16 September, 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 16 bulan September 2012 juga genap 4 tahun bagi blog Kembara Politik.

Semoga Malaysia terus kekal aman dan tenteram hendaknya.

11 September, 2012

Pas akan jadi semakin lemah dan tidak relevan jika pecat Ust Nasha


1. Ustaz Hj Taharuddin Yaakob, bekas aktivis PAS selama lebih 18 tahun berpendapat bahawa PAS tidak lagi sanggup kehilangan sokongan ahlinya seperti mana berlaku semasa pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Ustaz Hassan Basri.

2. Pemecatan Dr Hassan Ali dan Hassan Basri sebenarnya memberi kesan negatif kepada Pas walaupun dinafikan oleh Pas. Sedikit sebanyak kesannya melemahkan Pas.

3. Pemecatan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa hanya akan melemahkan Pas yang kini sememangnya sudah semakin tidak relevan sejak menjadi boneka dan budak suruhan PKR dan DAP.

4. Hakikatnya, politik Pas bersama Pakatan Rakyat hanya menguntungkan DAP dan PKR tetapi tidak bagi Pas.

5. Kalau kita amati, adakah kini Pas selaku parti yang dikatakan mahu menggantikan UMNO menjadi semakin dominan dan disegani dalam Pakatan Rakyat?

6. Rasanya, TIDAK!

Nota: UMNO sentiasa menjadi tonggak dalam Barisan Nasional dengan bertanding jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan dalam setiap PRU.

10 September, 2012

Prof Dr Shamsul Amri kata rakyat Malaysia lebih suka bertikam lidah daripada berparang. Mungkin tidak lagi!

1. Dahulu, pada tahun 2008, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin percaya bahawa rakyat Malaysia lebih gemar pendekatan 'bertikam lidah' daripada 'berparang' dalam menyelesaikan sesuatu hal.

2. Dalam erti kata lain, beliau kata rakyat Malaysia dirumus sebagai orang yang lebih suka berunding berbanding menggunakan kekerasan untuk mencapai sesuatu penyelesaian dalam hubungan pelbagai kaum.

3. Mungkin apa yang dirumus oleh Prof Dr Shamsul Amri itu tidak lagi relevan pada hari ini.

4. Mungkin rumusan Dr Shamsul Amri sudah boleh ditukar bagi menggambarkan suasana sebenar politik pasca PRU-12 kini.

5. Mungkinkah rakyat Malaysia sudah beralih daripada pendekatan 'bertikam lidah' di blog, ceramah, forum, facebook, twitter kepada bukan hanya pendekatan 'berparang' tetapi kini lebih berbahaya -- iaitu 'berpistol'!



6. Kita lihat bagaimana bahayanya cara permainan politik Anwar Ibrahim dalam mencorak apa yang bakal berlaku menjelang PRU-13 dan sesudah PRU-13 itu sendiri.

7. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia yang cintakan kestabilan dan keamanan menolak pendekatan politik 'berpistol' Anwar Ibrahim ini!

8. Ayuh rakyat Malaysia! Kita tolak Pakatan Rakyat! Mari sama-sama kekalkan keamanan yang sekian lama dipelihara oleh kerajaan Barisan Nasional!

Nota: Sila tonton video asal dan baca rentetan peristiwa acu pistol kepada orang awam di blog Jiwa Paradox.

09 September, 2012

Dulu Pas kata "Salam 1 Malaysia" Haram! Apa pula hukum "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" yang keluar dari mulut sahabat mereka? Rakyat hendak tahu juga!

Penulis masih ingat lagi bagaimana terdesaknya pembangkang apabila bertindak menyerang ungkapan "Salam 1 Malaysia" yang seringkali diucapkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Paling memalukan pembangkang tanpa segan silu menggunakan golongan yang berlatarbelakangkan pendidikan agama untuk mencapai objektif politik mereka.

hukum ikut sedap mulut! dipetik dari laman pembangkang!

Sebenarnya bukan tujuan penulis mahu mendesak golongan ulamak dari Pas bagi menyatakan hukum hakam bersabit apa yang penulis jadikan sebagai tajuk artikel ini. Sebab kita semua sedia maklum bahawa tidak ada sezarah pun reaksi PAS berhubung penggunaan "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" kerana ianya keluar dari mulut yang mempunyai hubungan rapat dengan PAS. Kawan rapatlah katakan.
Azmin Ali ucap Salam Reformasi, tidak ada pun jatuh hukum haram? Errr nak jawab macam mana tu?


Salam Bersih? Apa pula nak jawab ni Ulamak PAS? Waalakummubersih?? Ke apa??


Cuma penulis mahu berkongsi agar pembaca budiman semua dapat melihat sendiri bagaimana sikap hipokrit PAS dan sanggup mempergunakan agama demi politik kotor mereka. Inilah sikap PAS yang sebenarnya.

Sebenarnya ungkapan Salam 1 Malaysia yang seringkali diucap oleh Perdana Menteri dan para pemimpin UMNO selalunya didahului oleh ucapan salam "Assalamualaikum" dan barulah disusuli dengan "Salam 1 Malaysia".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia! Kan cantik tu!

Jika dilihat, ucapan seperti "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" yang keluar dari mulut busuk pakatan tanpa didahului dengan "Assalamualaikum". Nampak betul sekularnya. Namun, Pas mengambil jalan menghentam PM dan pemimpin UMNO dengan mengaitkan ucapan "Salam 1 Malaysia" itu adalah haram walaupun salam itu didahului dengan ucapan "Assalamualaikum".

Itulah sikap PAS yang lebih gemar mempergunakan hukum hakam agama ke atas UMNO sedangkan rakan karib mereka seperti PKR, DAP, BERSIH dan lain-lainnya tidak pula dijatuhkan hukum sepertimana mereka menghukum para pemimpin UMNO.

Kepada cerdik pandai agama dalam PAS:

1. Apakah hukumnya "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" tanpa didahului "Assalamualaikum"?
2. Atau PAS sudah jadi syaitan bisu?
3. Atau PAS sekadar mempergunakan hukum hakam agama yang mereka cipta untuk keuntungan politik?

Jika ikut sifir mudah, kalau UMNO dihukum haram dengan ungkapan "Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia" maka "Salam Reformasi" dan "Salam Bersih" tanpa didahului "Assalamaualaikum" adalah 1000 kali haramnya! Bukankah begitu wahai PAS?

Nota: Penerangan "Salam 1 Malaysia" di SINI.

07 September, 2012

PAKATAN RAKYAT TIDAK LAYAK MENYAMBUT HARI MALAYSIA



(Pandangan dari masyarakat marhain)
  1. Penubuhan Malaysia bertujuan untuk menyekat pengaruh Komunis yang menggugat pengaruh politik serantau. 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak telah menyokong penubuhan Malaysia (www.arkib.gov.my, Penubuhan Malaysia 16 September 1963).
  2. Anwar Ibrahim mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia (www.malaysiakini.com, Anwar: benarkan Chin Peng Pulang).
  3. Bendera yang mahu menggantikan Jalur Gemilang hampir sama dengan bendera Komunis Malaya adalah rekaan Mohd Najwan Halimi adalah Timbalan Ketua Penerangan AMK,2007 (pilihan-anda.blogspot.com, Bendera Pakatan Rakyat Diilham dari Bendera Komunis Malaya).

Penubuhan Malaysia adalah bertujuan untuk memerangi dan melawan gerakan komunis di Asia tenggara. Selepas Tanah Melayu Semenanjung merdeka pada 1957, gerakan komunis masih lagi berterusan. Pada ketika itu Parti Komunis Malaya tidak mahu meletak senjata dan terus memerangi Kerajaan persekutuan Malaya untuk merampas kuasa dan berkuasa mutlak di tanah Melayu.  Ancaman gerakan komunis bukan sahaja berlaku di Semenanjung Malaysia, malah berlaku juga di Sabah dan Sarawak. Ketika itu Indonesia telah menjadi Negara komunis, singapura juga telah diresapi dengan pengaruh parti politik haluan kiri, ancaman komunis begitu mendesak sekali.

Demi melawan ancaman komunis ini, Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Sabah. Pada ketika itu penyatuan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dan membentuk Malaysia adalah penting, kerana untuk melawan pengaruh komunis yang disokong oleh Negara besar seperti China dan USSR bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. Penyatuan ini adalah begitu signifikan kerana ia membolehkan negeri-negeri kecil ini mempunyai kekuatan untuk melawan komunis. Lihatlah betapa getirnya perjuangan memerangi komunis. Yang kecil terpaksa bergabung dan bersatu untuk meneruskan kehidupan.






Setelah sekian lama komunis sepi, pada 2009 Anwar Ibrahim ingin membawa Chin Peng (Bos Komunis Parti Komunis Malaya) kembali ke Malaysia. Pada 2011, Mohd Sabu telah mengangkat komunis sebagai hero dalam peristiwa bukit kepong (Utusan Melayu, Mohamad Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong, 27 ogos 2011). Terbaru pada 30 ogos 2012, bendera yang bakal menggantikan Jalur gemilang dikibarkan di perhimpunan haram “janji bersih” dan bendera itu direka oleh orang PKR dan ia hampir serupa dengan bendera yang ingin dikibarkan oleh Komunis jika berjaya menawan Malaya dahulu.

Menyelusuri kronologi komunis dari Pakatan Rakyat, dari pandangan mata hati penulis dapat melihat Pakatan Rakyat sedang menyuburkan ancaman komunis di Malaysia ini. Setelah 49 tahun Malaysia ditubuhkan, sekarang pihak Pakatan Rakyat mahu menyuburkan kembali komunis di Malaysia. Dulu Malaysia ditubuhkan untuk memerangi komunis, sekarang mereka kembali dengan membawa perpecahan dan perbalahan antara kaum.

Teringat pula penulis pada satu FB yang dibuat untuk melaga-lagakan antara penduduk Semenanjung dan Sarawak, meningkatkan perasaan benci masyarakat Sarawak terhadap semenanjung. Terdapat pihak di Sabah yang mula menghasut rakyat Sabah supaya membenci orang semenanjung dan menganggap parti Politik Semenanjung (UMNO) ini sebagai orang jahat. Adakah ini muslihat mereka?? Memecah belahkan perpaduan antara semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah, kerana satu ketika dahulu perpaduan ini telah berjaya menewaskan komunis.

Sesungguhnya perpaduan dan penyatuan Tanah Melayu Semenanjung, Sarawak dan Sabah adalah untuk melawan komunis dan kita berjaya. Adakah layak pakatan rakyat yang ingin mengangkat martabat komunis itu untuk menyambut Hari Malaysia??. Adakah mereka memahami semangat hari Malaysia yang memerangi komunis sedangkan mereka ingin mengagungkan komunis??

Saya berdoa supaya rakyat Malaysia dibukakan pintu hatinya dan ditunjukkan kebenaran, semoga Malaysia terhindar dari menuju ke arah kegelapan.

03 September, 2012

Ada lagi penulis baru akan sertai blog Kembara Politik

Blog Kembara Politik sungguh beruntung kerana akan menerima seorang lagi penulis yang ingin berkongsi pandangan dan pendapat. Selamat datang dan selamat berjuang demi agama, bangsa dan tanah air!

31 Ogos, 2012

SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-55, JANJI DITEPATI..

(pemerhatian dari kaca mata masyarakat marhain)



Tanggal 31 ogos 1957 adalah merupakan tarikh keramat tanah melayu yang berjaya membebaskan diri dari penjajahan. Pada hari ini pihak PR masih lagi dibelenggu janji-janji yang tidak terlaksana, mahu membuat perhinpunan janji “bersih”. Masih lagi mahu berjanji, agak pelik juga melihat perlakuan PR ini seperti tidak tahu malu itu. Pengikutnya seolah-olah sudah hilang kewarasannya dan masih menuruti apa saja yg dikehendaki oleh PR (paling sedih adalah pengikut PAS kerana mereka yang selalu ke jalan raya tetapi yang mendapat nama DAP dan PKR.. kesian). 

Pada pagi ini, seperti biasa saya akan membeli surat khabar Utusan Malaysia. Di kedai saya dapati pelbagai berita muka hadapan dari surat khabar pro-kerajaan dan pro-pembangkang. Seperti biasa berita muka surat hadapan surat khabar kerajaan akan menyiarkan sesuatu yang positif tentang kemerdekaan, surat khabar pro-pembangkang akan menyiarkan sesuatu yang negative sebagai menanam benih kebencian. Bagaimanapun yang menariknya surat khabar pro-kerajaan lebih  laris dari surat khabar pro-pembangkang. Pada ketika saya mahu membeli surat khabar Utusan Malaysia pada pukul 9.00am hanya tinggal 3 naskah sahaja lagi, begitu juga surat khabar pro-kerajaan yg lain. Yang banyak belum terjual adalah surat khabar pro-pembangkang. Ini bukan kali pertama, pada hari biasa juga sama seperti itu. Ini adalah petunjuk bahawa majority masyarakat melayu (pembaca surat khabar melayu) menyokong aspirasi kerajaan.

Berdasarkan permerhatian diatas, saya tertanya-tanya dalam hati bagaimana PR boleh memberitahu majority masyarakat melayu menyokong mereka. Saya menetap di Selangor dikawasan DUN dan Parlimennya di menangi oleh PR. Dikawasan ini pun penduduknya tidak menunjukkan sokongan kepada PR dari segi pembacaan hariannya. Saya teringat kawan saya dari Kedah yang menelefon saya selepas ”himpunan Hijau Putrajaya” anjuran PAS, dengan lantang memberitahu majority melayu sokong PR dan pasti mereka akan menawan Putrajaya. Adakah mereka sekadar mahu menerapkan perasaan yang kuat dalam penyokong mereka bahawasanya mereka adalah majority, tetapi bila kalah dalam PRU13 mereka akan menuduh BN menipu seperti sebelum ini?? Wallahualam..

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 55 ini, saya berdoa supaya Malaysia dan rakyatnya dipelihara dari menuju kearah kehancuran. Saya berdoa juga supaya seluruh rakyat Malaysia dibukakan pintu hatinya untuk melihat kebenaran. Sesungguhnya kebenaran akan mengatasi kebatilan.  Sekian.

27 Ogos, 2012

PAS tak mahu lagi hudud setelah kepala diluku Karpal

Sumber dipetik dari laman pro pembangkang - Merdeka Review

..PKR dan PAS akhirnya bersetuju untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud, setelah mengambil kira bantahan keras daripada satu lagi parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu DAP. Perlaksanaan Hukum Hudud memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti, malah pindaan perlembagaan, maka PAS dan PKR akhirnya bersetuju untuk menghormati pendirian DAP....

...Demikianlah keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang mengambil masa lebih tiga jam, bermula jam 9 malam tadi di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim memberi jawapan sedemikian ketika ditanya dalam sidang media yang mengambil masa kira-kira 10 minit, bermula pada 12.20 tengah malam tadi....


*****

Kalau ikut jihad Ambiga dalam Bershit 3.0 sanggup mati syahid rempuh polis. Sanggup tinju polis Islam yang terbabas sebab kereta dia kena serang para pejuang jihad. Kalau ikut jihad Ngeh & Nga di Perak... sanggup mati syahid berguling atas jalan digelek kereta Sultan. Bila berdepan dengan Karpal, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim apa dah jadi. Tengok gambar di atas. Tengok muka Kit Siang dengan tangan penumbuk digenggam letak di mulut! Tengok muka Karpal yang bukan main dongak kepala sombong. Hj Hadi pula?

25 Ogos, 2012

Kestabilan kuasa politik dan keharmonian antara kaum


Assalamualaikum.. 

tulisan ini hanyalah pendapat dari pemerhatian saya terhadap keadaan politik Malaysia.

  1. Kajian dari CENSE telah menunjukkan peningkatan peratusan sokongan melayu terhadap UMNO (Alan Ting,Bernama, 19 jun 2012, BN mungkin kekalkan kerusi parlimen yang dikuasainya) 
  2.  Kajian oxford dan havard, menunjukkan peratusan undi cina akan mencapai 80% menyokong DAP (Roketkini,15 june 2012, tsunami politik bakal melanda johor). Melihat dari hasil kajian ini, semua kawasan majoriti cina dan yang mempunyai komposisi kaum yang hampir sama rata antara kaum akan dimenangi oleh DAP berikutan undi melayu telah berpecah (DAP juga telah melaungkan akan bertanding 90 kerusi). 
  3.  Melihat dari keadaan peratusan sokongan, penulis melihat ketidak seimbangan dalam kuasa politik dimalaysia. 
  4.  Jika mengikut kajian CENSE, UMNO akan Berjaya mempertahankan jumlah kerusi yg ada sekarang iaitu 79 kerusi (kawasan melayu), dan DAP akan mendapat 90 kerusi (kawasan cina + kawasan campuran). Sekiranya BN kalah ia akan memperlihatkan Parlimen akan dikuasai oleh orang cina (DAP) dan pembangkang melayu (UMNO).. PKR dan PAS akan kalah teruk. 
  5.  Ini akan membayangkan dua kaum yang dominan berada di pihak pembangkang dan kerajaan. Keadaan ini akan mewujudkan ketegangan kaum dan ketidakstabilan politik sepanjang penggal pemerintahan. Situasi ini juga akan memberi impak negative kepada keadaan ekonomi Malaysia, antara sebab pelabur datang ke Malaysia adalah disebabkan kestabilan politiknya. Sekiranya keadaan politik kucar-kacir, pelabur tidak akan datang kesini tambahan pula suasana ekonomi global yang suram yang menjadikan pelabur lebih berhati-hati. 
  6.  Sekiranya hasil kajian diatas diambil kira, didalam PR sendiri majority Ahli Parlimennya adalah dikalangan orang cina (DAP). Keadaan kacau bilau akan berlaku dengan perebutan jawatan dalam kerajaan. DAP akan cuba meletakkan Ahlinya yang menang sebanyak mungkin didalam kerajaan kerana majority di tangan mereka tambahan pula DAP berpegang kepada prinsip meritokrasi. Ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati dikalangan parti komponen lain, selain itu ia akan meningkatkan suhu ketegangan kaum kerana parti politik di Malaysia adalah berasaskan kaum. PAS dan PKR adalah berasaskan kaum melayu, sekiranya parti ini tidak mendapat jawatan yang banyak seperti sekarang melayu akan rasa tertekan dan merasakan seperti  melayu dijajah semula. PR tidak mempunyai pembahagian jawatan dalam kerajaan yang baik seperti BN. 
  7.  Sebaliknya sekiranya BN menang dengan majority MP adalah melayu, parti komponennya tidak akan kacau bilau kerana pembahagian jawatan telah dipersetujui oleh semua komponen. Kaum lain juga tidak akan rasa tertekan kerana yakin dengan pembahagian jawatan dalam kerajaan bagi setiap komponen, selain mereka telah banyak kali melalui keadaan ini. 
  8.  Kekuatan BN terletak pada pembahagian kuasa yang baik dan dapat diterima semua. Walaupun semua parti komponennya berasaskan perkauman tetapi dengan pembahagian kuasa yang bijak dapat memberi kestabilan politik dan keharmonian antara kaum. 
  9.  Kesimpulannya kemenangan PR dalam PRU13 tidak akan memberi kesan positif tetapi lebih kepada kesan negative kepada keseluruhan rakyat Malaysia tidak kira kaum. Kesuraman ekonomi dan ketegangan antara kaum sudah cukup menyusahkan kita semua. Mengapa perlu undi PR hanya dengan retorik sahaja??... Undilah BN (ia bukan parti yang sempurna tetapi yang terbaik di Malaysia).