30 April, 2013

ANALISA PRU13: LEMBAH PANTAI.. NURUL IZZAH (PR) BAKAL DIHUKUM..

dari pandangan masyarakat marhaen


Malam ini penulis telah membuat tinjauan di kawasan parlimen lembah pantai, kawasan ini akan ditandingi oleh Nurul Izzah (PR- penyandang),Raja Nong Chik (BN) dan Rusli Baba (Bebas). Pertembungan yang paling menarik sudah tentulah diantara Nurul Izzah dan Raja Nong Chik. Penulis telah pergi di ceramah Pakatan Rakyat yang diberikan oleh Nurul Izzah. Tujuan penulis kesini adalah untuk melihat sendiri sambutan ceramah ini dari orang ramai. Ceramah ini telah diadakan dikawasan vista angkasa. 

Dari segi sokongan memang jelas kelihatan ceramah ini tidak dapat sokongan dari penduduk setempat. Jika dikira penduduk dikawasan pangsapuri ini, rasanya ada lebih dari 2000 orang, tetapi yang datang ceramah PR ini tidak sampai 200 orang. Nampaknya penduduk lembah pantai sudah bosan dengan Nurul izzah ini, mungkin kerana beliau telah diberi peluang selama 4 tahun sebagai wakil parlimen lembah pantai, tetapi Nurul Izzah tidak memikul amanah itu. Mungkin Nurul Izzah akan tewas ditangan Raja Nong Chik dalam PRU13 ini.

Dari segi kawasan ceramah pula, penulis lihat mereka membuat ceramah ini diatas koridor ditepi jalan. Diatas koridor itu pula diletaknya kerusi sehingga penuh (sekali pandang jumlah kerusi itu x sampai 50 kerusi). Jumlah kehadiran yang melebihi jumlah kerusi memaksa orang berdiri ditepi koridor jalan sehingga masuk kejalan utama. Maka dengan itu terjadilah kesesakan lalulintas. Dengan perancangan ini dari Jalan raya kelihatan jumlah kedatangan yang ramai, tetapi setelah penulis masuk ke dalam ceramah itu, ternyata kelihatan terlalu kurangnya sambutannya jika dibandingkan dengan jumlah isi rumah disekeliling ceramah itu diadakan.  Pakatan menggunakan kawasan tepi jalan yg kecil itu, hanyalah untuk membuat persepsi bahawa ceramah mereka kelihatan ramai yang datang, tetapi sebenarnya hanya illusi.

Dalam ceramah itu, penulis dapat dengar Nurul Izzah menyatakan bahawa Lim Kit Siang bukan penyebab tragedy 13 mei (sesuatu yang tidak masuk akal), menghentam Syed Mokhtar Albukhari (orang melayu terkaya, diperlekehkan usaha beliau tetapi tidak cerita pula tentang orang bukan melayu yang terkaya-kenapa harus melayu itu diperlekehkan? tidak layakkah melayu menjadi kaya?), menghentam Zulkifli Nordin (mengapa perlu hentam Zul Nordin? Beliau tidak bertanding di Lembah Pantai, PR seolah-olah takut Zul Nordin akan menang), menghentam kerajaan dalam usahanya menolong melayu.

Kesimpulan yang penulis dapat buat Nurul Izzah seperti benci sangat dengan melayu, seolah-olah melayu tidak layak untuk kaya dan tidak layak untuk dibantu. Mengapa begitu wahai Nurul Izzah? Kamu bukan melayukah?. Tidak malukah kamu menghentam Syed Mokhtar itu (dia bukan ahli politik pun), orang yang banyak menolong melayu. Nurul Izzah sendiri gagal menolong masyarakat melayu di Lembah pantai, ada hati nak menghentam orang yang banyak berjasa kepada melayu seluruh Malaysia? sedarlah.

Sudah jelas dari tinjauan penulis malam ini, sokongan masyarakat lembah pantai sudah beralih arah. Nurul Izzah (PR) bakal dihukum. InsyaAllah BN akan menang.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

29 April, 2013

Who's the boss in this pic? You decide...

Definitely NOT the one who has become the wheelchair & also NOT the one who's holding it, right? Think wisely before casting your vote...

Putrajaya: Kejayaan Dr Mahathir bikin Husam, Nik Aziz dan Harakah sasau!

1. Dulu-dulu kita selalu dengar penyokong Pas cakap Tun Dr Mahathir bina Putrajaya cuma membazir. Dari para pemimpin Pas sampailah ke pencacai semuanya berzikir benda yang sama. Putrajaya membazir!

2. Apa yang rakyat tahu Putrajaya dibina ikut cara Islam. Tiru pembinaan kota Madinah. Masjid yang dibina dulu. Pas kepanasan. Bukan boleh dia tengok BN buat benda baik. Hatta pembinaan Masjid Putrajaya pun dipertikai. Diserang habis-habisan. Tak terkecuali Masjid Besi Putrajaya. Habis totok Pas jaja fitnah kononnya Masjid Besi satu pembaziran.

3.  Nik Aziz  memang terkenal dengan kejayaan tidak bina masjid. Orang tua itu lebih suka kalau umat islam solat di merata tempat. Pembinaan masjid oleh kerajaan semuanya dipertikai. Serba tak kena kalau kerajaan buat! (p.s: gambar sekadar hiasan, untuk tontonan totok Pas).



4. Dua hari lepas (Jumaat), Nik Aziz bersolat di Masjid Besi yang dia kata dulu membazir. Alhamdulillah, nak juga dia solat di situ. Tun Dr Mahathir mungkin tersenyum!

5. Harakah segera terbitkan cerita Nik Aziz solat di sana sebagai tajuk utama berita. Dalam Harakah edisi cetakan tajuk "Takbir bergema di Masjid Besi Putrajaya" diletak di muka utama.

6. Harakah agaknya dah pening dan sasau! Macamlah selama ini tidak ada takbir di Masjid Besi Putrajaya. Harakah usahlah tulis macam orang bodoh. Nampak sangat tak cerdiknya!

7. Sebelum Husam dan Nik Aziz datang pun sudah lama takbir memuji kebesaran ALLAH SWT dilaungkan di Masjid Besi Putrajaya yang diilham sendiri oleh Tun Dr Mahathir itu.

8. Bezanya, azan berkumandang di Masjid Besi dengan laungan takbir "Allahu Akbar" dilaungkan memuji kebesaran ALLAH SWT. Bukannya takbir yang dilaung totok-totok Pas di perkarangan Masjid Besi kerana memuji Nik Aziz!

9. Nampaknya, Husam hanya mampu tersenyum kusam di Putrajaya!

27 April, 2013

ANALISA KEMPEN PRU13: SUKARELAWAN MELAYU BERSEMANGAT MENOLONG BN.. (SEMANGAT UMNO KEMBALI)



Dari pandangan masyarakat marhaen
 
DUN Changkat Jong akan ditandingi oleh Mohd Anuar Sudin (PAS-penyandang),Mohd Azhar Jamaludin (BN) dan Suppan A/L Krishnan pada PRU13 ini. Dun Changkat Jong merupakan antara kubu kuat BN, tetapi pada PRU12 ia telah jatuh ketangan PAS. Kejatuhan DUN ini kepada PAS adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya ialah calon BN yang tidak mesra rakyat, ahli yang tidak dicalonkan oleh BN mensabotaj parti dan banyak lagi masalahnya. Bagaimanapun kejatuhan BN di negeri Perak dan menyebabkan Perak di perintah oleh PR selama sebelas bulan itu banyak mengajar orang malayu Perak betapa perlunya BN itu menang untuk mengekalkan kestabilan.

Pada PRU13, selepas calon BN di umumkan, masalah lama berulang kembali. Calon BN pada PRU12 yang tidak calonkan lagi telah merajuk dan tidak mahu menggerakkan jentera parti. Calon-calon yang melobi untuk menjadi calon di DUN Changkat Jong tetapi tidak terpilih juga tidak bersungguh-sungguh menggerakkan jentera BN untuk menghadapi PRU13 ini (penyokong mereka juga tidak bersemangat untuk menggerakkan jentera parti). Yang berusaha menggerakkan jentera parti hanyalah penyokong-penyokong Azhar Jamaludin. Pada awalnya jentera BN disini kelihatan layu dan tidak bersemangat.

Kebanyakan orang melayu dikawasan ini tidak mahu diperintah oleh PR, mereka begitu terasa dengan kekalahan BN pada PRU12 lepas. Kesedaran mereka memuncak, terdapat pemimpin-pemimpin tempatan dan dibantu oleh kawan-kawan yang bersungguh-sungguh berkempen untuk menjamin kemenangan BN disini. Mereka inilah yang penulis namakan sebagai sukarelawan, mereka berkempen, memberi ceramah, memasang bendera dan sebagainya. Usaha mereka bukan kerana jawatan, kuasa atau wang. Ada diantara mereka tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau organisasi kampong, ada juga yang hanya memegang jawatan dalam organisasi kampong tapi tidak terlibat secara langsung dengan BN. Mereka membuat ini semua demi melayu dan islam. Mereka sedar jika BN kalah melayu dan islam akan terpinggir. Mereka tidak mahu diperintah oleh PR lagi. Mereka tidak peduli dengan jentera dari UMNO (dikawasan Changkat Jong) yang hanya mementingkan jawatan dan kuasa. Sehingga  sanggup mensabotaj parti dalam PRU13 ini.

Dahulu sekiranya jentera parti tidak menggerakkan kempen, tiada siapa yang akan buat. Tetapi sekarang jentera parti layu, sukarelawan ini yang menggerakkan kempen. Perjuangan mereka lebih ikhlas, demi Islam, Melayu dan raja. Dengan gerak kerja dan semangat yang ditunjukkan oleh sukarelawan ini, majority melayu telah menyokong BN. Begitu juga dengan kaum lain telah memperlihatkan sokongan mereka terhadap BN. Mereka yakin BN akan kembali menang. Ada cerita, PRU12 dahulu sekiranya PAS memberi ceramah ada orang-orang bukan melayu datang. Sekarang ceramah PAS bukan sahaja tidak dihadiri oleh bukan melayu, malah bilangan kehadiran orang melayu sendiri berkurangan.

Apa yang membanggakan penulis ialah, semangat sukarelawan melayu ini. Cukup bersemangat, cukup gigih demi Islam dan Melayu. Mungkin inilah semangat UMNO yang sebenarnya, semangat yang hadir sama seperti ketika melayu menentang Malayan Union. Semangat yang tidak berputus asa. Semangat perpaduan Melayu. Semangat ukhwah Islam. Penulis berdoa BN akan menang di kawasan Changkat Jong, BN menang di Perak dan seterusnya BN menang di Malaysia. Amin..
Semangat UMNO masih wujud di Malaysia

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

26 April, 2013

Kakitangan kerajaan nak ke undi parti macam ni?

Bukan main lagi Lateefa Koya (Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat) serang kakitangan kerajaan. Siap sedia awal-awal lagi dengan juru kamera untuk rakam video. Sengaja hendak malukan staf JPN bernama Encik Rizal yang dirakam berada di kaunter khidmat pelanggan. PKR dengan budaya samseng dengan berdemo dalam premis kerajaan. Biar semua orang tengok betapa dia dipandang hero di mata penyokongnya. Kalau tengok dari mula sampai akhir, Lateefa Koya ini asyik terlolong macam puaka memarahi Encik Rizal. Mudah sahaja hendak ajar mereka-mereka ini. Semua kakitangan kerajaan jangan beri satu undi pun pada Pakatan Rakyat. Belum dapat kuasa lagi sudah macam polong puaka jadinya!



Berikut beberapa respon pemberi komen dalam video youtube itu:

Mcm ni ke PKR nak perintah? Orang bukan warganegara dia nak suruh bagi borang buat ic? Jadi, kepada admin, kalau ada burung bawah tu, sila jawab lah yang ini ye?
1. Kes ni jadi dalam pukul 11.30 kot & selesai dalam 1.20, mana scene lain ye? Kenapa tunjuk 5 minit je?
2. Mana scene yang mamat jpn tu dah ajak bincang cara baik ye?
3. Mana scene yang orang-orang PKR tu guna loud speaker dan rentang banner/kain rentang dalam premis kerajaan ye?

Mcm orang nak buat loan lah, layak loan motor, tapi nak mintak borang loan rumah, bank nak bagi ke? Masa Koya ni datang dalam pejabat tu, siap diorang pakai loud speaker dan rentang banner/kain rentang tulis apa ntah. Polis pun datang juga yang pakai uniform dalam 4 orang untuk tenangkan keadaan. Mcm ni ke PKR nak perintah? Tak puas hati sekarang dalam pejabat kerajaan pun buat demonstarasi?

La, ada orang komen lagi? PKR punya orang banyak merapu lah kat sini.
Meh lah aku ringkaskan cerita. Kejadian ni pada 22.03.13. Lathefa Koya, Surendran dan beberapa pengikut PKR masuk ke dalam premis JPN tu kecoh-kecoh bersama dalam 30-40 orang berstatus bukan warganegara. Mamat budak jpn tu dah ajak bincang dah dalam bilik, Koya yang taknak. Dia nak borang buat ic untuk orang yang dia bawak tu. Agak2 lah, orang bukan warganegara ko nak suruh bagi borang buat ic, apa kes?

ANALISA KEMPEN PRU13 DILEMBAH KLANG

dari pandangan masyarakat marhaen
 
Penulis telah membuat beberapa tinjauan dibeberapa kawasan di sekitar lembah klang. Beberapa perkara telah menarik perhatian penulis sepanjang tinjauan dilakukan.
  • Shah Alam – kurangnya bendera-bendera parti politik dari kedua-dua belah pihak. Ia tidak semeriah tempat lain. Pada pendapat penulis ini mungkin disebabkan oleh calon BN (zulkifili nordin) tidak mendapat sokongan penuh dari UMNO bahagian. UMNO bahagian telah meminta calon dari kalangan penduduk Shah Alam, tetapi tidak diberikan oleh BN pusat. Ini mungkin menyebabkan mereka kurang memberi sokongan dalam berkempen. Bagaimanapun Melayu muda ramai yang menyokong Zulkifli Nordin.  Di pihak PR juga, tidak dapat sokongan dari jentera parti tempatan. Mungkin melayu dan ahli PAS shah Alam sudah tidak menyokong Khalid Samad yang banyak membuat kenyataan yang merugikan islam (cth: kalimah Allah, isu gereja). Hanya golongan bukan islam yg ramai menyokong Khalid samad. Tetapi dengan jumlah pengundi melayu melebihi 60%, melayu yang menentukan kemenangan di Shah Alam. Nampaknya kemenenangan calon di Shah alam akan ditentukan oleh pengundi atas pagar. 
  • Petaling Jaya Selatan – kawasan ini penuh dengan pondok-pondok panas BN. hanya sedikit sahaja pondok panas milik PKR dan PAS. Sekali pandang kawasan ini sah menjadi milik BN dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan terhadap BN. Ceramah dari PR juga dilakukan dicelah-celah bendera BN sehinggakan penulis menyangkakan itu adalah ceramah BN. sungguh hebat semangat yang ditunjukkan oleh jentera BN dan penduduk stempat. Tahniah saya ucapkan.
  • Petaling Jaya Utara- ini adalah kubu kuat DAP, calon dari BN adalah dari MCA. Menurut jentera BN, pengundi cina tempatan telah menunjukkan penerimaan kepada calon MCA ini. Penerimaan penyokong DAP kepada calon BN ini adalah disebabkan calon DAP yang menang sebelum ini, tidak menjalankan tanggungjawabnya. Penduduk sudah bosan dan marah dengan sikap calon DAP itu, dan mereka mungkin akan membuat undi protest dengan memberi undi kepada BN. Selain dari undi protest, penduduk juga lebih menyakini manisfesto BN berbanding manifesto PR. BN mempunyai peluang untuk mendapat kemenangan disini.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat, keyakinan penulis untuk BN menang dalam PRU13 ini semakin meningkat. Ia adalah kerana BN mempunyai jentera yang kuat bekerja, MP/DUN dari PR yang tidak menjalankan tanggungjawab sebelum ini dan juga manifesto yang meyakinkan. Ini adalah factor-faktor kemenangan BN.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

25 April, 2013

Putrajaya Oh Putrajaya....

          Ini adalah luahan rasa seorang sahabat saya yang tinggal di Putrajaya. Beliau menelefon saya dan memaklumkan bahawa ada puak yang tidak diundang & semestinya tidak disukai sedang menabur janji kosong di kuarters Putrajaya tempat beliau tinggal. Saya bertanya, "Puak mana pulak tu?". Beliau menjawab dengan nada geram, "Pas la, puak mana lagi" Apa yang beliau kesalkan adalah sikap segelintir penduduk di kuarters tersebut yang sanggup mengikut telunjuk Pas yang semua sedia maklum, datang hanya dengan satu tujuan, merebut Putrajaya yang sebelum ini Pas dan konco-konconya labelkan sebagai contoh pembaziran oleh Barisan Nasional. Saya menjadi tertarik untuk mendapatkan penjelasan sahabat saya dengan lebih lanjut. Jadi saya terus bertolak ke Putrajaya untuk bertemu beliau di kedai mamak. Setelah beberapa ketika, beliau pun memulakan bicaranya. Beliau meminta saya menulis kata-kata berikut:

       "Cabaran ini aku tujukan kepada semua penduduk di kuarters ini yang bekerja dengan Barisan Nasional tetapi menyokong Pakatan, kalau betul kau anak jantan, aku cabar kau kibarkan bendera Pas di balkoni rumah kau, jangan jadi hipokrit la, pagi bekerja dengan Barisan Nasional, malam bekerja dengan Pas, berani kerana benar la, takut kerana salah. Segala kemudahan & bantuan yang Barisan Nasional berikan, kau ambil tanpa segan silu, kau tak rasa malu ke? Pada aku, kau adalah contoh terbaik orang yang bersifat hipokrit, depan majikan puji melambung, belakang majikan bersekongkol dengan puak yang nak rosakkan masa depan anak cucu kau. Kalau kau tak faham maksud hipokrit, mungkin kau faham perkataan munafik, samalah maknanya tu. Dulu Pas tuduh pembinaan Putrajaya adalah membazir, sekarang kenapa pulak nak sibuk rampas Putrajaya? Pas memang gemar jilat ludah sendiri, kan? Jadi sekali lagi aku cabar kau, kibarkan bendera Pas di balkoni rumah kau kalau betul kau di pihak yang benar & bukannya munafik."

      Sebelum meninggalkan Putrajaya, saya singgah sebentar di Perbadanan Putrajaya untuk menikmati keindahan Putrajaya di waktu malam. Baru saya faham kenapa Pas beriya-iya mahukan Putrajaya. Putrajaya adalah sebuah bukti nyata kejayaan pentadbiran Barisan Nasional di Malaysia khususnya & dunia amnya. Pas hanya melihat Putrajaya sebagai medan untuk membalas dendam terhadap Barisan Nasional. Alangkah ruginya jika ada penduduk dari Putrajaya sendiri sanggup bersekongkol dengan Pas untuk meruntuhkan Putrajaya yang selama ini tersergam indah sebagai simbol kejayaan Malaysia yang kita cintai.


24 April, 2013

CALON KOMUNIS DAN PENJUAL DADAH DALAM PAKATAN RAKYAT



dari pandangan masyarakat marhaen
 
Beberapa hari lalu, Presiden Pas (Hadi Awang) telah memberitahu mengapa PAS bertanding dibeberapa kawasan menentang PKR. Antara sebabnya ialah terdapat calon yang dicalonkan oleh PKR adalah dari kalangan mereka yang mengagungkan komunis dan mereka yang menjual pil kuda (dadah). Di Johor PAS terpaksa menunggu hingga saat akhir sebelum memberikan borang mencalonkan ahli mereka, namun selepas borang diberikan calon PKR muncul dan menyerahkan borang pencalonan.

Sebagai sebuah pakatan yang mahu memerintah Malaysia, adakah sesuatu yang wajar menjadikan calon yang mendukong fahaman komunis sebagai calon? Adakah wajar menjadikan penjuala pil kuda sebagai calon? Dimanakah letaknya rasa tanggungjawab mereka terhadap Negara dan rakyat mereka wakili? 

Dari segi pemilihan kenapa tiada kesepakatan sehingga saat akhir baru nak lihat calon parti kawan bertanding atau tidak. 

Pilihan raya bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Cara PR mencari calon memang tidak bertanggungjawab. Bagaimana kita boleh membiarkan PR memerintah Malaysia, kalau begini komitmen mereka terhadap pilihanraya.



(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)