+
Penulis memerhati senario politik tanahair dengan begitu teliti. Melihat dan mendengar pandangan dan luahan penyokong akar umbi UMNO itu sendiri. Isu besar yang gagal ditangani oleh UMNO berlegar kepada 2 perkara besar.
Pertamanya isu hutang RM42 bilion 1MDB. Suatu angka yang sangat besar yang menaikkan kemarahan penyokong UMNO itu sendiri. Kita tidak mengambil kira pandangan dan luahan penyokong pembangkang yang sudah tentunya tidak akan memberikan sokongan kepada BN pada PRU akan datang.
Keduanya isu dana politik RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Ini juga tidak dapat dijelaskan dengan wajar dan tidak nampak kewajaran jawapan yang diberikan. Penyokong UMNO sendiri melihat jawapan yang diberikan oleh loyalis presiden sangat pelik dan aneh apatah lagi di pihak pembangkang. RM2.6 bilion derma? Mana logik akalnya?
Penyokong UMNO yang dahulunya giat mempertahankan UMNO akhirnya mengambil jalan untuk tidak mempertahankan presiden kerana mereka sedar bahawa tidak ada satu pun fakta konkrit yang boleh digunakan untuk mempertahankan presiden parti. Semua jawapan yang dikeluarkan oleh PMO, Menteri dan PM sendiri tidak langsung meyakinkan dan lebih parah jawapan itu dilihat sangat lucu.
Ketua bahagian ramai yang mengambil 'jalan selamat' dengan tidak menceritakan keadaan sebenar tahap sokongan akar umbi. 'Jalan selamat' ini sebenarnya adalah 'jalan mati' bagi parti. Ramai sahabat penulis yang dahulunya giat mempertahankan UMNO akhirnya beralih arah untuk tidak mempertahankan presiden. Malah ramai yang beralih arah dan menyatakan sokongan kepada PAS (tetapi tidak kepada DAP dan PKR). Paling tidak pun mereka tidak akan keluar mengundi pada PRU akan datang.
Jika keadaan ini berterusan, UMNO bakal kalah besar pada PRU yang akan datang. Terserah kepada semua ahli UMNO untuk menyelamatkan UMNO dari terkubur.
Kepada Allah Kita Berserah.
_
17 Ogos, 2015
23 Oktober, 2014
ISU SENTUH ANJING: DAP DAN PKR CUBA MENGALIHKAN ISU KEPADA ISU POLITIK SUPAYA ISLAM BERPECAH
Isu kempen “ I want to touch a
dog” masih lagi hangat diperkatakan. Umat islam di Malaysia majoritinya menolak
kempen ini. umat islam bersatu dan mempunyai satu suara yang menolak kempen
seperti ini. kempen ini juga mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap islam dan
dilakukan dengan ilmu yang cetek terhadap islam. Kempen ini juga di khuatiri
sudah diresapi dengan fahaman islam liberal yang boleh menjadikan akidah umat
terpesong. Memang sepatutnya umat islam itu bersatu dan menolak kempen seperti
ini. Bersatu kerana agama islam.
Disebabkan umat islam itu bersatu
dalam hal ini, dan ini telah meresahkan musuh umat islam dan juga orang-orang
tidak mahu islam itu bersatu. Beberapa update didalam twitter dan FB telah
dikesan cuba menjadikan isu “I want to touch a dog” sebagai isu politik. Dimana
umat islam itu mudah berpecah jika ia melibatkan politik.
Pada Mulanya Nurul
Izzah mengucapkan tahniah kpada penganjur- sedangkan kempen ini tiada kaitan
dengan PKR pun.
Kemudian Nga Kor Ming- secara tiba-tiba mengaitkan isu ini
dengan UMNO. Tiada seorang pemimpin UMNO yang bersuara tentang kempen ini,
macam mana tiba-tiba Nga Kor Ming ini boleh mengaitkan isu ini dengan UMNO.
Dimana logiknya?
Para penyokong PR pula telah memuat naik gambar-gambar
pemimpin UMNO dan mengaitkan mereka dengan kempen ini. seolah-olah mereka mahu
mengatakan “pemimpin UMNO juga ada buat dosa, apa salahnya umat islam buat dosa
lagi dengan kempen sentuh anjing ini”.
PR cuba mensensasikan isu ini
supaya menjadi isu politik. Apakah tujuan sebenar mereka membuat ini? adakah mahu
memastikan umat islam itu terus berpecah, supaya islam itu jatuh tersungkur di
Tanah Melayu ini.
Ayuh umat islam jangan terpengaruh dakyah golongan ini.
Teruskan mengecam orang-orang yang membuat kempen ini, supaya tiada lagi orang
yang mahu menganjurkan kempen yang secara tidak langsung membuat provokasi dan fitnah terhadap
islam. Teruskan boikot pasaraya yang menjadi tempat kempen maksiat seperti “ I want
to touch a dog” dan “octoberfest”, supaya pada masa akan datang tiada pasaraya
atau tempat lain yang berani memberikan tempat untuk tujuan seperti ini.
21 Oktober, 2014
KEMPEN SENTUH ANJING, ONE UTAMA, ISLAM LIBERAL DAN POLITIK
Pada 19 october 2014, satu kempen saya ingin sentuh anjing ( I
want to touch a dog) telah diadakan di One Utama shopping center. Tujuan kempen ini adalah
membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap
anjing. Satu kempen yang dibuat khas untuk umat islam. Adakah pada pandangan
penganjur kempen ini, islam menggalakkan umatnya berlaku kejam terhadap anjing?
Adakah penganjur kempen ini (Syed Azmi Alhabshi) kurang
didikan agama islam atau dia mempunyai agenda mengliberalkan islam (seperti
kata ustaz Kazim Elias).
Sekiranya penganjur ingin
menyatakan umat islam ini berlaku kejam terhadap anjing. Untuk pengetahuan
pembaca, Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap kejam terhadap mana-mana
binatang. Jika tujuan akhir kempen itu, untuk menggalakkan umat islam membela
anjing seperti membela kucing, itu sama seperti menggalakkan
umat islam membuat
dosa. Tidakkah pengajur kempen (merupakan umat islam) sekiranya rumah mempunyai
anjing malaikat tidak masuk rumah. Pada pandangan penulis, melihat kempen ini dari
segi apa pun ia lebih memberikan perspektif negative terhadap islam dalam erti
kata lain kempen ini memfitnah islam. Seolah-olah ingin menunjukkan islam ini
kejam terhadap anjing dan juga ajaran islam tentang anjing adalah salah. Dan yang
paling menyedihkan ada surat kebenaran MAIS dan juga tazkirah membenarkan umat
islam menyentuh anjing tanpa darurat. Sepertinya ustaz yang memberi tazkirah
itu tidak mempunyai ilmu yang cukup. cukup menyedihkan.
Bagaimanapun umat islam dan para
ustaz, ulama diseluruh Malaysia menentang kempen ini. Umat islam nampaknya
bersatu menentangnya. Tetapi dengan tidak semena-mena Nurul Izzah (anak DS
Anwar Ibrahim), mengucapkan tahniah terhadap penganjuran kempen ini. Selepas
itu, para penyokong PKR yang beragama islam bermati-matian mempertahankan
pendapat pemimpin mereka itu. Dan akhirnya umat islam yang bersatu tadi
berpecah dua kerana politik. Apakah tujuan Nurul Izzah mengucapkan tahniah
kepada penganjur? Mahu memesongkan isu ini menjadi isu politik dimana umat
islam itu berpecah. Nanti pada akhirnya kempen meng-liberalkan islam mencapai
kemenangan. Sudah acap kali isu agama dipesongkan menjadi isu politik oleh
penyokong PKR. Sebelum ini isu video menghina Nabi Muhammad di luar Negara,
tetapi disini menjadi isu politik. Yang berpecah umat islam, yang rugi juga islam,
fikirkan…
Dalam bulan oktober dua
kemungkaran besar telah berlaku di One Utama, pesta Arak (octoberfest) dan
Kempen menyentuh anjing (I want to touch a dog) target audience nya adalah umat
islam. One utama sekali lagi menjadi tempat pengajuran aktiviti yang mencabar isla. Apa yang berlaku terhadap umat islam di Bandar Utama dan sekitarnya? Adakah
mereka telah diresapi oleh islam liberal? Adakah disana menjadi pusat
menjatuhkan umat islam. Umat islam di sekitar Bandar utama kebanyakannya
merupakan mereka yang telah Berjaya dan kaya raya. Samaada mereka diresapi oleh
islam liberal atau tidak “wallahualam”.
Tetapi kita sebagai umat islam harus bersatu dan
menentang kempen seperti ini. Boikot One Utama kerana penganjuran Octoberfest dan kempen "i want to touch a dog". Terus tingkatkan kecaman terhadap orang islam yang menganjurkan kempen yang
salah di sisi Islam. Berikut adalah fatwa kebangsaan tentang pegang anjing http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf
13 Oktober, 2014
"BUY IN ONE UTAMA LAST "- SEBAGAI BANTAHAN PENGANJURAN PESTA ARAK SECARA TERBUKA!!
Grand final Oktoberfest (pesta
arak) telah pun diadakan secara terbuka buat pertama kalinya di
Malaysia.
Kemuncak pesta arak ini telah diadakan di ruang tempat letak kereta One Utama,
pada 11 dan 12 oktober 2014. Ironinya Malaysia merupakan Negara islam dan
mempunyai majority penduduk beragama islam.
Papan iklan mempromosikan pesta
ini cukup gah di tayangkan di Shah Alam (ibu negeri yang mempunyai majority
umat islam.Jika promosi terbuka seperti itu dikatakan hanya untuk orang bukan
islam, memang sungguh pelik. Kalau mahu mempromosikan kepada “target customer”,
mungkin tidak perlu iklan terbuka seperti di shah alam.
Umat islam di sekitar lembah
klang telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran pesta arak secara
terbuka. Tetapi malangnya bantahan ini tidak diendahkan, bantahan juga dibuat
oleh parti politik melayu (UMNO dan PAS). Malangnya ada MP dari PAS
yang
menyokong pesta ini. Parti politik yang berasaskan kaum lain tidak membantah
pesta ini, malah pemimpin dari DAP dan PKR menghadiri pesta arak ini. MB
Selangor dari PKR juga tidak mahu membantah pesta ini. Umat islam bukan mahu
menidakkan hak penganut agama lain untuk minum arak, tetapi umat islam tidak
mahu pesta ini diadakan secara terbuka. Pengiklanan secara terbuka di Shah alam
itu juga seolah-olah seperti provokasi terhadap umat islam. Umat islam di
lembah klang tidak pun membantah beberapa siri pesta arak ini, kerana ia
diadakan secara tertutup, tetapi mereka membantah acara kemuncaknya kerana ia
diadakan secara terbuka.
Sensitivity umat islam dinegara
ini telah di kacau dengan penganjuran grand final Octoberfest 2014 secara
terbuka ini. Segala bantahan umat islam kepada octoberfest ini dipandang sepi.
Pemimpin-pemimpin islam hanya mementingkan kuasa daripada menjaga sensitivity
umat islam.
Sekiranya perkara ini dibiarkan,
pasti akan ada pesta-pesta yang bersifat provokasi seperti ini pada
masa akan
datang. Umat islam perlu bersatu dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan
perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang. Umat islam perlu menggunakan
kekuatan kita. Pada ketika ini antara kekuatan umat islam di Malaysia adalah
kuasa membeli. Mungkin Umat islam berbelanja di pasaraya lain selain One Utama
sebagai tindakan bantahan kerana menganjurkan pesta arak secara terbuka.
Mungkin dengan tindakan seperti ini, umat islam dapat memberikan mesej kepada
mana-mana pasaraya supaya mengambil endah tentang sensitivity umat islam
sebelum menganjurkan apa-apa aktiviti secara terbuka. Umat islam sebelum ini
telah Berjaya dalam kempen menyelamatkan Palestine dengan menggunakan kaedah
boikot sebuah franchise makan segera terkemuka. Ini membuktikan umat islam di
Malaysia mempunyai kekuatan dalam kuasa membeli. Kita perlu menggunakan
kekuatan ini sekali lagi untuk mengelakkan pesta seperti ini dibuat secara terbuka
di Malaysia.
Ayuh!! Bangunlah umat islam
nyatakan bantahan ini. Walaupun pesta itu telah berakhir, tetapi umat islam
perlu sampaikan mesej bantahan ini kepada semua rakyat dan pemimpin. Supaya ia
tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. BERBELANJALAH SELAIN DARIPADA
ONE UTAMA.
04 Oktober, 2014
Buku Mesti Baca: The Colour of Inequality
Penulis baharu sahaja menerima kiriman Poslaju buku di atas pada sebelah pagi tadi daripada MPH yang mana penulis membelinya secara online dengan harga RM40 (perlu ditambah RM7 kos penghantaran).
Buku yang berjudul "The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia" ditulis oleh pakar ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid, PhD.
Buku yang mengandungi 6 bab ini secara umumnya membincangkan secara ilmiah tentang jurang agihan pendapatan dan kekayaan di Malaysia.
Penulis baharu sahaja selesai membaca Bab 1 - Pengenalan dan Latarbelakang (Chapter 1 - Introduction and Background).
Dalam bab pengenalan ini sahaja pembaca sudah dibentangkan dengan gaya penulisan yang sangat menyakinkan dengan semua pernyataan yang diberikan disokong dengan fakta dan angka dari pelbagai sumber.
Dengan menghabiskan bab pengenalan yang padat dengan facts dan figures yang menarik ini sahaja membuatkan pembaca rasa sangat teruja untuk meneruskan bacaan sehingga ke muka surat terakhir!
02 Oktober, 2014
MINYAK NAIK: KENYATAAN KERAJAAN VS LUAHAN RAKYAT
KENYATAAN
KERAJAAN
|
LUAHAN
RAKYAT
|
MOF on the fuel subsidy subsequent to last
night:
"Subsidi RON95 & Diesel: Sedikit penjelasan. 1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak. 2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter. 3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan. 4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel. 5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil. 6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion setahun yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan. 7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini. 8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan. 9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia. 10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik. 11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll. 12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. |
1. Harga minyak naik mendorong kepada harga
barangan lain naik juga. Total harga barang keperluan naik melebihi BRIM yang
diberi, memberi tekanan kos sara hidup.
2. Kerajaan cakap akan halang kenaikan harga
barang, tetapi hakikatnya harga barang tetap naik walaupun kenaikan harga
barang adalah daripada manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan
tidak serius dalam menghalang harga barang naik.
3. Kerajaan mengejar status Negara maju sebagai
alasan rasionalisasi subsisdi. Tetapi apakah makna Negara maju sekiranya
rakyat berhadapan dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi?
4.
|

SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, KITA BOLEH MENYATAKAN KESUSAHAN DAN MEMINTA KERAJAAN CARI JALAN LAIN SELAIN NAIKKAN HARGA MINYAK.
BAGAIMANAPUN UNTUK MEMILIH PAKATAN RAKYAT SEBAGAI PENGGANTI BN
ADALAH SUATU KESILAPAN YANG BESAR, KERANA APA YANG TELAH DILAKUKAN DISELANGOR DAN PULAU PINANG JELAS MENGGAMBARKAN PR LEBIH TERUK DARIPADA BN. MEREKA LEBIH MEMENTINGKAN KUASA DARIPADA RAKYAT.
ADALAH SUATU KESILAPAN YANG BESAR, KERANA APA YANG TELAH DILAKUKAN DISELANGOR DAN PULAU PINANG JELAS MENGGAMBARKAN PR LEBIH TERUK DARIPADA BN. MEREKA LEBIH MEMENTINGKAN KUASA DARIPADA RAKYAT.
ADALAH LEBIH BAIK RAKYAT MEMPERBAIKI BN DARIPADA MEMILIH PAKATAN RAKYAT.
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
'Masalah Sikap' vs 'Cemburu'
#justiceforMH17
16 September 2008
1Malaysia
1MDB
22 tahun tanpa konflik kaum
3 billion
31 Ogos 2009
5 Ogos 1957
Abdullah
ABIM
Acaro Solingan
Adik Siti Amynur Ain
AIDC
Air percuma
AirAsia
Akta hasutan
Akta Hasutan 1948
Akta Pendidikan 1996
Aktivis
Al-Fatihah
Allahyarham Tun Abdul Razak
Altantuya
Altel
Aman Malaysia
Ambiga
Anak Bangsa Malaysia?
Anak Wayang Pas
analisa PRU13
ancaman islam di Malaysia.
Anjing Gila
Anwar
Anwar Ibrahim
Azan
Azizan
Azmin Ali
babi
Badak Pekak
Badut
Bahasa Kebangsaan
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu
Bajet Pahang 2009
BALACI
Bangsa Malaysia
Banjir
Banjir di Kuantan
Banjir di Lipis
Bantuan
Barisan Nasional
Batal Usul Sekat Jualan Arak
Behind The Veil
Belasungkawa
BERSATU
Bersih
biadap
Biadap Hina Nabi
Blogger
BN
BN Perak
BOC
Boikot barangan israel
Boikot produk Yahudi-Amerika
Boikot Secara Terancang
Bomoh
Boneka
BR1M
Brader Anwar Bin Ibrahim
bubar UMNO
Bumi Daku
cadbury
calon boleh menang
Carlsberg halal
Cawangan UMNO
CDM25
Celaka
Ceroboh Tanah Milik TNB
chedet
Chin Peng
Chui Jui Meng
Cina
Cina Boikot Melayu
COMANGO
Criminalise War Exhibition and Conference 2009
Cuit: Dilema Melayu Moden
DAP
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Mukhriz
Datuk Mukhriz Mahathir
DEB
deklarasi rakyat
Demi Negara
Demonstrasi
DERHAKA
diesel
Din Turtle
DNA babi
Dokumen Langkah kajang
Dong Zong
Double Standard Prosedure
Dr Abdul Rani Kamarudin
Dr Chandra Muzaffar
Dr Khir
Dr Novandri
Dr Ridhuan Tee Abdullah
Dr Sidek Baba
Dr Yusri Mohamad
Dr Zambry Kadir
Dr Zuhdi
Dr. M
DS Anwar
DS Anwar Ibrahim
DS Najib
DUN
DUN Perak
Durian Runtuh
Dyana Sofya
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah
DYMM Sultan Azlan Shah
Dyna Sofya
DYTM Raja Dr Nazrin Shah
Ekonomi
Ekonomi Bumiputera
ekonomi melayu
Elizabeth Wong
Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor
Erniceda
Etnic Cleansing
Eurocopter
Evolusi Politik Melayu
Fatimah Zuhri's Blog
Fatwa Anti Tomboy
FELDA
FGV
fitnah
Fitnah Undi Pos
Flip-flop
Forum Peluk Islam
Foto
gabungan UMNO dan PAS.
gaza
Gerakan Razak
Gobalakrishnan
Hak Istimewa Melayu/Bumiputera
Hak Membeli
Hak Mengundi
Hansard Parlimen
Harakah
haram
harga minyak naik
Hari Kemerdekaan
hina
Hina Fatwa
Hina Islam
Hina Raja Melayu
Hindraf
Hipokrit
Hishammuddin Tun Hussein
Hishamuddin
Hj Hadi Awang
Hj Naser Disa
Hormati murtad
hudud
Hudud dan Qisas
Husam Musa
i want to tocuh a dog
i want to touch a dog
Ideotique
IFC
india
Institusi Raja
Islam
Islam Agama Persekutuan
Islam Agama Rasmi Persekutuan
Ismail Mina Ahmad
israel
Isu CAR
Isu Kalimah Allah
Isu Ketidakseimbangan Kaum
isu lahad datu
Isu Menteri Besar
Isu Moral
Isu Roboh Kuil
Isu Scorpene
Isu Tanah Kolej Taiping
Isu Tanah Perak
Jabatan Pendaftaran Negara
JAIS
JAKIM
Jambatan Bengkok
Jeff Ooi
Jenayah
Jom Bantu
Jumlah pengundi muda
Jurugambar Utusan
KAFA
Kaki Pembelit
kalimah Allah
Kamarudin Jaafar
KAR1SMA
Karpal Singh
Kaum Cina
Kaum Melayu
Kebaikan
Kebal
Kebebasan Bersuara
Kedah
Kedai Rakyat 1 Malaysia
keistimewaan Melayu
Kekejaman Israel ke atas umat Islam
kelvin yip
Kempen Satu Sekolah Untuk Semua
kerajaan islam
Keranda 152
Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR)
Kes Liwat
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Ketuanan DAP
Ketuanan Melayu
Ketuanan Pakatan Rakyat
Ketum
Khalid Ibrahim
Kiasu
KijangMas
Kiki
KKM
Kongres Ekonomi Islam Ketiga
Kontrak Sosial
kronisma
kuala kangsar
Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War
Kuota Pemilikan 30 %
Kuota Pemilikan Rumah 50 %
Ladang Babi
Lateefa Koya
LBGT
Lee Kuan Yew
lembah klang
Lembah Pantai
Leong Ngah Ngah
LGBT
Liberalisasi?
Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini
Lim Guan Eng
Lim Kit Siang
Lina Joy
Logo Halal
logo halal JAKIM
Lompat Parti
Low Siew Moi
lowyat
M Manoharan
M-UPRo
Mah Siew Keong
Mahkamah Syariah
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Fatwa Kebangsaan
Majlis Muafakat Melayu
Majlis Peguam
Malay Mail Cyberspot
Malaysia
malaysia bukan negara sekular
Malaysian Airline System
Malaysian Malaysia
Mangkat
Mangkuk Ayun Azmi Shahrom
Manifesto bukan janji
Marah-Marah Sayang
MAS
Masjid Besi Putrajaya
MB Kedah
MB selangor
MCA
media sosial
melayu
Melayu Pulau Pinang
Melayu Singapura
Membina Negara
mencari simcard Altel
Menteri besar Selangor
merdeka riview
Meroyan
MH17
MH370
MO1
Monopoli Ekonomi
Muhammad Firdaus Dullah
Muhyiddin
Murtad
Muslim UPRo
Mustafa Ali
Musuh islam
Musuh Melayu
Musuh Negara
Muzakarah Cendekiawan Islam 2009
MyKad
Najib
Najib Tun Razak
Nasrudin Hassan
negara islam
negara sekular
Negarawan Ulung
Nga kor ming
Ngeh Koo Ham
Nik Aziz
Nilai
Nizar
Nizar Boneka DAP
Nurul Izzah
Obama
octoberfest
octoberfest2014
OKU
OKU dikurung
OKU terbiar
Omar Ong
One utama
Open Letter by Matthias Chang
PAC
Pahang Darul Makmur
Pakatan
Pakatan Haram
Pakatan Rakyat
Pakatan Rakyat Perak
Pakatan Rakyat. pertusan undi cina
Palestin
Paneh Miang
PAP
Parlimen
Parti baru Tun M
Parti tunggal
PAS
Pas selangor
Pas Terengganu
PAS youth
Pasca PRU-13
PAU Ke-59
Peguam Negara
Pelacuran
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
PEMBELA
Pembohong
Pembubaran parlimen
Pemuda UMNO
Pemuda UMNO Bahagaian Segambut
Pemuda UMNO Pahang
Penamaan Calon
Pencemaran
Pencerobohan Tanah Kerajaan
Peneroka
Pengganas Komunis
Pengkhianat
pengkhianat negara
Pengundi Atas Pagar
Penyata Razak 1956
Perak
Perbandingan
Perdana Menteri Malaysia Ke-6
perkara 11
Perkara 11 Perlembagaan
Perkara 12
perkara 121
Perkara 152
Perkara 153
perkara 3
Perkara 3 Perlembagaan
PERKASA
perkauman
Perkhidmatan Awam Pulau Pinang
perkongsian kuasa.
Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Perpaduan
Perpaduan Melayu/Islam
Persekutuan Tanah Melayu
pesawat MAS terhempas
pesta arak
pesta arak terbuka
Petisyen
petrol
Petronas
Pilihanraya Masjid
PKM
PKNS
PKPIM
PKR
Polarisasi Kaum
Politik Perak
Portal Kempen SSS
PPSMI
PR
PRK Bagan Pinang
PRK Bukit Gantang
PRK Galas
PRK Kuala Terengganu
PRK Teluk Intan
PRN
pro-pembangkang
produk cina
produk melayu
Prof Dr Aziz Bari
Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim
Prof. P Ramasamy
propaganda
PRU 14
PRU12
PRU13
Puasa Ramadhan
Pulau Pinang
Puppet Master
Putera Sultan Selangor
Putrajaya
Qarinah
Qazaf
Rabindranath Tagore
racist
Raja Nong Chick
Raja-Raja Melayu
Rakyat Malaysia?
Rasuah
Razak Baginda
RBA
Reaksi pemimpin politik
Reflections: Melayu Lama
Ronnie Liu
Rukun Negara
Rusia
Rusia Border
Rusuhan
Saham FGV
Saiful Bukhari Azlan
Sakmongkol AK47
Salah Guna Kuasa
SAR
Sastera
Satira
Satu Malaysia
Sekolah Agama
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Satu Aliran
Sekolah Vernakular
Seks
sekular
Selangor
Sepitman Begins
sesat
Shafie Apdal
shah alam
Sidek Baba
Sistem Pendidikan Kebangsaan
skandal kewangan
Skuad Banjir Pemuda
sokongan masyarakat kepada MAS
Solat Hajat
SPR
SRJK Persendirian
steering lock
SUARAM
subsidi
Sultan Perak
Sultan Selangor
Sumpah Laknat
Sun Tzu'z Art of War
sungai besar
surah al kafirun
Syed Azmi Alhabshi
syiah
Tan Sri Isa Samad
Tan Sri Khalid Ibrahim
Tan Sri Muhyiddin
Tanah Kebun Peneroka
Techno Crap
Teluk Intan
tembak
Tender Tanah
tender terbuka
Tengku Adnan
Teresa Kok
terhempas
The Economist
The Unspinners
The War Crimes Commission and Tribunal 2009
Titah DYMM Sultan Selangor
Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga
Toyota Camry 2.4 Perak
Truth for Teoh Beng Hock
Tsunami Cina
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Tulisan Jawi
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun M
tuntutan
Ukraine
UMNO
UMNO Seremban
Uncle sim
Undang-undang antilompat parti wakil rakyat
Undang-Undang Tubuh Negeri Perak
Undi cina
undi hantu
Usahawan Bumiputera Pahang
Ustaz Kazim Elias
Utusan Malaysia
V. Sivakumar
video
WADAH
wall street journal
Wan Azizah
Wasiat Raja-Raja Melayu
Wong Siew Teng aka Agnes Wong
Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur
Yusuf Qardhawi
Zahid Hamidi
Zahrain
Zaini Hassan
Zulkifli Noordin








