Isu kempen “ I want to touch a
dog” masih lagi hangat diperkatakan. Umat islam di Malaysia majoritinya menolak
kempen ini. umat islam bersatu dan mempunyai satu suara yang menolak kempen
seperti ini. kempen ini juga mempunyai unsur-unsur fitnah terhadap islam dan
dilakukan dengan ilmu yang cetek terhadap islam. Kempen ini juga di khuatiri
sudah diresapi dengan fahaman islam liberal yang boleh menjadikan akidah umat
terpesong. Memang sepatutnya umat islam itu bersatu dan menolak kempen seperti
ini. Bersatu kerana agama islam.
Disebabkan umat islam itu bersatu
dalam hal ini, dan ini telah meresahkan musuh umat islam dan juga orang-orang
tidak mahu islam itu bersatu. Beberapa update didalam twitter dan FB telah
dikesan cuba menjadikan isu “I want to touch a dog” sebagai isu politik. Dimana
umat islam itu mudah berpecah jika ia melibatkan politik.
Pada Mulanya Nurul
Izzah mengucapkan tahniah kpada penganjur- sedangkan kempen ini tiada kaitan
dengan PKR pun.
Kemudian Nga Kor Ming- secara tiba-tiba mengaitkan isu ini
dengan UMNO. Tiada seorang pemimpin UMNO yang bersuara tentang kempen ini,
macam mana tiba-tiba Nga Kor Ming ini boleh mengaitkan isu ini dengan UMNO.
Dimana logiknya?
Para penyokong PR pula telah memuat naik gambar-gambar
pemimpin UMNO dan mengaitkan mereka dengan kempen ini. seolah-olah mereka mahu
mengatakan “pemimpin UMNO juga ada buat dosa, apa salahnya umat islam buat dosa
lagi dengan kempen sentuh anjing ini”.
PR cuba mensensasikan isu ini
supaya menjadi isu politik. Apakah tujuan sebenar mereka membuat ini? adakah mahu
memastikan umat islam itu terus berpecah, supaya islam itu jatuh tersungkur di
Tanah Melayu ini.
Ayuh umat islam jangan terpengaruh dakyah golongan ini.
Teruskan mengecam orang-orang yang membuat kempen ini, supaya tiada lagi orang
yang mahu menganjurkan kempen yang secara tidak langsung membuat provokasi dan fitnah terhadap
islam. Teruskan boikot pasaraya yang menjadi tempat kempen maksiat seperti “ I want
to touch a dog” dan “octoberfest”, supaya pada masa akan datang tiada pasaraya
atau tempat lain yang berani memberikan tempat untuk tujuan seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan