dari pandangan masyarakat marhaen
Semalam lebuh raya sesak kerana
warga ibukota pulang ke kampong halaman masing-masing. Rupanya ramai warga kota
yang mengundi dikampung. Sehingga sesak lebuhraya seperti hari hari raya
aidilfitri gayanya. Apapun pilihanraya pun ‘raya’ juga. Bila difikir kembali,
rupanya sokongan ceramah di ibu kota tidak melambangkan sokongan penduduk setempat.
Ia mungkin melambangkan sokongan golongan muda, iaitu golongan yang bawah
40tahun. Golongan bawah 40 tahun ini sering menggunakan alamat kampung untuk mengundi, bagi yang berumur atas 40 biasanya mereka telah membuat keputusan untuk menetap di Ibu kota atau kampung. Sekiranya benar telahan penulis ini, maka BN mempunyai peluang cerah
untuk menang dalam PRU13. Penulis telah pergi beberapa ceramah PR dan BN, dan
juga meninjau tahap sokongan di sekitar ibukota. Penulis dapati sokongan melayu
majoriti condong kepada BN, sokongan bukan melayu majority condong kepada PR.
Perarakan 13 mei 1969 |
Sepanjang tempoh berkempen ini,
kedengaran juga dari jentera BN yang menyatakan DAP memainkan isu perkauman
dengan kuat. Sehinggakan ada kawasan majority cina, orang cina yang menyokong
BN takut untuk memakai baju BN waima
menyatakan sokongan kepada BN sekalipun
mereka takut. Adakah DAP telah berjaya memainkan isu perkauman sehingga wujud
perasaan benci yang amat dalam kepada BN pada PRU13 ini. Tun Mahathir telah menyatakan bahawa
DAP terutama Lim Kit Siang ‘racist’ kerana memainkan isu perkauman untuk menang
PRU13 (semasa ceramah di shah alam).
Apa yang terjadi sekarang
sebenarnya sama seperti 13 Mei 1969, pada ketika itu Parti Perikatan juga telah
hilang majority 2/3 didalam parlimen. Tetapi masa itu DAP telah membuat
perarakan dengan kata-kata penghinaan dan provokasi terhadap melayu di Kuala Lumput. DAP
ketika itu berkempen menghentam artikel 153 dalam perlembagaan (keistimewaan
melayu), mengatakan melayu ini pendatang, dan banyak lagi (rujukan: laporan
MAGERAN). Isu yang dimainkan pada 1969
sama seperti isu yang dimainkan oleh DAP dalam PRU13. Pada 1969, tempoh kempen
adalah panjang juga memberi kesan terhadap emosi perkauman yang dimainkan, ia juga sama seperti PRU13.
Perarakan berserta provokasi terhadap melayu |
Terdapat beberapa kawan penulis
telah memberi nasihat supaya berjaga-jaga dengan situasi sekarang. Mereka tahu
kempen pada PRU13 telah memainkan isu perkauman ditahap yang tinggi. Politik
matlamat menghalalkan cara membuka peluang peristiwa berdarah itu berulang
tetap ada. Semalam selepas solat jumaat (di Masjid dikawasan PJU), pihak
pengurusan Masjid telah mengadakan solat hajat memohon keselamatan pada dan
selepas PRU13 ( Seolah-olah mereka mengesan sesuatu yang tidak baik bakal
berlaku). Banyak bendera kecil pelbagai warna (bukan bendera parti bertanding),
dipacak di sekitar Kuala Lumpur. Terdapat khabar angin yang mengatakan tempat
bendera ini diletakkan adalah menandakan kawasan berkumpul bagi pihak tertentu
bertujuan mengwujudkan kekecohan (penulis tidak dapat mengesahkan perkara ini).
Tujuan penulis menulis artikel
tentang 13 Mei ini, bukan untuk menimbulkan rasa takut. Jauh sekali untuk
memburuk-burukkan kaum cina sebagai musuh melayu. Tetapi kita juga perlu
berwaspada terhadap keselamatan kita dan keluarga kita dan juga kestabilan
negara. Kita tidak perlu bermusuh antara kaum, kita hanya perlu berkongsi kuasa
dan tempat tinggal. Sepertimana yang telah diamalkan oleh BN. PR hanya
membentuk kuasa unilateral (untuk cina) dalam kuasa politik (PAS,PKR,DAP hanya mengejar undi kaum
cina). Oleh itu UNDILAH BN untuk kestabilan dan keselamatan antara kaum.
(saya
berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilih
pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa
kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan