Isu penukaran MB Selangor semakin
panas dengan tindakan Khalid memecat semua exco negeri dari PKR dan DAP. Wan
Azizah juga telah mengumumkan beliau mempunyai 30 ADUN yang menyokongnya untuk
menjadi MB. PAS pula telah memberitahu sekiranya ADUN BN dilantik sebagai exco,
mereka akan keluar dari kerajaan campuran itu ( begitu bencinya PAS dengan
UMNO, Nampak sangat PAS berjuang atas semangat kebencian). Dua ADUN dari PAS
telah mengumumkan mereka menyokong Wan Azizah. Keadaan ini telah menjadikan Khalid
semakin tersepit.
Pada pandangan penulis, Khalid
mungkin boleh mengumumkan exco negeri semuanya dari PAS. Ini kerana untuk
mengelakkan PAS dari keluar dan menyokong Wan Azizah. UMNO telah mengumumkan akan
menyokong TSKI tanpa syarat, dan ini membolehkan kerajaan islam menjadi
kenyataan. UMNO mungkin kempunan untuk bersama dalam kerajaan negeri, tetapi
mereka akan mendapat semangat moral kerana berjaya menjatuhkan PR di Selangor.
Tan Sri Khalid Ibrahim boleh
mengumumkan semua exco negeri dari PAS dan seterusnya membuat hebahan umum ini
adalah kerajaan islam pertama diSelangor. Menjatuhkan kerajaan ini sama dengan
menjatuhkan islam di Selangor. Pada pendapat penulis, ini akan memberikan
kekangan kepada PKR dan DAP. Kerana PKR juga mahu sokongan umat islam dan DAP
juga begitu, mahu keluar dari perspektif DAP anti islam. Dua ADUN PAS itu juga
akan mendapat tempiasnya juga dan akan dianggap pengkhianatan kepada islam.
Terdapat teman penulis yang
mengatakan bahawasanya rakyat negeri Selangor tidak pandang sangat penubuhan
kerajaan islam dan ini tidak akan memberi impak yang besar kepada isu ini. Tetapi
pada hemat penulis, walaupun ini tidak memberi kesan yang begitu mendalam
kepada pengundi di Selangor, tetapi ia akan memberi kesan yang besar ke atas
politik Malaysia keseluruhan. Usaha DAP untuk menarik umat islam menyertai DAP
juga akan terbantut. Semua kesan-kesan ini akan diambil perhatian oleh PKR dan
DAP sebelum mengambil langkah seterusnya untuk menjatuhkan TSKI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan