pandangan orang melayu
Sumpah Melayu |
Dalam surat khabar Utusan melayu
pada 17/5/2013, penulis telah terbaca berita tentang Setiausaha Agung Persatuan
Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Shukri Ishak, telah dipanggil untuk
memberi keterangan kerana laporan yang telah dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal
Singh. Pengerusi DAP itu telah membuat dakwaan rasis dalam program 'Wacana Post
Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' pada Ahad lalu.
Penulis agak marah juga dengan sikap DAP sekarang ini. Apa sahaja
yang masyarakat melayu buat kearah perpaduan mereka akan tentang. Sehinggakan perpaduan
yang mahu dibuat atas nama islam juga mahu ditentang mereka?. Perpaduan ummah
itu adalah salah satu dalam ajaran islam. Adakah DAP mahu menentang ajaran
islam ini atas dasar kesamarataan itu? DAP berselindung disebalik tuduhan RASIS
untuk menafikan hak-hak orang melayu/islam yang mahu bersatu. Serulah melayu
untuk bersatu, serulah melayu tolong melayu dalam ekonomi, serulah melayu/islam
untuk mempertahankan hak yang telah termaktub dalam perlembagaan. DAP akan
tuduh mereka ini rasis. Sebenarnya DAP buat begitu kerana takut melayu/islam
itu bersatu. PRU13, Kaum cina yang mewakili 30%++ dari penduduk Malaysia itu bersatu, memberi
impak yang ketara dalam politik Malaysia. Bayangkan kaum melayu/islam yang
mewakili 60% dalam penduduk Malaysia ini bersatu pula, betapa kuatnya pengaruh
melayu jika ini menjadi kenyataan.
Bayangkan kekuatan perpaduan melayu/islam itu jika
diterjemahkan dalam ekonomi yang menjunjung slogan melayu tolong melayu,
utamakan beli dikedai melayu, utamakan beli dikedai islam dan sebagainya yang
mendahulukan melayu/islam. Ekonomi melayu/islam akan berkembang pesat. Bayangkan
pula kekuatan melayu dalam politik dengan sokongan 60% melayu/islam. Sudah pasti
melayu akan melenyapkan impian DAP dan penyokongnya mahu memerintah Malaysia. Ini
yang DAP takutkan.
RASIS adalah satu tuduhan yang ingin menakut-nakutkan orang
melayu/islam untuk mencapai kekuatan maksimum. Tuduhan RASIS kepada
melayu/islam adalah taktik politik DAP dan PKR. Jangan ummat melayu/islam ini
takut dengan tuduhan itu. Agak menyedihkan bilamana ada masyarakat melayu yang
menjadi takut dituduh rasis. Dan akhirnya menolak perpaduan sesama sendiri,
menolak mahu menolong sesama sendiri.
Melayu/islam ini bersatu bukan untuk menghalau kaum lain. Melayu/islam
ini bersatu bukan untuk memerangi kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan
untuk menindas kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk memboikot
perniagaan kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk merampas hak kaum
lain. Kenapa DAP harus takut dengan perpaduan melayu/islam??
Melayu/islam ini bersatu untuk
menjaga agama Islam. Melayu/islam ini bersatu untuk menjaga hak melayu.
Melayu/islam ini bersatu untuk meningkatkan ekonomi sesama melayu.
Selama lima dekad Malaysia
merdeka, pernahkah kita mendengar parti politik cina mempertahankan islam? Mempertahankan
hak melayu? Mempertahankan Bahasa kebangsaan (bahasa melayu)? Mempertahankan Raja-raja
melayu? Mempertahankan ekonomi melayu?. Sepanjang pengetahuan penulis TIDAK
PERNAH!!
Hanya melayu yang tolong melayu. Majority
ummat islam mempertahankan islam di Malaysia ini adalah melayu. Bersatulah
wahai kaum melayu. Bersatulah wahai ummat islam. Ingatlah, Melayu bukan RASIS kerana
bersatu.
Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130517/je_06/Dakwaan-rasis-Penganjur-wacana-dipanggil-beri-keterangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan