28 Mei, 2013

PARTI & NGO KAUM CINA YANG MENOLAK PEMBENTUKAN PARTI TUNGGAL KERANA SEMANGAT KIASU



pandangan orang melayu
Hari ini penulis membaca tentang cadangan daripada pemangku presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mencadangkan UMNO menggerakkan usaha menjadikan BN sebagai parti tunggal (http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130527/po_01/Parti-tunggal-perlu-diperhalusi). Dengan alasan UMNO merupakan parti tunjang dalam BN. Penulis amat tidak bersetuju sekiranya UMNO itu dibubarkan dan diserap kedalam BN sebagai parti tunggal. Isu penting yang dilihat mengapa perlunya parti tunggal ini, ialah membentuk parti yang tidak berasaskan kaum supaya dapat menyatukan semua kaum di Malaysia. Tetapi mengapa harus UMNO yang memulakan langkah awal ini?? Tidakkah kita sedar selama ini NGO kaum cina dan parti politik cina yang paling kuat kiasunya sehingga menimbulkan kesulitan untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sepatutnya kaum cina yang perlu membuka hatinya untuk menerima kaum lain dalam masyarakat mereka. Mengapa masih mengharapkan parti Melayu?

Kita lihat sahaja betapa NGO yang memperjuangkan pendidikan cina. Mereka mahu kaum cina diajar dalam bahasa cina. Mahu guru dari kaum cina. Tidak menggalakkan anak masyarakat cina bersekolah disekolah kebangsaan atas alasan bahasa. Sudah generasi ke-empat pelajar masyarakat cina di Malaysia ini masih ada masalah bahasa?? Semasa cadangan sekolah wawasan (SJK (C), SJK(T) dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan), siapa yang paling kuat menentang kalau bukan NGO kaum cina. Ini semua memperlihatkan betapa NGO cina ini begitu kuat sikap kecinaannya dan tidak mahu bergabung dengan kaum lain. Begitu kuat sikap kiasu mereka. Mereka yang perlu berubah, bukan melayu. 

Dalam politik, kita lihat betapa kuatnya sikap kiasu dan semangat perkauman orang cina. Mereka sanggup menyokong DAP hanya kerana DAP berkempen menolak ketuanan melayu (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/guan-eng-ulangi-dap-tolak-ketuanan.html). Mereka tidak mahu berkongsi kuasa seperti dalam BN. Mereka mahu menguasai kerajaan. Mengapa tidak mahu berkongsi? Rasanya hampir semua tuntutan mereka dah di beri oleh kerajaan. Tapi disebabkan sikap kiasu mereka menolak perkongsian kuasa. PRU13 menjadi saksi terhadap betapa kiasunya mereka demi menangguk di air yang keruh.

Dalam perniagaan, lihat betapa semangat kecinaan ini membenam peniaga-peniaga melayu. Pemborong-pemborong cina memberikan harga yang lebih mahal kepada peniaga melayu, tetapi dengan peniaga cina dengan harga yang murah. Kenapa tidak mahu bersikap sama rata dalam hal seperti ini, seperti yang dilaungkan oleh DAP “kesamarataan”. Siapakah ahli politik cina yang pernah memperjuangkan untuk menghentikan sikap double standard pemborong cina ini? Tiada. Mereka mahu meneruskan seperti itu kerana ia memberi kelebihan kepada kaum mereka. Mengapa mahu bercakap tentang kesamarataan sedangkan kaum cina sendiri tidak pernah mengguna pakai konsep kesamarataan dalam hidup mereka.

Pemangku presiden gerakan mahu UMNO dibubarkan sedangkan membiarkan DAP terus berkuasa sebagai parti kaum cina. Jaminan apakah yang mampu diberikan sekiranya BN menjadi parti tunggal masyarkat cina akan kembali sokong BN? sedangkan dalam PRU13 kita dapat lihat undi kaum cina “swing” hampir 100% kerana semangat kiasu. Selama ini pun kaum cina memberi undi kepada BN bukan kerana suka BN, tetapi kerana ada parti cina dalam BN yang boleh menjaga kaum cina. Kenapa tidak berikan cadangan semua parti kaum cina dibubarkan dan masuk kepada parti melayu. PAS sudah merintis jalan menerima orang bukan islam/melayu kedalam PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kenapa tidak mahu memberi cadangan DAP dibubarkan dan masuk PAS atau PKR untuk memperlihat mereka bukan rasis. Kenapa mahu UMNO dibubarkan? UMNO yang didukung oleh sebahagian besar umat melayu itu dicadangkan pembubarannya. Seolah-olah tidak mahu melihat melayu itu bersatu, biar cina sahaja yang bersatu.

Hujah penulis diatas bukan untuk menyemai sikap benci kaum cina, tetapi untuk menunjukkan kaum ini perlu membuktikan keikhlasan mereka sebagai rakyat Malaysia. Mereka yang paling banyak menentang usaha merintis jalan pembentukan bangsa Malaysia. Bukalah pintu hati itu, terima kaum lain dalam masyarakat kerana keikhlasan, bukan kerana keuntungan yang bakal diraih. Kalau perpaduan itu diwujukkan hanya kerana keuntungan sahaja, kalau tidak ada keuntungan tidak mahu perpaduan, itu tidak ikhlas namanya. Mereka yang patut berubah. Melayu sudah banyak bekorban demi keikhlasan, kini tiba giliran mereka pula untuk berkorban demi menunjukkan keikhlasan. Tunjukkanlah…

26 Mei, 2013

HANYA MELAYU TOLONG MELAYU



pandangan kaum melayu
Sejak kemerdekaan Tanah melayu sehingga tertubuhnya Malaysia, dan kini menghampiri wawasan 2020. Kaum melayu telah menghadapi pelbagai dugaan. Biarpun majority rakyat Malaysia ini ialah kaum melayu, tetapi dari segi kekuatan banyak perkara melayu masih terkebelakang.  Dari segi politik, walaupun melayu menjadi dominan dalam kerajaan Malaysia tetapi melayu tidak kuat kerana melayu tidak bersatu. Sebelum PRU13, melayu banyak beralah kepada kaum cina kerana mahu menagih undi dari kaum tersebut (akhirnya dikhianati). Dalam ekonomi, nak mendapatkan penguasaan ekonomi sebanyak 30% pun tidak tercapai sampai sekarang (antara sebab ialah monopoli dan kekangan dari kaum yang monopoli perniagaan di Malaysia). Dari segi pelajaran, ada kemajuan tetapi masih dibelakang. Dari segi memperkasakan bahasa melayu pun melayu tidak berjaya. Begitu banyak kekurangan melayu, siapa agaknya yang mahu menolong melayu?

Dari segi politik, adakah melayu boleh mengharap parti kaum cina terutama DAP mendukung aspirasi melayu?. Antara aspirasi melayu dalam menjaga kuasa ialah raja-raja melayu. Lihat sahaja pemimpin DAP yang memboikot proses angkat sumpah di Perak. Lihat bagaimana cemuhan yang dibuat oleh DAP kepada calon MCA yang menerima jawatan exco di Johor. DAP mencemuh bahawa MCA tunduk kepada sultan. Sudah terang lagi bersuluh, DAP tidak akan tunduk kepada sultan. Karpal Singh pernah berkata Malaysia tidak mengamalkan system feudal (system raja). Dari ucapan-ucapan yang mereka buat dalam kempen pilihanraya, DAP tidak menjunjung falsafah kedua dalam perlembagaan “KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA”. Dan siapa yang menyokong DAP walaupun teruk macam ini. Mujur ada UMNO yang mempertahankan kedaulatan Raja-raja melayu. Siapa yang mendukung UMNO? Siapa yang menyokong UMNO? Siapa lagi kalau bukan melayu. Hanya melayu yang akan tolong melayu dalam politik.



Wasiat Melayu yang harus dipertahankan
Dalam ekonomi, siapa yang boleh sangkal kenyataan bahawa kaum cina mendominasi ekonomi Malaysia dan dalam beberapa sector menjadi monopoli. Dalam sector pemborongan, siapa yang memainkan dua skim harga? Kalau melayu datang beli bagi dengan harga lebih mahal, kalau kaum cina beli jual dengan lebih murah. Kalau melayu mahu menggunakan system “consignment” (letak dulu, kalau terjual baru dibayar) tidak dibenarkan, kalau peniaga cina dibenarkan. Melayu tidak dapat pembelian secara hutang (bayar selepas 3 bulan), tetapi cina diberi. Tetapi kalau melayu jadi pemborong, pemilik kedai tidak mendapat masalah seperti ini. Contoh KR1M (kedai rakyat 1 malaysia) dan pemborongnya  Maidin, kedai Coop1malaysia, ataupun pemborong melayu lainnya. Melayu tidak akan di susahkan dalam berurusan.Ini kekakangan dari pemborong cina kepada melayu. Macam mana melayu nak bersaing dengan kaum cina?, kalau diperbesarkan hal ini persatuan cina akan melalak menyatakan melayu tidak pandai berniaga. Itu belum lagi melihat bagaimana system “double standard” yang dibuat oleh majikan cina kepada kaum melayu. Dari segi gaji, jawatan, skop kerja dan peluang naik pangkat semuanya double standard dan lebih menyusahkan orang melayu. Kalau majikan melayu, peluang melayu naik pangkat adalah luas. Skim gaji, skop kerja dan sebagainya semuanya terbuka luas tanpa double standard. Lihatlah dalam ekonomi juga, yang tolong melayu hanyalah melayu. Seburuk-buruk melayu yang berniaga ini (kata orang yg selalu perlekehkan melayu), inilah orangnya yang menolong melayu. Nak harapkan kaum lain? Jangan haraplah. Raja gula pun x tolong melayu masa kenaikan harga gula dipasaran.

Dari segi pelajaran, memang diakui bahawa anak cina lebih pandai dari melayu. Bila kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk membuat sekolah wawasan dengan tujuan pepaduan antara kaum dan juga untuk menyebarkan cara belajar anak kaum cina kepada kaum melayu, supaya kejayaan itu dinikmati bersama. Itupun ditentang oleh NGO pendidikan kaum cina dengan pelbagai alasan. Nak berkongsi tempat belajar pun mereka tidak mahu. Bertitik tolak dari situ timbulah berbagai-bagai cara untuk memperkasakan sekolah kebangsaan (yang ramai kaum melayu belajar). Demi kejayaan kaum melayu. Ini juga inisiatif orang melayu untuk orang melayu. Kaum lain?? Ada nak  tolong melayu? macam tidak ada.

Memperkasakan bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu. Semua rakyat Malaysia wajib tahu bertutur dalam bahasa melayu. Tetapi kenapa sehingga sekarang masih ramai kaum cina masih mempunyai masalah dalam bertutur dalam bahasa melayu? Masalah bahasa melayu dalam pembelajaran disekolah dijadikan alasan oleh NGO kaum cina untuk membuka lebih banyak SJK (C). rata-rata mereka sudah pun menjangkau generasi ke-3 dan ke-4 sebagai rakyat Malaysia. Masih mempunyai masalah bahasa?? Disini kita dapat lihat yang memperkasakan bahasa melayu adalah melayu sahaja. Kaum lain kalau boleh tidak mahu menggunakan bahasa melayu. Yang sudah terpelajar lebih gemar menggunakan bahasa inggeris (mudah pula belajar bahasa inggeris). Mengapa mereka tidak mahu belajar bahasa Malaysia seperti mana mereka belajar bahasa inggeris. Kalau mereka buat begitu sudah pastinya mereka juga boleh dapat menguasai bahasa Malaysia seperti mana mereka kuasai bahasa inggeris. Tanpa melayu tiada lagi kaum yang mahu memperkasakan bahasa Malaysia.

Penulis bukan mahu menghasut kaum melayu membenci kaum lain di Malaysia. Semua hujah diatas, penulis berikan adalah kerana untuk menunjukkan tanpa perjuangan kaum melayu untuk kaum melayu, apa sahaja milik melayu akan hilang. Kuasa, ekonomi, pelajaran, bahasa, dan banyak lagi akan hilang. Melayu kena sedar, jika melayu tidak berjuang dan mempertahankan hak-hak melayu itu ia akan hilang. Jangan sangka kita majority di Malaysia semua itu akan terjaga. PRU13 telah memberi gambaran yang melayu juga akan hilang kuasa walaupun kita majority. Ayuh melayu berjuanglah untuk tolong melayu. Suburkan slogan-slogan melayu tolong melayu, buy malay first, perpaduan melayu dan sebagainya. Kita tolong melayu bukan untuk boikot perniagaan kaum lain, tetapi untuk meningkatkan ekonomi melayu. Kita bersatu dalam politik bukan untuk menidakkan hak kaum lain, tetapi untk menjaga hak melayu. Sesungguhnya di Malaysia ini, HANYA MELAYU YANG TOLONG MELAYU. Masyarakat melayu.. ingatlah.. kekentalan, survival, dan kejayaan kaum melayu ternyata terletak ditangan kaum melayu. Perjuangan belum selesai...

24 Mei, 2013

PR semai kebencian sistem "negara Melayu". Apakah itu tidak rasis?



"Sistem negara yang dikuasai Melayu

Ketika mengulas pandangan yang diutaraka Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina) berkata, "legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu" merupakan "persoalan struktur" yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.

Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem "negara Melayu", di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu."

SUMBER: "Bolehkah PR bentuk kerajaan tanpa sokongan majoriti Melayu?", Merdeka Review, 21 Oktober 2009.


Apakah kenyataan yang dikeluarkan di atas tidak dilabel sebagai rasis?

Apakah tsunami Cina yang berlaku pada PRU13 yang lepas disebabkan persepsi negatif dan kebencian yang disemai terhadap "sistem negara yang dikuasai Melayu" seperti dipersoal dalam petikan di atas?

Cukup-cukuplah mempersoal. Belajarlah menerima!

22 Mei, 2013

Kewujudan KR1M bikin peniaga pensimpati DAP jadi gila

1. Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) merupakan satu langkah bijak untuk meringankan beban hidup rakyat miskin, berpendapatan rendah dan sederhana.

2. Sebelum KR1M dicetus dan dilaksana, pengguna terutamanya rakyat miskin terhimpit dengan kenaikan harga barangan yang dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga pensimpati DAP.

3. Pantang ada peluang, peniaga ini akan menaikkan harga tanpa mengira kesusahan rakyat. Apa yang penting bagi mereka ialah keuntungan mesti berlipat kali ganda. Susah payah orang miskin apa mahu dikesahkan. Janji mereka makin mewah dan makin kukuh di sector ekonomi.

4. Kerajaan pula tidak dapat mengawal sepenuhnya turun naik harga kerana sifat ekonomi bebas yang diamalkan. Kerajaan hanya boleh kawal harga bagi barangan asas. Itu pun kadang kala dilanggar semacam saja oleh peniaga ini. Tidak ada kasihan punya. Tidak pula kita sangka sebegitu buruk sekali peniaga ini punya kelakuan. Tamak haloba.


5. Tinjauan saya sejak KR1M diperkenal ialah harga barangan jauh lebih murah berbanding harga yang ditawar golongan peniaga yang ambil untung cekik darah. Bak kata orang peniaga yang rata-rata pensimpati DAP ini ambil untung sampai harga tahap potong leher punya.

6. Contoh harga yang dinaikkan ialah harga gula. Di pasaraya pensimpati DAP dinaikkan harga sehingga RM2.95 sedangkan di KR1M harga masih kekal RM2.50. Ada orang kata peniaga yang terdiri dari pensimpati DAP ini sengaja menaikkan harga untuk bagi rakyat marah pada kerajaan. Dalam masa yang sama dia kaut untung sampai perut buncit.

7. Tepung gandum yang dikeluarkan oleh pensimpati DAP dijual jauh lebih mahal bagi sekilogram berbanding hanya RM1.35 di KR1M. Tepung gandum di KR1M lebih enak rasanya. Tidak percaya, cuba buat cucur kodok. Saya guna tepung gandum ini sejak mula lagi KR1M perkenalkan.

8. Minyak masak 5 kg yang berlogo 1Malaysia di KR1M baru RM13.35. Cuba bandingkan dengan harga peniaga pensimpati DAP. Harga sudah macam ala ala Serbia. Serbia dan peniaga pensimpati DAP ini lebih kurang sama sahaja. Tidak ada bezanya!

9. KR1M bagi pandangan saya adalah satu langkah bijak oleh kerajaan. Sebab apa? Cuba kita kaji-kaji sikit dengan 4 sebab yang saya hendak tulis di bawah ini:

10. Pertama, KR1M ringankan masalah beban hidup orang miskin dari sudut pembelian barangan keperluan harian. Harga lebih murah di KR1M jadi dapat jimatkan perbelanjaan dan ada lebihan untuk disimpan atau belanja sekolah anak-anak.

11. Kedua, KR1M sudah jadi macam satu kedai penanda aras bagi harga keperluan barangan harian. Peniaga pensimpati DAP cukup gila memikirkan perkara ini. Apa tidaknya. Pensimpati DAP sudah tidak boleh hendak naikkan harga sesuka hati mereka. Tidak ada lagi keuntungan sampai buncit perut. Itu buat dia jadi gila.

12. Ketiga, KR1M menyediakan peluang kerja pada anak muda kita. Ada yang jadi juruwang dengan senyuman manis sentiasa. Ada yang jadi penyusun barangan dengan rajinnya. Ada yang bersihkan kedai tanpa jemu. Pokoknya, KR1M jana peluang kerja kepada anak bangsa. Kalau banyak KR1M dibuka, banyaklah anak muda kita dapat kerja. Banyaklah yang rasa jasa kerajaan membela rakyat.

13. Keempat, KR1M ini sudah jadi macam tempat untuk usahawan IKS Bumiputera pasarkan produk dan barangan mereka. Barangan mereka ada kualiti tapi tidak ada peluang untuk diletak di rak-rak di pasaraya pensimpati DAP sebab sikap rasis pensimpati ini. Produk Bumiputera dikenakan pelbagai syarat-syarat pelik semata-mata untuk membolehkan produk mereka diletak di rak jualan. Syarat-syarat pelik yang sengaja diadakan untuk menyusahkan dan melemahkan usahawan kita.

14. Tulis panjang-panjang pun tidak guna. Senang cakap, jom sama-sama kita sokong KR1M.

15. Kasi boikot itu peniaga pensimpati DAP! Duit kita bukan duit DAP. Hak kita untuk pilih di mana kita hendak beli kan? Rasis ke? ADA AKU KISAH?!

20 Mei, 2013

Hak Rakyat Merdeka: Hak Mengundi & Hak Membeli!

1. Kita akur dengan keputusan PRU13. Setinggi 90% kaum Cina membuat keputusan mengundi DAP. Itu sudah jadi sejarah. Sejarah yang perlu diteliti oleh semua rakyat. Lebih-lebih lagi orang Melayu dan Bumiputera.

2. Kaum Cina telah melaksanakan hak sah mereka sebagai rakyat Malaysia iaitu hak mengundi untuk mencorak halatuju politik tanahair.

3. Bagi kaum Melayu dan Bumiputera pula kita kena ambil tahu juga bahawa kita juga ada hak yang sah sebagai rakyat merdeka untuk tentukan halatuju ekonomi kaum Melayu dan Bumiputera. Kita pun mahu kaum Bumiputera duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum Cina dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

4. Jika 90% kaum Cina boleh bersatu dalam melaksanakan hak mengundi pada PRU13, apakah kaum Melayu dan Bumiputera tidak boleh bersatu dalam melaksanakan hak sah sebagai pengguna dan rakyat Malaysia iaitu hak membeli?

5. Mari sama-sama gunakan hak membeli untuk tingkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera! Sokonglah sebarang kegiatan ekonomi kaum Melayu dan Bumiputera!

Nota: Saya sudah lama menjadi ahli PPIM dan sekian lamanya melaksanakan hak membeli saya dengan menyokong produk Melayu dan Bumiputera.

19 Mei, 2013

TERBONGKAR! PERISIKAN ISRAEL YAKIN PAKATAN RAKYAT MENANG BESAR PRU13!


 
SUMBER PERISIKAN ISRAEL IAITU MOSSAD YAKIN PAKATAN RAKYAT MENANG BESAR DALAM PRU13 YANG LEPAS!
 
PATUTLAH DARI PEMIMPIN SAMPAILAH KE MACAI PAKATAN SEMUA MEROYAN SAKAN TAK MAHU TERIMA KEKALAHAN!
 
KITA SAKSIKAN VIDEO YANG DIBONGKAR INI!
 
TO PAKATAN SUPPORTERS!
 
ENJOY THIS YOUTUBE CLIP!
 
CHILL & SMILE!
 
INI KALI LAH!
 
KAH KAH KAH!

18 Mei, 2013

PENYATUAN UMMAH DIANGGAP RASIS OLEH DAP??.. ADAKAH UMAT ISLAM TIDAK BOLEH BERSATU?



 pandangan orang melayu
Sumpah Melayu

Dalam surat khabar Utusan melayu pada 17/5/2013, penulis telah terbaca berita tentang Setiausaha Agung Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Shukri Ishak, telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana laporan yang telah dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Pengerusi DAP itu telah membuat dakwaan rasis dalam program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' pada Ahad lalu.

Penulis agak marah juga dengan sikap DAP sekarang ini. Apa sahaja yang masyarakat melayu buat kearah perpaduan  mereka akan tentang. Sehinggakan perpaduan yang mahu dibuat atas nama islam juga mahu ditentang mereka?. Perpaduan ummah itu adalah salah satu dalam ajaran islam. Adakah DAP mahu menentang ajaran islam ini atas dasar kesamarataan itu? DAP berselindung disebalik tuduhan RASIS untuk menafikan hak-hak orang melayu/islam yang mahu bersatu. Serulah melayu untuk bersatu, serulah melayu tolong melayu dalam ekonomi, serulah melayu/islam untuk mempertahankan hak yang telah termaktub dalam perlembagaan. DAP akan tuduh mereka ini rasis. Sebenarnya DAP buat begitu kerana takut melayu/islam itu bersatu. PRU13, Kaum cina yang mewakili 30%++  dari penduduk Malaysia itu bersatu, memberi impak yang ketara dalam politik Malaysia. Bayangkan kaum melayu/islam yang mewakili 60% dalam penduduk Malaysia ini bersatu pula, betapa kuatnya pengaruh melayu jika ini menjadi  kenyataan. 

Bayangkan kekuatan perpaduan melayu/islam itu jika diterjemahkan dalam ekonomi yang menjunjung slogan melayu tolong melayu, utamakan beli dikedai melayu, utamakan beli dikedai islam dan sebagainya yang mendahulukan melayu/islam. Ekonomi melayu/islam akan berkembang pesat. Bayangkan pula kekuatan melayu dalam politik dengan sokongan 60% melayu/islam. Sudah pasti melayu akan melenyapkan impian DAP dan penyokongnya mahu memerintah Malaysia. Ini yang DAP takutkan.

RASIS adalah satu tuduhan yang ingin menakut-nakutkan orang melayu/islam untuk mencapai kekuatan maksimum. Tuduhan RASIS kepada melayu/islam adalah taktik politik DAP dan PKR. Jangan ummat melayu/islam ini takut dengan tuduhan itu. Agak menyedihkan bilamana ada masyarakat melayu yang menjadi takut dituduh rasis. Dan akhirnya menolak perpaduan sesama sendiri, menolak mahu menolong sesama sendiri.

Melayu/islam ini bersatu bukan untuk menghalau kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk memerangi kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk menindas kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk memboikot perniagaan kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk merampas hak kaum lain. Kenapa DAP harus takut dengan perpaduan melayu/islam??

Melayu/islam ini bersatu untuk menjaga agama Islam. Melayu/islam ini bersatu untuk menjaga hak melayu. Melayu/islam ini bersatu untuk meningkatkan ekonomi sesama melayu. 

Selama lima dekad Malaysia merdeka, pernahkah kita mendengar parti politik cina mempertahankan islam? Mempertahankan hak melayu? Mempertahankan Bahasa kebangsaan (bahasa melayu)? Mempertahankan Raja-raja melayu? Mempertahankan ekonomi melayu?. Sepanjang pengetahuan penulis TIDAK PERNAH!!

Hanya melayu yang tolong melayu. Majority ummat islam mempertahankan islam di Malaysia ini adalah melayu. Bersatulah wahai kaum melayu. Bersatulah wahai ummat islam. Ingatlah, Melayu bukan RASIS kerana bersatu.


Rujukan:
 http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130517/je_06/Dakwaan-rasis-Penganjur-wacana-dipanggil-beri-keterangan