11 Mac, 2009

Pusat tahfiz di setiap daerah

-
IPOH 9 Mac - Kerajaan negeri akan mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah di negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus dipertahankan dan diperkembangkan, kata Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurut beliau, usaha berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan rakyat mendapat peluang yang lebih luas untuk mengikuti pengajian dan menghafaz al-Quran.

''Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat tahfiz al-Quran di setiap daerah.

''Buat masa ini tidak semua daerah mempunyai pusat tahfiz al-Quran, jadi kerajaan negeri mahu mewujudkan pusat itu di semua daerah di seluruh negeri ini bagi memastikan syiar Islam terus terbela," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul, pelancaran bulan dakwah dan penyampaian hadiah majlis hafazan peringkat negeri di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Zambry pada masa sama memberitahu, kerajaan negeri akan memberi perhatian serius bagi memastikan setiap masjid dan surau yang sudah uzur dapat diperbaiki.

Beliau yang telah melawat beberapa buah masjid berkata, peruntukan khas bagi usaha itu akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Negeri supaya umat Islam dapat menjalankan ibadah dengan lebih selesa.

''Sehingga kini kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan lebih RM350,000 bagi membaik pulih Masjid Trong, Masjid Sultan Yusuf di Gunung Rapat dan sebuah masjid di Parit Buntar.

''Mana-mana masjid yang perlu diperbaiki akan diberi peruntukan itu kerana kerajaan negeri mahu memastikan setiap masjid dan surau sentiasa berada dalam keadaan baik dan terurus," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz berkata, kawasan yang bakal mempunyai pusat tahfiz ialah Kerian, Manjung, Kampar, Lenggong, Gerik dan Kampung Gajah.

Katanya, pusat tahfiz itu akan diwujudkan secepat yang mungkin kerana ia merupakan perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri buat masa ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mac 2009.

***********************************************

Kembara Politik:

1. Inilah yang rakyat Perak mahukan. Sebuah kerajaan yang mampu berlaku adil kepada rakyat. Hak Melayu diagih selayaknya selaras kedudukan mengikut pecahan komposisi kaum di Perak. Dan dalam masa yang sama hak-hak kaum lain tidak diabaikan. Tetap dijaga dan dibantu selayaknya.

2. Apa yang penting bagi kerajaan BN Perak ialah memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat dengan adil dan saksama. Rakyat mengharapkan semoga kerjaaan BN Perak tidak mengikut perangai buruk kerajaan Boneka DAP Perak yang lepas yang mana memberi peruntukan pembangunan, tanah dan sebagainya yang berat sebelah kepada hanya satu-satu kaum yang secara jelasnya tidak langsung mencerminkan agihan mengikut komposisi sebenar kaum di Perak. Kaum yang memegang komposisi terbesar negeri Perak dianaktirikan.

3. BN Perak juga perlu jadikan perangai buruk kerajaan boneka terdahulu sebagai sempadan. Jadikan pengajaran. Jangan jadi macam petikan di bawah. Kaduk naik junjung!

"Untuk pengetahuan, sebelum mesyuarat ahli majlis kerajaan negeri diadakan, segala minit mesyuarat dan perihal perkara berbangkit perlu dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk diperkenankan. Termasuklah kes hak milik 999 yang mana Tuanku Sultan Perak tidak memperkenankannya, tetapi dengan sombong dan bongkaknya dan kebodohan YB Nizar selaku menteri besar mereka membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira titah Tuanku yang mahukan perkara ini diperhalusi terlebih dahulu. “Sultan has no power, we’re state government”..itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut YB Ngeh."
- Blog Pemuda UMNO Parit, 23 Februari 2009.

4. Apa yang dilakukan oleh kerajaan boneka DAP Perak terdahulu lebih mirip mengagih kekayaan Perak mengikut pecahan pegangan parti dalam kerajaan. DAP mempunyai kerusi tertinggi, maka DAPlah yang membolot segala keputusan. Dan inilah bahananya bagi sebuah kerajaan yang mana DAP adalah dominan. Segala keputusan semuanya dilihat berat sebelah memandangkan DAP mengawal segala rentak perjalanan pentadbiran negeri Perak walaupun MB dari PAS. Surat kepada Nizar pun nak kena buat salinan kedua (s.k.) pada Ngeh?

5. Senario pentadibiran kerajaan boneka DAP terdahulu boleh digambarkan macam dalam sedutan cerita Nujum Pak Belalang - Penyamun mengagihkan harta curi: "Kau ambil 1, Aku ambil 10; Kau ambil 10, Aku ambil 100 000". Itulah model keadilan bagi kerajaan boneka DAP Perak yang lalu.

6. Semoga kerajaan BN Perak terus cemerlang mentadbir Perak dengan menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dengan segala kehendak dan permasalahan rakyat. Formula agihan kekayaaan negeri mengikut komposisi kaum dan sentiasa cakna akan permasalahan rakyat perlu ditekankan.

7. Jika ini dititikberatkan dan diberi keutamaan dalam pentadbiran Dr Zambry, maka Insya-Allah segala pentadbiran negeri akan berjalan dengan licin dan lancar. Dan yang paling penting, semua lapisan rakyat akan berasa gembira dengan corak pentadbiran yang adil ini.
+

Tiada ulasan:

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin