yang lebih hangat iaitu 'Blogger Bigdog, Marahku dan Utusan menyerang masyarakat Kristian'. Sama seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang seperti DAP dan PKR dan beberapa pemimpin dari MCA dan Gerakan.
Kenapa Khairy dilihat sudah terdesak untuk mengalihkan perhatian umum? Penulis teringat dengan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) telah membayangkan penglibatan orang-orang tertentu dalam hal-hal menjatuhkan Dato' Sri Mohd Najib dalam siri temubual Datuk Mohd Ashraf Abdullah sebelum ini. (Temubual eksklusif Ashraf dengan RPK Bahagian ke 3 akan menyusul). Terdapatnya usaha-usaha yang berhempas pulas untuk memastikan segala usaha agar Najib tidak menggantikan PM yang tidak kompeten sebelum ini. Akhirnya usaha tersebut menemui kegagalan.
Pendedahan yang dibuat oleh blogger Bigdog berhubung isu DAP perguna paderi ini merupakan satu rahmat yang besar buat KJ. Isu ini sudah tentu akan sedikit sebanyak dilihat secara tidak betul oleh golongan yang opurtunis termasuklah KJ. KJ dengan mudah menyerang dan menuduh secara melulu dengan mengatakan Bigdog merupakan perosak keamanan negara. Lebih lantang berbanding DAP itu sendiri. Saling tak tumpah macam suara Lim Kit Siang lagaknya. Sama naik!
Anehnya, KJ (dan sudah tentunya seluruh pemimpin DAP) nampak lesu tanpa sebarang reaksi apabila kita dihidangkan dengan pendedahan adanya ekstremis yang tidak tahu menghormati agama Islam dan Melayu.Senyap bukan? Bukankah perbuatan itu perlu dikutuk dan perlu didesak agar diambil tindakan sewajarnya? Rakyat yang cintakan kehidupan dalam suasana yang harmoni seharusnya menolak perkara-perkara yang sebegini. Sepatutnya kita akan dengarlah adanya suara-suara dari kalangan pemimpin DAP mengutuk tindakan ini, tapi anehnya tiada seorang pun yang bersuara. Kenapa?
Reaksi KJ yang berlebihan dengan menuding jari kepada blogger kononnya dengan pendedahan isu yang dicetus oleh Bigdog dan Marahku akan menyebabkan kedudukan PM tergugat. Tergugat? Macam mana tu? Bak kata Usop Wilcha -- "Cer cerita!" KJ cuba memusingkan isu supaya isu ini juga turut dilihat sebagai satu percubaan menjatuhkan Najib.
Walau bagaimanapun, penulis mengucapkan Tahniah kepada blogger yang berani mendedahkan isu "DAP menggunakan paderi demi mencapai cita-cita politik" walaupun terpaksa mengharungi 'spin' dari golongan opurtunis ini. Walaupun terpaksa berhadapan dengan siasatan pihak berkuasa.
Pendedahan ini seharusnya dilihat sebagai satu jalan untuk memperbetulkan apa yang tidak sepatutnya yang mana seluruh rakyat tidak mahu melihat institusi keagamaan diheret dalam permainan politik kebencian yang memecah belahkan rakyat. Permainan politik yang mempergunakan agama adalah sesuatu yang sangat merbahaya terhadap kestabilan dan keamanan negara. Kita tidak mahu negara tercinta ini diheret seperti kejadian di Ambon dan sebagainya. Kita semua mahukan suasana negara yang aman dan harmoni dengan seluruh kaum dan agama saling memahami antara satu sama lain.
Dengan beberapa perkembangan terbaru yang diikuti, beberapa persoalan bermain di fikiran penulis. Apakah KJ berjaya mengalihkan perhatian umum yang kini sedang meneliti pendedahan penglibatannya dalam usaha menjatuhkan Najib? Satu perkembangan yang sangat menarik untuk diikuti dan dianalisa.
+
14 Mei, 2011
Politik Kebencian DAP: Apa nasib Razali? HERO atau ZERO?
-
Hari ini kita semua dihidangkan dengan perkembangan baharu berkenaan isu DAP mempergunakan paderi demi nafsu politik kebencian mereka -- demi mencapai cita-cita besar memerintah negara.
Bigdog melaporkan adanya perkembangan baharu dengan tampilnya seorang ahli DAP membuat laporan polis berhubung isu ini. Individu yang tampil membuat laporan polis dengan variasi yang berlainan dengan apa yang dicanang DAP ini bernama Mohamed Razali Abdul Rahman. Terdahulu rakyat melihat DAP berjaya melepaskan diri sambil cuci tangan. Nampak gayanya dengan adanya perkembangan ini DAP masih tidak boleh cuci tangan lagi. Masih terlalu awal.
Rocky dalam blognya berteka-teki apakah nasib yang akan diterima oleh Razali kerana isi kandungan laporan polis tersebut masih tidak diketahui umum. Seluruh rakyat masih mencongak-congak sendiri. Seandainya laporan itu memihak kepada DAP maka Razali akan ditabal hero. Andai pula sebaliknya, apa akan jadi pada Razali?
Tapi belum sempat pun teka-teki terjawab DAP sudah melatah. Sebab apa dia melatah? DAP sudah mula merangka penipuan 360 darjah dengan mencipta pelbagai teori konspirasi terhadap Razali. Jika laporan polis yang dibuat oleh Razali tidak memihak kepada DAP, DAP akan putar belitkan semuanya supaya seluruh rakyat 'dibutakan' daripada membicarakan isu utama -- DAP mempergunakan pihak gereja untuk semai politik kebencian kepada rakyat.
Tindakan DAP mempergunakan pihak gereja demi mengejar cita-cita merupakan satu tindakan yang sangat berbahaya. Modus operandi politik kotor DAP ini perlu didedahkan kepada umum. Tidak boleh tidak! Rakyat yang cintakan keamanan sudah naik meluat dengan tindak tanduk DAP mengheret institusi keagamaan demi memenuhi 'selera' besarnya.

12 Mei, 2011
KJ Serang Bigdog, DAP Cuci Tangan...
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pada minggu lepas, blogger Bigdog dan Marahku menulis artikel yang menarik perhatian ramai pihak. Artikel yang ditulis itu sepatutnya boleh menyedarkan semua pihak bahawa DAP telah menggunakan politik kotor menyemai kebencian dengan cuba menarik penglibatan pihak gereja dalam kempen meraih undi mereka. Isunya mudah. DAP mengeksploitasi agama untuk raih undi.
Malahan blog Another Brick in the Wall menunjukkan rekod twitter seorang pemimpin DAP yang mana begitu giat bertemu pemimpin gereja ketika kempen pilihanraya Sarawak yang lepas. Melalui rekod twitter itu jelas kita lihat bahawa isu-isu agama disogok dan janji-janji serta pendirian dari pihak DAP dijanjikan kepada para pemimpin gereja.
Jelas sekali di sini, DAP sanggup mempergunakan isu agama untuk mencapai cita-cita besar mereka dalam politik negara. Tindakan DAP dalam mempergunakan isu-isu agama bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, segala tindak tanduk DAP tidak diambil perhatian secara serius oleh pihak berwajib. Malahan, DAP dilihat bebas mempergunakan isu-isu sensitif demi memancing undi.
Walau bagaimanapun, tindakan blogger Bigdog dan Marahku melondehkan segala modus operandi politik kotor DAP ini dibaca secara salah oleh banyak pihak. Mereka yang opurtunis segera menggunakan artikel Bigdog dan Marahku dan memusingkannya supaya Bigdog dan Marahku boleh dilabel sebagai 'menyerang' penganut Kristian. Dan itulah yang terjadi. DAP berjaya berjalan keluar sambil mencuci tangan!
Dan lebih malang lagi apabila Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin secara terbuka menggesa blogger Bigdog meminta maaf. Satu desakan yang tidak diperlukan memandangkan semua orang sudah terlepas melihat peranan DAP dalam memainkan isu perkauman, dan agama setiap kali adanya pilihanraya.
Desakan Khairy ini amat pelik dan sukar difahami kerana kita sudah banyak kali dihidangkan dengan pelbagai tindakan celupar ramai pemimpin yang mempertikai itu dan ini yang mana semua yang dipertikaikan itu jelas dimaktub kemas dalam Perlembagaan seperti Perkara 153 dan sebagainya tetapi suara Ketua Pemuda tidak kedengaran meminta pemimpin tertentu ini memohon maaf. Senyap dan sunyi.
Persoalannya: Mengapa kini Khairy baru berani mendesak?