14 Jun, 2012

Pandangan pengundi tentang isu pendaftaran partai Pakatan Rakyat

-
 Penulis tertarik dengan beberapa pendapat dalam artikel bertajuk "Pakatan Rakyat: Pakat Tetapi Tidak Terikat" yang diberikan oleh pembaca blog The Scribe A Kadir Jasin. Berikut penulis perturunkan beberapa komen yang penulis fikir menarik untuk kita semua memahami kenapa DAP-PKR-Pas suka bermain tarik tali dalam isu pendaftaran Pakatan Rakyat. Pendapat asal boleh dibaca di blog Dato' A Kadir Jasin di SINI.


Pendapat 1: Leman Tapai

Ubi rebus yang tidak empuk - satu kiasan yang tepat dan sesuai dengan orangnya.

Pakat tetapi tidak terikat - dalam rumah tangga bila suami dan isteri tidur berasing bilik, susah tu.

Sebab waktu ini sajalah segala masalah harian keluarga boleh di bincang tanpa perlu di tunjuk di hadapan anak anak.

jika setakat tergigit lidah itu, perkara biasa sebagai suami isteri.

Pendapat 2: Anak Tanah Rancangan

As salam Dato' dan semua,

Saya ingin memberikan pandangan sebagai seorang pengundi atas pagar yang mengundi PAS dan PKR di PRU12 yang lalu.

Pertamanya saya memberikan undi saya kepada PAS (tidak wujud lagi istilah Pakatan Rakyat seperti mana kini) kerana tidak senang dengan corak pentadbiran PM sebelum Dato' Najib.

Keduanya, saya mengundi PAS bukan sebab dia (Pas) bergabung dengan DAP dan PKR. Masa itu tidak pun digemburkan berkenaan pakatan ini. Tidak wujud pun nama Pakatan Rakyat sebelum PRU12. Pakatan Rakyat hanya dimomok selepas kejayaan luar biasa PKR-DAP-PAS semasa PRU12.

Ramai pengundi atas pagar macam saya yang mengundi PAS ketika PRU12 adalah kerana yakin kononnya PAS boleh berjuang bersendirian tanpa perlu berkawan dengan DAP yang begitu lantang menentang perjuangan PAS.

Saya mengundi PKR bukanlah sepenuh hati sebaliknya kerana tidak suka kepada mantan PM sebelum Najib. Bukan undi PKR kerana perjuangannya.

Setelah PAS mendapat kemenangan yang agak besar, saya lihat PAS tersalah membaca sokongan rakyat yang diperolehinya. Pas beranggapan bahawa sokongan yang diperolehi adalah sebab kesepakatannya dengan PKR dan DAP.

Hakikatnya, pengundi atas pagar, TIDAK mengundi atas sebab kononnya kesepakatan DAP, PKR dan PAS atas nama Pakatan Rakyat. Sebaliknya sokongan diberikan atas 2 sebab:

1. Tidak suka dengan corak pentadbiran BN semasa di bawah mantan PM sebelum Najib.

2. Percaya yang PAS akan jadi dominan menggantikan UMNO ketika itu. Bukan sebaliknya seperti yang berlaku kini yang mana PAS mengikut telunjuk DAP dan PKR sahaja.

PAS nampaknya dibuai mimpi kononnya rakyat terutamanya orang Melayu menyokong PAS kerana kesepakatan mereka membentuk Pakatan Rakyat. Sebaliknya itu tidak ada dalam kotak fikiran orang Melayu.

Sekian. Wallahualam.

Pendapat 3: Orang Kampung

Dato'

Pada pandangan sayalah parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak akan mengikat diri mereka dengan satu ikatan rasmi yakni yang menggunakan satu simbol untuk semua. Lebih lagilah dalam masa dekat-dekat dengan pilihan raya umum ini.

Simbol yang digunakan secara berasingan la ni sudah sebati dengan pengundi dan bakal pengundi.

Menukar simbol maknanya mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dan bakalpengundi.

Jadi apa yang penting sekarang ini ialah memperhebatkan kempen perang saraf serta propaganda agar simbol yang sedia ada itu sentiasa melekat kuat di dalam minda orang ramai.

Dengan itu mudahlah diterjemahkan ingatan itu di petak undi bila sampai waktunya.

Melainkan apabila mereka sudah berkuasa dan telah dapat memperkukuhkan kedudukan.

Waktu itu mungkin sesuai barangkali untuk disatukan simbol atau dirasmikan ikatannya. Wallahu alam .

Pendapat 4: Abg Is

Assalamualaikum Dato'

Ada orang PAS tak suka PKR dan DAP tapi tetap pangkah PAS.

Kalu buat satu logo, takut orang-orang seperti ini akan rosakkan kertas undi. Rugikan PAS.

Kalu serius nak berpakat, amat molek atas satu nama..baru kukuh. Jangan jadi macam orang dulu-dulu, tolak pusaka pakai mulut sebab parcaya, akhirnya bila meninggal pusaka jatuh kepada orang yang berkuasa iaitu penerima amanah 'mulut'. Anak-anak arwah huru hara dan lintang pukang berebut yang sedikit.

Dewasa ini semakin tak sehaluan dan mereka cuba tunjuk mereka serasi.

Pendek kata dulu tidur satu katil, lain lain bantal dan mimpi, tapi sekarang tidur satu rumah, tapi lain-lain bilik, katil, bantal dan yang 'baru' sama hanya satu mimpi iaitu putrajaya.

Ada cerita pasal 'Nasi Besan' di blog sy. Mungkin Dato boleh panjangkan..

Wassalam.

Pendapat 5: Azhar

Salam dakj

dasar beza langit dengan bumi mana boleh bersatu.

kalau bersatu dia akan merosakkan satu sama lain.

ketika mereka menang PRU 2008 mereka adalah entiti lain lain.tiada pakatan rakyat sebelum sebelumnya.itu pasal negeri yang diperintah oleh tiga parti pakatan sangat kecoh.

kalau perintah malaysia entah dasar apa yang boleh semua orang setuju.tapi elok dijauhkan dari terjadi.musibah rasanya.

Pendapat 6: BenDol

Datuk,

1. Saya pun macam Anak Tanah Rancangan tapi saya bukan dari masyarakat Felda, saya dari masyarakat padi macam Datuk.

2. Saya dan ramai adik beradik beralih undi Pas pada tahun 2008 bukan sangat sokong Pas jauh sekali Pakatan Rakyat, tapi sebab menyampah dengan Pak Lah dan budak2 tingkat empat.

3. Negeri saya undi Pas, federal yang rosakkan undi sebab DAP bertading lawan MCA. Saya pun menyampah juga dengan MCA.

4. Bagi pilihan raya akan datang, saya tak akan undi Pas lagi sebab YB Pas bisu dalam DUN dan yang dia cakap hanyalah dia bantah bina panggung wayang di kawasan dia. DAP lagilah saya tak undi. Tapi Umno pun half past six juga.

5. Kalau saya undi Umno ialah kerana saya benci dengan PR, Ambiga&Samad Said, Bersih dan tunjuk perasaan. Itu saja. Bukan suka sangat dengan Umno, tapi dah naik meluat dengan Pas yang jadi hamba DAP, PkR dan Bersih.

Sebab kenapa DAP-PKR-Pas takut daftar bawah payung rasmi Pakatan Rakyat

-
Penulis tertarik dengan artikel terbaru Dato’ A Kadir Jasin di SINI berkenaan isu pendaftaran Pakatan Rakyat secara rasmi.

Pada pendapat penulis, Pakatan Rakyat tidak akan didaftarkan di bawah payung rasmi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Sebab pendaftarannya akan menyebabkan ramai pengundi setia dan pengundi atas pagar akan cabut lari. Dan pengundi atas pagar ini rata-ratanya ialah terdiri dari golongan pengundi muda.

Malahan, penulis sangat yakin akan ada pengundi setia mereka akan memboikot dengan cara tidak akan turun mengundi kalau  berada di bawah payung rasmi Pakatan Rakyat kerana perselisihan perjuangan yang ketara antara ketiga-tiga parti DAP-PKR-PAS.

Penulis pernah menulis dahulu dalam satu artikel di SINI dengan kata-kata berikut yang menggambarkan ketidakcekapan pakatan DAP-PKR-Pas ini dalam hal turun padang menyelesaikan masalah rakyat .

“Gesaan PM agar seluruh pemimpin BN turun padang dan menyelesaikan masalah dengan segera disambut dengan baik. Rata-rata pemimpin BN cukup rajin turun padang dan banyak masalah dapat diselesaikan dengan cukup berkesan. Berlawanan pula dengan sikap wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang yang baharu merasa memegang kuasa tetapi sudah ramai yang terkena sakit malas. Malasnya pakatan pembangkang ini sampai kini tidak terdaya hendak daftar nama "Pakatan Rakyat" itu sendiri.”

Cakap-cakap untuk mendaftarkan ketiga-tiga parti DAP-PKR-PAS di bawah nama Pakatan Rakyat sebenarnya hanya dibangkitkan sebagai alat psikologi untuk menaikkan semangat mereka yang benar-benar totok sahaja. Mereka-mereka yang percaya dengan temberang Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang terus-terusan ditipu sejak 4 tahun lepas lagi.

Kerana setakat ini pengundi atas pagar masih lagi mengambil pendirian bahawa mereka mengundi parti berdasarkan parti itu secara individual. Contohnya, pengundi yang percayakan pada perjuangan PAS seperti Hudud dan Negara Islam terutamanya pengundi orang Melayu akan mengundi PAS bukan sebab dia bersama DAP dan PKR. Tetapi sebab ianya PAS seperti mana PAS dilihat sebelum PRU12.

Kalau Pakatan Rakyat didaftar sudah tentu PAS tidak boleh lagi bercakap tentang produk yang mereka pasarkan selama ini seperti Negara Islam dan Hudud. Malahan PAS akan dilihat sebuah parti sekular secara rasmi akhirnya. Ini akan menyebabkan Pas akan hilang undi pengundi atas pagar yang rata-ratanya pengundi muda.

Malah sekarang ini pun PAS sudah bercelaru dengan pendirian pemimpin atasan dan pendokongnya sangat ketara berbeza. Lihat klip YouTube ini, di SINI.

Dengan membiarkan tidak ada satu ikatan yang sah (yakni dengan mendaftarkan Pakatan Rakyat) itu akan jelas membuatkan semua parti yang berada dalam pakatan itu berada dalam situasi yang bebas dan selesa. Bebas untuk bercakap apa sahaja ke atas pengundi sasaran mereka. Selesa dengan graf sokongan pengundi sasaran mereka.

DAP akan terus bebas bercakap dan mengkritik sebarang isu dan perkara yang dekat dengan Melayu untuk terus mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu semaksima mungkin seperti mana digaris oleh badan pemikir DAP -- Merdeka Review di SINI, iaitu mensasarkan sokongan Melayu di paras 40 % dan melonjak graf sokongan bukan Melayu semaksimum boleh melepasi 85 % untuk tujuan mengambil alih Malaysia.

Manakala PKR pula akan menjadi orang tengah yang akan bertindak selaku pendamai dan menunjukkan jalan tengah kepada PAS dan DAP. Malahan PKR akan berfungsi sebagai parti yang sangat liberal pendekatannya.

Pengundi spesis free thinker, murtad, gay dan lesbian (LGBT) semuanya sokong Pakatan (PKR) bukan sebab sokong imej Islam pada PAS, pengundi kaum Cina yang tamak kuasa pula walaupun dah kuasai ekonomi akan beri undi pada Pakatan (DAP) bukan sebab tertarik dengan Islam macam dakwa Pas sebab berapa ramai penyokong dan pemimpin DAP ucap kalimah syahadah? Jangan pula cakap sudah ramai bukan Islam yang masuk masjid pula sudahlah,  Melayu pula berpecah kerana ada yang anggap sokong Pakatan (PAS) baru Allah SWT terima amalannya.

Wujudnya keadaan ini menguntungkan pakatan pilihanraya. Mana yang suka LGBT akan sokong PKR. Mana yang kepalanya bersarang komunis akan pilih DAP. Mana yang tersalah anggap sehingga menyamakan  Pas itu Islam dan bukannya parti akan terus mengundi Pas. Satu keadaan yang sangat menguntungkan semua parti dalam pakatan pilihanraya DAP-PKR-Pas ini!

Inilah sebabnya kenapa DAP-PKR-Pas sehingga kini masih bermain tarik tali dan tidak mahu daftarkan secara rasmi nama Pakatan Rakyat itu. Pendaftaran nama Pakatan Rakyat akan lebih mendatangkan impak negatif kepada DAP-PKR-Pas pada PRU13 akan datang kerana satu kesepakatan bersama terpaksa diumumkan kalau benar-benar bersatu di bawah payung rasmi Pakatan Rakyat.

Rakyat sebenarnya tidak ada sebab mengapa perlu menolak kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib yang sentiasa mendengar suara rakyat. Dan sudah banyak usaha meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan BN. Program transformasi ekonomi juga telah memberikan kesan yang positif dengan peningkatan dalam statistik. Ini sudah terbukti.

Malahan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang diangkat oleh DAP atas tujuan untuk dipergunakan meraih sokongan Melayu akhirnya sedar dan menyatakan sokongannya terhadap perubahan dan transformasi yang dibuat oleh YAB PM.

Dan ingatan penulis kepada orang Melayu. Jangan sampai DAP berjaya memerintah dengan sokongan 40% Melayu ini sudahlah. Faham-fahamlah bagaimana keadaannya bila mana negara jatuh dengan sokongan undi Melayu 40% dan undi bukan Melayu semaksima 85%. Jangan menang sorak kampung tergadai sudahlah!
+

10 Jun, 2012

Hakikat Sebenar Perjuangan Politik PAS Pasca PRU-12

-
Pas terus-terusan menipu pengikutnya dan orang ramai. Di peringkat akar umbi dan penyokong atas pagar masih lagi melaungkan perjuangan mereka sebelum PRU-12 iaitu Hukum Hudud dan Negara Islam.

Tapi di peringkat kepimpinan atasan bertindak sebaliknya. Pemimpin di peringkat atasan sudah pun membakul sampahkan perjuangan itu.

"PKR dan PAS akhirnya bersetuju untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud, setelah mengambil kira bantahan keras daripada satu lagi parti komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP", menurut satu artikel laman Merdeka Review - sebuah think tank milik DAP. [KLIK SINI untuk rujuk artikel penuh].

Apa yang boleh penulis coretkan di sini ialah PAS pasca PRU-12 sangat kotor dan hina. PAS ganti UMNO? Lebih sesuai, DAP ganti PAS!

Klip video YouTube di bawah dapat menerangkan hakikat sebenar perjuangan PAS. PAS sungguh pandai menipu dan sesuka hati mempergunakan agama Islam demi survival politiknya. Tonton dan buat penilaian berdasarkan mata hati. Wallahualam.


+

09 Jun, 2012

SUARAM: Ingatkan Suara Rakyat Malaysia, Rupanya Suara Anak Haram PKR

-
Scorpene: SUARAM Didalangi PKR


SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam keselamatan negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan.

Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.

Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.

Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu dari berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. SUARAM sama sekali tidak bebas, tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa.

SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu.

Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.

Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia.

Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit. Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.

Semua ‘butir-butir’ kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau ‘air-liur’ SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.

Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai ‘makanan minda’ kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini. Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.
Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis. Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.

Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk difahami. Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini.

Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk dikemukakan. Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia. Antaranya:

1. Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga ‘key-person’ dalam pembohongan isu scorpene. Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.

2. Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP.

3. Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling

4. Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

5. Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.

6. Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.

7. S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

8. Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia

9. Elizabeth Wong, bekas koordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor

10. Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib Tian Chua. Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.

Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya. SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian scorpene.
Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.

Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

(Sumber: FREEMALAYSIAKINI, 6 Jun 2012)
+

08 Jun, 2012

BN Janji Ditepati; PR Pula Janji Dimungkiri dan Terus Tabur Janji Kosong Lagi

-
BN Sudah Tunaikan Semua Janji Dalam Belanjawan 2012 – Najib

KULIM, 8 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menunaikan semua janji yang dibuat dalam Belanjawan 2012 bagi membuktikan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang mengotakan janji yang dibuat.

Perdana Menteri berkata BN yakin akan dapat membuat lebih banyak perubahan kepada negara ini dan kerana itu mereka memerlukan mandat yang lebih besar pada pilihan raya umum kelak.

“Kerajaan mahukan mandat penuh, bukan sipi-sipi. Kita nakkan kemenangan besar untuk jamin kejayaan yang lebih baik untuk negara kita yang tercinta ini,” katanya ketika melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini.

Beliau berkata tempoh tiga tahun sejak beliau menjadi Perdana Menteri hanyalah permulaan kepada transformasi yang lebih besar yang akan dilakukan oleh BN terhadap negara dan rakyat ini.

“Kita akan bekerja lebih kuat. Di Kedah kita banyak idea, kita tidak lupakan Kedah walaupun Kedah kini dikuasai pembangkang. Orang Kedah sendiri mahukan banyak perubahan,” katanya.

Perdana Menteri berkata ikatan yang kuat antara kerajaan dan rakyat bukanlah kerana perasaan membuta tuli atau sikap taksub kepada pemimpin tetapi berdasarkan kepada kemampuan kerajaan untuk menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat.

Katanya BN sebagai kerajaan bertanggungjawab telah berjanji untuk mengurangkan beban rakyat dan itulah yang ditunaikan kerajaan.

“Kita janji beri BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kita beri. Janji nak beri RM100 kepada pelajar sekolah kita beri. Begitu juga Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia. Bila banjir kita beri tilam, dapur.

“Prinsip BN kata dikota. Mereka (Pembangkang) kata diauta. Depa tak buat apa yang dijanjikan. Di Kedah, dalam pilihan raya umum dulu kalau menang ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ tetapi kini mana nikmatnya dan apa yang orang Kedah dapat.

“Depa janji tak dikota jadi auta. Bagi rakyat Kedah, jika mereka mahukan lebih banyak pembaharuan mereka perlu mulakan dengan politik pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

Beliau berkata bagi, BN masih banyak yang perlu dibuat dan rakyat diminta yakin dengan BN kerana BN adalah contoh terbaik kerajaan yang berjaya memajukan negara dan rakyat.

(Sumber: UMNO Online, 8 Jun 2012)
+

28 Mei, 2012

Buktikan Keikhlasan Dengan Satu Sekolah Untuk Semua Kaum

-
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Karpal Singh mengumumkan hasrat untuk mengangkat seorang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kenyataan Karpal sebenarnya tidaklah mengejutkan sangat. Malahan hasrat DAP sememangnya konsisten dengan perjuangan mereka sejak dari dahulu lagi hinggalah ke hari ini. DAP tidak pernah memadamkan gagasan yang diperjuangkan sekian lamanya iaitu Malaysian Malaysia.

Ini berlainan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS selaku 'sahabat karib' DAP mudah lemah semangat apabila disergah. Herdikan tegas DAP terhadap PAS menyebabkan parti yang ada perkataan Islam dalam nama parti mereka itu membuang gagasan mereka -- Negara Islam PAS dibuang lalu diganti dengan Negara Berkebajikan.

Itu sedikit coretan buat para sahabat yang berada dalam PAS untuk bermuhasabah.

Kita balik semula kepada kisah DAP dengan hasrat mahu menjadi PM. Kebetulan penulis baru sahaja selesai membelek dan membaca akhbar Mingguan Malaysia sebentar tadi. Sebelah siangnya tidak ada masa kerana menghadiri undangan majlis perkahwinan.

Penulis tertarik dengan wawancara khas berhubung isu ini yang mana penulis fikir sesuai dikongsi bersama oleh para pembaca. Wawancara bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah. Penulis senada dengan beliau dan menyokong Satu Sekolah Untuk Semua [KLIK SINI].


Berikut penulis perturunkan wawancara penuh Mingguan Malaysia (27 Mei 2012) tersebut seperti di bawah:


Buktikan keikhlasan

MUKADIMAH

BARU-baru ini timbul isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu memastikan bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri. Kata-kata beliau menimbulkan polemik yang pelbagai.

Banyak NGO Melayu menyanggah sikap Karpal ini apatah lagi beliau ada menyebut ‘selagi hidup beliau akan terus berjuang untuk memastikan bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri'.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID telah mewawancara bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH pada Jumaat lepas.

Ujar beliau walaupun perkara ini tidak termaktub di dalam Perlembagaan namun secara hakikatnya ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

Beliau turut menyanggah Karpal dengan berkata ‘kita buat satu sekolah untuk semua kaum di satu bumbung. Semua orang bersekolah di situ dan orang Melayu akan menerima orang Cina atau India bukan lagi sebagai orang India tetapi orang Malaysia’.

Ujarnya, dengan demikian mungkin tidak mustahil orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri kerana kita berintegrasi sejak kecil maka kita sudah tentu mengenali hati budi, budaya mereka dengan baik.


WAWANCARA

MINGGUAN: Bagaimana Datuk melihat isu bolehkah Perdana Menteri Malaysia terdiri dari orang bukan Melayu?

MOHD NOOR: Pertamanya saya ingin bercakap tentang perkara ini daripada sudut undang-undang. Yang di-Pertuan Agong merupakan raja yang memerintah negara ini dalam erti kata lain kuasa pemerintahan terletak kepada Agong. Yang menjalankan kuasa pemerintahan adalah jemaah menteri yang mana pengerusinya adalah Perdana Menteri. Jemaah menteri ini dilantik oleh Agong termasuklah Perdana Menteri yang turut dilantik oleh beliau. Ini kerana mereka ini dilantik untuk menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Agong. Bagaimana Agong melantik Perdana Menteri dan Kabinetnya? Agong hendaklah melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada pertimbangannya mungkin mendapat suara majoriti dari ahli Dewan Rakyat. Agong melantik Perdana Menteri melalui cara tadi dengan syarat dia bukan warganegara melalui proses naturalization. Apa yang saya maksudkan tentang naturalization ini adalah mengenai tiga cara untuk menjadi rakyat negara ini. Pertama melalui kuatkuasa undang-undang, kedua pendaftaran dan satu lagi naturalization. Ini dimaksud di mana warga asing yang kaya dan mahu menjadikan Malaysia sebagai rumah keduanya namun mereka ini tidak ada hak sebagai rakyat negara ini. Di sini tidak ada disebut syarat seorang Perdana Menteri perlulah terdiri daripada orang Melayu dan Islam. Maka di sini bolehlah Agong melantik Perdana Menteri asalkan dia bukan warganegara secara naturalization.


MINGGUAN: Jadi dari sudut Perlembagaan perkara ini dibenarkan?

MOHD NOOR: Saya mahu tegaskan di sini juga bahawa perkara ini bukan sewenang-wenangnya boleh berlaku. Ini kerana seorang Perdana Menteri mestilah mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. Bagaimana kita katakan ia boleh mendapat sokongan majoriti jika ahli Dewan Rakyat majoriti orang Melayu beragama Islam. Ini kecualilah jika ada orang Melayu yang mahu menyokong orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Oleh itu memang kalau kita lihat dari sudut undang-undang ianya boleh berlaku tetapi kenyataan atau hakikatnya saya katakan tidak boleh berlaku. Kenapa saya bertegas mengatakan tidak, pertama adalah kerana negara ini adalah negara Islam. Kedua, Agong pula adalah Ketua Agama Islam. Oleh itu Agong berhak melantik Perdana Menteri menurut budi bicaranya sendiri dan bukan atas nasihat. Walaupun Perlembagaan kata bahawa sesiapa yang mendapat majoriti, namun pada pertimbangannya orang bukan Melayu tidak mendapat majoriti tetapi orang lain, maka Agong boleh menolak orang bukan Melayu daripada dilantik menjadi Perdana Menteri. Dalam soal negeri pula, setiap negeri Melayu meletakkan syarat Menteri Besar mesti terdiri daripada orang Melayu dan Islam manakala rakyat di negeri itu mesti patuh kepada kuatkuasa undang-undang.


MINGGUAN: Boleh terangkan lebih lanjut mengenai peranan Agong dalam hal menolak Perdana Menteri bukan Melayu?

MOHD NOOR: Kenapa Agong boleh menolak orang bukan Islam daripada menjadi Perdana Menteri? Mereka ini tidak berupaya untuk menasihatkan Agong mengenai urusan agama. Bagaimana mereka boleh menasihatkan Agong jika mereka tidak tahu dan faham tentang Islam? Perkara ini sudah tentu bertentangan atau tidak selari dengan peranan Agong sebagai Ketua Agama Islam. Ini kerana tugas Perdana Menteri adalah sebagai Memanda.

Bolehkah Perdana Menteri bukan Melayu Islam mampu mempertahankan negara dan kedudukan Islam di majlis antarabangsa terutamanya Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Bagaimana Perdana Menteri bukan Islam ini mahu bercakap tentang Islam jika diri sendiri bukan orang Islam? Pemimpin dunia Islam ini bercakap mengenai perpaduan umat tetapi Perdana Menteri kita tidak tahu apa nak buat. Sudah tentu perkara sebegini tidak boleh dipikul oleh Perdana Menteri bukan Melayu dan Islam. Ini adalah perkara realiti yang saya nyatakan walaupun dari sudut undang-undang membenarkan.

Perkara ketiga yang saya mahu jelaskan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, dipilih sebagai presiden kerana beliau mengaku dirinya adalah orang Amerika. Setidak-tidaknya beliau mengaku dirinya adalah African-American. Malangnya kita di sini mengaku diri sebagai Malaysian Chinese atau Malaysian Indian. Sepatutnya Chinese Malaysian atau Indian Malaysian. Ini menunjukkan mereka berbangga diri mempunyai serpihan daripada negara China dan tamadunnya. Namun sekarang ini, mereka berada di negara ini, golongan bukan Melayu mesti berintegrasi dengan masyarakat tempatan secara keseluruhan dan bukan berpuak-puak. Saya bagi contoh bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra adalah keturunan Cina tetapi beliau boleh berintegrasi dengan penduduk tempatan, fasih bercakap bahasa Thai malah namanya juga menurut bahasa Thai.


MINGGUAN: Jadi Datuk melihat akibat keengganan mereka untuk berintegrasi tulen dengan masyarakat peribumi membantutkan mimpi mereka untuk menjadi Perdana Menteri?

MOHD NOOR: Jika hendak dibandingkan dengan orang bukan Melayu di negara ini, kebanyakan mereka belajar di sekolah jenis kebangsaan, dan berlanjutan hingga ke sekolah Cina swasta di peringkat menengah. Mereka tidak berintegrasi dengan pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan. Pelajar-pelajar ini belajar Matematik dalam bahasa Cina, pelajaran Sejarah juga mengikut cara mereka. Kalau beginilah budaya, sifat dan naluri yang telah ditanam sejak kecil bolehkah mereka ini memimpin negara ini? Mereka ini telah dididik dengan semangat bangsa dan bahasa sejak peringkat tadika kemudian sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti. Adakah orang yang pendidikannya sebegini boleh menjadi seorang Perdana Menteri yang berkesan untuk semua warga di negara ini? Oleh itu saya mahu jelaskan bahawa secara praktiknya di negara ini orang Melayu belum sanggup menerima orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri jika begini keadaannya.


MINGGUAN: Karpal Singh ada mengatakan beliau akan menunggu dan terus memperjuangkan perkara ini. Bagaimana Datuk melihat tindakan beliau ini?

MOHD NOOR: Jawapan saya begini. Kita buat satu sekolah untuk semua kaum di satu bumbung. Semua orang bersekolah di situ dan orang Melayu akan menerima orang Cina atau India bukan lagi sebagai orang Cina atau India tetapi sebagai orang Malaysia. Mereka ini boleh duduk bersama makan, main bersama, Mereka ini boleh diberi jawatan penting sekolah seperti pengawas, ketua kelas tanpa mengira latar belakang kaum. Jika pelajar-pelajar ini boleh dipimpin oleh sesiapa tanpa mengira kaum, maka jawapan saya sudah tentu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri. Ini kerana setelah berintegrasi sejak kecil maka kita sudah tentu mengenali hati budi, budaya mereka dengan baik.

Satu perkara lagi, mungkin di kalangan parti pembangkang, Pas, DAP dan PKR, antara Pas dan PKR mungkin tidak timbul masalah sangat. Tetapi bagaimana pula DAP? Sudah tentu sukar, namun saya lihat jika terdapat seorang Cina Islam dalam DAP, saya rasa tidak timbul masalah untuk mereka menerima dia menjadi Perdana Menteri kerana dia berugama Islam. Malahan saya rasa orang UMNO pun mungkin akan menyokong perkara ini kerana melebihkan Islam dan bukan kaum.
+

17 Mei, 2012

Lynas: Kenapa Pakatan Rakyat bengap sangat?

SAYA terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses. Untuk pengetahuan pembaca, thorium juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah). Di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains sejagat.

Thorium secara semula jadi mempunyai satu isotop (Thorium 232) dan ia mempunyai separuh hayat 14 bilion tahun. Ia mereput dan menghasilkan zarah alfa dan zarah itu mempunyai tenaga empat MeV. Tiada keraguan tentang fakta-fakta tersebut. Di sini saya ingin menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut.

Separuh hayat selama 14 bilion tahun bererti separuh daripada thorium yang ada akan mereput dalam masa 14 bilion tahun. Separuh lagi masih utuh. Kalau Lynas dikatakan akan memproses 22,000 tan galian dan kandungan thorium adalah 10 peratus, mengikut anggaran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Bermakna akan wujud 2,200 tan thorium. Separuh daripadanya (1,100 tan) akan mereput. Sekiranya reputan berlaku dalam 1 bilion tahun, purata reputan harian adalah tiga miligram (mg). Sekiranya reputan berlaku dalam 10 bilion tahun, purata reputan harian adalah 0.3 mg.

Kesimpulannya daripada 22,000 tan yang diproses, purata yang mereput adalah kurang daripada 0.3 mg sehari. Angka 0.3 mg adalah tiga gram dibahagi dengan 10,000. Adakah amaun ini boleh membunuh atau memusnahkan alam sekitar?

Fakta seterusnya, zarah alfa yang dipancarkan mempunyai tenaga sebanyak empat MeV. Zarah ini boleh merentasi udara sejauh 2.5 sentimeter atau satu inci. Ini bererti udara setebal satu inci sudah cukup menjadi perisai untuk melindungi kita dari thorium yang mereput. Thorium yang tidak mereput adalah tidak berbahaya.

Dalam air, sinaran alfa merentasi kurang daripada satu mikron. Angka ini merujuk kepada satu milimeter dibahagi dengan 1,000 dan ia terlalu nipis. Zarah alfa dari reputan thorium tidak akan dapat menembusi kulit kita (andaian bahawa kandungan badan manusia adalah 90 peratus air). Kalau sinaran itu tak sampai kepada kita dan jikalau sampai pun, ia tidak dapat menembusi kulit kita, jadi apa masalahnya?

Saya memohon kepada sesiapa yang menulis tentang keburukan thorium, tolonglah tulis berlatarbelakangkan fakta. Cerita mesti konsisten dengan fakta sains. Saya mengakui bahawa setiap pembaharuan mempunyai risiko. Saya bersedia untuk berganding bahu dengan SMSL memantau loji Lynas di Gebeng dan saya akan menjadi orang pertama untuk menyatakan kepada khalayak ramai sekiranya ada pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Akan tetapi saya tidak akan berdiam diri sekiranya rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan.

Satu fakta lagi yang perlu di nyatakan adalah thorium wujud dalam bentuk sebatian kimia thorium dioksida, thorium sulfat dan beberapa bentuk lain. Sebatian ini didapati tidak larut dalam air dan ketumpatannya adalah sekitar 10 kali ganda ketumpatan air. Mencampurkan sebatian ini dengan air adalah seperti mencampurkan besi dengan air. Besi terus mendap ke bawah. Air yang digunakan Lynas di Gebeng akan disimpan beberapa hari sebelum dilepaskan. Ini bermakna sebatian thorium akan mendap.

Saya ingin penjelasan daripada SMSL. Sains dan teknologi apa yang boleh menyebabkan perairan di Laut Cina Selatan menjadi seperti apa yang berlaku di Fukushima, Jepun? Bagaimanapun, saya mengakui 'habuk' daripada bijih atau galian dari Australia itu boleh membawa risiko. Garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menekankan keselamatan semasa pengangkutan dan pemprosesan berlaku. Saya pasti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengenakan syarat yang ketat dalam hal ini.

Dalam wacana ilmiah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 Mac 2011, Pengerusi AELB, Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani menyatakan sekiranya Lynas melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan, AELB akan mengeluarkan perintah 'Hentikan Operasi'.

Harus diingatkan ketumpatan udara adalah lebih sedikit daripada ketumpatan gas nitrogen yang berat molekulnya 28 gram (gm) per mol. Berat molekul thorium dioksida adalah (232 + 32 >264) gm per mol. Berdasarkan angka 264 gm per mol berbanding 28 gram per mol sudah pasti habuk thorium dioksida tidak akan wujud lama sebagai habuk dalam udara. Lebih cepat penurunan kewujudan habuk thorium sekiranya hujan. Kajian mengenai kanser paru-paru harus dijalankan untuk mengetahui kesan thorium kepada kesihatan. Kajian darah yang dicemari oleh thorium juga harus dilakukan sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.

Saya tertarik dengan langkah Himpunan Hijau yang berkunjung menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada Mac lalu. Di dalam memorandum yang diberi, mereka meminta kerajaan Singapura menyatakan kebimbangan terhadap Lynas. Himpunan Hijau juga menyatakan kebimbangan makanan laut dari Kuantan yang dihantar ke Singapura akan mengandungi unsur radioaktif. Ironinya, Perdana Menteri Singapura pernah berhasrat membina janakuasa nuklear berasaskan bahan api thorium iaitu 'Liquid Fluoride Thorium Reactor (LFTR)' dengan alasan ia tidak berbahaya dan efisien. Cadangan itu dimasukkan dalam pelan induk pembangunan tenaga republik itu. Cuba layari artikel "Thorium for Singapore" di www.thoriumsingapore.com.

SMSL mahukan zon penampan Lynas adalah 30 kilometer (km) daripada penempatan penduduk. Oleh kerana susah hendak mencari mana-mana kedudukan di republik itu yang jauhnya melebihi 30 km dari Malaysia, saya cabar mereka membuat demonstrasi di sepanjang Selat Tebrau, Johor bagi menyatakan pendirian membantah janakuasa nuklear tersebut.

Jadi, apakah pendirian Himpunan Hijau sekarang. Masihkah hendak menyembah pemimpin Singapura untuk menyelesaikan masalah thorium di Gebeng?

Loji Lynas adalah kilang kimia dan ia sangat kecil jika dibandingkan dengan janakuasa nuklear yang akan dibina oleh Singapura. Thorium dari Australia adalah 1,900 bahagian per sejuta (ppm) atau 0.19 peratus tulen. Nanti di Singapura, thorium yang diguna adalah 100 peratus tulen. Adakah Himpunan Hijau akan diam seribu bahasa?

Perbuatan mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura adalah paling melucukan. Saya ingin juga menarik perhatian kepada mereka yang menggunakan lampu minyak gas. Mentol yang digunakan menggunakan thorium. Saya ingin tahu apakah pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong SMSL setelah mengetahui fakta ini. Lampu minyak gas inilah yang menerangi kota, desa dan pelbagai jenis kediaman lebih daripada satu abad. Thorium yang digunakan dalam mentol ini 99 peratus dan thorium di Gebeng nanti tak sampai satu peratus.

Di laman sesawang pihak Singapura itu kita akan mendapati kata-kata aluan "Welcome to the Future".
Adakah kita akan menolak hakikat ini hanya berdasarkan hujah harga hartanah di Kuantan akan merudum hingga tiada nilainya. Harga hartanah di Singapura adalah beratus atau beribu ganda lebih tinggi berbanding nilai hartanah di Kuantan.

Loji nuklear akan dibina di tengah bandar raya Singapura, sedangkan Lynas di Gebeng. Kalau menggunakan ukuran 30 km dari kediaman yang dituntut SMSL, mana Singapura nak cari tempat sedemikian.

Pandangan rakyat dan kerajaan Singapura nampaknya berbeza sekali dengan pihak pembangkang. Oleh itu, benarkah kita ini lebih maju dalam pengetahuan sains berbanding dengan mereka?

[ Sumber: Utusan Malaysia, 15 Mei 2012 ]
+

08 Mei, 2012

Pencetus Rusuhan KOTOR 3.0 Wajib Dikenakan Tindakan

-
Azmin Ali membakar semangat peserta BERSIH 3.0! Apa berlaku seterusnya?  Rusuhan KOTOR 3.0 (3 kali KOTOR) tercetus! Seluruh rakyat Malaysia meluat!


Siapa dalang yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat berkuasa? Sanggup pertaruhkan keselamatan rakyat dengan mencatur mereka-mereka yang mudah dibakar perasaannya. Tidak lain tidak bukan -- Anwar Ibrahim!


Penganjur, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali wajib dikenakan tindakan undang-undang. Adakah mereka ini akan dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan? Rakyat wajib tolak pemimpin politik yang sebegini pada PRU13 nanti!

+

16 Oktober, 2011

Seluruh pemimpin & pendokong BN perlu tukar kepada mode menerang dan menyerang

-
Pertamanya, penulis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi Tahniah buat YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak atas pembentangan Bajet 2012 yang sangat meyakinkan seluruh rakyat. Bajet 2012 yang dibentangkan tersebut berjaya membuatkan seluruh kepimpinan dan pendokong pihak pembangkang seakan terkedu tanpa kata. Tahniah Dato Sri!

Gaya Dato' Sri yang bersahaja dalam membentang Bajet 2012 sambil menyusik pihak di sebelah sana cukup meyakinkan penulis dan rakyat. Bajet 2012 yang dibentangkan adalah yang terbaik. Bajet 2012 ini memberi fokus kepada kumpulan sasaran iaitu golongan miskin, berpendapatan rendah dan sederhana. Inilah yang menyebabkan pembangkang terkedu. Tidak tahu lagi macam mana hendak spin.

Kita tinggalan tentang Bajet 2012. Apa yang ingin penulis tekankan pada artikel pada kali ini ialah sesuatu yang lebih penting jika sekiranya BN mahu memastikan kemenangan yang selesa pada PRU13 kelak. Pasca PRU12, kita dapat melihat bagaimana BN seakan cukup lemah apabila gagal mendapat majoriti 2/3. Walau bagaimanapun, BN dilihat bangkit apabila Dato' Sri Najib mengambil alih teraju kepimpinan BN pada 2009.

Gesaan PM agar seluruh pemimpin BN turun padang dan menyelesaikan masalah dengan segera disambut dengan baik. Rata-rata pemimpin BN cukup rajin turun padang dan banyak masalah dapat diselesaikan dengan cukup berkesan. Berlawanan pula dengan sikap wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang yang baharu merasa memegang kuasa tetapi sudah ramai yang terkena sakit malas. Malasnya pakatan pembangkang ini sampai kini tidak terdaya hendak daftar nama "Pakatan Rakyat" itu sendiri.

Dari segi khidmat masyarakat kepada golongan yang memerlukan ini rasanya BN mempunyai kelebihan yang sangat baik berbanding wakil-wakil rakyat dari pakatan pembangkang. Dalam hal turun padang ini, penulis boleh beri markah penuh kepada hampir semua wakil rakyat BN terutamanya UMNO. MIC juga sejak kebelakangan ini cukup yakin mendekati rakyat, turun mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat. Indikator-indikator ini cukup baik buat BN untuk PRU13 nanti.

Walaupun para pemimpin dan pendokong BN sangat komited dengan aktiviti turun padang ini namun penulis merasakan bahawa terdapat kekurangan yang sangat besar yang terdapat dalam diri pemimpin BN dan para pendokongnya. Pemimpin BN dilihat tidak berfungsi sebagai  pemimpin yang mampu membuat penerangan dan serangan. Jauh berbeza dengan para pemimpin pakatan pembangkang yang siang malam asyik menyerang BN. Ceramah sana sini, semua selit dengan serangan. Walaupun kita tahu serangan (cerita itu ini) itu tidak berasas tetapi kebanyakan mereka yang mendengar akan mempercayainya.

Dalam erti kata lain, seluruh pemimpin pembangkang tidak jemu berusaha menyemai persepsi negatif rakyat terhadap BN. Seluruh penipuan pemimpin pembangkang akan digunakan sepenuhnya oleh pendokong pembangkang. Pembangkang memang cukup pandai spin. Semua isu yang mereka cipta sendiri boleh sahaja disalahkan kepada BN kerana mereka ini pakar spin. Contohnya isu Hudud, bila Nik Aziz dapat tahu sokongan kaum Melayu terhadap Pas tinggal hanya sekitar 20% - 30%, maka Nik Aziz mainkan Hudud semula. Habis dia spin, sampai satu tahap Lim Guan Eng buat final spin cakap Pas dan Dap bersetuju untuk tidak bersetuju dengan Hudud. Habis spin sampai tersimpul mati.

Pokok pangkalnya, para pemimpin BN perlu ambil peluang hasil kepincangan pakatan pembangkang ini untuk menyerang dan dalam masa yang sama memberikan penerangan ke atas segala isu yang dimainkan oleh pembangkang. Para pemimpin BN tidak boleh semata-mata mengharapkan blogger-blogger. Blogger-blogger ini cukup setia dengan BN tanpa mengharapkan balasan sesen pun memberikan penerangan yang cukup terperinci berserta bukti dan fakta yang cukup meyakinkan. Rajin google agaknya. Bukti dan fakta yang diberikan oleh para blogger pada pandangan penulis lebih meyakinkan berbanding sesi penerangan yang diberikan oleh mana-mana bahagian penerangan UMNO/BN.

Inilah perlunya pemimpin BN segera menyampaikan fakta sahih yang terperinci kepada rakyat jika adanya isu yang dimainkan oleh pembangkang. Bongkar habis, beri fakta dan data biar terburai penipuan pihak pembangkang. Pemimpin BN perlu agresif memberikan penerangan. Apa yang penulis lihat hanya beberapa kerat sahaja pemimpin BN yang selit penerangan tentang isu semasa dan membongkar penipuan pembangkang apabila berucap di banyak tempat apabila mendapat jemputan perasmian dan sebagainya.

Rasanyalah Dato' Sri Mohd Najib sudah berada dalam mode menerang dan menyerang di samping turun padang tetapi kebanyakan pemimpin BN masih lagi selesa dengan sikap tidak ambil pusing untuk memperbetulkan persepsi negatif rakyat terhadap BN. Sebelah kaki untuk BN memang sudah ada hasil turun padang menyelesaikan masalah rakyat, cuma perlu sebelah kaki sahaja lagi untuk melangkah.

Sekiranya seluruh PEMIMPIN dan PENDOKONG BN berjaya mengambil pendekatan menerang dan menyerang ini, penulis amat yakin bahawa BN mampu menang dengan selesa. Malahan penulis berani katakan bahawa akan ada negeri yang dikuasai Pas, PKR dan DAP kembali kepada BN pada PRU13 nanti.
+

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin