Pertamanya, penulis tidak pernah mempunyai niat untuk menjatuhkan Dato' Sri Mohd Najib dengan penulisan yang dibuat. Ada kalanya teguran dibuat secara berkias (SINI) dan ada kalanya secara berterus terang sahaja (SINI). Ianya adalah teguran ikhlas dari seorang blogger pro-UMNO yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. Penulis hanya menulis secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun.
Begitu juga dengan barisan sahabat penulis di blog Kembara Politik ini iaitu blogger Anak Panji Semerang, blogger Anak Melayu dan blogger Nota Pendek. Kesemua sahabat penulis itu dipelawa menulis jika ada ruang masa dan secara ikhlas hati. Kesemua kami di blog Kembara Politik bukanlah blogger sepenuh masa. Masing-masing ada kerja masing-masing yang perlu diutamakan.
Nawaitu penulis menulis di blog adalah kerana semata-mata ingin menyatakan kebenaran. Dan bagi penulis itulah yang sepatutnya ditulis oleh blogger-blogger yang sayangkan UMNO. Pendapat peribadi penulis, Dato' Sri Mohd Najib yang penulis kenali adalah seorang yang sangat berkebolehan. Seorang pemimpin yang tidak sombong. Penulis secara peribadi menyokong penuh kepimpinan Dato' Sri Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Tapi ada kalanya Dato' Sri Najib perlu mendengar secara terus suara akar umbi UMNO (SINI). Suara-suara inilah yang mendokong Dato' Sri sebenarnya. Yang menulis dan berjuang tanpa minta sesen pun dari UMNO. Ramai yang menulis ini tidak bertuan. Mereka penulis bebas. Malahan tidak punya jawatan pun dalam UMNO. Tulis kerana semata-mata tidak mahu UMNO terus ditanam persepsi yang negatif oleh pembangkang.
Antara jentera pilihanraya pun ramai yang berkempen bukan sebab ada imbuhan. Tidak seperti sesetengah pemimpun yang tidak dicalon terus ditutup bilik gerakan. Jentera pun turut sama boikot. Yang ada jawatan dalam UMNO pula terus dengan sikap bodoh sombong tidak mahu salur maklumat apabila diminta secara peribadi bagi membalas serangan pembangkang. Padahal niat blogger yang minta maklumat tepat adalah untuk patahkan pembohongan yang dibuat pembangkang.
Cuma pada hemat suara akar umbi (termasuklah penulis), Dato' Sri terlalu melebihkan pada asas sokongan yang sia-sia yang mana sudah diketahui kesudahannya dari awal lagi. Atau secara terus terangnya, strategi cuba memancing undi kaum Cina secara berlebihan agar BN beroleh 25% hingga 30% sokongan kaum ini sebenarnya hanya menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera memendam rasa dan rasa semacam dianaktiri.
PRU13 jelas menunjukkan sikap sebenar pengundi kaum Cina terhadap Barisan Nasional. Penolakan kaum Cina secara hampir total sebegini tidak pernah berlaku sepanjang sejarah PRU. Dengan sokongan 90% kaum Cina terarah kepada pembangkang (seperti mana dikata Tun Daim), setinggi 96% (seperti didakwa Dato' Ali Rustam), atau 95% (oleh penulis), ianya jelas menunjukkan niat sebenar kaum Cina. Apa yang kaum Cina mahu telah dirumus dalam artikel penulis pada 6 Mei 2013 (SINI).
Jadi tidak perlulah Dato' Sri masih lagi menggunakan strategi yang sia-sia itu. Usah pula Dato' Sri jadi pemudah cara dengan menunaikan tawaran yang merugikan Melayu dan Bumiputera yang dibuat Anwar Ibrahim itu pula. Usah ditabur lagi segala bentuk bantuan yang pelik-pelik seperti bantuan jutaan ringgit untuk sekolah Cina. Bantulah orang Cina yang miskin yang benar-benar perlukan bantuan. Bantulah pelajar kaum Cina yang pandai tapi miskin. Bantulah seperti mana yang diboleh dalam Perlembagaan sahaja.
Apa yang perlu dibuat ialah tumpuan yang lebih pada asas sokongan BN. Gesaan penulis agar Dato' Sri Najib menumpukan kepada asas sokongan BN sebenarnya sudah lama dibuat sejak tahun 2009 lagi (SINI). Siapakah asas sokongan BN? Orang Melayu, Orang Asli, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Malahan jangkaan bahawa kaum Cina tidak akan menyokong BN pun sudah dijangka kerana parti DAP Berjaya menyemai perasaan benci terhadap UMNO yang didakwa mengamalkan dasar-dasar afirmatif yang meminggirkan kaum Cina sehingga mendakwa sistem negara dikuasai Melayu (SINI). Hakikatnya tidak begitu. DAP juga berjaya menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat (SINI).
Untuk 5 tahun mendatang sebelum PRU14 ini, akar umbi mahukan Dato' Sri Najib mengambil contoh teladan Allahyarham Negarawan Tun Abdul Razak. Apa yang Tun Razak lakukan selepas Pilihanraya 1969? Apakah ketika itu kaum Cina menyokong Perikatan? Tidak. Tun Razak tidak pula melaksanakan dasar-dasar yang merugikan peribumi dan tidak pula terkejar-kejar undi kaum Cina.
Dasar-dasar afirmatif yang dilaksana oleh Tun Razak berjaya menguatkan asas sokongan BN iaitu kaum Melayu dan Bumiputera. Dan tempias kemakmuran hasil dari dasar yang baik turut dikongsi bersama semua kaum. Kekuatan asas sokongan kaum Melayu dan Bumiputera kepada BN akan dengan sendirinya mengendurkan hasrat politik kaum Cina. Seterusnya mengembalikan sokongan semua kaum terhadap amalan perkongsian kuasa yang telah lama diamal dengan jayanya dari semua sudut tanpa sebarang masalah besar.
Wallahualam.
1 ulasan:
malangnya yg patut ambik tahu x akan mungkin nak ambik tahu....catatan macam ni mungkin dah di buang dalam tong sampah,tak percaya? tgk dalam masa terdekat ni kaum cha juga yg di dekatinya....malangnya kita bumi dan melayu :(
Catat Ulasan