Memaparkan catatan dengan label Majlis Peguam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Peguam. Papar semua catatan

11 Jun, 2014

Sidang Akhbar PEMBELA Berhubung 3 Draf Rang Undang-undang Menggantikan Akta Hasutan 1948

Sidang akhbar ini diadakan setelah satu kata sepakat dipersetujui dan dicapai antara NGO-NGO Islam di dalam persidangan meja bulat yang telah diadakan sebentar tadi. Tujuan sidang akhbar ini ialah bagi menyatakan pendirian NGO-NGO Islam yang telah bersepakat berkumpul pada hari ini sebagai satu suara berkongsi keprihatinan terhadap perkembangan terkini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15].

YB Nancy mengesahkan telah menerima tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) dan kini sedang dalam penelitian Pejabat Peguam Negara.

Pihak kami telah berpeluang meneliti ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dimaksudkan dan membawanya kepada perbincangan lebih mendalam. Melalui hasil perbincangan yang dijalankan, pihak kami mendapati terdapat dua bentuk perkara yang menimbulkan perasaan resah kami terhadap soal Kedaulatan Undang-Undang Negara.

Pertama, cara bagaimana deraf undang-undang ini dibuat dan dicadangkan.

Kedua, isikandungan yang terdapat di dalam deraf undang-undang yang dibuat serta dicadangkan.

Untuk yang pertama, pihak kami mendapati kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Kami mendapati bahawa penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam yang telah mencadangkan kepada satu kelompok kecil Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara. Kami difahamkan hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

Kami melihat fungsi serta kewujudan peranan MPKN telah dijadikan sebagai alat tunggangan oleh sekumpulan kecil pihak-pihak yang berkepentingan di dalam cadangan-cadangan ini. Seolah-olah MPKN telah dianggap sebagai satu lesen besar untuk pihak-pihak ini melakukan perubahan yang bakal mengganggu gugat asas-asas pembinaan negara ini sesuka hati mereka. Lebih membingungkan ialah tindakan sekumpulan kecil ini terus menyerahkan rang undang-undang tersebut tanpa melalui proses rujukan dan perbincangan teliti dengan pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu. Seolah-olah, ia satu tindakan bersifat diktatorial dengan hanya mementingkan kehendak satuhala pihak mereka. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, perlakuan songsang kumpulan ini wajar disangsikan.

Selain itu, rang undang-undang tersebut telah diserahkan terus kepada Jemaah Menteri, lantas mengenepikan institusi-institusi yang bakal terjejas oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

Kebimbangan Kedua pula ialah mengenai isikandungan ketiga-tiga deraf undang-undang seperti yang telah dinyatakan tadi bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Pihak kami ingin menyatakan kebimbangan dan memberikan amaran dari pihak kami berkenaan kesan jangka pendek dan panjang hasil cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948, cadangan isikandungan deraf rang undang-undang menggantikan Akta Hasutan tersebut serta tujuan dan fungsi “Unfair Discrimination Tribunal” yang dinyatakan di dalam salah satu rang undang-undang tersebut.

Untuk peringatan semua, Negara ini telah dibina dengan tiang-tiang asas yang merupakan tulangbelakang kepada kekuatan struktur negara ini. Goncangkan tiang-tiang ini, maka bergoncanglah negara nanti. Atas sebab itu, arkitek-arkitek pembina negara ini telah menetapkan bahawa tiang-tiang asas negara ini tidak boleh dirombak, dihapuskan, disentuh mahupun digoncangkan dengan sesuka hati.

Akta Hasutan 1948 adalah sebuah akta yang telah berada di negara ini untuk melindungi tiang-tiang asas ini. Akta ini melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Perkara 153, 152, 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan mahar yang dibayar oleh golongan bukan warganegara pada masa itu untuk mendapatkan peluang kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Menuntut mahar yang telah lama dipersetujui kembali ianya boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan sengaja mahu membubarkan perjanjian yang telah sedia termeterai dan dihormati sejak sekian lama.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan asas-asas yang menjadi tiang perpaduan dan keharmonian yang selama ini dikecapi negara menjadi satu sasaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak hanya cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 menimbulkan keresahan di dalam serahan deraf undang-undang tersebut, malah beberapa cadangan di dalamnya menuntut perhatian serius untuk dikaji motif dan kesan cadangan yang dikemukakan.

Berikut kami gariskan beberapa keprihatinan awal tentang kandungan ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut:

i.            Pihak kami mendapati, Undang-undang yang cuba digambarkan sebagai usaha perpaduan ini dilihat tidak lebih daripada satu percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Pencadang telah secara semborono cuba mengangkat hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara mutlak tanpa mempedulikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 itu sendiri dan turut tidak mempedulikan asas-asas pembinaan negara yang harmoni yang turut sama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1), Perkara 37 (1).

ii.            Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memelihara hak keistimewaan orang Melayu yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 dan 38 Perlembagaan Persekutuan turut disentuh oleh penggubal deraf undang-undang ini. Penggubal seolah-olah cuba menyerlahkan sifat kebencian serta perasaan anti orang-orang Melayu dengan menggelarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan seperti ini dengan istilah-istilah seperti ‘discrimination’ dan ‘racial superiority’. Ini jelas merupakan satu sikap yang sangat tidak sensitif dipamerkan penggubal-penggubal tersebut yang mahu mengenepikan semua peruntukan terbabit.

iii.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik perpaduan dan keharmonian Negara.

iv.            Tidak cukup dengan rencah yang seolah-olah bersifat Anti Melayu, ketiga-tiga deraf undang-undang yang dicadangkan turut berisi nada yang menunjukkan sikap pelampau golongan Ekstremis Islamufobia apabila cuba melakukan suatu perkara yang mana penjajah British sendiri tidak pernah melakukannya. Kedudukan serta Kedaulatan Agama Negeri turut sama cuba diketepikan oleh penggubal deraf undang-undang tersebut. Kedudukan ini tidak pernah diganggu oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Malah Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 3(1),(2), 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A) .

v.            Pihak kami turut melihat cadangan penubuhan “Unfair Discrimination Tribunal” tidak lebih daripada satu percubaan untuk menghidupkan kembali hasrat menubuhkan Interfaith Commmision yang pernah ditentang dan berkubur satu ketika dahulu. Dengan pelabelan baru, “Unfair Discrimination Tribunal” dilihat akan merampas kuasa institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu. Kedaulatan Islam dilihat bakal dihempaskan ke bawah melaluinya dan bidang perundangan Islam akan sentiasa berada di bawah skrutini sebuah tribunal yang turut sama dianggotai oleh golongan bukan Islam.

Melihat semua kemungkinan serta kerosakan yang bakal timbul ini,  Harus pihak kami tegaskan di sini bahawa Perkara-Perkara yang telah termaktub dan dipersetujui di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu perkara yang boleh dicampak keluar sesuka hati hanya kerana sifat dendam dan membenci sesetengah golongan kecil dalam masyarakat terhadap Kedaulatan Islam dan Melayu di negara ini.

Sikap-sikap tidak rasional yang terdorong dengan sifat ekstremis Islamufobia melampau sehingga gagal mengenalpasti sumber kekuatan tiang-tiang asas negara sepertimana yang terdapat di dalam deraf-deraf yang dikemukakan amatlah pihak kami kesalkan.

Pihak Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

Pihak kami juga ingin menangkis sikap yang cuba dibawakan oleh penggubal yang berusaha mempotretkan institusi-institusi kehakiman negara sebagai tidak cukup berwibawa untuk menangani isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa di dalam negara. Cadangan penubuhan ‘Unfair Discrimination Tribunal’ menunjukkan bahawa penggubal mempunyai dasar kefahaman yang rigid, keras dan kaku dalam menyantuni mana-mana isu melibatkan pertikaian antara agama dan bangsa di dalam negara yang majmuk ini. Negara ini telah aman sejak berkurun lamanya melalui penghormatan serta dasar toleransi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama. Kerap kalinya apabila berlaku apa-apa perkara yang merosakkan keamanan tersebut, puncanya adalah kerana sentiasa ada pihak cuba menggganggu gugat apa yang telah disepakati sebelum ini. Tidak semua perkara harus ditangani melalui jalan perundangan semata-mata.

Pihak kami, NGO-NGO Islam, memilih lokasi ini di persekitaran Hotel Cititel ini untuk kembali mengingatkan kepada pihak pemerintah tentang apa yang telah berlaku 8 tahun dahulu.

8 tahun yang lalu, di sinilah bermulanya gelombang permulaan penentangan besar-besaran kepada percubaan kumpulan Artikel 11 untuk merobek serta mengubah dasar-dasar asas yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut acuan yang dimahukan kumpulan kecil mereka. Antara yang turut ditentang pada masa itu ialah percubaan menubuhkan Interfaith Commission yang mempunyai sifat yang hampir sama dengan ‘Unfair Discrimination Tribunal’ seperti yang dicadangkan di dalam deraf-deraf undang-undang tersebut. Penentangan yang kemudiannya menyaksikan puluhan ribu umat Islam berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan pada Oktober 2006 sebagai kemuncak kepada gelombang penentangan. 

Oleh yang demikian kami menggesa supaya pihak Kerajaan Pusat mendengar kegusaran kami berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Generasi terdahulu yang menjadi arkitek pembinaan negara ini telah mengenalpasti tentang asas-asas yang menjadi struktur kekuatan kepada pembinaan negara ini. Mereka melindunginya dan berjaya mewariskan sebuah Malaysia yang berjaya untuk dihuni secara bersama oleh kita pada hari ini. Kita mewarisi sebuah Malaysia yang aman, makmur dan berjaya hasil kebijaksanaan mereka-mereka yang terdahulu.

Persoalannya, apakah kita mahu merobek semua kebijaksaan tersebut hanya kerana satu segmen di dalam masyarakat mempunyai penyakit dendam dan membenci asas-asas pembinaan negara ini? Apa pula bentuk negara yang bakal kita wariskan nanti sekiranya semua kebijaksanaan ini dirobek dan menghancurkan segala bentuk keamanan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati pada hari ini?

Justeru itu, pihak kami NGO-NGO Islam ingin merakamkan perasaan resah dan kegusaran kami mengenai percubaan-percubaan tidak sensitif seperti ini. Pihak kami ingin mendesak pihak Kerajaan Pusat supaya melakukan penelitian yang lebih jitu dengan merujuk serta memastikan keterlibatan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung dan tidak langsung di dalam ketiga-tiga deraf undang-undang yang dimaksudkan.

Kita sedang mewarisi Malaysia yang aman hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu, jangan pula kita wariskan Malaysia yang hilang keamanan kepada generasi akan datang hanya kerana kesombongan dan kegopohan pihak-pihak tertentu.

Pihak kami tidak akan berhenti di sini. Apa yang berlaku di sini hanyalah satu permulaan. Pihak kami akan terus bergabung dan memperjuangkan perkara ini secara bersama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Harapan kami, pihak Kerajaan Pusat memberi perhatian serius kepada suara-suara kebimbangan dan resah yang sedang dikemukakan ini.

Berikutan kebimbangan yang mendesak ini, saya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, selaku Pengerusi PEMBELA yang memayungi lebih dari 70 NGO-NGO Islam di tanahair dan suara  NGO-NGO Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang hadir pada hari ini, ingin  menyatakan BANTAHAN KERAS dari pihak kami terhadap mana-mana percubaan untuk menghapuskan Kedaulatan Islam di tanahair, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Pendirian kami adalah jelas dan tegas tentang perkara-perkara ini.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)
Cititel, Georgetown, Pulau Pinang

10 Jun 2014 bersamaan

10 Jun, 2014

Draf Undang-Undang Karangan Budak Hingusan Majlis Peguam WAJIB Ditongsampahkan Sahaja!

1. Draf Rang Undang-Undang Harmoni (RUU Harmoni), RUU Perpaduan Nasional dan RUU Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional ini dikemukakan oleh Majlis Peguam. 

2. Seluruh dunia tahu peranan Majlis Peguam sebagai lidah rasmi Pakatan Rakyat. Tidak ada sebab Kerajaan perlu terima. Tongsampahkan sahaja sebab tengok pada siapa yang gubal draf pun kita sudah tahu nawaitunya. Nawaitu tidak baik!

3. Seluruh dunia tahu kecenderungan Majlis Peguam dalam memperjuangkan sesuatu yang banyak bercanggah dengan Perlembagaan terutamanya dalam Perkara 3 (1) dan Perkara 153. 

4. Dalam RUU Harmoni 'karangan' Majlis Peguam ini pula banyak istilah yang digunakan yang bercanggah dengan Perkara 3 (1). Dalam RUU Perpaduan Nasional pula istilah bercanggah dengan Perkara 153. RUU Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional menidakkan peranan institusi Raja-raja Melayu.


6. RUU 'karangan' Majlis Peguam adalah satu percubaan untuk menidakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti dinukil dalam Perkara 3 (1) dan juga di setiap negeri dalam Perlembagaan negeri masing-masing.

7. Pokoknya, penggubal draf di Majlis Peguam yang kepala mereka penuh bersarang dengan ideologi songsang berniat jahat melalui draf rang undang-undang ini. Campakkan sahaja karangan budak hingusan Majlis Peguam ini dalam tong sampah!

22 November, 2009

Keputusan Undian Isu BOC oleh Blog Listed! & Pembunuh Bernama Wong Siew Teng Gagal Dikesan di Malaysia

-
Penulis ada menulis berkenaan isu BOC ini. Cerita perihal BEKAS rakyat Malaysia yang mengoyakkan passport untuk tinggal dan menjadi rakyat UK. Tetapi akhirnya terkandas. Tidak bernegara. Stateless. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Padan muka!

Tapi yang penulis pelik, ada pula aktivis Pakatan Rakyat yang bertopengkan Majlis Peguam bernama Edmund Bon dan Latifah Koya yang bingai mahu mereka ini diberikan kembali kerakyatan Malaysia. Agaknya dah tak ada apa nak diperjuangkan kot! Baca artikel penulis di SINI.

Blog Listed! telah menjalankan undian berkenaan isu BOC ini dan hasilnya rakyat Malaysia menolak apa yang diperjuangkan oleh Edmund Bon dan Latifah Koya ini. Rujuk di SINI untuk dapatan undian yang dibuat. Hoi Edmund Bon! Hoi Latifah Koya! Rakyat Malaysia tidak mahu biawak hidup ini! Kalau kamu kasihan sangat dengan mereka ini elok kamu pergi tolong mereka basuh pinggan di UK!

Kini, rakyat dikejutkan pula dengan kes Wong Siew Teng @ Agnes Wong (gambar) yang melakukan pembunuhan di UK kemudian dihantar pulang ke Malaysia. Baca berita lanjut dan terperinci seperti di SINI.

Persoalannya: Adakah Agnes masih mempunyai kerakyatan Malaysia? Atau sama seperti kes BOC yang sudah melucutkan kerakyatannya demi mahu menjadi rakyat UK? Apa sebenar statusnya?

Kerajaan kena beri penjelasan agar rakyat tahu kedudukan sebenar.

Sekarang, Agnes Wong ini bebas merayau di bumi Malaysia. Menurut pihak berkuasa, perempuan kejam ini mempunyai 2 rekod jenayah mendera kanak-kanak di Malaysia sebelum pergi ke UK pada tahun 2003.

Dan kini pembunuh yang dikatakan berasal dari Ipoh ini gagal dikesan! Ada sesiapa yang mempunyai maklumat?

Nota: Terima kasih buat blogger Kenn dari blog Listed! atas maklumat undian BOC dan link berita Agnes Wong tersebut.
+

19 Oktober, 2009

BOC: Luahan dari pelbagai blog

-
Terdahulu penulis ada menyentuh tentang isu British Overseas Citizen (BOC) yang mana diperjuangkan oleh pihak Bar Council yang ditunggang Pakatan Rakyat. Baca di SINI.


Berikut beberapa artikel berkenaan isu BOC yang turut ditulis oleh beberapa penulis blog:

1. BOC - Disloyalty has its price oleh Jebat Must Die

2. My Malaysia: Nationality, A Non Negotiable and Non Tradable Trait oleh On Da Street

3. When A Bridge Is Burnt oleh ....LISTED!!!

4. X-Malaysians BOC Should Be OCB: Orang Cina Bodoh oleh Pure Shiite

Pembaca turut boleh menyertai undian/poll bagi soalan berikut:

"SHOULD the British Overseas Citizen (BOC) BE OFFERED BACK Malaysian Citizenship ?"

Sila ke sini ---> KLIK!
+

14 Oktober, 2009

BOC: Tiada tempat bagi pengkhianat di Malaysia

-
Pertamanya, mari kita jawab soalan berikut dengan seikhlas hati. Sebagai seorang rakyat Malaysia, adakah anda sanggup menyerahkan kerakyatan anda jika ditawarkan dengan segala janji kebendaan?

Apakah jawapan anda?

Jika ditanya soalan itu kepada penulis, jawapannya ialah tidak sama sekali, biar berpisah nyawa dari badan, namun kerakyatan bumi tercinta akan tetap digenggam erat! Kita mesti menjunjung taat setia kita kepada negara Malaysia selaras dengan prinsip Rukunegara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara!

Penulis sentiasa berpegang kepada pepatah nenek moyang kita iaitu “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih elok di negeri sendiri”. Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya bersyukur dan berbangga dengan tanah air tercinta. Penulis sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Bagaimana dengan anda?

Penulis mengikuti perkembangan isu lebih 500 orang BEKAS rakyat Malaysia yang tamak haloba yang kononnya berasa tidak selamat menjadi warganegara Malaysia. Mereka ini bukan setakat dengan kerelaan mereka melucutkan kerakyatan semata-mata mahu menetap sebagai rakyat British tetapi dalam masa yang sama telah melemparkan fitnah keji terhadap negara bernama Malaysia ini!

Fitnah mereka ini sangat berat untuk diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Mereka yang tamak haloba ini sanggup melemparkan fitnah yang sangat hina terhadap Malaysia melalui media barat.

New Straits Times (11 Oktober 2009) memetik laporan AFP seperti berikut:

LONDON, Sun: Hundreds of Malaysians who tore up their passports and set off for Britain in the belief they could claim citizenship under a quirk of colonial law have found themselves stateless and desperate.

“Dee”, a trained architect from Penang, is now reduced to washing dishes in a Chinese restaurant in central London — a victim, he says, of a “citizenship that is not real.”

“I have become an illegal immigrant... actually even worse because at least they have their own country to go back to. I don’t,” the 34-year-old told AFP.

A little-known legal clause gave residents of Penang and Malacca the status of British Overseas Citizenship (BOC) when Malaysia gained independence in 1957.

Ethnic Chinese in the two regions that were part of a British colony in the former Malaya, wary of discrimination under an independent nation dominated by Muslim Malays, had sought assurances they could resort to residing in Britain.

**Baca lanjut di SINI.

Perbuatan menyerahkan kerakyatan bagi individu yang tidak cintakan negara memang sangat dialu-alukan oleh penulis dan seluruh rakyat Malaysia. Jika ada lagi yang mahu mengikuti jejak langkah mereka-mereka ini, bolehlah berbuat demikian. Masih belum terlambat!

Dalam masa yang sama, penulis mengutuk sekeras-kerasnya sebarang usaha yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk membawa pulang mereka-mereka ini. Sudah ada kedengaran gesaan yang dibuat oleh pihak yang mempunyai agenda terselindung agar Malaysia menerima mereka kembali sebagai rakyat. Maaf! Tiada tempat bagi pengkianat di Malaysia ini! Sekali anda telah membuang kerakyatan anda, kami di sini tidak akan sekali-kali menerima anda!

Kita dapat melihat bagaimana pihak seperti Majlis Peguam (Bar Council) yang ditunggang Pakatan Rakyat ini cuba menjadi hero dengan usaha-usaha yang sangat menyakitkan hati. Mereka tanpa rasa bersalah telah menggesa agar Malaysia mengembalikan kerakyatan mereka yang tidak mempunyai sebarang kewarganegaraan ini.

Berikut petikan laporan New Straits Times pada 13 Oktober 2009:

KUALA LUMPUR: The government has been urged to restore citizenship to the stateless Malaysians in Britain if they are victims of circumstances.

Bar Council Human Rights Committee chairman Edmund Bon said if the British government did not want to take them, then the best solution would be for the Malaysian government to give them back their citizenship.

"If they are willing to apply for Malaysian citizenship and can prove that they were born here and were Malaysian citizens before, then the government should take them back."

A lawyer, Latifah Koya, said it was strange that the people had renounced their citizenships without getting any confirmation from the British government on their application for new citizenship.

Edmund Bon says they must be taken back if they are victims of circumstances.

"We also have cases of people migrating to Australia and usually they don't renounce their citizenship until they know for sure or have confirmation of getting new citizenship."

She said if the people were ill-advised by shady lawyers, then they should lodge a police report against them.

"This doesn't look like a normal application, but more like a syndicate."

She said the Malaysian government could choose to take back the people as the constitution protects citizens from being stateless.

**Baca lanjut di SINI.

Usaha oleh para peguam dari Majlis Peguam yang di dahinya ‘tertera’ cop Pakatan Rakyat seperti Edmund Bon dan Latifah Koya ini sangat memualkan rakyat! Kepada Edmond Bon dan Latifah Koya: Usah cuba-cuba membela mereka yang sudah jelas tamak haloba sehinggakan sanggup melucutkan kerakyatan Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana dalam hal ini bersikap tegas dengan menyatakan bahawa mereka yang melucutkan kerakyatannya sewajarnya tahu akibat dan risiko berbuat demikian.

New Straits Times (13 Oktober 2009) turut memetik kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman seperti berikut:

Rahman said under the Citizenship Act, once a Malaysian renounced his citizenship, he was simply no longer a Malaysian."

They made the decision fully aware of the consequences and risk”.

Mereka yang tamak haloba ini saling tak tumpah umpama kata pepatah: “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Kepada pihak berkuasa yang berkenaan, kami rakyat Malaysia memohon agar tidak dilayan sebarang permohonan mereka ini. Tolak sahaja permohonan mereka ini. Malaysia tidak memerlukan individu yang sudah jelas tidak mengamalkan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara!

Satu ayat buat mereka ini khas daripada penulis: PADAN MUKA!
+

05 Oktober, 2009

M Manoharan: YB Dap & Peguam Kesayangan Bar Council Yang Kaki Pembelit!



Patutlah sahabat saya yang jadi peguam koyakkan sticker Bar Council dari cermin kereta dia! Rupa-rupanya malu dengan Manoharan ni. Haha. Ini punya kualiti peguam pun ada ke? Lebih malang lagi dia jadi YB! Berbelit-belit, penyudahnya diri sendiri terbelit! Soalan Cepu Emas: Antara Manoharan dan ular, yang mana lebih pandai membelit?

02 Januari, 2009

Mengimbau Penulisan Blog Kembara Politik 2008: Bahagian 1

-
Blog Kembara Politik bermula pada 16 September 2008. Tarikh ini memang bersejarah. Tarikh 16 September itu merupakan tarikh pembentukan Malaysia iaitu pada 16 September 1963.

Artikel pertama yang diterbitkan blog Kembara Politik ialah bertajuk “Aktivis Pertikai Kuasa Mahkamah Syariah: Dalang Sebenar Forum Peluk Islam”. Artikel tersebut diterbitkan pada 16 September 2008.

Artikel tersebut ditulis setelah penulis terbaca sebuah karikatur yang diterbitkan oleh Harakah (penulis lupa tarikh karikatur tersebut diterbitkan). Jika tidak silap penulis, karikatur tersebut dihasilkan oleh kartunis Rossem. Kartunis tersebut telah melukis gambar kartun individu yang sedang memegang sebuah kanta dan sedang meneliti dan menjejaki tapak-tapak kaki yang bertulis “Dalang Forum Peluk Islam”.

Bertitik-tolak daripada itulah, penulis mencari beberapa fakta dan penulisan yang berkait rapat dengan mengapa forum itu dianjurkan dan siapa yang terlalu lantang mempertikai keputusan mahkamah Syariah berhubung beberapa pertikaian kes sehinggakan Majlis Peguam kononnya merasakan perlu dianjurkan forum sedemikian.

Umat Islam rata-ratanya membantah. Apakah nilai kuasa mahkamah Syariah di mata para aktivis tersebut? Apakah mereka tidak menghormati peruntukan bidang kuasa mahkamah Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan?

Hasil carian fakta dan maklumat yang diperolehi ialah beberapa aktivis yang berselindung di sebalik perjuangan hak asasi ini memang sebenarnya adalah beberapa orang kuat dalam PKR dan DAP. Dan yang peliknya, PAS masih boleh berkerjasama dengan PKR dan DAP walau pun ada pemimpin PAS dan PKR yang membantah forum tersebut.

Mereka semacam cuba menyembunyikan bahawa aktivis yang lantang mempertikai keputusan mahkamah Syariah tersebut adalah terdiri dari pemimpin dan orang kuat PKR dan DAP juga. Namun PAS cuma memejamkan sebelah mata disebabkan terlalu sayangkan Pakatan Rakyat yang baru dibentuk. PAS sudah tidak kisah untuk berkerjasama dengan aktivis dan para pemimpin DAP dan PKR yang mempertikai bidang kuasa mahkamah Syariah ini.

Artikel ini kemudiannya diolah dengan lebih lanjut oleh blog AnwarDotCom dan diterbitkan dengan tajuk “Dalang Sebenar Forum Peluk Islam” pada 11 Oktober 2008. Olahan dan perkaitan yang dibuat oleh blog AnwarDorCom menunjukkan perkaitan dengan lebih jelas penglibatan parti PKR , DAP dan restu Anwar Ibrahim dalam “Forum Peluk Islam “ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam walau pun ditentang oleh majoriti umat Islam.

Dan PAS hanya memejamkan mata. Walau pun terdapat sedikit bantahan yang dibuat, bantahan tersebut semacam hendak melepaskan syarat sahaja. PAS seakan lupa bahawa rakan sekutu Pakatan Rakyatnya iatu parti PKR dan DAP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran “Forum Peluk Islam” tersebut. Umpama marah-marah sayang!

Oleh yang demikian, penulis menyeru pada semua agar menolak Pakatan Rakyat ini di setiap pilihanraya. Rakyat yang bijak dalam sebuah negara demokrasi akan menggunakan kuasa undi untuk mencorak hala tuju perjuangan para pemimpinnya. Sudah tiba masanya orang Melayu menggunakan pendekatan yang sama untuk menghukum PAS yang sudah terpesong jauh dari matlamat perjuangannya.

Rakyat sudah menghukum UMNO yang alpa dengan perjuangan dalam PRU12 yang lalu. Dan hasilnya Insya-Allah UMNO akan berubah menjadi lebih baik dalam memperjuangkan agama dan bangsa di masa akan datang.

Hayati kembali ucapan Dr. Burhanuddin al-Helmy dalam Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga pada tahun 1960 dan bandingkan dengan senario kini.

"Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.

Jadi apakah PAS masih berada di landasan perjuangan yang dirangka oleh pemimpin ulung terdahulu PAS yang benar-benar berjuang demi Melayu dan Islam? Realitinya senario PAS kini hanya berfungsi sebagai boneka DAP dan PKR semata-mata sayangkan undi minoriti. Tetapi dalam masa yang sama PAS lupa perjuangan bagi yang majoriti.

Kepada pengundi Kuala Terengganu, suka penulis mengingatkan agar mengggunakan kuasa undi secara bijaksana untuk menunjukkan bahawa kita semua prihatin!
Diedit pertama kali pada 3 Januari 2009
+

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin