Sebagai rakyat negeri Perak, teman ingin mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Perak dan seluruh rakyat negeri Perak dengan kemangkatan Sultan yang kita kasihi.. DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang mukminin...Teman bersedih atas pemergiannya. Teman dan rakan-rakan amat terasa pemergiannya. Seorang Sultan yang mempunyai latar belakang yang hebat dan pernah menjadi ketua Hakim negara. Seorang Sultan yang hebat, adil dan saksama. Walaupun pelbagai tohmahan kepada baginda ketika zaman politik yang bercelaru ini, baginda tidak pernah melatah malah mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang bukan secara sembrono.
Ketika mayat baginda di bawa keluar, hujan renyai-renyai di sekitar Kuala Lumpur. ia seperti hujan rahmat yang mengiringi pemergian baginda.Bersemayamlah tuanku disana sehingga dibangunkan kembali di hari Akhirat kelak. Bacaan Al-Fatihah buat Tuanku sebagai hadiah dari rakyat tuanku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan