Seluruh dunia meratapi dan bersedih diatas nahas yang berlaku ke atas MH17. Pelbagai kata-kata pemberi semangat kepada MAS dan ahli keluarga mangsa MH17. Para ketua negara antarabangsa juga merakamkan takziah kepada Malaysia berikutan nahas yang berlaku ini. Penulis agak terharu dengan sokongan yang diberikan oleh mereka. Lebih menarik lagi apabila yang memberi kata-kata semangat itu bukan dari rakyat Malaysia.
kata semangat daripada syarikat penerbangan antarabangsa |
kata semangat dari penumpang MAS |
Malangnya bagi Malaysia kerana kita mempunyai pembangkang yang berhati busuk. Mahu menggunakan segala isu untuk kepentingan politik semata-mata. Tidak mahu berganding bahu dengan kerajaan walaupun dalam perkara yang tidak melibatkan politik dalaman langsung. Lebih malang lagi, pembangkang di Malaysia berjaya meracuni pemikiran penyokongnya. Sehinggakan mereka melakukan perkara yang serupa.
pemimpin DAP yang menyalahkan MAS tanpa fakta |
pemimpin PAS yang memperlekehkan MAS |
penyokong pembangkang yang bersikap racist dalam isu MH17 |
Rakyat asing yang menegur |
Sikap pemimpin pembangkang dan penyokong mereka ini amat jelik. Mereka telah mempertontonkan keburukan mereka dikhalayak masyarakat dunia melalui media sosial. Cukup memalukan apabila ada orang luar yang menegur mereka kerana sikap mereka yang buruk itu.
Ini memperlihatkan, sebenarnya perangai pemimpin pembangkang dan penyokongnya yang tidak patriotik itu sebenarnya menyimpang dari normal kehidupan masyarakat sejagat. sekiranya mereka tidak suka dengan Malaysia, mereka boleh keluar dari Malaysia. Pergi ke negara yang pada pandangan mereka cukup bagus. tidak usahlah menyusahkan penduduk Malaysia yang cintakan negara ini. Tidak perlu menimbulkan kekacauan yang berbau racist yang boleh menyebabkan ketidak tenteraman di Malaysia. Semua orang jelik dengan perangai mereka.
Dengan sikap pemimpin pembangkang yang berhati busuk dan penuh agenda buruk ini. Agak menyedihkan bila kerajaan Malaysia memberikan tugas untuk menggubal RUU yang akan menggantikan Akta hasutan. Sudah tentu ia ibarat tikus membaiki labu.
Kepada Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan. Marilah kita terus menyokong MAS, dan menyokong usaha Malaysia untuk mendapatkan keadilan dalam nahas MH17 ini. Teruskan menemplak usaha pembangkang untuk menjadikan nahas ini sebagai isu politik. #justiceforMH17.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan