Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) nampaknya sudah mempunyai Portal tersendiri pada 31 Ogos 2009. Jemputan secara tidak rasmi diterima oleh penulis oleh pengendali portal tersebut melalui ruangan komen, di sini. Terima kasih penulis ucapkan di atas jemputan tersebut.
Portal yang dibangunkan tersebut berjaya menjawab banyak persoalan yang bermain di kotak fikiran penulis melalui FAQs yang dibuat dalam dwi bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris). Blog-blog yang mempamerkan logo SSS dan menulis berkenaan kempen SSS juga turut sama disenaraikan dalam e-Patriots in Support.
Sekalung tahniah kepada pengendali Portal SSS kerana memulakan inisiatif yang tertunda setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Penulis menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan tanah air agar sama-sama mendokong usaha murni ini dengan segala daya dan upaya. Demi Negara Tercinta!
P/S: Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Salam Merdeka (Maaf, agak terlewat mengucapkan Salam Merdeka).
Penulisan terkini berkaitan usaha murni SSS turut boleh dibaca di:
+
1 ulasan:
Sama-sama kita berusaha serta berdoa agar usaha murni mereka-mereka yang terbabit the Portal tersebut akan mencapai kejayaan demi bangsa dan negara.
Salam Ramadhan Tuan Kembara Politik.
"Negara Ku"
Semerah Padi
Catat Ulasan