dari pandangan masyarakat marhaen
P76 Teluk Intan mempunyai 60,483
pengundi berdaftar, pecahan kaum adalah Cina 42%, Melayu 38% dan india 19%.
Politik Teluk intan selama ini menyaksikan pertembungan kaum melayu dan cina
tetapi yang menjadi penentu adalah kaum india. Bagaimanapun dengan pepecahan
ketara kaum melayu dalam era 2000 telah memberikan kaum cina mendominasi
politik teluk intan. Ini dapat dilihat dalam tsunami politik 2013, pada ketika
itu kaum india telah beralih sokongan kepada BN kerana MP sebelum itu dari kaum
india (DAP-M.Manogaran) gagal menjalankan tugasnya dengan baik. Bagaimanapun BN
tetap kalah kerana sentimen kaum cina yang mahu kerajaan dibawah penguasaan
orang cina (DAP). Sentimen kaum cina memainkan peranan yang signifikan dalam
PRU13 di Teluk intan.
Pada PRK Teluk Intan 2014
berikutan kematian MP Teluk Intan Seah Leong Peng (DAP), berlaku pertembungan
satu lawan satu antara DAP dan BN.
DAP telah meletakkan calon luar
dan dari kaum melayu iaitu Dyna Sofya. Penulis ada mendengar khabar tindakan
DAP ini telah menyebabkan penentangan dari Ahli DAP Teluk Intan kerana
membelakangkan pemimpin DAP tempatan. Tambahan pula calon yang diketengahkan
ini terlalu muda pada usianya dan juga dalam berpolitik. Berikutan daripada itu
ada bilik gerakan DAP yang ditutup kerana tidak mahu memberi kerjasama kepada
DAP pusat dalam berkempen. Selain itu penyokong pemimpin DAP yang tidak
dicalonkan itu juga tidak mahu memberikan undi kepada DAP. Terdapat juga khabar
yang mengatakan DAP Teluk Intan telah memberi kata dua kepada PAS teluk Intan
supaya tidak terlalu berkempen untuk DAP, atas alasan mereka tidak berkempen.
Selain itu, disebabkan kurangnya pengalaman dalam berpolitik, calon DAP
menunjukkan kelemahannya dalam sesi soal jawab dengan media, dan kelemahan ini
telah digunakan oleh BN untuk menunjukkan betapa lemahnya calon DAP sekarang
ini.
Kaum cina juga jelas tidak
menyukai calon DAP kali ini. Selain dia dari kaum melayu, calon ini juga tidak
menunjukkan aura kepimpinan semasa berkempen. Bagaimanapun DAP mengharapkan
sentimen kaum cina terus membiak dan diterjemahkan dalam bentuk undi. MP DAP
pada 2008, gagal melaksanakan tugasnya di Teluk Intan, banyak keluhan yang
penulis dengar dari kaum cina, india dan melayu. Pernah penulis mendengar org
cina berkata tidak akan undi DAP dlm PRU13. Sekiranya pengundi mengundi
berdasarkan prestasi memang pada PRU13 DAP akan kalah. Namun DAP tetap menang
kerana sentimen semata-mata. Pada PRK ini, DAP kelihatan angkuh dengan kaum
cina kerana meletakkan calon melayu seolah-olah undi kaum cina sudah pasti
kepada DAP dan sekarang mahu undi melayu kepada DAP. DAP melihat kaum cina akan
ikut sahaja keputusan DAP dan merendah-rendahkan keupayaan kaum cina
mempertimbangkan calon MP terbaik.
Pendapat penulis tindakan DAP
telah menyebabkan konflik dalaman DAP teluk intan dan juga
mengguris perasaan
kaum cina di Teluk intan.
Pendapat penulis, pemilihan calon
melayu DAP yang tidak bertudung dan menolak hudud ini telah menyebabkan PAS
ibarat cacing kepanasan dalam berkempen, dan telah menampakkan mereka berjuang
untuk politik semata-mata dan bukan kerana agama.
Sekiranya mengikut rekod
perkhidmatan, boleh dikatakan DAP lemah pada penggal 2008-2013. Sekiranya mengikut
sentiment kaum cina, Jelas DAP angkuh dengan mengenepikan pemimpin DAP tempatan
dan calon melayu DAP juga jelas mengguris kaum cina yang mahukan pemimpin cina.
(analisa adalah pendapat peribadi penulis dan berdasarkan pengalaman penulis semasa di teluk intan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan