Datuk Seri Najib berkelulusan Ijazah dalam Industrial Economics dari University of Nottingham. Datuk Seri Anwar pula hanya berkelulusan Ijazah dalam Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.
Tidak hairanlah bagi kita semua lihat Anwar pandai cakap saja tapi tak pandai buat kerja. Sebab memang bidang dia hanya bermain dengan kata-kata yang memikat di samping turut pandai menanyi lagu Anwar jual Sabah pada Sulu iaitu "Tanya Sama Pokok" dengan cukup baik! Itu juga sebab kita tengok Anwar asyik suka ajak orang lain berdebat sedangkan kita lihat kerjanya tak jalan. Kita lihat sahaja ekonomi negeri Selangor yang semakin menguncup padahal dia penasihat ekonominya. Pujuk sana pujuk sini. Tabur janji sana tabur janji sini. Apa pun kerja tak jalan.
Najib pula telah terbukti berjaya dengan tranformasi ekonominya. Ekonomi negara berkembang baik di bawah pentadbirannya. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) Malaysia meningkat sejak 2009 hinggalah kini. KDNK 2009 adalah sebanyak RM629.9bilion, 2010 (RM674.9bilion), 2011 (RM709.3bilion) dan 2012 (RM749.1bilion). Satu peningkatan yang begitu signifikan!
Begitu juga dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK/GNI) Malaysia turut meningkat dengan begitu hebat. PNG tahun 2009 ialah RM605.3bilion, meningkat pada tahun 2010 kepada RM632.2bilion, terus meningkat kepada RM662.0bilion pada 2011 dan RM698.0bilion dicatat pada 2012. satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Dari segi Pelaburan Langsung Asing (PLA/FDI) negara, keupayaan Najib menunjukkan kejayaan yang sangat menyakinkan iaitu sejumlah RM36.6bilion pelaburan langsung direkodkan pada tahun 2012 berbanding RM5.0bilion pada 2009. Satu lonjakan tujuh kali ganda!
Begitulah Najib yang tekun buat kerja. Bagi Najib tidak ada masa rehat baginya. Tak seperti Anwar yang hanya pandai menjalin ayat manis menabur janji. Tetapi janjinya hanyalah retorik kosong dan memperdaya rakyat. Kita lihat saja ikhtibar semasa Anwar jadi Menteri Kewangan tahun 1997. Kelam kabut jadinya. Hampir lingkup negara di tangan penglipurlara bahasa macam Anwar. Yang dia tahu minta tolong dengan rakan Yahudi IMF! Apa jadi di Selangor? Janji PRU-12 masih tak tertunai! Kerana bagi Anwar, manifesto bukanlah satu janji yang wajib ditepati.
Jadi, terletak di tangan rakyat samada mahu negara diperintah seorang penglipurlara atau seorang pakar ekonomi yang mempunyai kelulusan yang sesuai dan telah berjaya menyakinkan kita dengan kisah kejayaan Najibnomicsnya!
JOM SOKONG DATUK SERI NAJIB!
JOM SOKONG BARISAN NASIONAL!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan