Pada minggu ini media sosial malaysia telah dihujani dengan isu CDM25. Kisah dimana seorang wanita bernama kiki dengan biadap telah memaki dan mengertak seorang lelaki tua cina dengan menggunakan steering lock. Kesalahan lelaki tua cina itu hanya terlanggar sedikit kereta kiki dikuantan, Pahang. sekali pandag kelihatan kereta kiki hanya bercalar sahaja. Tetapi kiki dengan biadapnya telah menggertak lelaki tua cina itu. memang biadap sungguh kiki. Kisah ini telah menjadi viral dalam media sosial. Pada seketika ia hanya kelihatan seperti mahu memaparkan kebiadapan seorang perempuan kepada lelaki tua.
Malangnya, sekian lama video ini berada didalam media sosial, ia telah dimanipulasi oleh pihak tertentu menjadi isu perkauman dan politik. Pihak pro pembangkang telah menjadikan isu ini, isu politik dan perkauman dengan menyalahkan UMNO yang menyemai sifat perkauman menebal dikalangan orang melayu. Benarkah begitu?
itu sebenarnya hanyalah propaganda pro pembangkang yang meneguk di air yang keruh. Banyak juga video yang menunjukkan orang cina yang kurang ajar, tetapi tidak menjadi viral dalam media sosial. Ada cakap-cakap yang mengatakan, yang menjadikan video CDM25 ini viral adalah RBA yang mahu menunjukkan melayu yang biadap. Dibawah ini adalah video kebiadapan cina yang tidak pun menjadi viral di media sosial. Mengapa begitu??
Sekiranya benar, yang menjadikan viral di media sosial didalangi oleh puak-puak tertentu. Ini membolehkan mereka menggerakkan viral yang berbentuk hasutan pada masa akan datang. Teringat penulis tentang Akta hasutan yang ingin dihapuskan oleh kerajaan Malaysia. Apa akan jadi jika viral yang berbentuk hasutan permusuhan antara kaum? tidakkah ia mengundang malapetaka di Malaysia. Janganlah hendaknya Akta hasutan dihapuskan. ia sepatutnya diperkukuhkan dengan menambah akta hasutan untuk media sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan