Kemaskini:
Dokumen Negara Islam PAS (dalam format .pdf) yang diterbitkan pada 2003 boleh dimuat turun di blog XPressMinda (Klik SINI).
Posting Asal:
Berikut klip video Laporan Khas Buletin Utama TV3 - 09 Jun 2011 yang diambil dari laman YouTube (dimuat naik oleh XPressMinda). Laporan Khas tersebut menyingkap kembali sejarah perjuangan Pas yang memperjuangkan konsep "Negara Islam Pas".
Walau bagaimanapun, "Peristiwa 6611 Pas" di Muktamar Pas 2011 memperlihat bagaimana Pas sanggup mencampak apa yang diperjuangkan setelah menerima 'arahan' dari puak-puak pro-Anwar dalam kem Pas itu sendiri. Puak-puak pro-Anwar ini pula sudah dikenali umum terkenal kerana umum sudah tahu bahawa mereka ini dicucuk hidung bak lembu oleh DAP.
Kegagalan TV3 untuk mendapatkan reaksi dari ulama' Pas (yang tidak sebulu dengan pro-Anwar) seperti Dato' Dr Haron Din dan sebagainya adalah dipercayai berpunca kerana mereka ini tidak pernah bersetuju dengan apa yang telah berlaku di Muktamar 2011. Tindakan Hj Hadi membuang "Negara Islam Pas" adalah disebabkan beliau tersepit dengan ancaman puak pro-Anwar yang hebat menguasai kem Pas.
Hj Hadi dikatakan akan disingkirkan dari kepimpinan Pas sekiranya tidak mengikut apa yang telah dipercaturkan dalam kem Pas. Tokoh ulama' seperti Ustaz Nasharudin sudah menerima nasibnya. Cakap-cakap bahawa Hj Hadi dan tokoh-tokoh lain akan disingkirkan sekiranya tidak menyokong Anwar sudah hebat dicanang sejak Muktamar 2010 lagi. Kita melihat bagaimana Ustaz Nasha tersingkir ketika mempertahankan jawatannya dalam kepimpinan Pas.
Percaturan ini dibuat oleh Nik Aziz yang begitu pro-Anwar. Peranannya amat besar dalam memastikan "Negara Islam Pas" dibuang dari perjuangan Pas. Nasihat-nasihat yang diterima dari rakan sekutu PKR dan DAP diterima bulat-bulat oleh Nik Aziz. Penulis amat percaya akan berlaku banyak perkara lain di dalam Pas yang bakal menyentak rakyat selepas ini.
Apa jadi kepada pemimpin Pas yang tidak mahu bersekongkol dengan Anwar? Adakah nanti kita akan dengar individu-individu tertentu dalam Pas keluar dari saf kepimpinan Pas atas alasan bersara? Itu adalah antara persoalan yang bermain di fikiran penulis.
Klip Video oleh XpressMinda
Klip Video oleh MediaMelayu
+
1 ulasan:
Terserah kepada ulama yang masih bersama PAS samada mereka mahu turut syubahat atau bersara.
Golongan Ulama sewajarnya menubuhkan NGO mereka tersendiri yang bebas dari fahaman memihak kepada mana mana parti politik tetapi lebih kepada 'kebenaran mutlak' Islam. PERKASA bukanlah contoh terbaik tetapi boleh dijadikan pendekatan.
Catat Ulasan