16 Julai, 2009

Kuasa Melayu Islam terletak pada perpaduan

-
Oleh ROHAMI SHAFIE

SERUAN demi seruan dilaungkan agar orang Melayu Islam memperkukuhkan penyatuan. Ia dibuat dari peringkat bawah sehinggalah ke pemimpin atasan. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah turut memperkatakan isu yang sama sewaktu Muzakarah Cendekiawan Islam 2009.

Baginda meminta orang Melayu yang beragama Islam bersatu padu bagi membina modal pengupayaan Islam dan Melayu. Titah baginda mencakupi sejarah seperti Peristiwa Natrah pada Disember 1950 dan Tragedi 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Kedua-duanya menunjukkan kebangkitan orang Melayu Islam dan seterusnya memperkukuhkan perpaduan.

Titah baginda itu amat bertepatan dalam suasana orang Melayu Islam masih tercari-cari formula untuk kembali bersatu padu terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Dalam keadaan yang dilihat semakin meruncing ini, orang Melayu Islam tidak seharusnya hanya sekadar berpeluk tubuh.

Tanpa perpaduan, orang Melayu Islam mudah diperkotak-katikkan dan tidak mampu membina keupayaan sendiri.

Keupayaan ini amatlah penting dalam menghadapi cabarancabaran yang lebih besar dan sukar dijangka. Cabaran ekonomi umpamanya menuntut agar umat Melayu Islam bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi.

Globalisasi dan liberalisasi merupakan cabaran besar yang perlu diamati dan difahami oleh setiap individu Melayu Islam.

Namun kini, orang Melayu Islam tidak dapat menumpukan kekuatan untuk menghadapi perkara ini kerana banyak perkara yang kini dipersoalkan oleh pihak ketiga akibat daripada kekuatan perpaduan orang Melayu Islam yang semakin longgar dan berpecah belah.

Sehinggakan hak-hak keistimewaan Melayu Islam dipertikaikan dengan pelbagai analogi dan cemuhan seolah-olah Melayu Islam selama ini amat kejam kepada bangsa lain.

Sedangkan orang Melayu Islam merupakan bangsa dan mempunyai agama paling suci di dunia yang sentiasa memberi peluang kepada bangsa lain menikmati dan berkongsi kekayaan di tanah airnya sendiri.

Carilah bangsa lain di dunia, tiada yang sebegitu pemurah seperti orang Melayu Islam di Malaysia. Ini sejajar dengan ajaran Islam yang mengajar umatnya agar memberi keadilan untuk semua pihak.

Namun, jika tidak bersatu padu, orang Melayu Islam akan sentiasa ditekan. Tiada bangsa di dunia ini akan mengecapi kejayaan tanpa bersatu padu.

Tiada satu pun perkara boleh dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada penyatuan. Ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja. Ajaran Islam sendiri mengajar umatnya bersatu padu mengikut kiblat yang satu dan menyembah Tuhan yang satu - Allah SWT

Asasnya orang Melayu yang berbeza pendapat dan fahaman politik harus berpegang pada kiblat yang satu ini kerana mempunyai senjata yang amat ampuh iaitu memiliki agama yang terunggul di dunia iaitu Islam. Maka, Raja Nazrin bertitah mengenai betapa roh Islam yang amat mementingkan penyatuan dan menerima orang Islam sebagai saudara.

Perkara ini wajib dilakukan bagi mengekalkan kuasa Melayu Islam bukan sahaja setakat kuasa politik tetapi juga untuk membina keupayaan ekonomi dan pendidikan.

Bila kedua-dua ini dapat dibina, maka sudah pasti agenda-agenda Islam yang lain dapat diteruskan dengan lebih mudah lagi.

Orang Melayu Islam perlu mengambil iktibar daripada rusuhan kaum antara etnik Uighur dan Han di Xinjiang, China yang menampakkan betapa umat Islam di seluruh dunia sering menjadi mangsa kekejaman bangsa dan agama lain.

Etnik Uighur yang beragama Islam serta penduduk asal Xinjiang diperkotak-katikkan dengan mudah dan disisihkan terutamanya daripada sudut ekonomi.

Inilah pengajaran di depan mata yang perlu diambil oleh orang Melayu Islam. Kini kita masih ada kuasa politik, namun tidak mustahil kuasa politik ini tinggal sejarah jika orang Melayu Islam tidak bersatu padu. Inilah satu-satunya kuasa yang masih ada pada orang Melayu.

Orang Melayu Islam masih ketinggalan dalam serba-serbi. Jika perpaduan yang merupakan tunjang kuasa orang Melayu Islam tidak dapat diperkukuhkan, tidak mustahil banyak lagi tekanan akan dikenakan oleh pihak-pihak yang sentiasa mengintai ruang untuk mengambil kesempatan.

Maka orang Melayu Islam mesti mengetahui siapakah kawan dan siapakah lawan agar tidak mudah diperolok-olokkan.

Usaha memperkukuhkan perpaduan dan penyatuan perlu diteruskan tanpa adanya perkataan "putus asa".

Kita boleh berselisih pendapat, namun berselisih pendapat ini hanyalah semata-mata untuk mendapatkan keputusan terbaik dan tidak sesekali meminggirkan agenda Melayu Islam.

Banyak lagi usaha perlu dilakukan agar orang Melayu Islam bukan sahaja bersatu padu dalam erti kata kuasa politik tetapi juga bersatu padu untuk menjadikan agama Islam sentiasa disegani dan dihormati di Malaysia.

Inilah pengorbanan besar yang perlu dilakukan oleh setiap individu Melayu Islam tidak kira orang bawahan atau pemimpin atasan.

Lupakan segala sengketa dan dendam kerana ia bukan sahaja menjadikan orang Melayu berpecah belah tetapi juga mampu membinasakan ummah.

Titah Raja Nazrin agar orang Melayu Islam wajar membuat pembetulan dan kembali ke pangkal jalan seharusnya dirintis sepenuhnya sebelum nasi menjadi bubur.

PENULIS ialah Pensyarah di Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

(Sumber: Utusan Malaysia, 16 Julai 2009).
+

09 Julai, 2009

Saya sedih - Dr. Mahathir

-
PUTRAJAYA 8 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih atas keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran beliau enam tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri menjelaskan langkah memansuhkan dasar itu tidak dirundingkan dengan beliau sebaliknya kerajaan telah membuat keputusan lebih awal.

''Kerajaan telah membuat keputusan, saya hanya diberikan taklimat dan maklumat tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan.

''Saya ada mencadangkan supaya dasar itu dikekalkan bagi peringkat sekolah menengah tetapi itu pun ditolak, mereka tidak terima sama sekali, jadi itu bukan runding tapi hanya taklimat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi demikian terhadap keputusan kerajaan hari ini memansuhkan PPSMI berkuat kuasa pada 2012.

Dr. Mahathir berkata, pemansuhan PPSMI akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa apabila mereka tidak dapat mempelajari perkembangan ilmu Sains dan Matematik pada masa depan.

Beliau turut mempertikaikan alasan pemansuhan dasar tersebut bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan kerana penggunaan semula bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik hanya melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan.

Sedangkan, katanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi mengajar kedua-dua subjek tersebut.

Mengenai masalah guru Sains dan Matematik yang tidak fasih berbahasa Inggeris, beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab melatih dan mengeluarkan guru-guru yang mampu berbahasa Inggeris.

''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.

''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.

Mengenai langkah kerajaan mahu melatih lebih ramai guru bahasa Inggeris, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang baik.

''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi masa depan anak-anak kita," katanya.

Sebenarnya, kata beliau, dasar PPSMI tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kerajaan pernah menukar pembelajaran berasaskan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

''Pada masa itu tidak ada bantahan sedangkan ketika itu ramai guru tidak fasih berbahasa Melayu tetapi akhirnya mereka berjaya menguasai bahasa kebangsaan.

''Jadi, pada masa ini kalau kita guna bahasa campur-campur pun tak apa tetapi pada masa yang sama kita perbaiki prestasi guru," katanya.
(Sumber: Utusan Malaysia, 9 Julai 2009).
+

24 Jun, 2009

Satu Sekolah Untuk Semua: Pungutan Suara

-
Blog Demi Negara telah melancarkan kempen menggesa pihak kerajaan agar melaksanakan satu pungutan suara berhubung pelaksanaan sekolah satu sistem di negara ini. Sebagai Anak Bangsa Malaysia yang cintakan perpaduan, penulis menyokong penuh gesaan pungutan suara yang dibuat oleh blog Demi Negara tersebut.

Secara sinisnya, agak aneh apabila terdapat individu yang masih mempertahankan segregasi setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan. Suka penulis memetik kata-kata negarawan kita iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak dalam Penyata Razak 1956 sebagai pembakar semangat meneruskan perjuangan sebenar menyatukan anak bangsa Malaysia.

Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. - Penyata Razak, Perenggan 12, 1956.

Kata-kata tersebut menunjukkan betapa perlunya sekolah satu sistem diguna pakai dalam sistem pendidikan negara. Kempen Satu Sekolah Untuk Semua sangat bertepatan dengan hasrat yang tercetus dari jiwa negarawan Tun Abdul Razak sejak sekian lama lagi. Dan hasrat ini sebenarnya sentiasa dekat di hati pemimpin yang berjiwa negarawan.

Sudah tiba masanya anak-anak Malaysia bersekolah di sekolah satu sistem yang mengguna pakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di dalam Perlembagaan negara kita.

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua turut memberi penekanan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah satu sistem. Berikut diperturunkan Perkara 152 seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia:

Perkara 152. Bahasa Kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—

(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan

(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:

Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Jika diteliti klausa dalam setiap Fasal dalam Perkara 152 tersebut kita akan dapati bahawa Kempen Satu Sekolah Untuk Semua memang selari dengan kehendak Perlembagaan. Mari kita kaji dan bandingkan Perkara 152 dengan apa yang sebenarnya ditekankan oleh Kempen Satu Sekolah Untuk Semua.

Di dalam Fasal (1) ada ternukil bahawa:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Ya, melalui Satu Sekolah Untuk Semua, semua sekolah perlu mengguna pakai satu sistem dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, dan ianya sesuai dengan kedudukan bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan negara ini.

Dengan syarat bahawa—

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua tidak pun menyentuh untuk dirobohkan mana-mana sekolah-sekolah yang ada, cuma menyarankan satu sistem diguna pakai, dan yang pentingnya tidak pun melarang pengajaran, pembelajaran dan penggunaan bahasa selain Bahasa Kebangsaan atas maksud tidak rasmi.

Pendidikan terletak atas urusan rasmi. Dan urusan rasmi tersebut dikuatkan dengan wujudnya Akta Pendidikan. Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 29A, menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah di negara ini. Ini menunjukkan bahawa pendidikan adalah tergolong di bawah maksud rasmi.

Seksyen 29A (2) juga menjelaskan bahawa setiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Kempen ini tetap menekankan pemeliharaan dalam pengajian bahasa selain bahasa Melayu dengan mencadangkan penawaran pengajian bahasa selain bahasa Melayu di sekolah satu sistem.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Sekolah Kebangsaan (SK) telah pun mula menawarkan mata pelajaran bahasa Arab, Mandarin dan Tamil. Dan sebagai tambahan fakta, sebenarnya Bahasa Arab, Mandarin dan Tamil turut dipelajari oleh semua kaum di SK. Penulis difahamkan juga bahawa di Sabah, bahasa Kadazandusun turut diajar di SK.

Dalam peruntukan Fasal (2) dan seterusnya pula, terdapatnya unsur tolak ansur yang diberikan dengan mengambil kira masa untuk penyesuaian terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan memandangkan adalah tidak munasabah untuk mewajibkan pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan secara drastik (mengejut). Dan masa yang ditolak ansur tersebut ialah selama 10 tahun selepas kemerdekaan.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menimbulkan kesedaran rakyat akan peri pentingnya mewujudkan sekolah satu sistem di negara yang pelbagai kaum ini. Dan penulis percaya rakyat yang cintakan perpaduan menyokong pelbagai usaha ke arah penyatuan bangsa Malaysia.

Namun, kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan telah dipolitikkan dan dilengahkan oleh segelintir yang mendakwa berjuang demi rakyat dan negara tetapi tingkah laku mempertahan segregasi menzahirkan wajah sebenar mereka.

Khairul Anwar Shazali, Setiausaha Agung, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memetik pandangan Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arsyad bahawa perlu ada keazaman politik untuk merealisasikan sekolah satu sistem yang mana para pemimpin perlu telus dan tulus untuk mencapai hasrat murni ini.

Apa pun, selagi para penggubal undang-undang (ahli politik) masih berjiwa lemah dan tidak mempunyai keazaman politik yang tinggi, selagi itulah segregasi terus akan wujud. Dan selama itu jugalah hasrat dan suara hati rakyat terbanyak dipinggir.

Dan elok kiranya kerajaan memulangkan hak menentukan penyatuan bangsa Malaysia di tangan semua rakyat dengan mengadakan pungutan suara berhubung sekolah satu sistem. Dengan ini, blog Kembara Politik berpendirian turut sama menyokong blog Demi Negara dalam menggesa pihak kerajaan mengadakan pungutan suara.
+

12 Jun, 2009

Perkukuh prinsip kesopanan, kesusilaan

-
TEKS titah Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia di Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh, semalam.

BETA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari-Nya juga, Beta dapat berangkat ke Majlis Wacana Ilmu yang dianjurkan sempena ulang tahun hari keputeraan Beta ke-81.

Ilmu amat penting dalam kehidupan insan. Ilmu itu terus bercambah dan berkembang, terus diterokai dan dirintis, terus dipelajari dan dikuasai sepanjang hidup. Kaedah penyampaian dan kaedah penyebaran ilmu terus berubah selaras dengan dinamik berkomunikasi, bermula secara lisan beralih melalui perantaraan tulisan dan kini mengoptimumkan sepenuhnya saluran teknologi moden komunikasi elektronik. Perkembangan teknologi komunikasi itu juga adalah hasil daripada kejayaan penyelidikan yang hari ini memberi manfaat memenuhi peranan penyebaran dan penyampaian ilmu secara lebih berkesan.

Hari ini dunia kaya dengan sumber ilmu dan mendapat manfaat daripada saluran komunikasi yang semakin pantas, mudah dan canggih. Hari ini keupayaan menguasai teknologi komunikasi menjadi satu keperluan wajib dalam proses menimba ilmu.

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, insan yang gagal dan tertinggal daripada keupayaan menguasai teknologi komunikasi boleh dianggap tidak literate atau buta huruf.

Teknologi komunikasi dan teknologi penyelidikan telah memesatkan proses penemuan dan proses penyebaran ilmu.

Pelbagai disiplin baru dan pelbagai cabang ilmu kini ditemui. Kini ilmu juga turut memiliki nilai komersial lalu mendorong kepada kelahiran industri pendidikan yang memiliki kapasiti dan potensi mencetuskan sumber kekayaan baru.

Susulan daripada itu, institusi ilmu kini memiliki sifat baru, beralih daripada peranan asal bertujuan semata-mata untuk mengembangkan ilmu, kepada tujuan komersial kerana turut dipengaruhi oleh elemen-elemen keuntungan dan pemasaran.

Dalam sistem ekonomi bebas atau laissez-faire, apabila urusan diserahkan sepenuhnya kepada kelok permintaan dan bekalan, akan tercetuslah keadaan tidak saksama kepada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, dasar yang dapat mengimbangkan berlakunya kesaksamaan perlu dilaksanakan secara berkesan supaya rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah tidak akan tertinggal dan tersisih malah turut berpeluang mendapat ilmu dan mendapat tempat dalam pusat-pusat pengajian tinggi.

Berlandaskan semangat tersebut, atas kesedaran bahawa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak masih jauh tertinggal secara perbandingan dengan kaum-kaum lain di negara ini, Fasal 153-(2), Perlembagaan Negara memperuntukkan kuasa tertentu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak daripada segi biasiswa dan tempat pengajian.

Perkara 27B-(2) Perlembagaan Negeri Perak, memperuntukkan tanggungjawab yang sama kepada Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri ini adalah persetujuan yang telah dicapai secara bersama dalam semangat memberi dan menerima, dan dalam semangat memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-Raja Melayu. Oleh itu apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja telah melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah turut mempertikaikan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Para pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan tanggungjawab kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis; iaitu asas-asas yang telah dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka.

Penyimpangan daripada semangat asal yang telah dicapai, tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.

Pada masa yang sama, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalah gunakan di peringkat pelaksanaan hingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.

Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri, memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum-kaum lain yang sah dari segi undang-undang (legitimate interests) turut dilindungi.

Amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku. Setiap warga negara yang sah adalah rakyat Baginda yang harus diberikan keadilan yang setimpal.

Manusia biasanya dapat berfikiran rasional jika asas pertimbangan senantiasa didasarkan kepada ilmu lalu sesuatu peristiwa ditafsirkan secara objektif berdasarkan fakta.

Manusia yang mengasaskan tafsiran berdasarkan ilmu dapat memisahkan diri daripada pengaruh sentimen dan pengaruh emosi lalu dapat membezakan tentang apa yang dianggap fakta dengan apa yang diharapkan berlaku.

Ilmu menjadi bernilai jika ilmu yang telah dipelajari itu dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Ujian sebenar terhadap penguasaan ilmu adalah di peringkat aplikasi. Manusia yang berjaya menghayati ilmu akan memperlihatkan penguasaannya terhadap ilmu di peringkat aplikasi.

Insan berilmu akan memperlihatkan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan. Kesopanan dan Kesusilaan adalah prinsip kelima dalam Rukun Negara.

Lima puluh tahun yang lalu, ketika negara masih kurang bilangan cerdik pandai dan kurang bilangan profesional, kesopanan dan kesusilaan merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat di negara ini, merupakan komponen yang ditekankan dalam proses pendidikan dan penyampaian ilmu, merupakan elemen penting untuk mewujudkan kestabilan.

Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara senantiasa dihormati. Hari ini negara telah memiliki bilangan cerdik pandai dan bilangan profesional yang jauh lebih ramai. Namun telah mula memperlihatkan kelunturan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan.

Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah, tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersendakan dan dicabar secara terbuka.

Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian; atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang, di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga teralpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan.

Kesopanan dan kesusilaan berperanan penting dalam membina sahsiah seseorang insan. Kesopanan dan kesusilaan itu adalah sebahagian daripada budaya masyarakat kita yang harus disemai di kalangan warga ketika negara menuju untuk mencapai status negara maju.

Tamadun dan budaya agung sesuatu bangsa dibangunkan atas prinsip kesopanan dan kesusilaan. Nilai-nilai tersebut jangan sama sekali disisihkan. Nilai-nilai tersebut penting dalam membina jati diri dan daya tahan warga terutama ketika warga menghadapi pengaruh dari budaya asing dalam era globalisasi ini.

Ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat. Semoga komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian penting dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.

(Sumber: Utusan Malaysia, 12 Jun 2009).
+

Jangan pertikai kuasa Agong, Raja Melayu - Sultan Azlan

-
Oleh ZAINI RABAN
pengarang@utusan.com.my


IPOH 11 Jun - Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.

Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.

''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.

''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu sempena ulang tahun baginda yang ke-81 di Institut Tadbiran Islam Perak di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Sultan Azlan Shah turut memberi peringatan kepada para pemimpin negara bahawa mereka mempunyai tanggung jawab politik dan tanggung jawab kenegaraan.

''Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka,'' titah baginda.

Titah Sultan Azlan, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.

Pada masa sama, titah baginda, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.

''Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warganegara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.

Dalam pada itu, baginda menyuarakan rasa bimbang mengenai perubahan sikap terhadap insan berilmu, cerdik pandai dan profesional yang jumlahnya makin bertambah tetapi tidak mempunyai sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang merupakan elemen penting mewujudkan kestabilan.

''Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersenda secara terbuka.

''Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian.

''Atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga alpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titah baginda.

Titah baginda, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.

Justeru, baginda berharap agar komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.

(Sumber: Utusan Malaysia, 12 Jun 2009).
+

10 Jun, 2009

Data lengkap pencapaian ekonomi ikut kaum

-
KUALA LUMPUR 9 Jun - Kerajaan diminta mengeluarkan data terperinci pencapaian mengikut kaum dalam ekonomi meliputi peruncitan, borong, industri, pelancongan, perbankan, insurans dan lain-lain bidang.

Setiausaha Majlis Muafakat Melayu (MMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan (gambar) berkata, jika data itu menunjukkan penglibatan kaum yang tidak seimbang maka atas semangat 1 Malaysia, kerajaan secara bijaksana wajar melakukan pengubahsuaian.

Katanya, ini supaya komposisi kaum dalam aktiviti ekonomi dilihat lebih bersesuaian dan seimbang dengan demografi penduduk.

Menurutnya, sebab itulah data tersebut penting kerana kebanyakan perangkaan sebelum ini tidak mencerminkan keseluruhan ekonomi kerana hanya berasaskan bilangan profesional seperti peguam dan doktor.

''Apabila ada data terperinci maka kita tahu kaum mana yang ketinggalan sebenarnya, maka atas semangat Satu Malaysia, kita buat penyesuaian balik untuk imbangkan penglibatan kaum dalam ekonomi negara.

''Kalau Melayu lebih, maka buat penyesuaian. Tapi dalam hal ini, kita tahulah siapa yang lebih hingga tahap monopoli,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) mengulas kewajaran tuntutan kaum-kaum bukan pribumi yang dilihat banyak terkeluar daripada kewajarannya.

Menurut Zainal Abidin, kerajaan juga sewajarnya terbuka dalam memaparkan kedudukan sebenar ekonomi negara khususnya tentang kaum mana yang menjadi pemain utama di setiap sektor.

Katanya, dengan itu semua pihak boleh mengetahui kedudukan setiap kaum dan seterusnya menunjukkan secara tepat pengubahsuaian yang harus dilakukan bagi menyeimbangkan ekonomi negara.

''Dengan itu diharapkan tiada lagi suara-suara tidak puas hati menyoal penyaluran bantuan kerajaan walaupun sebenarnya usaha menyusun semula penduduk tidak boleh dilihat ikut kerangka perkauman.

''Formula Dasar Ekonomi Baru (DEB) menetapkan sasaran 30 peratus untuk bumiputera sedangkan jika diikutkan, ia juga boleh dipersoal kerana demografi penduduk Malaysia menunjukkan 65 peratus bumiputera,'' ujarnya.

(Sumber: Utusan Malaysia, 10 Jun 2009).
+

Dilema ekonomi Melayu

-
Oleh IBRAHIM ALI

Hari ini orang Melayu juga mengalami dilema ekonomi. Walaupun mulai 1970-an kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar Pembangunan Nasional (DPN), ekonomi orang Melayu masih tercorot dan amat ketinggalan.

Malangnya, segolongan bukan Melayu asyik mengecam dan mengkritik kerajaan, kononnya kerajaan tidak bersikap adil bila memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ada segolongan bukan Melayu juga mendesak agar kuota pemilikan saham Melayu sebanyak 30 peratus dimansuhkan.

Segolongan bukan Melayu juga mendesak supaya kuota biasiswa untuk pelajar bukan Melayu mesti ditambah. Kata mereka, orang Melayu wajar berlumba-lumba dalam hal pendidikan dan ekonomi negara menerusi sistem meritokrasi, iaitu sistem siapa hebat dia yang dapat, sistem siapa yang kuat, dia dapat semuanya. Kalau sistem ini dilaksanakan, orang Melayu akan terpinggir dan akhirnya lesap daripada bumi tercinta ini.

Dalam hal ini, sekali lagi saya ulangi, suara-suara yang mengungkit-ungkit keistimewaan Melayu pada hari ini adalah suara orang yang sudah dapat betis, mahukan paha. Ini suara orang tamak dan haloba, tidak menghargai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera yang mundur akibat penjajahan British. Kepada kelompok ini, fahamilah maksud perangkaan atau statistik di bawah.

Akibat dasar British membawa masuk orang asing ke Tanah Melayu tanpa sebarang kawalan, banci penduduk Tanah Melayu pada tahun 1931 mendapati jumlah orang asing ketika itu mengatasi pribumi di Tanah Melayu.

Pada tahun 1932-1933 ada kemelesetan ekonomi dunia. Orang asing pun ramai yang balik ke negara asal mereka. Biarpun begitu, banci penduduk Tanah Melayu pada 1947, pun masih mendapati orang asing mengatasi pribumi. Selepas Perang Dunia Kedua pada 1945, bancian penduduk Tanah Melayu, termasuk Singapura, mendapati daripada 5.7 juta penduduk ketika itu, orang Melayu dan Bumiputera hanya 2.5 juta orang, bukan Melayu seramai 3.2 juta orang (Cheah Boon Kheng 2007).

Perkembangan kependudukan seperti ini menyebabkan jumlah orang asing berbanding orang Melayu dan Bumiputera pada 1957 adalah hampir seimbang. Daripada keseluruhan rakyat Tanah Melayu ketika itu, 3.12 juta adalah orang Melayu dan Bumiputera. Orang Cina seramai 2.33 juta, India 690,000 dan 120,000 daripada lain-lain etnik (Federation of Malaya Year Book 1959).

Biarpun begitu, daripada segi ekonominya, keturunan Cina pada 1957 telah menguasai ekonomi negara secara kukuh sementara orang Melayu masih dalam kemiskinan. Contohnya, sejak 1937, pelaburan orang Cina di Tanah Melayu sudah pun menjangkau AS$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah AS$454.5 juta (Ling Liong Sik 1995:3).

Pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus hingga 75 peratus perdagangan eksport dan 60 peratus hingga 70 peratus perdagangan import. Syarikat-syarikat milik orang Cina ketika itu menguasai 10 peratus agensi eksport. Syarikat-syarikat etnik India pula menguasai dua peratus perdagangan berkenaan. Pada ketika itu, orang Melayu langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan. (Gomez & Jomo, 1997:14-15).

Pada tahun 2008, penduduk Malaysia adalah 25.056 juta. Melayu 13.667 juta, Bumiputera 2.963 juta, etnik Cina 6.256 juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi:2008).

Bagaimanapun, pemilikan modal saham pada 2008 adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus sahaja di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini, dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing.

Ekuiti Bumiputera sebanyak RM100 bilion pada tahun 2008 terbahagi kepada RM79.4 bilion atau 15 peratus milik individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilion atau 1.7 peratus milik agensi amanah. Ekuiti milik bukan Bumiputera, RM207 bilion atau 39 peratus dikuasai oleh etnik Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam tangan etnik India, dan RM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum. (The Star: 27.6.2008).

Statistik di atas membuktikan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera berbanding lain-lain etnik yang hampir seimbang sewaktu kemerdekaan tanah air, meningkat secara prominen pada 2008. Tetapi, kenyataan mengenai kemiskinan serta lain-lain petunjuk ekonomi di era sebelum merdeka adalah manifestasi dan dampak dasar pecah dan perintah penjajah British yang memihak kepada bukan Bumiputera dan menindas orang Melayu dan Bumiputera.

Petunjuk ekonomi di era sesudah merdeka, seperti pada tahun 2008, adalah realiti dan manifestasi bahawa sehingga hari ini, orang Melayu dan Bumiputera adalah golongan rakyat Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding bukan Bumiputera dan berbanding kedudukan pemodal asing di negara ini.

Hakikat ini jadi lebih ketara jika dikaji lain-lain petunjuk sosio-ekonomi seperti pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan relatif dan kemiskinan tegar, jumlah profesional Melayu dan Bumiputera dan sebagainya. Dikaji ikut perspektif mana sekalipun, adalah jelas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) terbukti belum berjaya mengatasi jurang perbezaan ekonomi dan kadar kemiskinan antara orang Melayu dan Bumiputera dengan bukan Bumiputera di Malaysia.

Oleh sebab itu, apakah asas yang menghalalkan segolongan orang bukan Melayu untuk mempersoalkan DEB, DPN, keistimewaan orang Melayu, biasiswa untuk Bumiputera dan segala-gala dasar yang disifatkan memihak kepada orang Melayu dan Bumiputera kebelakangan ini?

Apakah alasan kerajaan melayan desakan demi desakan, termasuklah dalam bidang pelajaran rendah, pelajaran menengah dan pendidikan tinggi, daripada sesetengah kelompok bukan Melayu pada hari ini?

Kepada golongan ini, ingatlah bahawa di era penjajah, hanya 10 peratus sahaja anak Melayu masuk universiti. Bakinya yang 90 peratus semuanya dibolot oleh bukan Melayu.

Dalam hal dilema ekonomi ini, saya juga merayu semoga kerajaan tidak akan berkompromi dan tidak akan tunduk kepada tuntutan keterlaluan oleh sesetengah kelompok bukan Melayu.

Saya juga menyeru segolongan pegawai Melayu yang selama ini kononnya kurang sensitif terhadap kemajuan orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi, supaya insaf dan ubah sikap untuk membantu Melayu dan Bumiputera dengan lebih ikhlas dan dedikasi.

Kepada seluruh pegawai dan profesional Melayu dalam bidang korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC), saya menyeru, fikirkanlah masa depan orang Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi dan perniagaan.

Janganlah bila sudah dapat tempat tinggi-tinggi, kelompok pegawai dan profesional Melayu ini jadi seperti kacang yang lupakan kulit. Jangan di pandang hina usahawan dan peniaga Melayu dan Bumiputera.

Ingatlah bahawa tanpa perjuangan Melayu terdahulu, para profesional Melayu dalam GLC dan mereka yang berada dalam sektor awam dan sektor korporat pada hari ini, belum pasti dapat menikmati kedudukan yang mereka nikmati sekarang.

Seluruh pegawai Melayu dalam sektor kerajaan dan GLC sewajarnya memberikan peluang perniagaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Jangan tergamak sesetengah pegawai menafikan peluang perniagaan yang sepatutnya diberikan kepada usahawan dan peniaga Melayu serta Bumiputera.

Badan-badan korporat dan GLC Melayu perlu turut memainkan tanggungjawab sosial kepada NGO dan pertubuhan Melayu yang mendukung perjuangan untuk memperkasakan aspirasi Melayu dan Bumiputera.

Mereka perlu mempunyai keutamaan dan fokus yang tepat dan betul mengenai perkara ini. Janganlah kalau untuk hiburan yang melekakan, mereka sanggup menderma hingga berjuta-juta ringgit jumlahnya. Janganlah pula untuk menggerak serta memperkasakan perjuangan Melayu dan Bumiputera, mereka sentiasa berdolak-dalik untuk membantu perjuangan ini.

Saya sangat berharap, semoga golongan pegawai-pegawai Melayu dan eksekutif Melayu dalam syarikat korporat dan GLC, tidak akan tergamak untuk mengkhianati aspirasi perjuangan Melayu. Jangan digadaikan masa depan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini di masa akan datang.

Demikianlah penegasan semula saya mengenai perjuangan orang Melayu dan Bumiputera pada hari ini. Penegasan semula ini saya lahirkan semata-mata kerana saya tidak rela orang Melayu dan Bumiputera terus dilanda dilema politik dan dilema ekonomi di tanah airnya sendiri.

Penegasan semula aspirasi perjuangan ini saya lakukan kerana saya tidak reda dagang lalu ditanakkan, anak di rumah mati kebuluran. Penegasan semula aspirasi perjuangan bangsa ini saya lafazkan kerana saya mahukan majoriti orang Melayu dan Bumiputera kembali memberikan sokongan serta keyakinan mereka kepada pemerintah.

Penegasan semula aspirasi perjuangan Melayu ini juga saya lahirkan supaya pihak pemerintah juga sentiasa mempertahankan seluruh hak dan keistimewaan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan yang termaktub dalam seluruh dasar afirmatif kerajaan.

Marilah sama-sama kita memohon restu dan hidayat daripada Allah SWT semoga usaha kita melakukan penegasan semula aspirasi perjuangan ini akan menghasilkan tindakan yang positif oleh semua pihak, rakyat jelata daripada semua keturunan, pemerintah, pemimpin politik, pemimpin masyarakat sivil, para pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan para pendukung GLC di Malaysia.

Datuk Ibrahim Ali ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

(Sumber: Utusan Malaysia, 9 Jun 2009).
+

26 Mei, 2009

Satu Sekolah Untuk Semua & Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

-
Penulis pohon kemaafan kepada semua pembaca kerana sudah agak lama tidak mengemas kini blog dengan posting terbaru. Penulis sangat sibuk dengan pelbagai perkara dan tugas yang perlu diselesaikan. Terima kasih kepada yang memberikan e-mel bertanya khabar dan sebagainya (saya amat menghargai keprihatinan rakan semua).

Penulis juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan padu yang diberikan terhadap Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSUS) oleh seluruh Anak Bangsa Malaysia yang benar-benar ikhlas ingin melihat anak-anak kita bermain, beramah mesra dan saling memahami di bawah satu bumbung persekolahan seawal usia kanak-kanak lagi.

Seperti apa yang penulis khuatir akhirnya berlaku juga. Ranjau sudah pun menanti di sepanjang jalan. Para aktivis dan pemimpin politik telah melihat kempen ini dari sudut yang sangat negatif. Kempen ini nampaknya tidak bermakna bagi pihak yang hanya memikirkan undi. Jelas sekali pemimpin tidak mahu berjiwa sebagai seorang negarawan apabila berdepan dengan isu ini.

Suara murni rakyat nampaknya tidak membawa apa-apa makna tanpa sokongan dari penggubal undang-undang (ahli politik). Tan Sri Muhyiddin dilaporkan menolak usaha ini. Namun, penulis menghormati keputusannya. Beliau mempunyai hak menerima atau menolak dan rakyat pula mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat melalui saluran yang betul demi negara tercinta.

Walau bagaimanapun, reaksi yang berlebihan ditunjukkan oleh pemimpin MCA iaitu Dato’ Dr. We Ka Siong. Wee Ka Siong selaku Timbalan Menteri Pelajaran I dilaporkan telah mengancam membuat laporan polis dan mengenakan tindakan undang-undang disebabkan kurang senang dengan kempen yang dilancarkan oleh komuniti Demi Negara.

Anehnya, ancaman laporan polis tidak pula kedengaran dari mulut Wee Ka Siong apabila beberapa pertubuhan Cina menuntut pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Cina ingin menyerahkan memorandum dan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Dimanakah Wee Ka Siong?

Sepatutnya, jika benarlah Wee Ka Siong berjiwa pemimpin tulen sudah tentu beliau mendesak pertubuhan tersebut kalau ingin membuat tuntutan sekali pun biarlah menuntut diajar dalam Bahasa Malaysia selaku bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Sekarang siapa yang perkauman sebenarnya? Dan dengan kedudukannya selaku Timbalan Menteri Pelajaran I sepatutnya beliau memperjuangkan dasar yang digubal oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pernahkah agaknya Wee Ka Siong membaca dan memahami inti pati apa yang digariskan oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010? Selaku Timbalan Menteri Pelajaran I adakah tindakan beliau mempertahankan pengasingan kaum melalui sistem pendidikan ini selari dengan kehendak PIPP? Tolong tolak ke tepi soal undi apabila bercakap soal perpaduan kaum melalui sistem pendidikan yang seharusnya wujud di negara kita.

Berikut penulis perturunkan hanya beberapa petikan ayat dari dokumen PIPP 2006-2010 (terlalu banyak kepincangan dengan scenario sebenar jika hendak diteliti ayat demi ayat dalam keseluruhan dokumen). Mari sama-sama membuat perbandingan sama ada kehendak PIPP itu bakal terlaksanakah dengan multi sistem pendidikan pada masa kini?

Dalam menjayakan Misi Nasional, KPM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Dengan usaha ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan diberikan tumpuan. Selain itu, proses menganalisis sejarah, perkembangan dan pencapaian dalam bidang pendidikan dijalankan kerana kesemua aspek ini merupakan tunjang dalam merangka strategi penyediaan PIPP, KPM.

(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, KPM, ms. 16).


Misi Nasional menggariskan keazaman untuk untuk menjadi sebuah negara yang teguh, maju dan bersatu kekal utuh walau pun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Bersatu? Adakah dengan 3 sistem? Atau lebih baik dengan hanya 1 sistem? Mengapa tidak dicuba 1 sistem pendidikan? Bukan mati pun anak-anak kita bergaul sesama kaum di satu bumbung sekolah yang sama!

PIPP dikatakan menggariskan focus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Antara fokus penting yang diberikan tumpuan di dalam PIPP ialah aspek memperkasakan Sekolah Kebangsaan yang ditulis secara khas di Bab 6 di bawah tajuk Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (ms. 76 – 88).
PIPP menggariskan bahawa setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan diberi tumpuan. Namun jurang dalam sistem pendidikan yang terasing dipisah-pisahkan seperti dasar Pecah-Perintah masih belum dapat ditangani oleh Kementerian Pelajaran Malaysia disebabkan oleh pelbagai ragam aktivis dan ahli politik.
Sistem pendidikan yang terasing ini seolah-olah menampakkan evolusi sistem pendidikan kita yang tidak berubah semenjak Zaman Pramerdeka (sebelum 1957) seperti mana yang dihurai di dalam PIPP (Bab 2, ms. 16-28):

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, pendidikan yang wujud adalah terasing, selari dengan corak pemerintahan Pecah-Perintah yang diamalkan penjajah Inggeris. Setiap kaum menubuhkan sekolah mereka iaitu sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Hanya dalam sekolah Inggeris sahaja kanak-kanak pelbagai kaum dapat belajar bersama tetapi sistem persekolah tersebut tidak dipersetujui oleh majoriti penduduk.
(PIPP, KPM, ms. 17).

Jadi apa bezanya dengan sekarang? Setelah 52 tahun merdeka?
Baca lagi yang berikut:
Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran mewujudkan satu sistem persekolahan…
(PIPP, KPM, ms. 17).

Malangnya sejak kemerdekaan sehingga kini (setelah 52 tahun merdeka), kesedaran tersebut dibiarkan timbul tanpa sebarang realisasi atas sebab tiadanya keazaman politik oleh para penggubal undang-undang (lawmakers). Hasrat murni rakyat dibiarkan sepi demi menjaga kepentingan undi penggubal undang-undang (ahli politik).
Ada eloknya jika Wee Ka Siong meletakkan jawatannya kerana segala pendiriannya jelas bertentangan dengan apa yang dimaktub dalam PIPP, KPM itu sendiri.

Kepada yang berhasrat meneruskan hasrat murni yang tertangguh setelah sekian lama ini bolehlah menyertai Kempen Satu Sekolah Untuk Semua dengan menandatangani petisyen di SINI.

Mari sama-sama berganding bahu merealisasikan Satu Sekolah Untuk Semua seperti mana yang dihasratkan oleh generasi-generasi yang terdahu sejak awal kemerdekaan lagi.

Sebagai renungan:
Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
(Penyata Razak, Perenggan 12, 1956).
+

15 Mei, 2009

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua: Tandatangan Petisyen, Pamer Logo & Hebah Kepada Anak Bangsa Malaysia

-
Akhirnya komuniti blog Demi Negara telah berjaya melaksanakan suatu usaha yang sungguh bermakna. Suatu usaha yang amat signifikan. Sesuatu yang sepatutnya telah lama dilaksanakan. Sesuatu yang telah lama ditolak dan ditarik umpama bermain layang-layang oleh para penggubal undang-undang dan aktivis politik yang hanya rakus memancing undi tanpa memberikan fokus terhadap suara hati sebenar seluruh anak Bangsa Malaysia yang benar-benar ikhlas melihat perpaduan seluruh rakyat.

Suara hati anak Bangsa Malaysia yang menginginkan perpaduan antara kaum dipupuk seawal usia muda bermula di bangku sekolah rendah lagi. Perpaduan antara kaum yang disemai melalui sekolah satu sistem dan aliran; bukannya pelbagai aliran yang hanya menyuburkan sikap saling syak-mensyaki antara satu sama lain. Sekolah pelbagai aliran yang memupuk sikap tiada toleransi antara semua kaum di negara tercinta ini.

Pelbagai aliran yang mencetuskan sikap tidak memahami antara kaum yang pelbagai latar belakang agama dan sebagainya. Orang Melayu dan Bumiputra memasuki Sekolah Kebangsaan, Cina pula cenderung ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, manakala India cenderung ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Akhirnya anak-anak kita diasing-asingkan oleh sistem yang dipertahan oleh penggubal undang-undang (ahli politik) dan para aktivis yang bersikap chauvinis.

Yang pastinya, tidak mungkin sistem TIGA aliran dapat menSATUpadukan anak bangsa Malaysia kita. Kita cuma mempunyai hanya SATU pilihan. Ya! Hanya SATU pilihan, bukannya TIGA. Hanya SATU pilihan: SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA. Janganlah usaha ini diremehkan dengan diberikan pelbagai dalih dan alasan (barangkali mereka sudah keras hati untuk tidak menyokong usaha ini!). Inilah masanya bagi semua rakyat untuk memberikan sokongan ke atas usaha perpaduan yang amat penting ini.

Penulis amat percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia ingin sekali melihat para penggubal undang-undang (ahli politik) dan para aktivis politik berlumba-lumba untuk merealisasikan hasrat murni satu sekolah untuk semua ini. Janganlah disekat hasrat ini dengan pelbagai alasan dan dalih semata-mata takut kehilangan pengundi dari kumpulan-kumpulan tertentu yang hanya pandai berselindung di sebalik slogan “Saya Anak Bangsa Malaysia” tanpa memahami apa sebenarnya maksud yang tersurat dan tersirat serta tuntutan usaha ke arah merealisasikan Anak Bangsa Malaysia tersebut.

Jelas sekali, kumpulan-kumpulan tertentu hanya menyalah gunakan slogan Anak Bangsa Malaysia demi memenuhi agenda tertentu sahaja. Walau bagaimana pun, penulis menyeru kepada semua Anak Bangsa Malaysia yang benar-benar ikhlas tanpa ada sebarang agenda tersembunyi untuk sama-sama berganding bahu menyuarakan suara hati sebenar kita demi melihat perpaduan generasi akan datang. Tolong ketepikan segala perbezaan pelbagai fahaman dari segi politik, bangsa, dan sebagainya demi satu sebab: Melahirkan Satu Bangsa Malaysia Yang Bersatu, Teguh dan Bersepadu.

Segala usaha yang dibuat inilah yang membezakan dimana letaknya KITA dan MEREKA yang hanya berselindung dan mengaku kononnya benar-benar berjiwa Anak Bangsa Malaysia sedangkan tindak-tanduk mereka tidak langsung mencerminkan perlakuan sebagai Anak Bangsa Malaysia.

Sudah tiba masanya seluruh rakyat bangkit memperjuangkan pendidikan satu sistem demi melihat anak-anak kita bermain bersama, saling kenal-mengenali antara pelbagai kaum, saling mengenal hati budi masing-masing, saling berinteraksi dengan lebih kerap di usia yang masih rebung. Memahami dan menghormati adab dan budaya sesama kaum.

Penulis mohon penglibatan semua rakan agar dapat mengambil bahagian dalam kempen ini mengikut kemampuan masing-masing. Sama-sama kita berganding bahu menyumbang tenaga apa yang termampu demi memastikan kejayaan kempen ini. Sebarkan dan hebahkan kepada semua Anak Bangsa Malaysia melalui e-mel, sms, facebook dan alternatif lain yang difikirkan sesuai sebagai cara menyebarkan usaha murni ini kepada semua.

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih buat semua Anak Bangsa Malaysia yang menyokong usaha murni ini!

Tandatangan petisyen menyokong KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA di SINI.
+

20 April, 2009

Bubar DUN: Lain Hulu Lain Parang...

-

Masih ingat lagi Kerajaan Langit 16 September 2008 Brader Anwar Bin Ibrahim? Penulis tidak pernah lupa sebab blog Kembara Politik ini dibina pada malam 16 September di mana Brader Anwar Bin Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai PM di hadapan gambar Agong bersama 32 kerusi (IKEA) yang didakwanya masih lagi tersimpan senarai nama tersebut dan sentiasa bertambah dari jam ke jam, dari hari ke hari…dari bulan ke bulan…dari tahun ke tahun (sambung sendiri).

Demam Tun Lah memikirkan Brader Anwar Bin Ibrahim bercita-cita nekad mahu duduk di kerusi empuk di Putrajaya. Antara akal Tun Lah ialah pembubaran Parlimen jika ura-ura melompat beramai-ramai hampir menjadi kenyataan. Maka, bergegaslah para pemimpin PR menemui pakar undang-undang iaitu Prof Dr Aziz Bari. Dan PR dengan kerjasama Prof yang kepala berat ke arah Pakatan Rakyat ni pun keluarkanlah interpretasi undang-undang yang boleh dibaca mengikut selera Brader Anwar Bin Ibrahim agar angan-angan 16 Septembernya tidak terkubur.

Diterbitkanlah pandangan Prof yang cenderung kepada Brader Anwar Bin Ibrahim ini dalam majalah yang sangat sahih (oleh puak-puak mereka) iaitu Harakah. Hitam kata Harakah, maka hitamlah lidah pejuang dan aktivis PR. Kalau putih kata Harakah, maka putihlah lidah pejuang dan aktivis PR. Almaklumlah, lidah rasmilah katakan.

Puaslah bersilat si Prof cap ayam (Prof Dr Aziz Bari) berhujah yang mana tegasnya BN tak boleh membubarkan Parlimen. Lidah rasmi PAS pun menerbitkan temu ramah ekslusif tersebut. Berikut sedikit sedutan dari Harakah. Penulis persoalkan mengapa interpretasi yang dibuat dahulu tidak lagi valid untuk krisis di Perak. Mari sama-sama baca dan persoalkan. Baca seperti di bawah:


Agong tidak boleh bubar Parlimen sesuka hati

Tarmizi Mohd Jam
Thu Feb 07, 08 5:52:50 pm MYT


Saya bergegas menghubungi Profesor Dr Abdul Aziz Bari untuk mendapat penjelasan lanjut kenapa Perlembagaan memberi kata putus kepada Yang di-Pertuan Agong dalam soal pembubaran Parlimen.

[Bergegas!…hehe..sekarang ni kenapa tak bergegas lagi? Merangkak pun takde…berguling atas jalan adalah kot? Hehe. Jgn marah ye!!]

Pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menjelaskan, Perlembagaan Malaysia mengambil iktibar dari pengalaman di Komanwel sejak lebih 100 tahun yang lalu dan Suruhanjaya Reid menyatakan bahawa adalah tidak bijak untuk memberi hak mutlak kepada kerajaan yang memerintah untuk membubarkan dewan.

[Haha..tahu pun..habis tu apasal buat hal lagi di Perak? Apasal tak nak terima keputusan Sultan?]

Dr Abdul Aziz menambah bahawa sebab mengapa ia tidak bijak ialah kerana pilihan raya mengambil masa, memakan biaya dan menganggu pentadbiran negara jika ia terlalu kerap diadakan.

[Sekarang kenapa Prof tak nasihatkan rakan-rakan Prof yg dari PR tu berkenaan scenario di Perak? Saya terguling gelak tengok ahli akademik cap ayam macam Prof Dr Aziz Bari ni.]

Nota: Untuk berita penuh dari Harakah sila rujuk di SINI.


Baca lagi berita dari Harakah yang satu lagi ni kemudian buat perbandingan dengan isu krisis politik di Perak yang mana puak-puak PR ni sengaja tidak mahu menerima kenyataan. Derhaka tak sudah! Mari sama-sama baca dan bandingkan scenario di Perak. Baca seperti di bawah:


Pilihan raya semula bertentangan dengan Perlembagaan - Aziz Bari
Harakahdaily
Wed May 28, 08 12:49:40 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Professor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Aziz Bari berkata, tindakan membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan semula sekarang adalah bertentangan dengan peruntukan dan semangat Perlembagaan.

[Bertentangan dengan semangat Perlembagaan ye? Habis tu kenapa PR keras kepala sangat sekarang ni?]

"Segala peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diterokai terlebih dahulu sebelum mengadakan pilihan raya sekali lagi," katanya kepada Harakah, mengulas kemungkinan berlakunya pilihan raya umum tergempar ekoran keadaan politik yang tidak menentu dalam negara sekarang.

Pakar Perlembagaan itu berkata, prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan mesti terlebih dahulu digunakan dan ini merupakan salah satu alasan mengapa pilihan raya bukan cara terbaik untuk diambil sekarang.

Bahkan katanya, pilihan raya bukanlah kaedah yang sesuai untuk keadaan sekarang.

[Tahu pun tak sesuai! Tapi kenapa sekarang sesuai pula di Perak? Hehe. Cap ayam la lu Prof Aziz Bari!]

Baru-baru ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya umum tergempar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Haji Wan Ahmad Wan Omar pula dilaporkan berkata, pilihan raya tergempar boleh diadakan bila-bila masa daripada sekarang.

Dua minggu lepas menteri kabinet, Dato' Shahrir Abdul Samad memberitahu ahli Umno supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya baru berikutan kejutan yang dibuat oleh bekas presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamed keluar parti.

Aziz tidak bersetuju dengan pandangan Wan Ahmad kerana biarpun Perdana Menteri mempunyai kebebasan untuk memohon supaya parlimen dibubarkan, namun kata putus adalah pada tangan Yang di-Pertuan Agong.

"SPR telah mewujudkan pandangan yang salah bahawa kerajaan mempunyai kebebasan untuk sewenang-wenangnya mengadakan pilihan raya umum," katanya.

[Tahu pun Agong ada kuasa pemutus untuk perkenan bubar atau tidak. Habis kenapa sekarang derhaka?]

Beliau memberikan dua alasan mengapa pembubaran parlimen dan pilihan raya tidak perlu diadakan.

Pertama katanya, buat masa ini wujud kerajaan alternatif yang berpotensi iaitu Pakatan Rakyat. Agong perlu tunggu sehingga proses melompat parti selesai dan kemudian mengarahkan kerajaan sekarang melepaskan kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 43(4). Dan kemudian Agong akan melantik kerajaan baru di bawah Artikel 43(2)(a) dan (b).

Kedua katanya, pilihan raya umum baru sahaja diadakan iaitu pada Mac lalu. Walaupun kerajaan berada dalam keadaan terumbang-ambing, Agong perlu menggalakkan ia dibentuk semula melalui parlimen sedia ada.

[Langkah Pertama & Kedua tu menarik betul! Apa yang Sultan Perak buat sama dengan apa yang Prof sarankan masa memberikan taklimat pada boss Brader Anwar bin Ibrahim semasa pra penubuhan Kerajaan Langit 16 September 2008 Brader Anwar Bin Ibrahim dahulu.]

Nota: Untuk berita penuh sila rujuk di SINI.

Kepada para aktivis dan para pemimpin Pakatan Rakyat: Apa cerita? Ngeh Ngeh Ngeh!! <--- Ketawa Orang Perak.

Baca juga berita Harakah berikut - Bubar Dun Perak, tegakkan demokrasi!
+

19 April, 2009

Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda

-
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.

"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Ahad.
Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.

Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.

Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.
"Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.

"Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.

Bernama melaporkan Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.

"Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.

"Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.

Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.

Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.

Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik.

"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.

"Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan," titah baginda.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlis penganugerahan hari ini.

Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.-19/4/2009

Sumber: Agenda Daily, 19 April 2009.
+

18 April, 2009

EDISI KHAS BUAT ADIK RI: Master ke Ph.D! Tahniah!!!

-
POST KHAS buat ADIK RI!

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Tahniah sebab dapat naik taraf dari Master ke Ph.D! Tambah setahun aje untuk lengkapkan Ph.D. Wow! Bestnya! Alhamdulillah. De bangga sebab Adik Ri boleh buat Ph.D di usia 24 tahun! Cukup umur 25/26 dapatlah title Dr kat depan nama tu (hehe). InsyaAllah. Buat elok-elok.

P/S: InsyaAllah, nanti De bincang dengan Abah & Mak untuk buat kenduri kesyukuran di kampung.
+

Pencabulan Undang-Undang; Ketuanan Pakatan Rakyat; & Spin Hanipa Maidin

-
Berikut beberapa lagi pandangan Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin berhubung isu penggantungan MB Perak dan 6 EXCOnya. Rujuk link-link komen (komen 1, komen 2, dan komen 3) yang disertakan untuk membaca komen asal beliau.


Komen 1 (klik untuk membaca komen asal).

Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan sama ada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC adalah sah di sisi undang-undang. Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" itu pun jika dilayan (with leave) mahkamah.

Perlu ingat bahawa Mahkamah Persekutuan sudah pun memutuskan bahawa 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN? Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat.


Tambahan pula, kini penggantungan MB Dato' Zambry dan EXCOnya tidak sah.

Isunya sekarang, apakah tindakan jenayah (pendakwaan) akan diambil terhadap beliau?

Bermakna masalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

Di bawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka-mereka yang bersekongkol juga) adalah berat:

121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.


Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

121C. Abetting offences under section 121A or 121B.


Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.


Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090416170917/Article/index_html

Khamis, 16 April 2009 , 20 Rabiulakhir 1430

Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya: Dr Zambry

LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri (DUN).

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri, V Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.

Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang.

Beliau setakat menyatakan bahawa persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lalu pada November lalu.

Menteri Besar itu tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan pada esok atau pun awal minggu depan.

Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. - Bernama


http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

April 16, 2009 12:17 PM
Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.


In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void.

Justice Alauddin also said that under Article 63 of the Perak Constitution, the court had the power to dispose of an originating summons filed by Zambry and the six councillors at the Ipoh High Court on March 2 with no order as to costs.

Alauddin, who sat with Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria and Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul and Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, had adjourned the hearing for 45 minutes before coming to the decision.

Zambry and the six -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid and Dr Mah Hang Soon -- brought the case to the Federal Court under Article 44 of the Perak state constitution to seek a declaration that the suspension meted out on them by Sivakumar was null and void.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang-Undang Awam)
Kulliyah UndangUndang IIUM


Komen 2 (klik untuk membaca komen asal).

Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan UndangUndang Sultan. Bukankah semua undang-undang memerlukan perkenan Sultan juga?

Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berperlembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berperlembagaan.

Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (di bawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN-ADUN/ Ahli-ahli Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

“Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsurunsur komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti-aktiviti subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja-Raja – Kanun Keseksaan).

Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang-Undang Awam)
IIUM


Komen 3 (klik untuk membaca komen asal).

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Petikan (beberapa saja) dari: http://hamirdin.blogspot.com/2009/04/zambry-tak-boleh-hadhir-sidang-dun.html

Saturday, April 18, 2009

ZAMBRY TAK BOLEH HADHIR SIDANG DUN

Assalamualaikum,

Oleh
Mohamed Hanipa Maidin

Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517
April 16, 2009 12:17 PM

Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void. (Sedikit petikan sahaja).

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Pada pandangan saya (Dr Abdul Rani), permohonan kesepuluh-puluh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuluh-puluh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi, res ipsa loquitornya (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang-Undang. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup untuk mereka menghadiri sidang DUN.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

Keputusan mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar tentulah bermaksud (res ipsa loquitor) bahawa “menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibukitkan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

Mahkamah Persekutuan bersidang atas kapasiti bidangkuasa sivilnya bukan dalam bidangkuasa jenayahnya. Persoalan hendak mensabitkan Speaker dengan suatu kesalahan tidak timbul. Dalam hal ini, terserah kepada polis untuk melakukan siasatan (Akta Polis dan Kanun Keseksaan (antara lainnya) terpakai.

Seterusnya, terpulang kepada Pendakwa Raya (Artikel 145(3) Perlembaggan Persekutuan dibaca dengan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah) untuk membuat pendakwaan menggunakan mana-mana undang2 bertulis yang relevan. Seperti semua pengamal undng2 menetahui, beban undang2 diatas bahu Pendakwa untuk mendapatkan sabitan dan baharulah mahkamah boleh tentukan samada sabit atau tidak. Maka dalam bidangkuasa sivil, permohonan ini ini tidak relevanpun.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Tugas ADUN adalah isu berbeza. Isu yang relevan kini ialah boleh atau tidak mereka hadiri sidang DUN?

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Dengan pembatalan itu, bukankah mereka sudah boleh hadir sidang DUN?

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Pemberian Kos adalah budibicara Mahkamah - mungkin kerana pihak-pihak bertelagah adalah kakitangan kerajaan.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Ap perbezaan diantara "berhenti makan sebelum kenyang" dengan "jangan makan sampai kenyang"? atau air "separuh penuh" dengan "separuh kosong"?

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani):

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah (Jabatan Undang-Undang Awam)
Fakulti Undang-Undang IIUM
+