12 Mei, 2013

PASCA PRU13: “MELAYU DAN BUMIPUTERA BERSATU” VS “CINA BERSATU”

dari pandangan masyrakat marhaen

Alhamdulillah PRU13 berjalan dengan lancar walaupun PR mengatakan pelbagai masalah dalam PRU13 ini sebagai alasan kekalahan mereka. Alasan seperti ‘blackout’ semasa proses penjumlahan undi, tong undi bertambah, undi hantu dari bangla dan dakwat kekal yang tidak kekal merupakan alasan yang tidak munasabah. Bagi mereka yang mahu berfikir secara minda terbuka, dapat lihat bahawa setiap pusat mengundi ada wakil parti (BN dan PR), semasa penjumlahan undi juga ada wakil parti. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang mencurigakan wakil-wakil ini boleh membuat bantahan dan membuat laporan polis. Bagaimanapun wakil-wakil dari PR ini tidak membuat bantahan dan mereka menerima keputusan penjumlahan itu semasa dipusat penjumlahan undi dan juga dipusat pengundian. Cuma selepas keputusan keseluruhan dikeluarkan dan memihak kepada BN, tiba-tiba DS Anwar Ibrahim dan PKR menceritakan bermacam-macam scenario yang berlaku sebagai penyebab kekalahan mereka. Cerita-cerita fitnah ini disuburkan pula didalam media social untuk meningkatkan sentiment anti BN/Kerajaan. Sebagai seorang rakyat Malaysia, penulis menyeru supaya cerita-cerita fitnah yang bakal menggugat keamanan Negara ini dihentikan. Sekarang penyokong PR yang membuat provokasi, tetapi apabila provokasi ini terus berlarutan penyokong BN pula akan bertindakbalas terhadap provokasi itu. Maka pasti akan terjadi sesuatu yang tidak diingini. Ingatlah penyokong terbanyak didalam PR adalah dari kaum cina, tetapi penyokong terbanyak dalam BN adalah melayu (sehingga UMNO dapat menambah 10 kerusi parlimen berbanding PRU12). Lihatlah ketidak seimbangan kaum dalam situasi ini, semua rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan apa yang mereka katakana dan lakukan. 


MENGAPA CINA PILIH DAP

DAP rasis
Pada waktu berkempen PRU13, DAP sebenarnya memainkan isu perkauman. DAP berkempen mahu menghapuskan hak keistimewaan melayu. Pada mereka hak melayu ini perlu dihapuskan kerana ia merugikan kaum cina. Mereka ingin menghapuskan hak keistimewaan melayu kerana ia adalah satu bentuk diskriminasi terhadap kaum lain. Antara hak keistimewaan orang melayu adalah dari segi ekonomi, hak keistimewaan ini di selaraskan menjadi DEB. Dan di mata masyarakat cina DEB ini menghalang mereka untuk mengaut keuntungan yang lebih besar dalam kek ekonomi Malaysia. Memang benar DAP berkempen dihadapan orang melayu mengatakan kerajaan itu penuh dengan kronisme dan korupsi. Tetapi penulis yakin masyarakat cina mengetahui bahawa DAP lebih teruk mengamalkan kronisme (anak beranak mendominasi hierarki tertinggi dalam DAP- Lim guan eng dan Lim Kit siang, karpal Singh dan Gobind singh deo) tetapi mereka tetap sokong DAP. Bagaimana Dinasti Lim menipu dalam CEC DAP dan hampir di batalkan pendaftarannya di ROS. Tentang korupsi, masyarakat cina sebenarnya sudah lama bergelumang dengan korupsi, sehinggakan masyarakat melayu berkata “cina berniaga tak kira halal haramnya, rasuah semua mereka buat”. Mereka tahu perkara itu, tetapi apa yang masyarakat cina atau parti politik cina (terutama DAP) buat untuk menentang rasuah? DAP tidak mengariskan apa-apa panduan untuk menentang rasuah didalam komuniti perniagaan cina, tetapi masyarakat cina tetap sokong DAP. Seolah-olah hanya orang melayu dan kerajaan BN yang minta rasuah. Setidak-tidaknya UMNO/BN ada membuat SPRM, mengapa masyarakat cina tidak sokong BN sekiranya benar mereka menolak BN kerana rasuah. DAP juga berkempen sekiranya BN kalah dalam PRU13, parti yang paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat ialah DAP (parti berasaskan kaum cina). Ini menunjukkan masyarakat cina sebenarnya mahu cina yang berkuasa dalam kerajaan. Ini terbukti jika dilihat dalam PRU13, Salahudin ayob kalah di peringkat parlimen dan DUN di johor, sedangkan Lim Kit siang menang dikubu kuat BN di johor. Terdapat juga cerita diselatan tanah air itu, pemimpin DAP menyeru supaya tidak mengundi calon PAS kerana takut PAS meneruskan agenda islamnya di johor sekiranya mereka menang di johor. Ini menunjukkan masyarakat cina mengundi DAP kerana mahu cina berkuasa didalam kerajaan dan tidak mahu melayu berkuasa walaupun PAS (rakan kongsi PR). Mahu dijadikan ekonomi sebagai alasan masyarakat cina mengundi DAP, dibawah BN pendapatan perkapita meningkat dari 4.8% (2008) meningkat kepada 5.3% (2013) dan inflasi dari 5.4% menurun kepada 2.2% setahun (Kompas, 5 mei 2013). Suatu prestasi yang meningkat dalam urustadbir ekonomi Negara oleh BN. Pada pandangan penulis masyarakat cina menolak BN kerana dua perkara, mereka ingin menghapuskan hak keistimewaan melayu dan mahu cina berkuasa dalam kerajaan Malaysia. Dalam masa yang sama mereka juga tidak mahu islam itu berkuasa (ini terlihat dalam situasi salahudin ayob dan pemilihan MB selangor)



MELAYU BERSATU MEMILIH UMNO

Wasiat raja melayu
Jumlah kerusi Parlimen yang meningkat, kembalinya kedah ke pangkuan BN (negeri majority melayu) dan Perak kekal dibawah BN. Perkara-perkara ini menunjukkan betapa pengundi melayu masih bersatu dibawah UMNO. Di Perak misalnya, kerusi-kerusi DUN majority melayu berjaya dikekalkan dan ditambah sehingga dapat membentuk kerajaan dengan majority mudah. Daripada 13.3 juta pemilih berdaftar 54.4% adalah melayu, dan cina hanya 25.5% (Kompas, 5 mei 2013). Ini bermakna 7,235,200 adalah melayu. Sekiranya 70% pengundi melayu sokong UMNO, ini bermakna 5,064,640 orang melayu menyokong UMNO/BN. Bagi kaum cina pula 25% itu adalah seramai 3,325,000 orang pemilih, dan dikatakan 95% menyokong DAP 3,158,750 orang. Jika dibandingkan sokongan melayu dan cina masih lagi memihak kepada UMNO/BN. Kaum melayu masih lagi menyokong UMNO/BN kerana beberapa isu yang menjadi perhatian antara keistimewaan melayu, agama islam (termasuk kalimah Allah) dan juga kerajaan (yang berkuasanya adalah melayu). Ketiga-tiga isu ini sebenarnya ingin dihapuskan oleh PR dan secara tidak langsungnya meningkatkan sokongan melayu terhadap UMNO/BN. Masyarakat melayu juga tidak sanggup memperjudikan masa depan masyarakat melayu demi politik. Ketakutan itu juga semakin meningkat dengan terserlahnya kedayusan PAS dan PKR dalam isu mempertahankan melayu dan islam. Dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk undi kepada UMNO/BN. Ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah DUN di Kelantan dikala PAS berada tahap kemuncak kehebatannya. Dengan sokongan majority melayu masih lagi memihak kepada UMNO/BN, segala bentuk provokasi pasca PRU13 akan mendatangkan kemudaratan kepada semua masyarakat. Walau apa pun alasan provokasi itu yang paling menonjol adalah pertembungan antara melayu dan cina. Kerana intisari PRU13 ini adalah survival bangsa melayu dan segala provokasi akan kelihatan seperti menafikan survival bangsa melayu dan agamanya.


SOKONGAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Sekali lagi BN di selamatkan oleh Sabah dan Sarawak. Disaat PR menjanjikan segala kenikmatan yang bakal mereka perolehi sekiranya memilih PR, tetapi mereka tetap setia dengan BN. kesetiaan mereka ini seperti tidak dapat diganggu gugat dengan janji-janji manis PR. Antara isu untuk mendapatkan sokongan Sabah dan Sarawak ialah timbalan perdana menteri dari Sabah dan Sarawak dan yang paling panas adalah isu kalimah Allah. Isu kalimah Allah ini adalah untuk meningkatkan sentiment anti-BN di Sabah dan Sarawak kerana 70% penduduknya adalah beragama kristien. Itu sebabnya isu ini dibiarkan oleh DAP walaupun disemenanjung PAS menjadi cacing kepanasan. Bilangan kerusi parlimen sabah dan Sarawak lebih banyak berbanding dengan apa yang PAS dapat tawarkan. Bagaimanapun isu itu tidak memberikan kesan kepada bumiputera sabah dan Sarawak. Manifesto PR juga tidak memberikan sebarang tumpuan kepada sabah dan Sarawak. Tetapi dibawah program transformasi (ETP,GTP,NKEA,NKRA dan sebagainya) sebenarnya telah memberi kesan kepada masyarakat disana. Pemberian BR1M juga memberi banyak manfaat kepada mereka. Masyarakat disana lebih menilai dan berterima kasih dengan apa yang telah diterima, lebih melihat reality didepan mata, bukan terpengaruh dengan janji-janji yang tidak tentu ditunaikan seperti rakyat di semenanjung. Itu belum lagi diceritakan bahawa dalam hak istimewa melayu itu juga ada hak istimewa bumiputera sabah dan Sarawak. Kalau itu dihapuskan mereka juga akan menerima kerugiannya. Penulis amat berharap BN akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan asas di Sabah dan Sarawak. Mereka itulah teman sejati, dikala susah dan senang. Pada ketika ini merupakan masa yang terbaik untuk menjatuhkan BN, tetapi Sabah dan Sarawak tetap bersama BN.


MELAYU PERLU BERSATU

Sumpah melayu
Pasca PRU13 ini memberikan jawapan kepada 1 soalan, Adakah BN dapat bertahan tanpa sokongan cina? Jawapannya ‘YA’. Sejak 2008, kaum yang paling banyak mendesak kerajaan adalah kaum cina, dan kerajaan Malaysia banyak beralah dengan kaum cina dan menunaikan banyak permintaan mereka, sehinggakan kaum melayu terpaksa beralih kepada Perkasa dan NGO-NGO melayu lain untuk mempertahankan hak mereka. Sebenarnya kaum melayu perlu sedari, kuasa politik melayu itu kian terhakis. Lihatlah Selangor, 15 kerusi DUN kepada DAP. Kuasa politik melayu terhakis kerana ada pengkhianat melayu yang bakal menjatuhkan melayu. Dalam sejarah melayu juga kejatuhan empayar melayu kerana orang melayu sendiri (yang menjadi pengkhianat kerana kuasa). Dalam hal ini kelihatan PKR adalah punca kejatuhan melayu. Sekiranya tidak dibendung, ia akan lebih buruk. PKR sanggup menggadaikan segalanya hak melayu dan agama islam kerana ingin Anwar Ibrahim jadi PM. Satu perkara yang remeh tetapi menyebabkan melayu menjadi lemah. UMNO perlu menghalang orang-orang seperti pak kaduk ini bertambah. Pak kaduk adalah kisah teladan orang melayu dimana dia menang bersorak tetapi kampungnya tergadai. Ini samalah dengan apa yg terjadi jika PKR menang. PKR menang, Anwar jadi PM penyokongnya bersorak, tetapi semua keistimewaan melayu, agama islam dihapuskan (dalam diam bukan melayu tersenyum kepuasan). Yang rugi orang melayu. Pada pendapat penulis UMNO perlu menentang orang-orang PKR ini dahulu. Sekat peningkatan sokongan dari kalangan orang melayu kepada mereka. Kuatkan dan tingkatkan sokongan melayu kepada UMNO. Kemudian baru UMNO boleh hadapi DAP.  Biarkan orang cina cakap UMNO ini racist, sebab UMNO dah cuba tidak berlaku racist sejak sekian lama kerana mahu menjaga hati kaum kedua terbesar di Malaysia itu. DAP telah membuat racist tetapi terus mendapat sokongan cina dengan alasan survival bangsanya. Adakah melayu tidak perlu survival?. Setelah apa yang dilakukan oleh masyarakat cina (bersatu menyokong DAP), masyarakat melayu sudah rasa tidak selamat dengan kehadiran cina dalam politik Malaysia. Penulis telah terbaca cadangan untuk mempromosikan slogan GABEM ‘melayu tolong melayu’, ‘buy Chinese last’, boikot dan sebagainya sebagai tanda protest orang melayu. Ini sebenarnya tidak sihat untuk pembangunan Malaysia secara keseluruhan baik dari segi ekonomi atau keamanan. Bagaimanapun dalam politik UMNO perlu biarkan si luncai terjun dengan labunya (cina terus menyokong DAP), tetapi perlu halang pak kaduk menang bersorak, kampong tergadai. Di Malaysia ini hanya UMNO sahaja dapat tolong melayu.


BARISAN NASIONAL DAN PERKONGSIAN KUASA

Barisan Nasional
Barisan Nasional mengamalkan perkongsian kuasa berasaskan polarisasi kaum. Hak keistimewaan melayu pula termaktub didalam perlembagaan kerana membalas budi kesediaan Raja-Raja Melayu bergabung dan membentuk persekutuan tanah melayu. Selepas kemasukan Sabah dan Sarawak keistimewaan itu juga diberikan kepada bumiputera Sabah dan Sarawak. Seharusnya tidak ada kaum yang perlu mempertikaikan hak keistimewaan ini. Di bawah Barisan Nasional perkongsian kuasa yang diamalkan adalah untuk menjaga keharmonian kaum, supaya tidak ada yang rasa terpinggir.  Seperti masyarakat cina lakukan ini (menyokong DAP) adalah tidak betul, sebab ia menunjukkan kaum cina mahu meminggirkan kaum melayu. Ia juga kelihatan seperti mereka tidak mahu berkongsi kuasa. Masyrakat cina mahu mendominasi kerajaan menerusi DAP. UMNO menjadi dominan didalam BN bukan kerana UMNO itu melayu, tetapi kerana UMNO memenangi kerusi parlimen paling banyak sejak merdeka. Itu juga selaras dengan polarisasi kaum yang menyatakan kaum melayu merupakan penduduk paling ramai di Malaysia. Itu pun UMNO ada beralah dengan parti kaum lain dengan membenarkan parti kaum lain bertanding dikawasan majority melayu. Kalau UMNO itu mahu mendominasi mungkin tiada kerusi parlimen untuk parti kaum india, dan parti cina hanya boleh bertanding dibandar-bandar yang majoritinya kaum cina. Menyokong BN bukan bererti menyokong sebuah parti politik, tetapi menyokong kestabilan politik dan keharmonian kaum. Mengapa harus menjadi tamak dan mahukan dominasi kaum mengikut merit? Jika mengikut merit itu memberikan kemudaratan dalam masa panjang. Apa yang terjadi sekarang amat merugikan kaum cina. Wakil kaum itu di dalam kerajaan mungkin mengecil dengan ketara. Kepada kaum cina penulis menasihatkan janganlah terlampau mahu mendominasi kuasa, yang terbaik di Malaysia adalah berkongsi kuasa. Asas keharmonian kaum di Malaysia adalah perkongsian kuasa. Janganlah menghapuskan asas ini demi kepentingan tersendiri.




P/S: jagalah keharmonian antara kaum, janganlah membuat provokasi melampau.

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA, KITA HALANG PAK KADUK MENANG BERSORAK KAMPUNG TERGADAI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang kurang ajar perlu diajar, biar faham.

anak panji semerang berkata...

betul.. halang mereka yg mahu menghancurkan islam, melayu dan malaysia..

Tanpa Nama berkata...

sokongan melayu pd umno ialah 65%

datuk merenggeh berkata...

Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu...Melayu tetap memilih UMNO...diterjemahkan pada kemenangan 88 kerusi Parlimen yg diperolehi oleh UMNO adalah undi tulen orang Melayu...Hidup Melayu!

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin