Pada pandanganku
Pada PRU 12, antara taktik PR
yang berjaya adalah dengan menggunakan media baru seperti blog dalam mensensasikan
isu. Walaupun isu itu tidak mempunyai fakta yang sahih, tetapi pembaca
mempercayai fakta itu dan menganggap perkara ianya sebagi satu kebenaran. Dengan
itu kita dapat melihat peningkatan sokongan golongan muda terhadap PR. Golongan
muda adalah khalayak yang terbesar membaca blog.
Bagaimanapun pasca PRU 12, BN telah
meningkat usahanya dalam mengimbangi penguasaan ruang cyber. Dengan cyber
troopers yang bagus di kedua-dua belah pihak, pada pengamatan penulis (di
beberapa forum didalam talian) penguasaan dalam dunia blog adalah seimbang. Setiap
blog pembangkang akan diserang/komen oleh cyber troopers BN, begitu juga
sebaliknya. Para pemimpin juga aktif dalam dunia blog.
Setelah sekian lama usaha BN
menerangkan kepada rakyat, bahawa berita daripada blog kebanyakan tidak
mempunyai asas. Nampaknya usaha ini telah membuahkan hasil.
Disebalik blog, PR sekarang
kelihatan mendahului dalam kempen pilihanraya didalam FB. Dari pengamatan
penulis kebanyakan penyokong PR telah membuat perkongsian (Share) sesuatu
berita atau isu dari blog pro-PR. Ini adalah umpama berkempen pilihanraya
dengan berjumpa secara bersemuka dengan pengundi.
Jumlah pengguna Facebook di
Malaysia ialah 13 juta orang, dengan jumlah pengguna yang begitu ramai kempen
didalam Facebook bakal memberikan kesan yang signifikan dalam PRU 13. Kebanyakan
pengguna Facebook yang pro-BN agak kurang berkempen dalam Facebook kerana
menganggap undi adalah rahsia dan ia adalah hak individu. Mereka menganggap FB
adalah ruang membicarakan tentang kehidupan masing-masing selain politik.
Politik dianggap akan menjauhkan kawan-kawan yang sedia ada sekiranya mereka
berlainan ideologi politik.
Penyokong BN harus sedar, kempen
bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran. Walaupun isu yang diwar- warkan itu
tiada asas fakta, namun manusia akan terpengaruh sekiranya isu itu berulang
setiap hari. Inilah yang terjadi sekarang, terdapat segolongan rakyat Malaysia
yang percaya dengan isu-isu yang dicanang didalam FB.
Penyokong BN juga harus berkempen
didalam FB, untuk menyatakan pendapat secara terang. Sekali sekala kongsikan (share)
isu-isu dari blog pro-BN. Tidak salah menyatakan pendapat dan parti yang kita
sokong. Cuma jangan menghamburkan kata-kata keji terhadap parti lawan sudahlah,
ini adalah untuk mengelakkan kawan yang mempunyai ideology politik yang
berlainan terasa hati. Penyokong BN harus menunjukkan sokongan mereka dalam FB,
dan tidak membiarkan penyokong PR terus-menerus berkempen kepada kawan-kawan
kita. Walupun kita tahu isu yang di paparkan itu tidak betul. Kerana kempen
yang berterusan boleh mempengaruhi pemikiran manusia.
(saya berdoa supaya Allah
membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa
kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan)
1 ulasan:
cybertrooper ..tidur. Mana KJ punya cybertrooper..BN dok jelas jelas orang dah Boring.Kini kejujuran tak ada harga lagi..Fitnah itu di yakini ..jika video betul contohnya Bng Non dgn jantan orang tak caya sebab benda tu sah betul..Photoshop Tian Chua Laknat buat kat Najib orang caya..so apa lagi serang bang non sampai terberak.
Catat Ulasan