Dari pandangan masyrakat marhaen
Alhamdulillah, dalam PRU13, BN
masih lagi memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Sekiranya BN tewas, sekarang
Malaysia sudah ditadbir orang yang gila kuasa, orang yang mahu menggadaikan
islam, orang yang mahu menambah penindasan terhadap melayu (selepas melayu
ditindas dalam sector perniagaan dan penindasan pekerja melayu disyarikat cina).
Selepas tewas dalam PRU13, masyarakat Malaysia dapat melihat bagaimana reaksi
DS Anwar Ibrahim yang terserlah seperti gila kuasanya. Membuat perhimpunan
haram dan membuat cerita tentang konspirasi semasa PRU13 (akhirnya buat laporan
hanya berkenaan dakwat kekal).
Terdapat juga penyokong-penyokong
PR yang telah mencapai tahap taksub. Baru-baru ini, rakan penulis telah
menerima ugutan kerana lantang mempertahankan UMNO dan BN. Menurut cerita rakan
penulis ini, ada juga rakan-rakan yang lain menerima ugutan bunuh kerana mempertahankan
UMNO dan BN. Mereka telah membuat laporan polis, dan alhamdulillah sekarang pihak polis memantau keselamatan mereka. Nampaknya penyokong PR sudah menunjukkan belang, mahu rakyat
Malaysia yang menyokong BN tunduk kepada mereka dengan cara kekerasan.
Kejadian ini, pada pendapat
penulis adalah disebabkan tarbiah daripada pemimpin-pemimpin PR sendiri.
Lihatlah bagaimana mereka memberi galakan kepada anak muda untuk menentang
kerajaan dengan demontrasi jalanan. Ada juga yang menyatakan, kalau mati semasa
demontrasi jalanan itu adalah mati syahid. Dan banyak lagi kata-kata yang
membakar semangat. Kata-kata pembakar semangat ini, jika di campur dengan emosi
anak muda yang tidak menggunakan akal akan terjadilah pengikut yang taksub,
bertindak membuta tuli. Mereka ini akan melihat sesiapa sahaja yang menyokong
kerajaan sebagai musuh. Ini semua dilakukan hanya bertujuan untuk menjadikan PR
berkuasa di Malaysia. Sekiranya ada Negara lain yang serang Malaysia sekarang,
sudah pasti mereka akan menyokong Negara luar itu. Lihatlah betapa bahayanya
tindakan pemimpin yang gila kuasa sehingga membahayakan Malaysia secara
keseluruhan.
Kepada bloggers dan penyokong
UMNO dan BN. Jangan sesekali kita tunduk atau mengalah dengan tekanan-tekanan
daripada penyokong PR. Sesungguhnya kita dipihak yang benar. Jika bukan kita
sebagai penyokong UMNO dan BN, siapa lagi yang akan mempertahankan Negara Malaysia
ini. Kita harus menjawab segala tuduhan PR, tunjukkan bukti bahawasanya mereka
salah, sebarkan melalui penulisan. Dunia cyber sekarang ini telah menjadi
medium penyebaran fitnah yang terbesar. Perlu ada orang yang melawan fitnah ini
sebelum ia menjadi tidak terkawal. Bersuaralah… Jangan biarkan fitnah terus
berleluasa, tentanglah fitnah-fitnah ini sehingga kita Berjaya.
"saya berdoa malaysia ini terpelihara dari kacau bilau dan fitnah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan