Aku hairan juga kenapalah puak Pakatan Rakyat bantah bagai orang gila meroyan dengan penyenaraian FGV. Macam-macam ditohmahnya. Semuanya buruk belaka. Semua yang ditohmah semuanya tak betul. Sengaja nak takutkan peneroka Felda. Yang jadi persoalan ialah kenapalah Pakatan takut sangat dengan penyenaraian FGV?
Hasut Jangan Ambil Durian Runtuh
Kerajaan ditohmah bermula dengan penghargaan pihak Kerajaan BN kepada para peneroka dengan pemberian duit durian runtuh sejumlah RM15,000 setiap peneroka. Pecahannya RM5,000 untuk suami, RM5,000 untuk isteri dan RM5,000 untuk anak-anak peneroka. Durian runtuh diburukkan pembangkang. Sampai Pakatan hasut jangan ambil duit. Siap dengan kain rentang lagi tu. Jangan ambil! Teguh sangat gayanya pendirian penghasut dari pembangkang ni bila tengok pada kain rentang.
Tapi semua peneroka yang sentiasa bersama dengan Kerajaan semuanya cerdik. Tak bodoh macam 8 ekor pembangkang haramjadah totok pembangkang tu. Semua peneroka, penerokawati dan anak-anak peneroka bersyukur kepada Allah SWT dan turut berterima kasih dengan Kerajaan BN.

Hakikatnya, duit durian runtuh RM15,000 itu adalah suatu bentuk penghargaan Kerajaan BN di bawah Dato' Najib terhadap peneroka yang bersusah payah selama ini meneroka tanah rancangan. Felda pula begitu dekat di hatinya kerana bapanya Tun Razak adalah arkitek Felda.
Pembangkang ni tahu ke susah senang peneroka Felda? Dia tahu ke sejarah kehidupan peneroka di Felda?
Sejak dari tidak ada kemudahan air, elektrik dan jalan raya berturap. Kemudian air disediakan di hadapan rumah dengan paip merah berkongsi. Setiap blok ada 2 atau 3 paip merah dikongsi. Paip merah perlu dipam. Baru keluar air. Peneroka angkut dengan baldi dan tong warna hitam bawa balik ke rumah papan masa itu. Kemudian barulah ada air bersih terus ke rumah masing-masing.
Begitu juga dengan jalan tanah merah. Berhabuk bila motorsikal lalu. Kalau naik motor tu naik merah rambut bila sampai rumah. Kemudian masa berubah semakin baik. Tahun 1980an kebanyakan jalanraya di tanah rancangan Felda mula diturap.
Jadi apa yang pembangkang takut sangat? Dengki dengan rezeki peneroka kenapa? Apa salahnya pembangkang tambah pulak RM10,000 beri pada peneroka? Pembangkang cakap durian runtuh berulat. Woi pembangkang! Kau berilah durian runtuh kau yang tak berulat. Biar berlumba-lumba memberi. Ini tak. Dia tak beri pun. Bila orang nak beri, ditohmah pula. Memang sesuailah dengan title haramjadah tu. Sangat sesuai! Haramjadah punya pembangkang!
Fitnah Geran Tanah Kebun 10 Ekar dan Tapak Rumah Peneroka Lesap
Peneroka ditohmah akan mengalami pelbagai masalah di kemudian hari akibat penyenaraian FGV ni. Ada pembangkang yang belit kata hilang tanah 10 ekar kebun sawit atau getah. Di sesetengah rancangan ada tanah kebun sampai 14 ekar macam di Felda Sungai Koyan, Raub. Tapak rumah seluas suku ekar pun dibelit pembangkang cakap akan tergadai juga.

YAB PM Dato' Sri Najib sendiri sudah beri penerangan dan benda ini dah berulang kali dicakap dan diulang. Malah YB pembangkang pun sudah diberi penerangan dalam Parlimen. Pergi baca Hansard Parlimen. Dalam Parlimen pembangkang semacam faham sahaja bila diterang. Bila keluar Parlimen dia jadi bingung tak faham semula. Habis difitnah benda yang sama. Haramjadah punya pembangkang!
BERSAMBUNG AKAN DATANG... [Fitnah IPO FGV dan sebab sebenar kenapa pembangkang Haramjadah takut sangat dengan penyenaraian FGV].
+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan